-->

Isnin, Oktober 10, 2011

Fenomena Bulan Bercincin.




Subhanallah! Indah sungguh fenomena ini. Bertuah kepada sesiapa saja yang berkesempatan menyaksikan sendiri kejadian ini. Fenomena Bulan di kelilingi cincin ini dikenali juga sebagai Fenomena Halo Moon atau  Ring around the moon.

Ia adalah merupakan lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena kesan optik yang menampilkan bentuk cincin di sekitar sumber cahaya. Biasanya kita lihat saat bulan purnama.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya matahari dibiaskan melalui titisan air – kesan yang sama dihasilkan apabila cahaya bulan membiaskan melalui hablur ais.

Cincin yang mengelilingi bulan itu terjadi akibat refleksi/ pembiasan cahaya matahari  dari kristal ais di atmosfera atas yang terletak pada ketinggian 5-10 km di lapisan troposfera atas sekitar 5-10 km dari permukaan bumi. Hasil bentuk kristal ais dalam memfokus cahaya ke dalam cincin.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya matahari dibiaskan melalui titisan air – kesan yang sama dihasilkan apabila cahaya bulan membiaskan melalui hablur ais.


Benarkah ini akan berlaku setelah fenomena Bulan cincin?

Beberapa tahun lepas, iaitu malam sebelum terjadinya Tsunami di liputan Lautan India , yang berdekatan dengan titik gempa di Acheh, telah berlaku kejadian seperti di bawah, iaitu Lingkaran Bulan, hampir bentuknya seperti di gambar diatas ini, dan lingkaran ini boleh dilihat di mana2 sahaja di selatan Asia , pada malam itu….

Sekiranya anda tidak percaya, anda boleh menghubungi rakan2 anda yang pernah berkhidmat dengan mana2 kapal, samada kapal TLDM, ataupun kapal2 dagang, pasti mereka mengingati peristiwa ini.

Pointnya di sini ialah, graviti bulan memainkan peranan untuk menyebabkan mental planet bumi supaya…, untuk melakukan proses “mengerak” pada garisan laluannya dengan lebih cepat dari kadar kelembapannya yang normal.

Hasilnya, kerak-kerak ini yang sepatutnya bakal bergerak lagi 2-3 bulan, tetapi dek bantuan bulan pada malam yang kebetulan sedang cukup bulat untuk memancarkan gravitinya, lalu proses “mengerak” tetiba berlaku dengan laju, dan maka…

terjadilah pelepasan tenaga di bawah laut, yang menyebabkan ombak dalam laut diangkat lalu terbinalah Tsunami. Ramai engineer kapal termasuk kapten menyaksikan peristiwa ini.

Lingkaran bulan merupakan tanda-tanda bagi manusia yang berakal, untuk mengenal pasti bencana yang bakal menimpa.

Juga dikatakan selepas fenomena ini pada esok siangnya, akan berlaku mendung yang panjang (sehingga melebihi 1 hari penuh), terjadinya pasir jerlus di daerah-daerah terpencil dan air terjun akan mengalir deras.

Selepas beberapa hari atau minggu kerang akan timbul di pantai-pantai peranginan. Juga diikuti dengan kehadiran binatang-binatang asing seperti dugong, makhluk-makhluk aneh laut (yang lain dari yang lain)

Langkah keselamatan:

Elakkan duduk bawah kipas siling
Elakkan mandi di air terjun dan kolam air panas
Elakkan mandi di tepi pantai
Elakkan berkunjung ke kawasan tanah mendap

Perkara ini akan bermula seawal selepas matahari terbit keesokan harinya,. Lazimnya sejarah yang sama pasti berulang  dengan kaedah lain tetapi dengan ciri-ciri yang sama…

Benar atau tidak hanya Allah Yang Maha Tahu.

Nota: Sesungguhnya Maha Besar Engkau Ya Allah...yang menciptakan segala kejadian alam yang Maha Hebat. Jadikanlah hambaMu ini seorang yang sentiasa memohon ampun dan bersyukur...

Sumber: Encik Google

Ahad, Oktober 09, 2011

Hidup...

