DIA sudah berusia 73 tahun. Ibu saya meninggal pada usia itulah! Namun DIA bagaikan tidak dimamah usia. Saya pernah mengkagumi dia sebagai seorang lelaki yang sangat kuat berusaha. Segala pekerjaan halal yang mampu mendatangkan wang akan dilakukannya. Daripada memanjat petai di hutan, mengambil umah membersihkan kebun dan rumah orang, membela kerbau, menjadi jaga pada waktu malam bukan asing lagi bagi dia. Saya menganggap dia superman!
Saya mengenali dia sejak kecil lagi. Saya menghormati dia sebagai seorang 'abang' dan saya menganggap isterinya sebagai 'kakak' manakala anak-anaknya sebagai kawan. Keluarga saya dan keluarga DIA begitu akrab meskipun pertalian keluarga agak jauh. Kami tinggal berhampiran, hanya selang sebuah rumah. Kalau kurang asam cili bawang kunyit dan malas ke kedai, saya akan ke rumahnya. Saling mengunjungi, saling memberi dan menerima adalah lumrah kami.
Namun saya tidak menyangka disebalik segala kebaikan dan keikhlasan yang dipamerkan selama ini, ada niat yang tersembunyi. Saya tidak pasti samada dia memang menyembunyikan niat dan keinginannya sejak mula atau naluri itu muncul tiba-tiba dibenaknya. Saya tidak mahu menuduh atau menghakimi dia. Saya juga tidak menyalahkan diri saya sebab saya tidak pernah memberi signal yang salah samada dalam gerak atau kata-kata saya pada dia.
Saya memang selalu meminta bantuan DIA dengan mengupahnya samada untuk membetulkan paip pecah, atap bocor, memotong rumput dan seumpamanya. Segalanya berjalan dengan baik tanpa sebarang kecurigaan. Apabila DIA bekerja, saya atau arwah ibu saya akan menyediakan teh untuknya. Selesai membuat kerjanya, kami akan memberikan DIA imbuhan yang setimpal walaupun adakalanya dia menolak dengan alasan hanya ingin menolong.
Berpuluh hubungan murni saya dengan DIA berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari iaitu beberapa tahun yang lalu ketika ibu saya masih hidup, DIA menunjukkan belangnya.
Mula-mula dia menghadiahkan senyuman nakalnya secara tersembunyi samada ketika saya berkunjung ke rumahnya atau ketika dia berkunjung ke rumah saya bersama isterinya. Kemudian dia mula mendekatkan mukanya ke muka saya ketika berbual seolah-olah berbisik. Kemudian dia mula berani menawarkan saya RM10 kalau saya datang ke rumahnya. Asalkan nampak muka saya sudah cukup katanya. Kalau hari-hari saya ke rumahnya dan dia dapat pandang muka sangat, senang-senang saya boleh dapat rm300 sebulan kan? Hahahaha! Kalau saya benarkan dia cium saya, dia akan beri saya RM50. Kalau saya izinkan DIA ringan-ringan dengan saya, dia akan berikan saya RM100.
Apa perasaan saya waktu itu? Rasa marah dan sangat terhina! BIla dia melihat riak wajah saya, dia berkata, "Marah ke? Ringan-ringan je, bukan luak apapun." Saya rasa nak terajang saja mukanya.
Sejak hari itu saya tidak lagi berkunjung ke rumahnya. Kalau nak menziarahi 'kakak' iaitu isterinya sekali sekala, saya akan pastikan DIA sudah keluar. Saya tak beritahu sesiapapun tentang tawaran tersebut termasuklah kepada arwah ibu saya. Saya tidak mahu arwah ibu risau. Daripada hari DIA cakap merapu macam kena sawan itu, saya tidak pernah lagi mengupah DIA walau apapun alasannya. Saya lebih rela mengupah orang lain.
Suatu hari saya mendapat khabar yang DIA dan isterinya akan pergi menunaikan fardu Haji. Segalanya diuruskan oleh anak perempuannya. Pemergian itu nampak agak tergesa-gesa. Begitu juga dengan kursus hajinya. Mungkin anaknya itu ada caranya sendiri untuk membolehkan ibu-bapanya ke sana dengan 'segera' dan mudah padahal kedua-duanya tidak pernah mendaftar di Tabung Haji.
Saya bersyukur mendengar berita itu dan saya ke rumahnya untuk mengucapkan selamat jalan dan semoga selamat pulang. DIA dan isterinya nampak ceria namun aksi nakal pada wajahnya masih jelas kelihatan.
Doa saya, apabila pulang dari Mekah dan bergelar Haji, dia akan berubah. Namun ternyata ketayapnya hanya lekat beberapa bulan sahaja di kepalanya. Beberapa bulan kemudian pelbagai cerita tentangnya bertiup kencang namun tidak ada satu pun diakuinya. Anak-anak meradang namun dia menafikan segala khabar dengan garang. Tapi yang peliknya, macam mana dia boleh sempat menceritakan segala keserakahan dan kejahatannya kepada saya dalam masa tak sampai 10 minit ketika saya berhenti rehat di laman, ketika abang saya sedang membetulkan mesin rumput tak jauh dari situ?
Saya hairan, apa tujuannya menceritakan tentang kejahatannya sendiri mengacau isteri orang? Menabur wang pada isteri orang untuk mendapatkan layanan, sanggup berhabis duit pencen dan duit yg diberikan oleh anak-anak pada perempuan itu? Agaknya dia nak menunjuk-nunjuk atau nak memberitahu betapa ruginya saya kerana tidak menerima tawaran dia dulu? Nak mengatakan saya bodoh kerana menolak kesenangan yang dia tawarkan?
Kalaulah itu tujuannya, saya tak berasa rugi atau terkilan sezarah pun!
Tadi ketika saya sedang memotong rumput, anak sulungnya datang. Anaknya itu merupakan kawan baik saya sejak sekolah dan lebih muda beberapa tahun daripada saya. Anaknya memberitahu saya bahawa ayahnya jatuh motosikal. Lengan kanannya terkulai, tulang bahunya retak. Tak boleh dibalut atau disimen. Kaki kanannya patah dan bersimen. Bila mendengar berita itu, tanpa rasa simpati hati saya berkata, "Alhamdulillah... barangkali inilah yang terbaik untuk DIA!"
Jahat kan saya? Entah mengapa saya tidak bersimpati langsung dengannya...sebaliknya amat bersimpati pada isteri dan anak-anaknya yang terpaksa menjaganya. DIA beruntung
kerana kebanyakan anak-anaknya baik dan menjadi orang. Sanggup menjaga dia. Ragamnya?
