-->

Khamis, Oktober 06, 2011

Hudud...

Laksanakanlah demi untuk menegakkan hukum Islam yang sebenar. Bukan semata-mata untuk menyedapkan halwa dan membuai rasa untuk tujuan tertentu umpama matlamat kononnya menghalalkan cara. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk melaksanakannya? Masih wujudkah saksi-saksi yang benar dan tidak berdusta? Mampukah kita melaksanakan dengan seadil-adilnya?

Bagi yang tidak memahami apa ertinya hukum Hudud itu...silalah mencari, mengaji (membaca) dan mengkaji. Jangan hina, usah mencerca atau membangkang tentang sesuatu yang anda tidak tahu. Hudud adalah hukum Allah s.w.t. Jangan sekali-kali mempermainkannya.


OK!



Bila kita berkata 'OK' adakah kita benar-benar ok atau ia tidak lebih sekadar ayat penglipur lara?

Selasa, Oktober 04, 2011

Namewee?

Siapa tu? Apa tu? Orang ke barang? Tak kenal! Tak tau! Tak tau! Tak tau! Tak ingin nak kenal tak kuasa nak ambil tau ok?

Sederhana Itu Lebih Indah...

Tujuan entri ini bukanlah untuk mengumpat atau mengutuk sesiapa. Ia hanyalah sekadar pandangan peribadi setelah membaca pelbagai pro dan kontra tentang perkahwinan Norman dan Memey yang ditaja dengan nilaian RM12 juta.

Saya tidak salahkan Norman, tidak juga Memey. Siapa yang tidak mahu ditaja? Namun sebagai pasangan yang ditaja, Norman dan Memey seharusnya meminta hak untuk bersuara dengan beberapa syarat yang juga harus dihormati oleh penaja. Atau pasangan itu memang tidak diberi hak untuk mengemukakan pendapat sekadar angguk dan mengiyakan sahaja?

Pasangan itu orang Melayu dan beragama Islam. Itulah isunya di sini. Saya bukan mahu berlagak alim atau murni. Namun acara itu akan menjadi lebih santun dan harmoni jika ia berteraskan akar agama dan budaya. Jika ikhlas penajaannya untuk membuka mata masyarakat dunia kepada budaya negara, kenapa harus bergaun hingga menampakkan lutut? Bukankah manis dengan berbaju kurung atau berkebaya bukanlah nampak lebih sopan? Jika pun ingin menaja gaun pengantin, perlukah yang mendedahkan aurat? Sedangkan gaun pengantin Kate Middleton jauh lebih sopan dari itu.

Tak perlulah ada pengiring-pengiring, kalau nak juga apa salahnya yang berpakaian sopan berbudaya, tak perlulah dedah sini dedah sana. Mengenai lagu pula, kenapa tidak diringi dengan lagu-lagu tradisional? keroncong atau dondang sayang misalnya. Kenapa pula choir yang memang bukan lazimnya mengiringi mempelai yang berumbikan sambal belacan?

Tapi begitulah! Bangsa kita ni kebanyakannya 'penurut' dan 'patuh' tanpa sebab. Selain menyediakan batang tubuh untuk disponsor, ia juga memerlukan bijaksana. Saling memberi dan menerima. Aset pasangan adalah kontroversi dana 'glamour'. Jika penaja mahu menumpang semangkuk atau mengambil kesempatan menangguk di air keruh, janganlah beri mereka kebebasan mutlak untuk memperguna. Perlu bijak juga mempergunakan mereka demi prinsip manusia beragama dan berbudaya.

Jika penajaan ditarik balik kerana banyak songeh? Apalah sangat kan? Tanpa penaja majlis berlangsung juga. Biar sederhana namun disitulah letak keberkatannya. Jika hanya gah pada nilai dan harga tapi prinsip dan maruah terlepas dari ikatan...apalah sangat 'gaun yang baru keluar dari mesin basuh' bak kata chef Wan itu hendak dibangga-banggakan?

