-->
Memaparkan catatan dengan label Hari Istimewa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Istimewa. Papar semua catatan

Ahad, November 06, 2011

Salam Aidil Adha...

Mudah-mudahan kita mampu menghayati erti serta nilai pengorbanan yang sebenar...

Isnin, Ogos 29, 2011

Salam Aidil Fitri


Amalan Menjelang Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)

Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan beberapa kelebihan. Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebuah lagi hadis menjelaskan; “Sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.”
Hendaklah memperbanyakkan takbir(membesarkan Allah), tasbih (mensucikan Allah), tahmid (mengucapkan syukur) dan berselawat ke atas junjungan Rasul SAW.


Sabtu, Ogos 13, 2011

Di Ramadan ini...

Ramadan bertandang ...
meski pada awal tahun ia tampak begitu jauh mengibar jalur-jalur bendera malam seribu bulan
melewati  Muharram yang diharamkan berperang,
melintasi Safar ketika Rasulullah s.a.w mulai sakit berat sebelum mangkat,
menjangkaui  bulan kelahiran Junjungan Mulia s.a.w juga bulan ketika baginda diangkat menjadi Rasul  ketika berusia 40 tahun juga bulan wafat baginda s.a.w di Rabi`ul Awwal,
merenteti musim bunga terakhir yang memakamkan Imam Ghazali r.h di Thus Khurasan,
merentasi  permulaan musim sejuk  ketika kota Costantinople dibuka seterusnya menjadi ibu kota Empayar Baizantyne selama 2125 tahun lamanya ,
Jamadil Akhir menjadi saksi kegemilangan kemenangan tigapuluh ribu tentera Islam pimpinan  Khalid bin Al-Walid menewaskan  seratus ribu tentera rom dalam peperangan Yarmuk,
Menyusul pula Rejab bulan peristiwa isra' mikraj  ketika Rasulullah S.A.W  menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha,
Di turuti Sya`ban yang menutupi buku lama di ganti lembaran helaian baru catatan dosa pahala manusia,
Satu perjalanan  panjang menuju Ramadan ketika berada di awal tahun.
Namun kini  Ramadan sudah masuk ke setiap penjuru tingkap dan pintu
tetamu yang dirindui telah hadir mengisi malam-malam kudus penyerahan
menanti  salam para malaikat yang membawa sejahtera yang Allah kirimkan 
dengan doa debar dan harapan akan bertemu malam Lailatul Qadar
semoga  ini bukanlah Ramadan yang terakhir untuk disantap murni nikmat kemanisannya
mudah-mudahan akan sempat bertemu Syawal dan masih diberikan kesempatan bertemu bulan-bulan mulia seterusnya sebelum dijemput mengadap Maha Pencipta.

Ahad, Julai 17, 2011

Malam Nisfu Syaaban

15 Sya'ban jatuh pada tanggal 17hb. Julai, 2011, Malam Nisfu Sya'ban bermula pada hari Sabtu 16hb. Julai, 2011 Malam Minggu bermula terbenamnya matahari. Rasulullah s.a.w. bersabda - "Barang siapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini. Maka haram baginya api neraka."

Seorang yang mengagungkan dan meneladani Rasulullah SAW pasti sangat ingin mengetahui apa yang beliau ajarkan tentang segala sesuatu.

Nah.., tentang malam tanggal 15 Sya’ban, atau yang dikenal dengan Malam Nisfu Sya’ban Rasulullah SAW di antaranya bersabda:

Imam Ahmad meriwayatkan Rasulullah Saw. bersabda, “Allah mengampuni semua dosa hamba-hamba Nya pada malam Nisy fu Sya’ban kecuali dosa orang yang musyrik dan orang yang bermusuhan.”

Abdullah bin Mas’ud ra. berkata bahwa Nabi SAW telah bersabda,“Barangsiapa mengerjakan shalat di malam Nisfu Sya’ban 100 raka’at dan pada tiap-tiap raka’atnya membaca QS. Al-Fatihah (sekali) dan QS. Al-Ikhlas 5 kali, maka Allah SWT akan menurunkan/mengirimkan 500.000 malaikat. Tiap-tiap malaikat membawa satu daftar catatan (yang terbuat) dari cahaya. Mereka menuliskan pahala (orang yang shalat pada mala Nisfu Sya’ban) sampai hari kiamat.”


Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Catitan: Marilah bersama-sama kita menafaatkan malam yang penuh keberkatan ini. Semoga buku catatan kita tutup semakin elok manakala buku catatan baru insyaallah akan dipenuhi pula dengan amalan-amalan murni yang berterusan. Amin.

Rabu, Jun 29, 2011

Salam Israk & Mikraj...

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar. (Surah an-Najm: ayat 13-18).

Ahad, Mei 15, 2011

سلامت هاري ڬورو 2011


Catitan:Hormati guru dan buku...insyaallah akan menjadi insan berilmu yang budiman.

Khamis, Mei 12, 2011

Selamat Hari Jururawat

Lily of The Valley - By Paul Lawrence Dunbar.

At the time this was written, the Miami Valley Hospital School of Nursing flower was the Lily-of-theValley and Paul Lawrence Dunbar has just been a patient at the hospital. This was his tribute to the students.

Sweetest of the flowers a blooming
In the fragrant vernal days,
Is the Lily-of-the-Valley
With its soft retiring ways.

Well, you chose this humble blossom,
As the Nurse's emblem flower
Who grows more like her idea
Every day and every hour

Like the Lily-of-the-Valley
In her honesty and worth -
Oh! She blooms in truth and virtue
In the humble works of earth.

Though she stands erect in honor
When the heart of mankind bleeds,
Still she hides her own deserving
In the beauty of her deeds.

In the silence and the darkness,
When no eye may see or know,
There her footsteps shod with mercy
and fleet kindness, come and go.

Not amid the sound of plaudits,
Not before the garish day;
Does she shed her soul's sweet perfume,
Does she take her gentle way.

But alike her ideal flower,
With its honey-laden breath;
Still her heart blooms forth its beauty
In the valley shades of death.

Ahad, Mei 08, 2011

Pergorbanan Seorang Ibu...Selamat Hari Ibu.

Zamri Hamat bersama tiga anaknya, Rashidah Illyana (kanan),

Zaim Shahrul (dua dari kanan) dan Zaim Ikbal melihat kesan

kebakaran yang mengorbankan isterinya, Allahyarham

Rafidah Ismail (gambar kecil) ketika menyelamatkan anak

mereka di Taman Sri Gucil, Kuala Krai, kelmarin.


KUALA KRAI 7 Mei - Seorang jiran melihat api menyambar bahagian belakang badan dan kepala Allahyarham Rafidah Ismail, 36, ketika wanita itu bertungkus-lumus mengeluarkan tiga anaknya dari dalam rumah mereka yang terbakar di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, semalam.

Menurut Hasnah Mahmood, 34, yang sarat mengandung sembilan bulan, dia menyaksikan perkara tersebut ketika membantu mengeluarkan anak sulung mangsa, Rashidah Illyana Zamri, 7, iaitu yang terakhir dikeluarkan dari tingkap.

"Hanya Tuhan yang tahu dari mana datangnya kekuatan untuk Rafidah membengkokkan besi jeriji tingkap bagi mengeluarkan tiga anaknya itu.

"Ketika itulah saya nampak api sudah sambar belakang dan kepala arwah semasa dia mengeluarkan anaknya yang terakhir iaitu Rashidah.

"Anak pertama dikeluarkannya ialah yang bongsu diikuti anak keduanya. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan saya untuk menggambarkan suasana itu," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang wanita sanggup bergadai nyawa memecahkan kaca tingkap rumah dan mengumpul kekuatan membengkokkan jeriji besi untuk membolehkan tiga anak kecilnya keluar ketika kediaman mereka terbakar di Taman Sri Guchil, Kuala Krai.

Namun dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, nyawa Rafidah, jururawat di Hospital Kuala Krai, menjadi galang gantinya apabila dia sendiri rentung setelah gagal menyelamatkan diri. Mayatnya ditemui dekat pintu utama rumah teres itu.

Ketiga-tiga anaknya, Rashidah; Zaim Shahrul, 6, dan Zaim Iqbal, 2, selamat setelah disambut oleh jiran sebelah rumah dari tingkap kaca yang dipecahkan mangsa.

Hasnah yang merupakan guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai berkata, ketika kejadian dia sedang memeriksa tugasan murid bersama anaknya di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi cermin pecah yang kuat dari rumah mangsa.