Tak boleh nak kata! Anaknya memberitahu saya, mungkin ini saja caranya untuk menbuatkan DIA duduk di rumah. Kalau tidak, selagi boleh bergerak DIA tidak akan diam. Tak akan berhenti memalukan keluarga. Untung ALLAH masih kasih, masih memberikan peluang untuk hidup.
Saya tidak membenci DIA. Saya cuma tidak menyukai perangainya yang seolah-olah menyamakan sama dengan perempuan-perempuan yang termakan sogokannya. Saya bersyukur saya telah membuktikan kepadanya bahawa saya BUKAN! Maruah saya jauh lebih berharga daripada ksenangan yang ditawarkannya!
Doa saya, semoga dia akan insaf. Sempat bertaubat sebelum Allah menjempur DIA pergi. Tiada dendam di hati. Saya telah memaafkan DIA. Seburuk manapun DIA... banyak kebaikan yang telah DIA hulurkan kepada saya dan keluarga saya.
Catatan: Mulai saat ini saya hanya akan mengenang segala kebaikannya...segala yang buruk akan saya anggap sebagai kelemahannya sebagai manusia biasa.Semoga ALLAH akan memberikan segala yang terbaik untuk DIA...
Rafikasastras
Produk Halal
nUfFnAnG
Karya
Pengikut
Tetamu
Doa Khusus
Laman Muslim
Sesawang Kenalan
[♥]::masterpyan's hangout::
[♥]Iemah
[♥]Dari Mata Turun Ke Hati
[♥]BLURQUEEN'S PAGES
[♥]Suka Suka
[♥]Cahaya
[♥]KiaH ARiaNa
[♥]As Time Goes By...
[♥]ToinG Da LeGenD
[♥]ANJUNG SENAMA
[♥]..::BIcARaDaRiHaTi::.
[♥]Azmah Nordin
[♥]Mawar Shafei
[♥]Abdul Latip Talib
[♥]Chenta Hati Kami
[♥yOnnA
[♥]kak e
[♥]Akak
[♥]setitis embun
Sesawang Pilihan
[♥]Khalil Gibran
[♥]Dr. Faizal Tehrani
[♥]Jiwang.ORG
[♥]Hadis Rasullulah
[♥Almansuqie
[♥]guitarchordzek
[♥]Beautiful Islam
[♥]Dr. Ridhuan Tea
[♥]Adibah Noor
[♥]the storyteller
[♥]The Storyteller, Part 2
[♥Psychologists Guide
[♥]Self Healing Expressions
[♥]Forgive For Good
[♥]Letting Go
[♥]Base Digital Lifestyle
[♥]this is my side of the story
[♥]
[♥]Funny Jokes Blog
Sesawang Sastera
Video Pilihan
ENCYCLOPEDIA
Kamus Online
Sesawang Terjemahan
Terkini
Catatan Popular
-
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. "Bismillahirrah...
-
T erima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk...
-
D alam hidup kita harus bijak menggunakan kesempatan, bukan bijak mengambil kesempatan dengan memperkotak-katikkan orang.Sekali dua,tiga k...
-
K etika anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca...
-
H asbi Rabbi JallAllah, Cukuplah Tuhan bagiku Allah Yang Maha Agung Ma Fi Qalbi Ghayrullah, Tiada yang lain dihatiku kecuali Allah ...
-
D alam kehidupan jangan bergantung pada manusia. Bergantung pada Allah. In sya Allah dalam apa situasi pun setelah berusaha sehabis daya , ...
Arkib
- ► 2011 (141)
Jumlah Paparan Halaman
Pertukaran Pautan
Sabtu, Ogos 08, 2009
Pabila Usia Meniti Senja...
Isnin, Julai 27, 2009
I Will Remember You
Down a street far away
And see a face in the crowd and smile
Knowing how you made me laugh
Hearing sweet echoes of you from the past
I will remember you.
Look in my eyes while youre near
Tell me whats happening here
See that I dont want to say good-bye
Our love is frozen in time
Ill be your champion and youll be mine
I will remember
I will remember you.
Later on
When this fire is an ember
Later on
When the nights not so tender
Given time
Though its hard to remember darlin
I will be holding
Ill still be holding to you
I will remember you.
So many years come and gone
And yet the memory is strong
One word we never could learn
Good-bye
True love is frozen in time
Ill be your champion and youll be mine
I will remember you
So please remember
I will remember you
I will remember you
I will remember you
I will remember you.
Ahad, Julai 26, 2009
Balangsukawa Yasmin Ahmad

Suatu ketika dahulu saya tidak mengenali siapakah Yasmin Ahmad. Namun saya sering terkesima apabila melihat iklan-iklan hebat petronas di kaca TV. Saya tonton berulang-ulang. Iklannya terkadang lucu sinis dan mencuit hati. Adakalanya pula disulami hiba yang mampu mengundang airmata. Penuh simbolik namun mudah untuk dimengerti. Saya menganggap Yasmin Ahmad adalah seorang yang cukup sentimental dan penuh nostalgik orangnya. Menikmati karya-karyanya bagaikan menolak saya kembali kepada zaman kanak-kanak saya.Tidak kira samada dalam iklan mahupun filem-filemnya, Yasmin ahmad mempunyai identitinya tersendiri. Dia sudah berada jauh di hadapan menjadi pelopor masyarakat majmuk yang penuh setiakawan walaupun tanpa slogan 1 Malaysia.
Meskipun karyanya banyak menjemput pujian tidak kurang juga mengundang cemuhan namun dia terus rancak berkarya. Tidak ada apapun yang mampu menghalang segala idea yang mengalir daripada minda dan rasanya sehinggalah nafasnya terhenti. Walaupun tidak mengenalinya secara peribadi, saya adalah silent reader di blognya http://yasminthestoryteller.blogspot.com/ Memang ada juga antara tulisan dan pemikiran tertentu di dalam karyanya yang tidak sealiran dengan saya, namun ianya bukan penghalang bagi saya mengkagumi karya dan kecerdikan beliau. Perbezaan pandangan dan pendapat tidak semestinya bermusuhan!
Yasmin...Selamat kembali ke sisi Yang Abadi. Saya doakan rahmat dan kasih sayang Allah akan sentiasa menemani anda di alam sana. Amin.Semoga tenang bersemadi. Kami yang masih hidup ini pasti akan ke sana juga nanti. Al-Fatehah.
Jumaat, Julai 17, 2009
Alhamdulillah...
Alhamdulillah! Saat kritikal Mikail sudah berakhir. Tadi petang dia dibenarkan keluar wad. Dalam perjalanan pulang, anak saya singgah sebelum pulang ke rumah mertuanya. Saya tatang dan saya cium Mikial sepuas-puasnya. "Mikail buat uwan cemas, tau tak? Jangan buat uwan macm ni lagi tau?" Saya tatap wajah Mikail yang sedang tidur dengan amat nyenyak sekali. Aduhai...adakah kebimbangan saya keterlaluan? Hehehe saya pun tak tahu. Saya cuma bersikap sebagai seorang nenek yang pastinya amat bimbang kehilangan cucunya. Rasanya semua nenek akan menunjukkan getar cemas yang sama seperti saya.Lagi pula setelah kehilangan demi kehilangan yang saya lalui tahun ini agak mempercepatkan fikiran yang bukan-bukan tu datang.Takut pada kehilangan.