Semoga peristiwa ini menjadi teladan kepada sesiapa saja yang mahu mengadakan wedding of the year. Usah asing dan campakkan agama dan budaya apabila melihat kilauan indah permata tajaan. Jangan sekali-kali lupa di mana langit di mana bumi, di mana maruah di mana megah. Bukan itu nilaian diri kita sebagai manusia.

Walau apapun...doa saya agar pasangan ini bahagia ke akhir hayat mereka. Tiada manusia yang sempurna. Belajarlah daripada kesilapan kita juga dari kesilapan orang lain. Barangkali ada hikmah disebalik segala yang khilaf.

Dengarnya pakaian pengantin tajaan itu akan di pamerkan di Muzium Negara. Adoilahai... apa barang???

p/s: Sekali lagi...bukan mengumpat, sekadar pendapat ;)

Elak Sakit Jantung - Hindari Minuman Berais !!

MINUM AIR KETIKA PERUT KOSONG

Amalan popular di Jepun hari ini ialah minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan di bawah penerangan penggunaan air untuk para pembaca kami. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% untuk penyakit berikut:

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan yang berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

CARA :

1. Seperti yang anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3 .. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat hingga 4 gelas sehari.
6. Kaedah rawatan di atas akan menyembuhkan penyakit yang sakit dan lain-lain boleh menikmati kehidupan yang sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit artritis perlu mengikut rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 - harian ..

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita terus ini dan menjadikan prosedur ini kerana kerja-kerja rutin dalam kehidupan kita. Meminum pula dari air dan Kekal sihat dan aktif.

Ini menjadikan rasa .. Cina dan Jepun minum teh panas dengan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Tiada apa-apa jua kehilangan, segala-galanya untuk mendapat ...

Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat terpakai kepada anda.
Ia adalah bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan menguatkan bahan berminyak yang anda baru sahaja dimakan. Ia akan melambatkan pencernaan.

Setelah ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine.
Tidak lama lagi, ini akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser.Cara terbaik adalah untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius mengenai serangan jantung:

. Wanita perlu tahu bahawa tidak setiap gejala serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
· Pengidap menyedari kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.

Anda mungkin tidak pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.

Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.

60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.

. Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, berhati-hati dan sedar.Lebih banyak kita tahu, peluang yang lebih baik kita boleh hidup ...


ARTIKEL ASAL : http://www.wix.com/im_possible/biodisc#!__the-secret

Terjemahan bebas oleh Google Translator

Sumber: http://penembak-tepat.blogspot.com/

Sabtu, Oktober 01, 2011

HINAnya ZINA

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 32:“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).”

Firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 68: “Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan hak (yang dibenarkan oleh syara’), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian akan mendapat balasan dosanya.”

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 30: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan (sebahagian) daripada pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 30: "Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan (sebahagian) daripada pandangan mereka (daripada memandang lelaki yang ajnabi) dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (khumur) ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu mencapai falah, yakni mendapat keuntungan, kemenangan atau kebahgiaan yang hakiki."

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;

“Tidaklah beriman seorang pezina itu ketika berzina” [Shahih, riwayat Abu Hurairah]

“Apabila seorang hamba berzina akan keluarlah iman darinya. Keimanan itu seperti payung yang ada di atasnya. Kemudian jika ia berhenti dari perbuatan itu maka imannya akan kembali kepadanya.” [Shahih, riwayat Abu Hurairah]

Imam Bukhari meriwayatkan hadis tidur Nabi saw yang diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub. Dalam hadis itu disebutkan bahawa beliau didatangi oleh malaikat Jibril dan Mikail. Beliau berkisah, “Kami berangkat pergi sehingga sampai di sauatu tempat semisal ‘tannur’ bagian atasnya sempit sedangkan bagian bawahnya luas. Dari situ terdengar suara gaduh dan ribut-ribut. Kami menengoknya, ternyata di situ banyak laki-laki dan perempuan telanjang. Jika mereka dijilat api yang ada di bawahnya mereka melolong oleh panasnya yang dahsyat. Aku bertanya, ‘Wahai Jibril, siapakah mereka?’ Jibril menjawab, ‘Mereka adalah para pezina perempuan dan laki-laki. Itulah azab bagi mereka sampai tibanya hari kiamat.’” [Shahih]

Dalam ayat 44 surah Al-Hijr, diterangkan bahawa Jahannam itu ‘ia memiliki tujuh pintu’. Atha’ berkata, “Pintu yang paling hebat panas dan sengatannya dan yang paling busuk baunya adalah pintu yang diperuntukkan bagi para pezina yang berzina setelah mereka tahu keharamannya.”

