-->
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan

Isnin, November 19, 2012

Selamatkan Gaza....Di mana Kita?


Di mana kita? Sedang bersantai menikmati nyaman udara di taman bunga, di pantai atau di taman hiburan? Barangkali sedang menikmati  sarapan pagi atau makan tengahari yang juadahnya memenuhi meja yang sebahagiannya akan menjadi habuan kucing atau anjing dan paling sedih menjadi habuan tong sampah yang kemudian  di geledah tikus dan cencorot???

Di mana kita ketika saudara seagama kita sedang bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan dalam ledakan peluru dan meriam? Sedang berpeleseran atau bergelak ketawa di depan tv menonton cerita komedi atau saling meraba dengan pasangan tidak halal di panggung wayang ternama?

Di mana kita ketika kanak-kanak di Gaza terbelah kepala, para ibu dan bapa meraung menangisi buah hati yang dikasihi menderita kesakitan sebelum maut menjemput mereka? Sedang menyergah ibu yang lambat menyediakan makanan? Sedang mengugut bapa yang tidak kecukupan wang untuk membekalkan anda topup?

Di manakah kita ketika para pejuang di Gaza bermandi darah dalam simpang siur kebencian yahudi laknatullah yang begitu bernafsu meratah setiap inci bumi Palestin sehingga tidak akan meninggalkannya tanah itu walaupun seinci?

Mungkin kudrat kita tidak mampu mengangkat senjata. Barangkali harta-benda kita tidak memadai untuk membela nasib mereka. Tapi kita masih memiliki senjata ampuh yang paling mujarab iaitu keikhlasan dan ketulusan doa. Marilah kita bersama berdoa untuk saudara-saudara kita yang teraniaya di sana.

Ya Allah...Selamatkanlah saudara-saudara saya di sana. Ya Allah....Damaikanlah bumi Gaza dan kembalikanlah sejahtera kepada yang empunya! Kabulkanlah doa kami Ya Allah! KABULKANLAH!

Rabu, November 14, 2012

Doa Awal Muharram


Amalan membaca ‘Doa Awal Muharam’ ini, biasanya dilakukan oleh para solihin pada setiap hari sepanjang 10 hari pertama bulan Muharram(Hari Asyura).

Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah dibaca doa ini sebanyak tiga kali pada setiap hari selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu.”

Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.

"Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Semoga Allah limpahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah, Dikaulah Tuhan Yang Kekal Abadi, Yang Maha Qadim (sedia ada) lagi Maha Memulakan. Demi KelebihanMu yang amat banyak dan KemurahanMu yang melimpah-ruah, kini telah datang tahun baru yang muncul dihadapanku.

Daku memohon pemeliharaanMu disepanjang tahun baru ini  ini daripada tipu daya syaitan yang direjam, para pembantu dan bala tenteranya. Daku memohon pertolonganMu mengalahkan hawa nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan, dan daku juga memohon pertolonganMu dalam usaha mendekatkan diriku kepadaMu. 

Wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan! Wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Selawat Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, Nabi yang 'ummi' dan ke atas ahli keluarga serta para sahabatnya kesejahteraan. Dengan RahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Perkenankanlah!"

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Sesiapa yang membaca doa ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun mendatang. Insyaallah!


Doa Akhir Tahun


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

"Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Semoga Allah limpahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah! Apa yang telah daku lakukan dalam tahun ini  daripada perkara-perkara yang Dikau larang daku melakukannya dan daku belum bertaubat daripadanya; sedangkan  Dikau tidak meredhai dan tidak melupakannya, malah Dikau berlembut dan tidak menghukum aku, serta Dikau memberi peluang pula kepadaku bertaubat selepas daku melakukan perbuatan salah itu.

Maka sesungguhnya daku mohon keampunanMu dan ampunilah daku! Dan apa yang telah daku lakukan sepanjang tahun ini yang Dikau redhai dan janjikan ganjaran pahala ke atasnya, maka daku memohonnya daripadaMu.

Ya Allah,Yang Maha Pemurah,Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan;Terimalah permohonanku ini dan janganlah Dikau hampakan harapanku terhadapMu, wahai Yang Maha Pemurah.

Selawat dan salam Ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat Baginda; Dengan RahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Perkenankanlah!"

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.” 


Jumaat, Oktober 07, 2011

Rumah ini...


Rumah ini rumah ibu
Bapa dirikan pada tahun 1971
mengganti pondok usang
yang pernah disamakan oleh jiran
bagaikan reban ayam buruan musang

Rumah ini rumah bapa
yang dibina daripada wang persaraan awalnya
tidak bersiling tidak juga berkerawang dindingnya
namun di sinilah kami sekeluarga membina bahagia

Rumah ini rumah kami
meski tidak seindah istana menanti
di sinilah kami membina jati diri
dalam perit kehidupan yang kurang serba serbi

Rumah ini rumah kita
tidak peduli sejauh mana atau selama mana kita mengembara
di sini jugalah berkumpul segala kenangan tak terlupa
samada bahagia mahupun derita

Rumah ini rumah saya
kerana setiap ruang dan sudut tepatnya
saya yang paling arif susun atur sana dan sini
hafal setiap habuk yang lekat di hujung penyapu jerami

Rumah ini rumah pusaka
kita berhak mengaku milik bersama
di sinilah emak dan bapa menggeluti nasib mereka
penuh duri ranjau demi menghidupkan kita!