Saya belek-belek jari jemari Mikail yang kurus panjang. Belakang tangannya dipenuhi dengan bekas-bekas jarum. Begitu juga dengan kakinya. Kesian cucu uwan. Baru je menjenguk dunia dah diuji begini rupa. Takpe cu...cucu uwan kan kuat? Tadi bonda Mikail cerita kat uwan, baby-baby kat wad tu tak habis-habis melalak tapi Mikail senyap je. Siap pula mengereng tidur penuh aksi. Hebat kan cucu uwan ni? Dan uwan sentiasa berdoa cucu uwan akan menjadi insan hebat suaru hari nanti, sesuai dengan nama yang bapamu berikan.
Nota: Selepas 12 tahun...mendukung dan membelai bayi terasa begitu mengharukan. Perasaan yang sama ketika saya membelai Ajib 12 tahun yang lalu. Rasa kasih dan nikmat menyayangi itu terasa amat mendalam sekali.Amat indah! :D
Selasa, Julai 14, 2009
Ya Allah...sembuhkanlah cucuku...
Selepas asar tadi ketenangan saya agak terduga dengan sms anak saya..."Maksu, Mikail kat gh ni.Demam kuningnya tinggi. Tadi ambik darah bacaan 451...normal 187 je..skrg dia amik darah lagi...nak kompemkan..." Saya balas smsnya minta dia bersabar sebab demam kuning pada saya adalah perkara biasa bagi bayi. Tapi bacaan yang tinggi itu agak membimbangkan saya. Namun saya tidak mahu berkata sesuatu yang akan lebih mengkucarkacirkan fikiran anak menantu saya yang baru seminggu menimang cahaya mata mereka.
Seketika kemudian saya menerima sms lagi, "Baby kena masuk wad..kot kuning x turun jugak bwh 300,kena tukar darah". Saya balas supaya dia bersabar, insyaallah Mikail tak apa-apa. Dia membalas "Abg ngan srie..wad kat tingkat 5..nanti papehal abg msg."
Saya membalas dan berpesan kepadanya kalau ada apa-apa segera bagitau saya.
Pukul 7:37 menyusul 1 lagi sms, "Dah check 2 kali darah,masih tinggi..kali ke 3 ni kot tinggi jugak, pukul 10 kena tukar darah jugak..risiko anak mungkin terencat atau mati klu x buat.." Saya terdiam kemudian membalas "Sabarlah. M.ngah kau kata abg rafi kau masa lahir dulu pun camtu. Kena buh 2 lampu. Patutnya tukar darah gak tp tak jadi sbb pastu demam kuning dia turun. Doa byk2 insyaAllah Mikail akn baik2 je nnt"
Saya dapat mengesan kebimbangan pada diri anak saya itu. Baru seminggu berada dalam pelukan sekarang diberikan dugaan. Selepas solat maghrib dan isyak saya berdoa semoga Allah menyembuhkan cucu saya. Saya berdoa bersungguh-sungguh dengan cucuran airmata. Saya meminta Allah kuatkan hati dan jiwa anak menantu saya. Meminta belas dan kasih Allah untuk kesembuhan cucu saya. Saya bernazar sekiranya cucu saya sembuh, saya akan berpuasa 3 hari berturut-turut tanda syukur dan terima kasih saya. Cucuku Mikail...bertahanlah sayang. Anak menantuku...bersabarlah menempuh dugaan ini. Kalian telah menempuhi pelbagai dugaan getir sebelum ni...jadi untuk kali ini teruslah berdoa, bersabar dan pasrah. Allah tidak akan menguji hambaNya dengan dugaan yang tak mampu dilalui oleh mereka. Tabahkanlah hatimu anak-anakku!
Ketika hendak publishkan entri ini, saya sms anak saya,"Apa perkembangan Mikail bang?"
"Xtau lagi, dari 451 dah naik 480 pulak..mcm kompem tuka darah je.."
Saya terkedu..."Allahuakbar! Sabar bang...Allah sdg menguji kita..Sama2 kita berdoa."
Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika ini...
Ya Allah...hanya Engkau yang mengetahui segala rahsia yang tersembunyi pada setiap dugaan yang Engkau berikan.Selamatkan cucu saya Ya Allah...Selamatkanlah...Amin Ya Rabbul Alamin...
Selasa, Julai 07, 2009
Selamat Datang Aghafi Mikail...
Hari ini adalah merupakan antara hari yang bahagia dalam hidup saya. Kelahiran Aghafi Mikail bagai melengkapkan putaran kehidupan saya sebagai manusia. Bayi lelaki seberat 2.3 kg itu telah membangkitkan rasa bahagia yang tidak terhingga. Kecil tapi sihat. Dia lahir pada petang yang redup dan nyaman. Menatap wajahnya bagaikan menatap wajah bulan purnama yang memantulkan cahaya berkilauan pada alam dan dedaunan. Saya melihat sinar bahagia pada wajah dan mata anak lelaki saya. Saya melihat senyuman ceria pada wajah menantu saya. Kebahagiaan melahirkan dan menyambut anak yang pertama.
Saya menatap wajah bayi disebalik kaca dengan rasa syukur yang tidak terhingga. Senyuman saya meleret ke telinga. Hati saya berbicara...Selamat datang ke alam baru, cucuku. Semoga kehidupanmu jauh lebih baik daripada kehidupan bapamu yang penuh ranjau dan liku. Mudah-mudahan dikau akan mampu menyinari ruang-ruang suram dan kosong yang singgah pada rongga-rongga kehidupanku ini.
Usah gelisah cucuku. Wajah syurgamu itu akan mampu memikat setiap hati. Dikau tidak akan mewarisi kekalutan kehidupan bapamu sejak kecil. Bapamu seorang anak yang baik. Percayalah sifat penyayangnya itu mampu membalut segala resah. Bapa dan ibumu akan sentiasa menuangkan kasih sayang yang melimpah. Bapamu lelaki yang baik cucuku. Begitu juga ibumu. Mereka tidak akan membiarkan dikau terlonta-lonta tanpa kasih sayang. Mereka tidak akan melepaskan tangan selagi dikau tak mampu berjalan. Yang penting...mereka tidak akan membiarkan dikau meraba-raba dalam gelita selagi mereka belum menutup mata.