"Saya bergegas keluar ke rumah Rafidah untuk melihat apa yang berlaku. Rafidah dengan nada cemas berkata, tolong Kak Dah, rumah akak terbakar!

"Saya kemudian membantu dia mengeluarkan anaknya satu persatu. Saya hanya menyambut anaknya yang bongsu sedang dua lagi anak mereka boleh keluar sendiri dan saya hanya menarik mereka menjauhi rumah.

"Ketika itu saya cuba menenangkan arwah untuk mencari kunci rumah. Saya sempat minta arwah bertakbir dan bertenang namun dia tidak menemui kunci itu," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 8 Mei 2011

Catitan: Semoga arwah Rafidah di tempatkan dikalangan para hamba Allah yang mati syahid...doaku syurgalah tempatmu...Al-Fatehah...

Khamis, Ogos 19, 2010

Selamat hari lahir

birthday Pictures, Images and Photos


Selamat harilahir untuk anakku Luna Illena...
Semoga anak mama akan terus sukses dalam kehidupan...sentiasa dalam nikmat dan rahmat serta perlindungan Allah hendaknya. Mudah-mudahan mendapat kehidupan yang lebih berkah. Amin.

Selasa, Ogos 10, 2010

Ramadan Datang Lagi...

Pejam celik...sudah setahun berlalu. Perjalanan waktu terlalu laju. Alhamdulillah kerana saya masih sempat bertemu Ramadan sekali lagi. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak untuk sekalian umat Islam. Untuk yang sudah ingat-ingat lupa niat bersahur dan berbuka, mari kita menghafal dan mentelaah semula ;)


Niat puasa Ramadhan:



نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



Niat berbuka puasa:



اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.


Semoga segala amalan kita di bulan yang mulia ini akan di terima Allah. Aminnn.


Rabu, Ogos 19, 2009

Happy Birthday My Luna Ilena...

Selamat Harilahir untuk anak kesayangan mama walau di mana pun anakanda berada. Walau apapun yang berlaku antara kita... walau apapun yang mereka kata tentang anakanda... tentang kita... percayalah... anakanda akan sentiasa menjadi anak kesayangan mama sampai bila-bila. Anakanda akan sentiasa dalam doa dan ingatan mama.



Lots Of Love...
Mama,
Ur Sole Mio

Selasa, Julai 07, 2009

Selamat Datang Aghafi Mikail...

Hari ini adalah merupakan antara hari yang bahagia dalam hidup saya. Kelahiran Aghafi Mikail bagai melengkapkan putaran kehidupan saya sebagai manusia. Bayi lelaki seberat 2.3 kg itu telah membangkitkan rasa bahagia yang tidak terhingga. Kecil tapi sihat. Dia lahir pada petang yang redup dan nyaman. Menatap wajahnya bagaikan menatap wajah bulan purnama yang memantulkan cahaya berkilauan pada alam dan dedaunan. Saya melihat sinar bahagia pada wajah dan mata anak lelaki saya. Saya melihat senyuman ceria pada wajah menantu saya. Kebahagiaan melahirkan dan menyambut anak yang pertama.


Saya menatap wajah bayi disebalik kaca dengan rasa syukur yang tidak terhingga. Senyuman saya meleret ke telinga. Hati saya berbicara...Selamat datang ke alam baru, cucuku. Semoga kehidupanmu jauh lebih baik daripada kehidupan bapamu yang penuh ranjau dan liku. Mudah-mudahan dikau akan mampu menyinari ruang-ruang suram dan kosong yang singgah pada rongga-rongga kehidupanku ini.


Usah gelisah cucuku. Wajah syurgamu itu akan mampu memikat setiap hati. Dikau tidak akan mewarisi kekalutan kehidupan bapamu sejak kecil. Bapamu seorang anak yang baik. Percayalah sifat penyayangnya itu mampu membalut segala resah. Bapa dan ibumu akan sentiasa menuangkan kasih sayang yang melimpah. Bapamu lelaki yang baik cucuku. Begitu juga ibumu. Mereka tidak akan membiarkan dikau terlonta-lonta tanpa kasih sayang. Mereka tidak akan melepaskan tangan selagi dikau tak mampu berjalan. Yang penting...mereka tidak akan membiarkan dikau meraba-raba dalam gelita selagi mereka belum menutup mata.