Inilah adalah antara bukti HINAnya ZINA:








Sempurnalah sudah kehinaan sang penzina yang menambah dosa di atas dosa! Sudah berzina membunuh pula! Kebinatangan yang mengalahkan binatang yang melata.

Nauzubilahi min zalik!

Wahai anak manusia... Ingatlah! ZINA bukan bukti CINTA! Ia hanya bukti DERHAKA seorang HAMBA kepada MAHA PENCIPTA!

Bertaubatlah segera!

Jumaat, September 23, 2011

الحمدلله


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya Engkau memberi pada saat yang paling tidak diduga setiap kali apabila hambaMu yang hina ini ingin menjadi lebih dekat padaMu. Amat benar begitu melimpah kasih-sayangMu.

Khamis, September 22, 2011

Lima tahun berlalu...

Lima tahun terasa begitu laju menjarakkan saya dari ibu. Namun pilu tetap bertamu pada setiap ruang yang beku tanpa lagu. Ibu...saya masih rindu!

Rabu, September 21, 2011

Luka...

"Taburkanlah seberapa banyak garam dan cuka pada luka saya. Bahkan jika berniat menggores luka baru, silakan juga. Setelah sekian lama..tidak ada bezanya lagi antara luka baru dan luka lama. Kesakitannya tetap sama..."

Ayat milik peribadi: rafikasastras

Selasa, September 20, 2011

Hard Disk diserang 'Shortcut virus'?

Saya masih tersenyum. Baru sebentar tadi saya telah berjaya menukar mood dan kedukaan seorang insan serta situasi panik yang dialaminya. Kecil saja peranan saya tapi ternyata cukup membuat dia kembali ceria :D