Kehidupanmu baru bermula cucuku...nikmatilah kehidupan syurgamu ini sepuasnya. Lalui layar putih kehidupanmu dan persiapkanlah diri sedikit demi sedikit untuk mendepani kehidupan yang mungkin tidak semudah dan seindah yang dikau impikan. Yakinlah dikau akan mampu menangkis segala rintangan dan kerasnya kehidupan seperti bapamu yang tidak pernah mengalah. Semoga Allah akan terus membimbing dan melindungimu sepertimana dia melindungimu sejak dari perut ibumu. Saya juga akan terus berdoa untuk kesejahteraanmu sebagaimana saya berdoa sejak dikau masih di dalam rahim ibumu.
Nota: Agafi...lesung pipitmu mampu membuat purnama merindu...:D Terima kasih yang Allah atas anugerahMu yang hebat ini...
Selasa, Jun 30, 2009
Solat & Peralihan tenaga
Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.
Walaubagaimana pun, CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Subuh. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan
kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya …?
Isnin, Jun 22, 2009
Mendaki lagi 1 tangga...
semakin jauh meninggalkan dunia...
kian dekat menuju mati...
Banyak ucapan...tapi maaf! Krdt saya xpired hari ini. Terima kasih pada ucapan selamat daripada kalian. Semoga kita sentiasa berada di dalam keberkatan dan kasih-sayang Illahi.
Jumaat, Jun 19, 2009
Renungan Jumaat : Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, 'Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya'. Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, 'Anakku, apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?' Aisyah RA menjawab, 'Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja'. 'Apakah Itu?', tanya Abu Bakar RA.
'Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana', kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, 'Siapakah kamu?' Abu Bakar RA menjawab, 'Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)'. 'Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku', bantah si pengemis buta itu. 'Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku', pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, 'Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW'.
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, 'Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....'
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.
Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu...
Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya? MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.
Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir :
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca. Anda mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kerusi roda dan setiap orang sakit menggunakannya. Anda dapat hasanah.
4. Bantu pendidikan seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6. Bagi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah.
Sumber: BIRO AGAMA & KEROHANIAN, KELAB MATRADE
Sabtu, Jun 06, 2009
Apa Kata Lelaki Tentang Perempuan Lawa vs Tak Lawa..
Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: Woow, ciri-ciri isteri idaman...
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: Eh tak reti komunikasi betul...
Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: Musti ada krisis dalaman nih. kesian.
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: Dah la tak lawa, perangai pulak huduh...
Kalau perempuan lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan cakap: Heroin sejati...!
Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: Taktik nak ngorat le tu...
Kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: Ok gak la.....
Kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: Kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!
Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: Buta kayu betul Mamat tu....
Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: Patut pun kena reject...
Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: Perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: Sesama keluarga memang harus sayang-menyayangi. ..
Kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: Ntah dato' mana bela nih....
Kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: Musti anak orang kaya nih.....
Kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: Pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: Sedar pun diri...
Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: Caring sungguh....
Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: Nak tunjuk caring le tu....
Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: Dont worry I will make you happy forever
Kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: Sikit-sikit nak nangis!! mengada-ngada. ..
Kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: Dah la lawa, pandai masak pulak tu...
Kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: Ntah sedap ke tak..
Kalau perempuan lawa main-main miss call
Lelaki akan kata: Takpe...
Kalau perempuan tak lawa main-main miss
Lelaki akan cakap: Ko ni takde keja lain ke... Sibuk ni tau..
Kalau perempuan lawa hantar-hantar email
Lelaki akan kata: Sukenya....
Kalau perempuan tak lawa hantar-hantar email
Lelaki akan cakap: Balik-balik email dia. Boringnya..
Nota: Cuma kopipes dari emel menantu saya. Bagi pembaca lelaki tepuk dada tanya selera...termasukkah anda dalam kategori lelaki2 seperti di atas? ;)
Harilahir arwah Bonda...
Hari ini sepatutnya harilahir Bonda saya yang ke 76. Rindu yang tidak pernah beku menggamit saya untuk sentiasa pulang, sentiasa menitiskan peluh untuk mempastikan rumah kita sentiasa bersih dan redup pada setiap mata yang memandang. Saya takkan membiarkan rumah itu usang dipenuhi lalang.
Mak tau? Selasa lepas lepas kami (saya dan kakak) pulang. Kami mengemas luar dan dalam. Saya mengemas di depan, akak mengemas di belakang. Saya hanya benarkan akak buat kerja yang ringan2. Kaut sampah, membuang kerisik daun pisang. Saya pula mencabut lalang, membersihkan rumput disekeliling pokok, mencantas pepohon, memotong rumput. Akak cergas bukan main. Kejap-kejap hilang. Puas saya tinjau sana sini rupa-rupanya akak masih di luar. Bila saya amboih amboihkan dia, akak cuma sengih.
Disebabkan kami sama-sama 'uzur' tak perlu berhenti solat, lagi meriahlah kami mengemas :p
Durian dah gugur. Setiap pagi saya akan susup-sasap dalam semak mengutip durian. Kalau ikutkan hati tak berani saya menempuh kebun yang semak-samun. Namun demi 'semangat durian' saya cekalkan hati. Ehehehe. Nasib baiklah bawah pokok tu tak semak, jadi senanglah saya mengutip durian yang terdampar cantik di atas tanah.
Bila malam, bila badan dah bertemu tilam kami akan saling berpandangan dan saling mengadoih kemudian sama-sama ketawa. Kami bergilir menggosok balm di belakang, lengan dan kaki...lenguh-lenguh. Siang tak hinggat! Bila malam mengidap! Ekekeke.
Petang semalam kami pulang ke rumah akak sebab esok akak nak buat kenduri tahlil arwah suaminya. Diam tak diam sudah lebih seratus hari arwah pergi. Waktu berlalu begitu cepat sekali.
Minggu depan kami akan pulang semula. Harap-harap durian akan habis gugur sebelum tempoh cuti sekolah berakhir. Cukup tahun nanti insysAllah saya dan kakak akan menetap di kampung. Rumah kakak di sini akan akak sewakan pada anak lelaki saya yang bakal menimang cahaya matanya menjelang Julai nanti.
Nota: Katil mak kosong... kerusi goyang diam... dalam bingit hati saya sunyi... dalam tenang jiwa saya sepi... ibu sudah pergi... namun saat-saat indah kita akan sentiasa menari-nari dalam memori. Al Fatehah untuk Bonda tercinta... kasih sayang anakanda takkan pernah reda.
Ahad, Mei 31, 2009
Ikan sembilang...
Ikan ini sering menjadi hidangan kegemaran anak lelaki saya. Bila ke pasar dia akan tunjuk ikan sembilang. Bila makan di luar juadah tetap ikan sembilang. Saya suka ikan sembilang yang sederhana saiznya manakala dia lebih gemar ikan yang bersaiz besar. Ikan air tawar memang hidangan kesukaannya.