Kehidupanmu baru bermula cucuku...nikmatilah kehidupan syurgamu ini sepuasnya. Lalui layar putih kehidupanmu dan persiapkanlah diri sedikit demi sedikit untuk mendepani kehidupan yang mungkin tidak semudah dan seindah yang dikau impikan. Yakinlah dikau akan mampu menangkis segala rintangan dan kerasnya kehidupan seperti bapamu yang tidak pernah mengalah. Semoga Allah akan terus membimbing dan melindungimu sepertimana dia melindungimu sejak dari perut ibumu. Saya juga akan terus berdoa untuk kesejahteraanmu sebagaimana saya berdoa sejak dikau masih di dalam rahim ibumu.


Nota: Agafi...lesung pipitmu mampu membuat purnama merindu...:D Terima kasih yang Allah atas anugerahMu yang hebat ini...

Ahad, Mei 10, 2009

Selamat Hari Ibu...



Selamat Hari Ibu Untuk Semua Ibu di dunia!

Ibu saya telah tiada...yang tinggal hanya makam bonda serta untaian doa yg takkan pernah putus untuk ibunda tercinta.


Ibu saya telah tiada...yang tinggal hanya makam bonda serta untaian doa yg takkan pernah putus untuk ibunda tercinta.

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Puisi Sasterawan Negara Usman Awang



Sabtu, September 27, 2008

Selamat Hari Raya Minal Aidil Walfaizin


Berhati-hati dalam perjalanan. Semoga perjalanan anda sentiasa dilindungi dan diberkati Illahi. Amin.

Khamis, Jun 19, 2008

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Ibu...


SELAMAT HARI IBU untuk ibu-ibu di dunia. IBU adalah insan yang paling mulia dalam kehidupan setiap anak manusia. Bagi mereka yang masih mempunyai ibu, hargailah ibu anda. Sayangi mereka sepenuh jiwa anda. Bahagiakanlah mereka semampu anda. Kita boleh mencari dan mendapat ribuan kawan, puluhan kekasih dalam kehidupan kita. Tetapi ibu cuma satu. Jangan sampai terlambat. Jaga mereka, kasihi mereka, hormati mereka selama hayat mereka masih ada. Kita hanya mempunyai satu peluang untuk berbakti kepada IBU kita. Hanya sekali! Berbuat baiklah kepada ibu...hargailah ibu kita supaya nanti anak-anak kita juga akan menghargai kita. Jika kita bersikap buruk terhadap ibu kita, tidak mustahil anak-anak akan melayan kita sebagaimana kita melayan ibu kita. Sikap kita terhadap ibu kita adalah cermin kepada anak-anak untuk mereka bersikap bagaimana terhadap kita suatu hari kelak. Sungguh! Syurga itu ditelapakkaki IBU!

22:19:53 Ma, org kol tp x dpt. Rindu nk ucap Happy Mother's Day. I love u Ma. Forever and for always.

Setengah jam kemudian anak perempuanku seorang lagi menelefon mengucapkan selamat hari ibu. Walaupun aku tidak mengharapkan apa-apa daripada mereka, namun ucapa-ucapan itu amat membahagiakan aku.

Aku tidak berpeluang lagi mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada kepada ibuku. Lalu ku kirimkan sms kepada satu-satunya kakakku kerana kreditku tinggal ciput.

"Selamat Hari Ibu untuk kakak yang amat dikasihi. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezki dan sentiasa diberkati ALLAH. Amin"

Aku memang tidak mengharapkan sms ku itu dibalas kerana aku tahu kakak sulungku itu tak pandai menjawab sms. Dah berkali-kali aku ajar tapi katanya tak reti-reti juga ehehe. Beberapa jam kemudian aku mendapat jawapan dari nombor kakakku "Terima kasih banyak maksu daripada mama."

Alahai kakakku..mesti anak atau menantunya yang tolong jawabkan. Itulah satu-satunya kakak kandungku dunia dan akhirat. Dia ibarat pengganti ibukepada ku. Walaupun kami tidak begitu sehaluan... namun aku amat menyayangi. Aku tau dia juga begitu...

Nota: Aku tidak pernah mendendami sesiapa meskipun aku selalu saja disakiti secara sedar ataupun tanpa sengaja... aku ikhlaskan segala-galanya. Bukankah kemaafan itu dendam yang terindah?

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~