Saya: morning comey mama syg
Saya: <:D>
cutefrog: hi ma..good morning
cutefrog:  <:D>
Saya: hehehe
Saya: bz eh?
cutefrog: last week bz...
cutefrog: ni takde la sangat
Saya: kira santai2 la wat keje ni ya ;)
cutefrog: ha ah
cutefrog: tapi otak takmo jalan..susah hati pk benda lain
cutefrog: ikutkan keje ni kira hujung jari jer leh siap.. :(
Saya: adoih tu la pulak kan bila tak bz
Saya: mende lain lak yg bergentayangan di fikiran
Saya: isk isk
cutefrog: my storage HDD infected by virus... :((
cutefrog: now all my works are not accessable
Saya: :((
cutefrog: ni yg tengah blues..pk cam ner nak recover balik.. :-?
Saya: takde wat backup?
cutefrog: ade..tapi up to certain time jer
Saya: hmmm pernah try recovery my files tu?
cutefrog: tak..
cutefrog: all files still intake.
cutefrog: yg problem nyer...semua folder jadi shortcut 
cutefrog: #-o
Saya: oooooo
cutefrog: dier attacked registry system
Saya: virus shorcut ya?
cutefrog: so takleh buka la
cutefrog: ha ah
cutefrog: pernah kena?
Saya: mama baru je baca minggu lepas pasal virus tu
cutefrog: erkk
cutefrog: :((
cutefrog: caner nak buat kalo dah kena?
Saya: kena surf dulu la kalau nak tau
Saya: hehehe
cutefrog: hehehehe
cutefrog: ok
cutefrog: nanti saya cari
cutefrog: mlm ni pk nak send hdd gi umah boss..dia repairkan..tapi dia ckp dlm phone tadi pun dier tak reti
cutefrog: :((
cutefrog: dier kata habis² pun reformat hdd...
Saya: hmmmm
Saya: pi wat keje dulu
Saya: mama gi jenjalan jap cari penawar vius tu kalau ada
Saya: *virus
cutefrog: yesss
cutefrog: tq ma
cutefrog: :-*
Saya: ;;)
Saya: ni ha cara yg paling simple utk dicuba
Saya: http://www.sembil9n.com/2011/03/hard-disk-diserang-shortcut-virus.html
Saya: mama google yg lain  lak...
cutefrog: ok²
Saya: http://maswafa.blogspot.com/2010/08/virus-shortcut-cara-menghapus-virus.html#axzz1YSLeivGi
cutefrog: takleh la yg 1st link tu..pesal ek
cutefrog: :-?
Saya: http://www.ekowahyu.com/internet/virus-shortcut-sempat-bikin-pusing-juga/
Saya: takleh masuk?
cutefrog: jap..dah masuk..dah dl remover tu..ni nak try guna
Saya: okeh
cutefrog:  :(( dier auto delete my folder aa..caner tu?
Saya: aik?
cutefrog: uikkk
cutefrog: dah setel
cutefrog: =))
Saya: erks
cutefrog:   :-* :-* :-*
cutefrog: tq² soooooooooooo much
Saya: lol
Saya: cets wat suspen je
cutefrog: hehehehe
Saya: 
cutefrog: wahhhhhhhhhhhhhh
Saya: :))
cutefrog: <-- terus senyum lebarrrr
cutefrog: hati² pon berdebar² sebab super excited
cutefrog: tq so much ma..i owe you big
Saya: ahaks
Saya: alaaa apala sgt
Saya: tolong google je
Saya: apa2 pun kasih diterima
Saya: :D
cutefrog: hehehe
cutefrog: baru pas sms boss cakap all things are ok
cutefrog: huhuuuuu
Saya: hikhikhik ;)

Moralnya... beberapa minit keperihatinan mampu menghapuskan duka berpanjangan. Cehwahh :D

Lama tak update

Mengapa?
Jawapannya mudah saja! Sibuk beraya! Hehehe. Sebenarnya selepas raya ni saya tidak begitu sihat. Barangkali kesan daripada letih berpuasa, letih berkemas serta resdung yang menggila adalah jawapan kepada segala-galanya.

Walau apapun alhamdulillah...saya masih disini. Sedang berusaha menghabiskan 3 hari puasa enam yang masih berbaki ketika Syawal semakin hampir ke penghujungnya.

Syawal kali ini terasa lebih bermakna kerana keluarga sudah kembali bersatu. Semoga ia berpanjangan meskipun memaafkan itu tidak semudah ucapan. Dunia hanya persinggahan sementara. Esok lusa pasti akan kita tinggalkan jua. Jadi apalah sangat  segala selingkuh rasa hendak di panjang-panjangkan? Maafkan saja! Selebihnya jika masih ada yang terbuku, simpan saja di hati untuk kembali diingati ketika sunyi :) Redha dan ikhlaskan hati pada segalanya.

Mood raya saya? Biasa biasa saja. Baju raya? Sehelai jubah sponsor. Kenapa sehelai sahaja padahal saya diberi kesempatan memilih beberapa helai? Kerana saya terbayang baju kurung satu almari yang rata-rata setiap satunya hanya dipakai dan digayakan sekali dua. Saya rasa . bersalah jika saya masih tamak membeli lagi-lagi tidak menggunakan duit sendiri.

Persiapan raya? Alakadar sahaja. Langsir masih yang lama. Sarung kusyen masih tahun lepas punya. tikar getah masih yang tiga tahun lalu. Hanya peti sejuk saja yang baru. Itu juga di sponsor. Hehehe. Alhamdulillah! Kuih raya? Tunjuk saja semuanya.