Saya tidak begitu suka ikan sembilang kampung - iaitu ikan sembilang yang hidup di habitat semulajadinya seperti di sawah, lubuk mahupun sungai. Manakala ikan sembilang ternakan - ialah ikan sembilang yang diternak secara komersial untuk pasaran di dalam dan luar negara.
Kakak saya juga arwah abang ipar saya tak suka ikan sembilang ternakan. Alasannya, hanyir dan dagingnya repoi (lembut) hancur kalau lama di masak. Sebaliknya saya tidak begitu menggemari ikan sembilang kampung kerana dagingnya liat. Bila melihat daging ikan sembilang kampung yang telah di potong atau setelah di masak (lebih-lebih lagi kalau ikan itu bersaiz besar), saya selalu terbayangkan daging ular...yarkkk! Tapi anak lelaki saya tu dia tak kisah ikan sembilang kampung ke ternakan ke...seleranya laju macam selera beruang :p
Saya masih ingat sewaktu saya kecil dulu. Kami selalu menangkap ikan sembilang di bendang. Abang pula akan mengkobok tangannya pada lubang-lubang ikan untuk mencari sembilang. Kadang-kadang terkobok ular! Di sawah juga ada lubuk yang umpama perigi kecil yang sengaja dibiarkan menjadi tempat ikan membiak secara semulajadi. Sesekali kami akan menimba lubuk tersebut. Hasilnya amat lumayan sekali. Ikan sembilang, haruan, puyu juga terkadang belut pun ada. Apatah lagi lintah! Kami akan hanya mengambil ikan-ikan yang sudah besar manakala yang kecil kami lepaskan.
Arwah mak suka masak pindang ikan-ikan tersebut. Pindang ialah masak lemak cili api yang dikeringkan sehingga tidak berkuah. Makin dikeringkan makin sedap makin menyelerakan dan akan tahan selama beberapa hari.
Sejak kecil saya tak suka ikan haruan. Sebabnya? Semasa kecil dulu saya selalu mendengar orang berkata kononnya ikan haruan itu asal usulnya daripada katak. Hahaha. Sehingga kini walaupun saya tahu cerita itu tidak benar, saya tetap tak suka ikan haruan sebab kepalanya macam ular! Makan ikan haruan seperti makan ular :p
Berbalik kepada kisah ikan sembilang tadi. Selain sedap di masak gulai lemak cili padi, goreng berlado pon sodappp! Goreng kicap pun ummpph! Salai dulu sebelum gulai lagi mengancam! Kalau digulai, saya suka mencampurkan petai yg dikikis sebagai temannya. Pucuk asam, bacang muda,jantung pisang atau pisang muda juga tak kurang lazatnya. Petua daripada arwah mak dan arwah nenek, ikan mestilah di 'kecut' terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa yang lebih berperisa. Maksudnya ikan tersebut dimasukkan ke dalam periuk digaul dengan kunyit dan cili yang sudah ditumbuk di bawah api yg kecil sehingga ikan nampak sudah masak sedikit, barulah dimasukkan santannya diikuti dengan penemannya.
Saya suka masak dengan kuah yg banyak sebab anak dan anak-anak saudaran saya terutama yang lelaki suka makan macam itik. Suka tuang kuah yg banyak ke dalam nasi. Suka pedas-pedas pulak tu! Saya bangga bila abang saya kata masakan saya rasanya sama seperti masakan arwah mak. Begitu juga dengan kakak. Bezanya kakak kuat garam! Saya pulak lemah kalau bab garam ni. Terlebih sikit saja dan terasa masin sangat sebab saya dah terbiasa dengan selera arwah mak yang tak kuat garam sebab arwah ada darah tinggi.
Ada kawan yang bertanya tentang resepi dan sukatan. Tentang bab ni memang saya lemah. Saya memasak tak pernah ada sukatan. Cuma main agak-agak, main campak-campak.
Kalau masak lemak cili api, saya akan pipiskan cili dengan bilangan ganjil (petua abang sepupu saya yang mengatakan kalau lauk nak pedas, letak cili dalam kiraan nombor ganjil. Wallahuaklam :)). Langkah demi langkah aku teruskan jua...Masa demi masa sampai akhirnya...Lol! Termasuk lagu Saleem la pulak. Selalunya untuk masak lemak cili api, saya tumbukkan kunyit, masukkan cili, bawang merah sikit bawang putih sikit (ada juga yg tak masukkan bawang) dengan garam (sekarang guna blender je). Ada orang kata blend tak sedap, rumbuk dengan lesung batu lagi sedap. Pada saya sama je rasanya. Orang tua dulu kalau guna lesung batu, mereka akan bubuh air sikit dalm lesung tu (setelah bahan yg ditumbuk dikeluarkan),setelah cuci-cuci lesung tu dgn air tersebut, air itu dimasukkan ke dalam gulai yang sedang dimasak supaya masakan itu menjadi lebih sedap. Sekarang guna blender kan? Jadi saya kocak-kocakkan air sikit ke dalam blender kemudian saya curahkan ke dalam gulai ehehehe. Kakak saya suka menggunakan asam keping dalam masakan tersebut tetapi saya lebih gemar menggantikannya dengan limau kasturi seperti arwah mak. Kalau ada telur ikannya, bungkus dengan daun kunyit kemudian masukkan sekali ke dalam gulai. Kalau banyak la kan. Kalau telurnya seciput, campakkan je terus dalam gulai tu. Nasiblah! siapa yang jumpa dialah merasa ;)
Kalau goreng berlada, saya akan tumbuk cili api dengan bawang merah dan bawang putih dan garam (atau blend senang keje :D) Kemudian masa masak saya akan letak asam keping sekeping dua dan sedikit gula sebagai perasa.
Jika goreng kicap, biasalah kan orang nogori mana boleh tinggal cili api eah. Tumbuk cili api pastu goreng. Lepas tu masukkan bawang besar yang dipotong bulat beserta bawang putih dan sedikit halia. Buh garam sikit je. Kalau guna kicap masin takyah la buh garam. Kemudian bwg dah lemah gemalai sikit (jangan kasi lembik), tuangkan kicap. Saya suka gunakan kicap manis kipas udang atau kicap Jalen lemak manis. Kemudian perahkan sedikit limau kasturi atau gantikan dengan asam keping atau asam jawa pun boleh. agak-agakla jangan banyak-banyak. Secukup rasa je tau! Bila semua dah sebati, curahkan je la atas ikan yang telah di goreng. Kalau nak berkuah campurlah air sikit mengikut banyak mana kuah yang anda perlukan. Siap!
