-->

Khamis, Oktober 29, 2015

Jerebu berlalu....


Langit kembali biru. Bersyukurlah kita masih diberi waktu...

Rabu, Oktober 28, 2015

Penanam...

 Bahasa penanam adalah bahasa yang diam...
Bahasa yang pendam...
Namun saling mengerti betapa kasih sayang itu
adakalanya tidak perlu diungkapkan selalu.
Biarlah rasa berbicara tentang cinta kita seadanya...

Sabtu, November 22, 2014

Words dont come easy...

Dalam hidup kita harus bijak menggunakan kesempatan, bukan bijak mengambil kesempatan dengan memperkotak-katikkan orang.Sekali dua,tiga kali empat kali orang akan simpati. Tapi kalau tak sudah-sudah, orang akan menyampah!~

Tau tak apa yang paling hina? Talam dua muka!

Mungkin ada masanya kita betul dan orang lain salah. Tapi jika orang lain sentiasa salah, kita saja yang betul...siapa yang bendul?

Hidup jangan jadi baling-baling, kelak semua orang akan berpaling~

Ahad, November 16, 2014

Ini bukan taman...



Cntik?
Malangnya ini bukan taman tetapi laman yang telah lama saya tinggalkan...






Sabtu, November 15, 2014

Pesan Diri...


Begitukah? Begitulah! Apabila terlalu memberi, akhirnya kita tidak dipeduli.

Selasa, November 11, 2014

Wahai orang muda...

Kami sudah tua. Senjata, usaha dan kekuatan kami cumalah doa.Pada yang muda,lipatgandakanlah usaha.

Isnin, November 10, 2014

Ingatan buatmu...

Tinggikanlah lejang kamu setinggi mana yg kamu mahu. Namun jangan lupa. Andainya sekali lg kamu jatuh (saya sentiasa berdoa kamu akan tetap gagah melejang dan berlari), barangkali saya sudah tidak ada di situ untuk menyambut kamu sekali lagi.

Sabtu, November 08, 2014

Adab kata...

Cakap sekali, orang akan mengerti. Cakap ulang-ulang, orang jadi meradang.

Rabu, Oktober 29, 2014

Muhasabah...

Mengata, mengumpat, mencari salah orang tidak akan membawa kepada kebaikan bahkan perpecahan. Elok kita cari keburukan kita sendiri lalu memperbaiki daripada tak henti-henti mencari keburukan orang seolah-olah langsung tiada kebaikan dalam diri seseorang. Cukup-cukuplah tu! Kita semua sudah dewasa bahkan sudah tua bukan budak-budak belum berakal.

Selasa, Oktober 21, 2014

Benang dan manusia...

Kenapa ramai orang memilih untuk menegakkan benang basah padahal menegakkan benang kering itu lebih mudah?

Rabu, Oktober 15, 2014

Pergantungan...

Dalam kehidupan jangan bergantung pada manusia. Bergantung pada Allah. In sya Allah dalam apa situasi pun setelah berusaha sehabis daya , berjaya atau kalah kita tidak akan melatah...akan tetap tenang, reda dan pasrah.

Sabtu, Ogos 30, 2014

Merdekalah Wahai Jiwa Rakyat Malaysia Sejati....


Negara ini akan kekal menjadi WARISAN kami! Jangan sekali-kali cuba menakluki dan mencabar hak mutlak kami...

Rabu, Julai 23, 2014

Hari Raya...

Usahlah bersedih jika beraya tanpa baju raya. Saudara kita di Gaza hanya beraya dengan peluru, darah dan airmata.

Jumaat, Julai 18, 2014

Doaku...

Ya Allah, Engkau Maha Tahu atas setiap sesuatu kejadian. Kami hamba-hambaMu ini cuma mampu berusaha, berdoa dan pasrah. Semoga Engkau kurniakan kami jiwa yang tabah dan tidak mudah rebah. Amat getir ujianMu pada bulan Ramadan yang penuh berkah. Sesungguhnya hanya kepadaMulah kami berserah. ‪#‎MH17‬

MH17...

Ya Allah, Engkau Maha Tahu atas setiap sesuatu kejadian. Kami hamba-hambaMu ini cuma mampu berusaha, berdoa dan pasrah. Semoga Engkau kurniakan kami jiwa yang tabah dan tidak mudah rebah. Amat getir ujianMu pada bulan Ramadan yang penuh berkah. Sesungguhnya hanya kepadaMulah kami berserah.

Kubiarkan airmata ini mengalir
bukan penyesalan tapi keinsafan...
Terima kasih Ya Allah... kerana aku masih seorang hambaMu yang punya perasaan. Menangisi kehilangan orang-orang yang kehilangan insan yang disayang meskipun mereka tidak pernah kukenal. Semoga Engkau ampuni setiap roh para muslimin dan muslimah yang terkorban dan Engkau tempatkan roh-roh mereka dikalangan hambaMu yang Engkau ampuni, Engkau kasihani, Engkau kasihi dan Engkau selamatkan. Tempatkanlah mereka di taman-taman syurgaMu. Aamiin.

Maaf tiada gambar. Saya tidak tergamak melihat atau meletakkan gambar-gambar itu di sini. Hati saya hancur.

Isnin, Julai 14, 2014

Bibir Tanpa Zikir

Salam Ramadan...
Andai ada masa malam ini sudi-sudikanlah menonton drama ini ya.
Malam ini pukul 8.30 malam di Skrin TV9.

Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat kita megutip pengajaran sambil berhibur. Terima kasih.

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~