Makanan? Pada hari mantai kami merendang 10 kilo daging segar beserta hati, limpa segala. Limabelas ekor rendang ayam. Lima kilo sup tulang (tapi bayak daging pejal). Banyak sangat? Tidak. sudah menjadi tradisi semenjak arwah mak masih ada, lauk pauk tersebut akan di agih-agihkan serba sedikit kepada sepupu sepapat, dibekalkan kepada para mertua dan sebagainya.

Juadah berat hari pertama selain kuih muih adalah ketupat dan rendang. Hari kedua sate ayam dan sate daging. Enam ekor ayam dan beberapa kilo daging segar. Hari ketiga mee goreng sahaja. Hari-hari seterusnya saya tak ingat. Hikhik.

Rasa kehilangan? Sudah tentu! Pakar mengusik yang selalu membuat saya tersenyum dan tertawa kecil meskipun cuma lewat smsnya telah tiada. (Kamu tetap segar dalam memori mama anakku! Hari lahirmu beberapa hari sebelum Syawal menyiat sebak meruntun jiwa bonda. Semoga kamu tenang di sana.)

Saya tak banyak berfoto pada Hari Raya tahun ini. Mengapa? Kerana wajah saya lebam dibakar matahari. Kecomelan saya terjejas kerana berhari-hari mengemas sekeliling rumah yang sudah sebulan tidak dijengah :p

Hmm saya perlu bersahur. Skrip yang sudah separuh jalan masih terbengkalai. Semoga Allah melimpahkan ilham selepas subuh nanti agar saya mampu menyudahkannya dalam  minggu ini juga sebelum bermula dengan tugasan yang baru.  Mudah-mudahan impian bercuti sakan pada cuti sekolah nanti akan kesampaian. Amin...

Ahad, September 18, 2011

Sehingga ke hujung Pelangi

Kita selalu atau sudah biasa melihat pelangi yang selalu muncul selepas hujan. Namun biasanya pelangi yang kita lihat tidak berhujung, tidak berpangkal. Hanya merupakan objek melengkung yang tidak kita mengetahui di mana jejak mula dan akhirnya. Namun seorang pemandu di UK telah dapat melihat lalu mengambil gambar hujung pelangi yang indah itu yang tentunya tidak ramai yang prihatin atau mampu melihat fenomena tersebut.
Sumber: http://www.orangmuo.com/

Ahad, September 11, 2011

100 hari

Seratus hari...
adalah sepi yang begitu panjang...
yang pasti menjerut kesunyian yang amat dalam
pabila ianya mencapai seratus bulan...
pasti ia melilit rindu yang tidak berpenghujung
masihkah aku ada di sini untuk menangisi ketiadaan itu?

Seratus hari...
tiada lagi getar suara menyapa sepi pagi meskipun cuma sekali
segala gurauan  di telan angin kuburan awal jun
usikan-usikan  tidak lagi  menemani buram malam
tanpa kerdip bintang

Tentunya di sana tidak perlu lagi kata-kata puitis
Bisikan rindu bukan lagi lagu merdu
Bukti cinta kini hanyalah doa
daripada insan-insan tersayang yang telah jauh ditinggalkan
nun enam kaki di perut bumi
berjuang bersendiri

Adakah 'dia' dan 'mereka' masih mengingati?
Adakah 'dia' dan 'mereka' masih mampu merasai cinta segarmu dari ladang dahulu?
Masihkah ada sendu ketika namamu disebut?
Masihkah getar cinta itu berdenyut?

Masihkah?

Masih!

Masih?

Isnin, Ogos 29, 2011

Salam Aidil Fitri


Amalan Menjelang Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)

Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan beberapa kelebihan. Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebuah lagi hadis menjelaskan; “Sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.”
Hendaklah memperbanyakkan takbir(membesarkan Allah), tasbih (mensucikan Allah), tahmid (mengucapkan syukur) dan berselawat ke atas junjungan Rasul SAW.


Ahad, Ogos 28, 2011

28 Ogos...



SSelamat Hari Lahir anakku yang telah lena bersemadi...
Doa bonda...tenang dan damailah rohmu di sana...
Amin...
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~