Sekarang senang! Beli ikan yang sudah siap disiang. Dulu kena siang sendiri. Beli ikan sampai rumah masih meloncat-loncat dalam plastik. Perkara pertama, masukkan ikan ke dalam bekas kemudian taburkan garam pastu tutup cepat-cepat bekas tu. Biarkan mereka menggelupur dalam bekas tu sampai takde bunyi lagi. Pastu cuit-cuit sikit mana tau ada yang berpura-pura mati (untuk menyedapkan hati). Ikan berlumur garam mau tak mati!:p. Kalau tak mahu menggunakan cara tersebut,langkah sadis dan kejamnya ialah mengetuk kepala ikan tersebut dengan belakang parang atau anak lesung batu sehingga ikan itu tak bergerak lagi.Cara ini selalunya akan menyebabkan kepala ikan yang keras itu retak atau hancur sama sekali. Saya lebih memilih cara yang pertama. Setelah ikan disahkan mati, buang sengatnya dahulu. Kalau ikut cara saya, saya akan tetak tetak tetak sengat tu sampai hancur, kemudian baru buang pangkal keras umbi sengat tu. Kemudian potong sikit moncongnya (Nak kasi kiut bila dimasak, takde la moncong je kan ngan misai selai huduhnya tu):p Langkah seterusnya, belah perut tengok ada telor ke tak. Kalau ada keluarkan supaya proses mencuci tidak terganggu dan telur tu tak hancur. Setelah itu saya akan kelar kelar sikit badan ikan tu. Nampak cantik kan ada corak ekekeke. Sebenarnya supaya ketika dimasak, asam garamnya akan sebati dan lebih sedap :) Kemudian kalau nak biarkan sekor-sekor mcm tu pun boleh, potong-potong pun boleh. terpulang! Namun sayugia diingatkan, gerenti baju dan muka anda akan berlumuran darah ikan yang terpercik beserta dengan hanyirnya :p
Hanyir? Taklah! Hanyir tu kalau tak betul cara mencucinya. Lazimnya untuk menghilangkan bau, saya akan masukkan garam dan air perahan limau. Tak kisahlah apa jenis limau beserta dengan kulitnya sekali. Kalau takde, asam keping atau asam jawa pun jadi. Gaulkan sampai sebati dan biarkan kira-kira dalam 15 - 30 min. Ketika mencucinya, pastikan kita bersihkan darah-darahnya, keluarkan ketul darah beku yng terletak di kiri kanan leher ikan tersebut (yang terletak di bahagian bawah sengat). Kikis lendir-lendir di badan dan di kepala ikan tersebut (ada orang potong kepala tapi saya suka bahagian kepala, sedap dikunyah-kunyah dan manis rasanya). Bilas beberapa kali sampai semua lendir tu hilang. Haaa... kan dah cantik bersih! apapun jenis ikan kalau dibersihkan secara di atas, insyAllah takkan hanyir dan berbau setelah dimasak. Sekian terima kasih :D
Nota: Terkenang waktu kecil ketika kami bersawah. Pulang dari menimba lubuk, mak akan menyiang ikan di bawah pokok rambutan. Kalau menyiang ikan puyu, mak akan menggaha (menyental badan ikan puyu ke tanah untuk membuang sisiknya). Suka melihat ikan-ikan yang masih bergerak-gerak kadang melompat-lompat walaupun setelah disiang. Nyawa-nyawa ikan :D
Khamis, Mei 21, 2009
Pencari...mencari...tercari...
Setiap
daripada kita
adalah pencari.
Setiap
pencarian itu
bermula daripada
keinginan untuk mencari
kepuasan rasa
jiwa
hati
dan naluri...
kepuasan nafsu dan hawa
kepuasan mental fizikal...
tercari-cari arah letak
material zat hakikat dan makrifat
yang tersembunyi
pada setiap liang dan lohong,
pada setiap ruang dan peluang,
pada setiap gawang dan sawang,
pada setiap lubang dan rahang,
pada setiap frasa dan prosa,
pada setiap wajah dan siasah,
pada setiap kata dan kota,
pada setiap madah dan wadah,
pada setiap langkah dan riadah,
pada setiap hentian dan singgahan,
pada setiap takbir dan takdir
Pencarian tak pernah mengenal ruang,
sentiasa mengintai peluang,
di sebalik lalang dicelah dahan
pada titis embun dan pegun daun
pada tiap susur dan galur
pada tiap desir dan sisir
pada tiap bunyi dan sunyi
pada tiap kocak dan riak
pada tiap lari dan tari
tiap langkah dan henti
pada tiap tapak berdiri ada ritma dan irama tersendiri.
Carilah apa yang ingin kau cari
tapi pastikan apakah yang sebenarnya yang kau cari
agar kau tidak terus tergagau tercari-cari makna cari
di tepi kali
di runcing jari
di hujung pantri
di igau mimpi
di kotak sangsi
di terik mentari
di kelam bintang
di kabus awan
di zarah debu
di tirai hujan
di tapak kaki
di kilat kuku
di dicelah kaki
di jerit ngeri
di gelak suka
di hilai tawa
di tangis dosa
Setiap daripada kita adalah pencari
yang sentiasa berkelana mencari puas dari jiwa yang buas
Setiap daripada kita tercari-cari
makna bahagia makna cinta dari jiwa yang meronta
Akuilah setiap daripada kita memamah 'cari'
walau egois menafi
'saya bukan pencari'
'saya tidak mencari'
'saya tak pernah tercari-cari'
Saya adalah pencari yang masih mencari dan tercari-cari makna cari
Setelah menemui 'makna' saya akan mencari 'erti'
seterusnya akan setia mencari 'maksud'pada setiap huruf mungkar dan makruf.
Nota:
Saya adalah hitam dan saya adalah putih
Saya juga adalah merah biru dan kuning
Saya bukan putih bersih
Saya adalah hitam dan putih
dan saya juga adalah merah biru dan kuning!
Aku
Aku
datang
sebagai tetamu
pulang juga harus
santun penuh adab
sebagai tetamu yang tahu
diri harus sopan tika kembali
tibaku suci pergiku nanti perlu suci lagi
sejernih air terjun di pergunungan ini
haru dan bimbang saling bertingkah silih berganti
mana mungkin aku kembali sesuci itu lagi cuma mimpi
kerana putih telah pudar oleh ribuan calar niat dan gerak geri
dilambung nafsu yang runduk keliru memburu tersasar di sana sini
perjalanan ini masih jauh pencarian ini belum sampai pada jejak
kebenaran masih tenggelam dalam hutan banat kehidupan
makanya tidak punya waktu untuk berhenti mesti terus
berlari mencari meski kaki penuh duri hati terguris
berulangkali perlu mendaki tak perlu peduli caci
dan maki sindir dan keji ini menjadi bekalan
dan cermin ajaib pada diri meski terpaksa
melangkah laju melintas peluru tanpa
keliru makin jauh makin sayup
makin ruyup makin redup
masih sanggup tanpa
kalut dalam wujud
berlutut serta
sujud demi
rinduku
pada
yang
1
Selasa, Mei 19, 2009
Pulang...