Karya milik peribadi: rafikasastras

Nota: Al-Fatehah untuk kedua ibu bapa saya yang kasih-sayang mereka sentiasa harum merantai sukma...

Ahad, Ogos 28, 2011

28 Ogos...



SSelamat Hari Lahir anakku yang telah lena bersemadi...
Doa bonda...tenang dan damailah rohmu di sana...
Amin...

Isnin, Ogos 22, 2011

FADILAT SURAH AL-QADAR

Auzubillahi minash shaitan nir rajim. Bismillah hir rahman nirrahim


1. Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Qadar, pahalanya sama dengan orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malam Al-Qadar.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/613).

 2. Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata: “Tidak ada seorang pun hamba yang membaca surah Al-Qadar tujuh kali sesudah solat Subuh, kecuali para malaikat berselawat kepadanya 70 selawat dan mencurahkan rahmat kepadanya 70 rahmat.” (Mafatihul Jinan 79).

3. Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Sesiapa yang membaca surah Al-Qadar dalam shalat-shalat fardhunya, malaikat memanggilnya: Wahai hamba Allah, Allah telah mengampuni dosamu yang lalu, maka mulailah amalmu.” (Tafsir Ats-Tsaqalayn 5/612).

4. Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata: “Sesiapa yang berziarah ke kubur saudaranya yang seagama, kemudian ia meletakkan tangannya pada kuburannya dan membaca surah Al-Qadar (7 kali), Allah menjamin keamanan baginya dari ketakutan yang paling besar.” (Tafsir Ats-Tsaqalayn 5/613).

5. Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) menasehati para sahabat dan pengikutnya: “Sesiapa yang sakit, hendaknya ia mengambil bekas air yang baru, kemudian diisi air oleh dirinya sendiri, lalu membacakan pada air itu surah Al-Qadar secara tartil (tertib) sebanyak (30 kali), kemudian air itu diminum, dibuat wudhu’ dan diusapkan pada bagian yang sakit, jika airnya kurang bisa ditambahkan. Jika hal itu dilakukan, insya Allah dalam waktu tiga hari Allah akan menyembuhkannya dari penyakit itu.” (Tafsir Ats-Tsaqalayn 5/613).

Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/

Rabu, Jun 22, 2011

Doa...

Hari ini hari lahir saya. Saya tidak begitu ghairah untuk menyambutnya. Namun saya menghargai mereka yang sudi mengucapkan selamat hari lahir untuk saya. Terima kasih. Kepada yang terlupa, usah resah. Anda tidak bersalah. Ia tidak menjadikan saya gundah :) Namun saya tetap menghadirkan doa yang sederhana. Doa saya semoga dengan ihsannya Allah memberikan saya ketenangan, menganugerahkan saya rasa cinta dan rindu pada Allah dan Rasulullah s.a.w melebihi kecintaan dan kerinduan saya kepada segala makhluk yang lain di dunia. Saya ingin menjadi lebih ikhlas dan lebih mengasihani sesama insan, tidak terlalu condong mencintai wang dan harta benda.

Tidak banyak yang saya mahu dalam penitian hidup yang hampir sampai ke titik pertengahan ini. Saya cuba melebihkan doa untuk insan-insan disekeliling saya...yang jika dengan izin Allah masih panjang pancaroba kehidupan mereka. Saya bermohon agar mereka dirahmati dan dilimpahi dengan nikmat kebaikan. Ketebalan iman dan ketakwaan. Rezeki dan kasih sayang yang melimpah. Menjadi insan yang baik-baik dan tidak tamak, tidak mementingkan diri sendiri. Permohonan saya, agar insan-insan yang saya kasihi berbahagia dan dipermudahkan perjalanan kehidupan mereka. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan saya juga.

Kepada sesiapa yang mengenali saya, anda tahu letak diri kalian dalam hati saya. Sekali anda bersikap baik terhadap saya, seribu kali anda termetri di hati. Tidak ada seorang pun antara kalian yang tercicir dalam senarai doa saya. Saya sayang anda semua.

Sabtu, Disember 04, 2010

Doa Ketika Turun Hujan


Sekarang kebetulan musim hujan @ musim tengkujuh. Cerita banjir di sana sini. Ada yang merungut, ada yang berpesta. Cerita duka akibat hujan tidak berpenghujung. Namun apapun bencana yang dibawa oleh hujan, semua itu adalah ujian daripada Allah yang mesti kita terima dengan redha. Bila kemarau, riuh suara di sana sini merungut panas, tak tahan...berebut membeli kipas, memasang penghawa dingin. Kita lupa...ini hanya baru panas di pentas dunia. Berkipaslah...ber air condlah... di sana nanti penghawa dingin dan kipas apakah yang mampu menyejukkan kita? Kita sentiasa mahukan cuaca yang sedap dan selesa tubuh kita menerima. Tapi selalukah atau pernahkan kita bersyukur apabila Allah menurunkan rahmatNya? Bila panas, sambil berkipas bibir mengeluh...panasnya cuaca...tak tahan! Bila hujan, mendongak ke langit merungut juga...Alamak hujanlah pula! Lupakah diri kita ini siapa? Kita ini cuma HAMBA! Jadi...belajarlah bersyukur pada segala pemberianNya.