Hidupilah kehidupan ini...
Janganlah mati sebelum mati.
Usah tumbang sebelum berjuang
Jangan mundur semangat luntur
Usah gugur dosa bertabur

Kau mahu jadi apa sebenarnya?
Mahu jadi pejuang?
Mahu jadi pahlawan?
Sastrawan?
Cendikiawan?
Ilmuan?
Menjadi pemukul genderang perang?
Atau cukup sekadar menjadi penunggu simpang?

Jangan...
jangan hanya menjadi pengumpul
ribuan hadis dan firman
Kau harus menjadi pengumpul
yang sekaligus pengamal

Apa guna menjadi pengumpul berminda tumpul
Sekadar salin dan tampal
Sebagai hiasan memalsu dan mencantikkan
blog blog picisan!

Karya milik peribadi: rafikasastras~ 09/10/11: 02.22 AM

Sabtu, Oktober 08, 2011

Umat Islam sembah kotak hitam?



Di sini ada jawapan...


Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……


Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
...
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.


Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?


Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….


Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?


Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?


Missionary : Awak tak ada jawapan ?


Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.


Missionary : Mengapa awak caka begitu ?


Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …


Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.


Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.


Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?


Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?


Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..


Merah padam muka Missionary menahan marah.


Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….


Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.


Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?


Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.


Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.


Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya.


Nota: Tidak tahu bertanya...usah biar hati diselubungi was-was dan prasangka.


Sumber: Salin dan tampal daripada http://malaydelima.blogspot.com/

Islam, Kristian dan Isu Kalimah Allah


Jumaat, Oktober 07, 2011

10 pintu syaitan di alam nyata

Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.

Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.

Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.

Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.

Sumber: Pencari Kesayangan Saya, Encik Google ;)

Rumah ini...


Rumah ini rumah ibu
Bapa dirikan pada tahun 1971
mengganti pondok usang
yang pernah disamakan oleh jiran
bagaikan reban ayam buruan musang

Rumah ini rumah bapa
yang dibina daripada wang persaraan awalnya
tidak bersiling tidak juga berkerawang dindingnya
namun di sinilah kami sekeluarga membina bahagia

Rumah ini rumah kami
meski tidak seindah istana menanti
di sinilah kami membina jati diri
dalam perit kehidupan yang kurang serba serbi

Rumah ini rumah kita
tidak peduli sejauh mana atau selama mana kita mengembara
di sini jugalah berkumpul segala kenangan tak terlupa
samada bahagia mahupun derita

Rumah ini rumah saya
kerana setiap ruang dan sudut tepatnya
saya yang paling arif susun atur sana dan sini
hafal setiap habuk yang lekat di hujung penyapu jerami

Rumah ini rumah pusaka
kita berhak mengaku milik bersama
di sinilah emak dan bapa menggeluti nasib mereka
penuh duri ranjau demi menghidupkan kita!

Karya milik peribadi: rafikasastras

Nota: Al-Fatehah untuk kedua ibu bapa saya yang kasih-sayang mereka sentiasa harum merantai sukma...

Khamis, Oktober 06, 2011

Hati...



Hati? Usahlah bertanya tentang hati ini. Hati ini hanyalah kota sepi yang tak perlu kau huni...

Tulisan milik peribadi: rafikasastras

Hudud...

Laksanakanlah demi untuk menegakkan hukum Islam yang sebenar. Bukan semata-mata untuk menyedapkan halwa dan membuai rasa untuk tujuan tertentu umpama matlamat kononnya menghalalkan cara. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk melaksanakannya? Masih wujudkah saksi-saksi yang benar dan tidak berdusta? Mampukah kita melaksanakan dengan seadil-adilnya?

Bagi yang tidak memahami apa ertinya hukum Hudud itu...silalah mencari, mengaji (membaca) dan mengkaji. Jangan hina, usah mencerca atau membangkang tentang sesuatu yang anda tidak tahu. Hudud adalah hukum Allah s.w.t. Jangan sekali-kali mempermainkannya.


OK!



Bila kita berkata 'OK' adakah kita benar-benar ok atau ia tidak lebih sekadar ayat penglipur lara?

Selasa, Oktober 04, 2011

Namewee?

Siapa tu? Apa tu? Orang ke barang? Tak kenal! Tak tau! Tak tau! Tak tau! Tak ingin nak kenal tak kuasa nak ambil tau ok?