Sesekali pulang...terlalu banyak kenangan...begitu banyak kehibaan. Halaman ini yg dahulunya sentiasa berseri, kian muram dgn daun-daun kering terdampar menutupi kehijauan rerumputan. Pohon-pohon segar di tangga kering kontang tanpa siapa yg sudi menyiram. Bunga-bunga di taman merajuk tanpa sentuhan. Walaupun hidup namun nampak tak bermaya. Pokok durian belanda kesayangan saya telah mula kekuningan daunnya. Kesemuanya mendambakan sentuhan.
Baru beberapa bulan saya tidak menetap di sini...halaman ini bagaikan mati. Betullah seperti dikatakan orang, rumah kalau lama tinggal akan kehilangan seri. Walaupun saya pulang seminggu sekali namun memang amat terbatas untuk membuat itu ini. Rumput, lalang riang menyubur. Pohon-pohon tumpang mengembang, pepohon asal menguncup tandus.
Jumaat.
Kalau diharapkan kudrat...sebanyak mana saja kudrat saya yang ada. Kudrat kakak? Lebih menyedihkan. Minggu ini sebaik saja sampai selepas zohor, saya tidak bertangguh lagi. Saya sirami pokok-pokok bunga di tangga sambil menyiram tangga batu yang dipenuhi tahi ayam serta hancing kencing kucing jiran tetangga yang tidak diundang. Selesai di situ saya terus menghayun penyapu dari dapur hingga ke tengah rumah hingga ke ruang depan menghapuskan debu-debu dan tahi cicak yang bertaburan di lantai, di karpet, di atas perabut. Pabila selesai, kaki saya terasa berat. Letih ya amat. Hendak mengemop lantai pun dah tak larat. Kakak suruh saya berhenti jangan buat semua kerja sekaligus.
Sabtu.
Selesai sarapan saya terus mencapai tangkai mop, mengisi pencuci lantai ke dalam baldi lalu terus beraksi lagi. Saya mop lantai ruang depan hingga ke bilik, ke ruang tengah terus ke dapur. Senang hati melihat lantai dah bersih dan tapak kaki saya tak hitam lagi apabila berjalan. Kakngah juga tak duduk diam. Dia mengelap kabinet dan sinki yang juga berhabuk.
Apabila sudah berpuas hati dengan keadaan di dalam rumah, saya menyarung seluar panjang kemudian mengangkat mesin rumput ke beranda. Saya isi petrol hingga ke paras leher tong minyaknya kemudian mencampurkan 3 penutup minyak engin seperti yg diajar oleh abang sepupu saya. Saya goncang2 sedikit untuk menyebatikan petrol dan minyak engin tersebut. Setelah itu saya memotong tali mesin rumput dalam panjang kira-kira sejengkal. Saya potong banyak-banyak supaya senang menggantikannya setelah tali itu pendek dan majal. Saya masukkan 2 utas tali di hujung mesin kemudian memasukkan beberapa utas lagi ke dalam poket. Saya sarungkan topi, sarungkan kasut getah kemudian dengan beberapa kali cubaan, engin mesin rumput saya hidup dengan gahnya ehehehe. Saya pikul mesin tersebut ke bahu saya...so apa lagi dengan gaya penuh anggun bergaya dan tetap ayu saya memulakan tugas saya :p
Mari saya ceritakan kepada anda pengalaman pertama saya menggunakan mesin rumput ini ;)
Mesin rumput ini dibeli oleh anak saudara saya beberapa tahun yang lalu. Sebelum ini saya mengupah orang setiap bulan atau 2 bulan sekali untuk membersihkan kawasan sekeliling rumah. Apabila sudah ada mesin rumput, anak-anak saudara sayalah bergilir ganti membersihkan rumput mengikut kelapangan masing-masing. Namun sejak akhir-akhir ini masing-masing terlalu sibuk dengan kerja. Makanya melihat rumput dan kemuncup yang begitu subur adalah kepantangan saya. Lebih-lebih lagi setiap laluan dipenuhi kemuncup sehingga saya terpaksa mengangkat kain sarung saya ke paras lutut. Seksi tu! Seksa mata melihatnya ehehehe.
Jadi...pada suatu hari yang cerah yang dicernakan oleh cuaca yang indah serta mood yang meriah, tergerak hati saya untuk mencuba mesin rumput yang mmg belum pernah saya sentuh ini. Mesin rumput tu pula seperti melambai-lambai saya supaya mendekatinya. Maka saya dengan penuh rasa ingin tahu, mengangkat mesin tersebut ke beranda...cuba menyetat enjinnya, terus berpusing talinya yg tinggal seinci. Saya matikan engin, masuk menukar unifom lalu penuh keterujaan saya pun mencuba menggunakan mesin tersebut untuk pertama kalinya.
Perasaan saya ketika tali-tali mesin itu mencantas gagah rumput-rumput di halaman amat teruja sekali. Ekeleh...takdelah berat sangat benda alah ni. Bukanlah susah sangat nak buat keje ni. Dengan penuh bersemangat saya belasah rumput-rumput di kawasan sebelah kanan rumah. Kemudian saya sambung pula di halaman sebelah kiri. Setelah itu saya cuba pula menyudahkan pada bahagian tengah. Alamak! Muahahaha... tercantas pulak pokok bunga keladi saya... Alapak! Terpotong pulak pokok senduduk purple saya... Alahai! Terbelasah pulak pokok durian belanda kesayangan saya. Padan muka! Saya ketawa dalam sebal. Selama ini saya selalu merungut apabila anak-anak buah saya tercantas pokok-pokok tersebut walaupun saya dah pesan supaya mereka berhati-hati... pokok-pokok tu maksu dah letak bata kat sekeliling dia, tengok elok-elok jangan main sungkit aja. Tapi kali ini aku sendiri terpotong pokok-pokok yang sedang subur tu huhuhuhu. Padan muka aku! Memanglah saya meradang tapikan saya kan belum pandai sangat nak agak-agak hala tali mesin ni. Bukan salah sayalah kan?
Hikhikhik.
Dah luas dah kawasan yang dah di mesin. Rehatlah sekejap. Haus. Saya tekan punat merah untuk mematikan engin. Sampai diberanda, saya turunkan mesin dari bahu saya.