Jadi, ketika hujan mula turun...marilah kita berdoa kerana hujan itu adalah rahmat. Bukankah hujan itu sumber air yang amat penting dalam kehidupan setiap mahkluk yang bernyawa? Dan mungkin ada diantara kita yang tidak mengetahui atau tidak menyedari  bahawa waktu ketika hujan mula turun itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.


Kami meriwayatkan dalam Shahih al-Bukhari (Kitab al-Istisqa`, Bab Ma Yuqalu Idza Amtharat, 2/518, no. 1032) dari Aisyah Radhiallahu ‘anhu,


أّنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ، قَالَ: اللهم صَيِّبًا نَافِعًا.
"Bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam jika melihat hujan, maka beliau berucap : 'Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat'." 
 
Kami meriwayatkan dalam Sunan Ibnu Majah, bahwa beliau mengucapkan :


اللهم صَيِّبًا نَافِعًا، مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا.
"Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat," sebanyak dua atau tiga kali.

Asy-Syafi'i ٌRahimahullah meriwayatkan dalam al-Umm dengan sanadnya sebuah hadits mursal dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda :


اُطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ اِلْتِقَاءِ الْجُيُوْشِ، وَإِقَامَةِ الصَّلاَةِ، وَنُزُوْلِ الْغَيْثِ.
"Carilah terkabulnya doa pada saat bertemunya dua pasukan, saat shalat didirikan, dan saat turun hujan."(Hasan. Telah disebutkan sebelumnya pada no. 117). 
 
Asy-Syafi'i berkata, "Aku telah mendapati banyak orang yang mencari terkabulnya doa pada saat turun hujan dan pada saat shalat didirikan."

Catatan: Marilah kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.

Isnin, Oktober 18, 2010

Berkongsi Doa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Terharu saya apabila menyedari bahawa entri doa harilahir saya ramai yang membaca lalu ingin berkongsi doa tersebut  di blog masing-masing. Secara peribadi tulus dari hati...silakanlah. Bukankah berbagi doa dan saling berkongsi perasaan dan kesedaran itu tidak mendatangkan sebarang kerugian.

Doa itu sesungguhnya doa yang datang tulus dari lubuk hati saya, yang menggerakkan jari untuk menzahirkan  lewat perkataan. Saya menulis dengan penuh rasa terharu, insaf serta beriring deraian airmata. Oleh kerana blog saya ini merupakan blog peribadi dan saya agak kekurangan masa untuk saling berkomunikasi dengan bloggers yang lain, saya tidak menyangka rupa-rupanya banyak ulasan dan permintaan untuk berkongsi doa tersebut.

Kepada mereka yang pernah meminta copy paste doa tersebut, saya memohon maaf kalau saya tidak respon kepada permintaan anda. Oleh kerana entri tersebut entri lama, saya agak terlepas pandang pada komen serta respon yang saya terima. Namun di sini saya dengan ikhlas memberikan keizinan kepada sesiapa saja yang ingin berkongsi doa tersebut selagi tiada yang mengakui bahawa doa itu adalah doa mereka sendiri. Dan sekiranya sudi, berilah sedikit penghargaan dengan mentag blog saya ini di mana doa itu diambil. Bukan untuk bermegah...sekadar untuk mempertahankan keaslian doa tersebut. Ini cumalah permintaan, bukan paksaan :) Terima kasih.

Terima kasih atas respon anda semua. Yang indah semuanya dari Allah. Saya hanyalah sekadar hambaNya yang hina. Wassalam.

Rabu, Oktober 13, 2010

Berdoalah Kepada Ibu Bapa

Pesanan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa    (walaupun  ada ibu bapa yang leka, doakan     agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua       kita , termasuk guru2 kita dan      mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan   disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan,     kesihatan, kasih sayang, ilmu   dsb nya..)

Berusaha dan bertawakal.....Insya'allah.

Sumber diperolehi dari :
PerMaTaHaTiku::QaSyaEriL::

Rabu, September 01, 2010

Doa malam Lailatul Qadar

Kita hanya manusia biasa yang serba lemah dan kekurangan. Sentiasa berbuat silap samada secara kita sedari mahupun tidak kita sedari. Pada malam-malam terakhir Ramadan ini marilah kita bemuhasabah diri. Memohon keampunan dari Allah...mana tahu kita tidak akan bersua lagi denga bulan yang penuh kesejahteraan dan keberkatan ini. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Semoga Allah akan mengampuni segala dosa-dosa kita. Amin.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى


“Allah humma innaka ‘afuu ’un tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”

Maksudnya: (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka Mengampuni, maka ampunilah aku)” (HR Tarmidzi)



.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~