Sederhana Itu Lebih Indah...

Tujuan entri ini bukanlah untuk mengumpat atau mengutuk sesiapa. Ia hanyalah sekadar pandangan peribadi setelah membaca pelbagai pro dan kontra tentang perkahwinan Norman dan Memey yang ditaja dengan nilaian RM12 juta.

Saya tidak salahkan Norman, tidak juga Memey. Siapa yang tidak mahu ditaja? Namun sebagai pasangan yang ditaja, Norman dan Memey seharusnya meminta hak untuk bersuara dengan beberapa syarat yang juga harus dihormati oleh penaja. Atau pasangan itu memang tidak diberi hak untuk mengemukakan pendapat sekadar angguk dan mengiyakan sahaja?

Pasangan itu orang Melayu dan beragama Islam. Itulah isunya di sini. Saya bukan mahu berlagak alim atau murni. Namun acara itu akan menjadi lebih santun dan harmoni jika ia berteraskan akar agama dan budaya. Jika ikhlas penajaannya untuk membuka mata masyarakat dunia kepada budaya negara, kenapa harus bergaun hingga menampakkan lutut? Bukankah manis dengan berbaju kurung atau berkebaya bukanlah nampak lebih sopan? Jika pun ingin menaja gaun pengantin, perlukah yang mendedahkan aurat? Sedangkan gaun pengantin Kate Middleton jauh lebih sopan dari itu.

Tak perlulah ada pengiring-pengiring, kalau nak juga apa salahnya yang berpakaian sopan berbudaya, tak perlulah dedah sini dedah sana. Mengenai lagu pula, kenapa tidak diringi dengan lagu-lagu tradisional? keroncong atau dondang sayang misalnya. Kenapa pula choir yang memang bukan lazimnya mengiringi mempelai yang berumbikan sambal belacan?

Tapi begitulah! Bangsa kita ni kebanyakannya 'penurut' dan 'patuh' tanpa sebab. Selain menyediakan batang tubuh untuk disponsor, ia juga memerlukan bijaksana. Saling memberi dan menerima. Aset pasangan adalah kontroversi dana 'glamour'. Jika penaja mahu menumpang semangkuk atau mengambil kesempatan menangguk di air keruh, janganlah beri mereka kebebasan mutlak untuk memperguna. Perlu bijak juga mempergunakan mereka demi prinsip manusia beragama dan berbudaya.

Jika penajaan ditarik balik kerana banyak songeh? Apalah sangat kan? Tanpa penaja majlis berlangsung juga. Biar sederhana namun disitulah letak keberkatannya. Jika hanya gah pada nilai dan harga tapi prinsip dan maruah terlepas dari ikatan...apalah sangat 'gaun yang baru keluar dari mesin basuh' bak kata chef Wan itu hendak dibangga-banggakan?

Semoga peristiwa ini menjadi teladan kepada sesiapa saja yang mahu mengadakan wedding of the year. Usah asing dan campakkan agama dan budaya apabila melihat kilauan indah permata tajaan. Jangan sekali-kali lupa di mana langit di mana bumi, di mana maruah di mana megah. Bukan itu nilaian diri kita sebagai manusia.

Walau apapun...doa saya agar pasangan ini bahagia ke akhir hayat mereka. Tiada manusia yang sempurna. Belajarlah daripada kesilapan kita juga dari kesilapan orang lain. Barangkali ada hikmah disebalik segala yang khilaf.

Dengarnya pakaian pengantin tajaan itu akan di pamerkan di Muzium Negara. Adoilahai... apa barang???

p/s: Sekali lagi...bukan mengumpat, sekadar pendapat ;)

Elak Sakit Jantung - Hindari Minuman Berais !!

MINUM AIR KETIKA PERUT KOSONG

Amalan popular di Jepun hari ini ialah minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan di bawah penerangan penggunaan air untuk para pembaca kami. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% untuk penyakit berikut:

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan yang berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

CARA :

1. Seperti yang anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3 .. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat hingga 4 gelas sehari.
6. Kaedah rawatan di atas akan menyembuhkan penyakit yang sakit dan lain-lain boleh menikmati kehidupan yang sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit artritis perlu mengikut rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 - harian ..