Saya masuk ke rumah, capai botol air atas meja...tapi tangan saya menggigil. Saya tak mampu nak buka penutup botol sebab jari-jari saya menggigil dan kejang. Hidung pulak tetiba rasa gatal. Saya tak boleh angkat tangan saya untuk menggaru. Saya terpaksa sangga dan tolak siku kanan dengan lengan kiri barulah tangan kanan saya berupaya sampai ke hidung saya. Masa tu badan rasa ok lagi. Kebetulan dah tengahari jadi setelah kering peluh saya pun mandi. Selesai mandi dan solat zohor dan tentunya dah makan tengahari (saya lupa saya masak apa hari itu tapi pastinya hidangan ringkas saja sebab salah tinggal seorang diri).
Tau apa jadi?
Saya tidur pengsan sampai ke asar. Bila terjaga seluruh badan saya terasa sakit-sakit yang teramat sangat seperti kena rotan. Saya tak boleh bangun. Badan saya terasa berat seperti melekat di lantai. Dalam usia begini mungkin pekerjaan ini terlalu berat buat saya. Tau tak? 3 hari saya menderita kesakitan dan keletihan yang amat sangat. Mungkin kerana goncangan mesin tersebut yang mengejutkan otot-otot saya yang sudah terlalu manja. Tapi saya tak beritahu sesiapa. Bila abang saya telefon, saya kata saya sihat... alhamdulillah. Bila anak saya sms bertanya khabar, jawapan saya tetap sama... sihat alhamdulillah...usah risau :p
Itu kisah beberapa bulan lalu. Sambung semula kisah saya minggu lalu.
Hari Sabtu hari tu saya mesin rumput tak lama sebab anak kakak pulang anak beranak. Jadi tak seronoklah kan anak cucu datang kita buat tak tau pulak. Jadinya hari itu daripada tengahari dipenuhi dengan aktiviti makan tanpa henti, bermain dan menyakat cucu-cucu hingga ke petang.
Ahad.
Pagi-pagi lagi saya menyambung kerja saya yang terbengkalai. Saya memesin rumput di halaman hingga ke belakang rumah. Manakala kakak pula dalam pada sakit lututnya itu sempat pula membersihkan longkang yang dipenuhi tanah yang dikuis ayam di tepi longkang. Pastu sempat pula menguis sampah kat bwh pokok rambutan di tepi beranda. Harum bau sampah yang kakak bakar. Kerja-kerja saya selesai sebelum zohor. Petang nnt saya rancang nak kaut daun-daun dan rumput yang telah saya potong tu pula.
Petang tu cuaca panas dan saya rasa tak berdaya nak buat apa-apa. Nampaknya terpaksalah saya tinggalkan semuanya dalam keadaan tidak begitu sempurna sehingga ke minggu seterusnya. Dalam pukul 6 sementara menunggu anak kakak datang menjemput kami, kakak masih sempat mengaut sampah di halaman. Saya tegur akak, "nyempat lagi tu!" Akak sengih "Rimas tengok daun-daun kering ni,"
Aduhai kakakku... siapalah yang tak rimas? Tapi untuk mengemas dan membersihkan sekeliling rumah ni bukan cukup dalam 2 3 hari. Tengoklah daun dan pelepah pisang kering yang bergayutan tu. Banyak benda yang nak dibuat kalau duduk kampung kak. Kudrat kita berdua memang tak cukup untuk membuat semua tu. Dulu sewaktu saya tinggal berseorangan, saya melakukannya beransur-ansur. Sedikit demi sedikit.
Kami meninggalkan rumah kira-kira jam 6.45 petang. Rumah pusaka ini saya tinggalkan dengan doa agar sentiasa dipelihara dan dilindungi ALLAH daripada sebarang kerosakan dan kebinasaan.
Kami tiba di rumah kakak sebelum mahgrib. Malam itu memang masing-masing sudah keletihan. Kakak tidur awal selepas isyak. Manakala saya walaupun keletihan, sakit-sakit badan namun sukar melelapkan mata. Dalam pukul dua atau tiga pagi baru saya terlena. Minggu depan pulang ke kampung lagi ke tidak? Tiada kepastian... insyaAllah :)
Nota: Secantik dan seindah mana pun rumah yang pernah saya huni dan kunjungi...tidak akan pernah sama dengan rumah pusaka arwah bapa yang sederhana dan seadanya... di rumah itulah saya menemui diri dan kebahagiaan saya.
Ahad, Mei 10, 2009
Selamat Hari Ibu...
Selamat Hari Ibu Untuk Semua Ibu di dunia!
Ibu saya telah tiada...yang tinggal hanya makam bonda serta untaian doa yg takkan pernah putus untuk ibunda tercinta.

Ibu saya telah tiada...yang tinggal hanya makam bonda serta untaian doa yg takkan pernah putus untuk ibunda tercinta.
Ke Makam Bonda
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Puisi Sasterawan Negara Usman Awang
Sabtu, Mei 09, 2009
Waktu Beredar
Hari Berlalu
Waktu Solat Hari Ini
SiLa PiLih Kawasan AnDa
Utk MeLihat Waktu SoLat
Doa Seorang Insan
Doa II
Doa Untuk Mak Dan Bapa Tercinta
Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkanlah juga dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayangMu, sebagaimana mereka menyayangiku sepanjang hayat mereka. Tempatkanlah roh mereka di kalangan hamba-hambaMu yang Engkau kasihi dan Engkau selamatkan. Amin. Mak, apak... bersemadilah dengan tenang... bertemankan doa dan rinduku selalu. Al-Fatehah...
Remember
Trilogi
Bukan pintaku. Tali cinta yang kau hulur terlalu panjang, tetapi amat sukar untuk kugapai. Ia berbuai -buai antara pepohon ngeri yang tumbuh di ngarai yang dipenuhi semak-samun dan duri tajam yang tidak mampu kusambut. Aku kalap. Aku rabun. Aku bisu. Aku menangis dan ketawa dalam gelap. Aku tidak peduli siapa engkau. Aku tidak memandang pada zahir. Pada kumis, pada kulit, atau pada warna duitmu. Aku memandang jauh ke dalam mata dan hatimu. Menujumkan diri dengan firasat yang sarat di dadaku. Aku tidak menilaimu dalam sehari. Aku menilaimu beratus kali dalam beribu hari dan berjuta saat yang berlari.
Koleksi Puisi
Lagu-lagu Puisi Terpilih
Burung Lagenda
Label
Pesan Cinta
Suara Jiwa
Mengapung Diri
Karya: rafikasastras
Seorang TEMAN Yang Kehilangan
Karya: rafikasastras
22 Julai 2000
Sabda Alam
Karya: rafikasastras
[Agar Kamu Mengerti (Buat Anak-Anakku)]
Hyatt Regency, Johor Bahru.
17 - 21 April 1999
Karya Pilihan
Ingatan Pada Suatu Kasih Yang Tak Jadi
Karya: Zurinah Hassan
Senja Berulang Senja
Karya: Zaihasra
Yang Pasti
Karya: Zurinah Hassan
Doa terakhir Karya: Zaihasra