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita terus ini dan menjadikan prosedur ini kerana kerja-kerja rutin dalam kehidupan kita. Meminum pula dari air dan Kekal sihat dan aktif.

Ini menjadikan rasa .. Cina dan Jepun minum teh panas dengan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Tiada apa-apa jua kehilangan, segala-galanya untuk mendapat ...

Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat terpakai kepada anda.
Ia adalah bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan menguatkan bahan berminyak yang anda baru sahaja dimakan. Ia akan melambatkan pencernaan.

Setelah ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine.
Tidak lama lagi, ini akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser.Cara terbaik adalah untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius mengenai serangan jantung:

. Wanita perlu tahu bahawa tidak setiap gejala serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
· Pengidap menyedari kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.

Anda mungkin tidak pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.

Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.

60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.

. Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, berhati-hati dan sedar.Lebih banyak kita tahu, peluang yang lebih baik kita boleh hidup ...


ARTIKEL ASAL : http://www.wix.com/im_possible/biodisc#!__the-secret

Terjemahan bebas oleh Google Translator

Sumber: http://penembak-tepat.blogspot.com/

Sabtu, Oktober 01, 2011

HINAnya ZINA

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 32:“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).”

Firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 68: “Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan hak (yang dibenarkan oleh syara’), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian akan mendapat balasan dosanya.”

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 30: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan (sebahagian) daripada pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 30: "Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan (sebahagian) daripada pandangan mereka (daripada memandang lelaki yang ajnabi) dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (khumur) ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu mencapai falah, yakni mendapat keuntungan, kemenangan atau kebahgiaan yang hakiki."

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;

“Tidaklah beriman seorang pezina itu ketika berzina” [Shahih, riwayat Abu Hurairah]

“Apabila seorang hamba berzina akan keluarlah iman darinya. Keimanan itu seperti payung yang ada di atasnya. Kemudian jika ia berhenti dari perbuatan itu maka imannya akan kembali kepadanya.” [Shahih, riwayat Abu Hurairah]

Imam Bukhari meriwayatkan hadis tidur Nabi saw yang diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub. Dalam hadis itu disebutkan bahawa beliau didatangi oleh malaikat Jibril dan Mikail. Beliau berkisah, “Kami berangkat pergi sehingga sampai di sauatu tempat semisal ‘tannur’ bagian atasnya sempit sedangkan bagian bawahnya luas. Dari situ terdengar suara gaduh dan ribut-ribut. Kami menengoknya, ternyata di situ banyak laki-laki dan perempuan telanjang. Jika mereka dijilat api yang ada di bawahnya mereka melolong oleh panasnya yang dahsyat. Aku bertanya, ‘Wahai Jibril, siapakah mereka?’ Jibril menjawab, ‘Mereka adalah para pezina perempuan dan laki-laki. Itulah azab bagi mereka sampai tibanya hari kiamat.’” [Shahih]

Dalam ayat 44 surah Al-Hijr, diterangkan bahawa Jahannam itu ‘ia memiliki tujuh pintu’. Atha’ berkata, “Pintu yang paling hebat panas dan sengatannya dan yang paling busuk baunya adalah pintu yang diperuntukkan bagi para pezina yang berzina setelah mereka tahu keharamannya.”

Inilah adalah antara bukti HINAnya ZINA:








Sempurnalah sudah kehinaan sang penzina yang menambah dosa di atas dosa! Sudah berzina membunuh pula! Kebinatangan yang mengalahkan binatang yang melata.

Nauzubilahi min zalik!

Wahai anak manusia... Ingatlah! ZINA bukan bukti CINTA! Ia hanya bukti DERHAKA seorang HAMBA kepada MAHA PENCIPTA!

Bertaubatlah segera!

Jumaat, September 23, 2011

الحمدلله


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya Engkau memberi pada saat yang paling tidak diduga setiap kali apabila hambaMu yang hina ini ingin menjadi lebih dekat padaMu. Amat benar begitu melimpah kasih-sayangMu.

Khamis, September 22, 2011

Lima tahun berlalu...

Lima tahun terasa begitu laju menjarakkan saya dari ibu. Namun pilu tetap bertamu pada setiap ruang yang beku tanpa lagu. Ibu...saya masih rindu!
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~