-->

Jumaat, November 11, 2011

Angin November

Angin yang berhembus
Di akhir November
Bawa kisah dan lagu
Dari angin lalu..

Lembut kau datang menegurku
Kukira tak kan berlalu...

Angin yang berhembus
Bawa kisah tentang dia
Yang datang dan berlalu
Bagai angin lalu..

Karya: A Riyanto

Selasa, November 08, 2011

Luka...

Kita amat sedih dan marah apabila hati kita dilukai...
Tapi...adakah kita sedar orang lain juga tidak mahu disakiti?
Mengapa kita hanya memikirkan luka dan sakit kita saja?
LLuka dan sakit orang lain bagaimana pula?
Jadi...jagalah hati, akal dan lidah ketika berbicara.

Isnin, November 07, 2011

Rindu...

Saya merindui ibu. Hanya ibu satu-satunya insan yang mengerti saya. Mempercayai saya sepenuhnya. Tidak pernah meragui ketulusan saya. Tidak pernah menilai atau mengandai... keburukan atau kebaikan, kelebihan atau kekurangan saya (yang amat banyak tentunya)...ibu tidak pernah mengunjing atau mengumpat atau memburuk-burukkan saya. Ibu menerima saya seadanya.

Sekarang? Saya dikelilingi manusia yang penuh curiga dan syak wasangka di hati mereka...

Ahad, November 06, 2011

Salam Aidil Adha...

Mudah-mudahan kita mampu menghayati erti serta nilai pengorbanan yang sebenar...

Rabu, November 02, 2011

Menanti jawapan...

Mengapa tidak dijawab sapaku ini?
Tulislah sebaris ayat sayang atau benci
Ingin dilupai atau diingati...
Usahlah menanti sehingga rindu hilang wangi
senyum jadi tangis
dan pintu usia ini terkatup terkunci!

Ataukah sapaan itu hanya akan terjawab
pada batu nisan pusaraku nanti?

~Drpd seseorang kpd seseorang~
(Tidak kesampaian... kini hanya tinggal kenangan)

Selasa, November 01, 2011

Mencipta Sunyi...

Jika anda memilih untuk menyepi..
Saya akan memilih untuk berdiam diri...
Marilah bersama mencipta sunyi...

~rafikasastras~

Isnin, Oktober 31, 2011

Kepercayaan...

Mengapa manusia sering terdorong untuk mempercayai 'orang lain', mempercayai 'kawan' pada 'kawan' atas 'kawan' melebihi daripada kepercayaan kepada adik beradik dan keluarga sendiri? Pabila dinasihati tidak mahu didengari. Bila diajak berkongsi macam-macam alasan diberi. Kalau dengan 'orang lain' amat pemurah. Apa saja, berapa saja, wang atau harta sanggup dikorbannya semua. Dengan adik-beradik semua berkira...penuh rahsia.Bila ditegur hendak meng'garang' saja!

Akhirnya...?

Bila dah terkayu, siapa yang busuk siapa yang wangi? ke mana hendak berpaling kalau bukan adik-beradik dan saudara sendiri?

Sampai bila cerita lama akan terus berulang? Sampai bila tidak mahu belajar daripada kesilapan? Ketika ada wang memang 'langau' berterbangan. Bila bau wang itu hilang, bukan kata langau, nyamuk pun tak sudi nak hinggap!

Salah siapa? Ke mana perginya bijaksana? Sekali terkena tak mengapa... dua kali, waspadalah...kalau kali ke tiga dan seterusnya...? Usah tuding jari pada orang. Mungkin sudah sampai masanya untuk muhasabah diri. Jangan cari silap orang. Carilah salah sendiri!

Saya?

Saya sudah letih dan saya ada kehidupan saya sendiri. Lagi pun...siapalah saya di mata kalian semua?

Jumaat, Oktober 28, 2011

Rahmat Malam Jumaat...

Malam Jumaat yang penuh Rahmat...
Satu panggilan telefon...dua suara jejaka-jejaka hitam manis...
membawa berita gembira yang spontan memekarkan senyuman dibibir...
pintu rezki terbuka lagi...
Alhamdulillah saya lafazkan berulangkali...
Syukur Ya Allah...semuanya dariMu...
Terima kasih kerana masih mencurahkan ilham...
Menyimbahkan rezki untuk hambaMu yang hina ini...

Khamis, Oktober 27, 2011

Rawatan resdung dan berbekam

Kisah dua minggu yang lalu...

Kalau resdung saya ini belum teruk. Jika ubat yang saya beli di farmasi masih berkesan, tentu saya tidak akan melangkahkan kaki ke pusat rawatan resdung ini. Cuaca sejuk yang begitu 'banyak' membantu perkembangan dan keaktifan resdung saya,meramahkan jari saya men sms si buah hati saya. 'Bang, jom buat rawatan resdung?'

Di sebuah Pusat Rawatan Resdung di Maidin Seremban.

'Resdung akak ni dah tahap 3. Teruk. Silap-silap hidung akak leh rompong dan akak kehilangan deria bau.'

Uwaaaaaaaa. Memang itulah yang selalu diulang-ulang oleh kakak saya setiap kali dia membebel menyuruh saya pergi membuat rawatan resdung. Agaknya bingit dah dia mendengar saya uwekkk uweekkk macam orang mengandung anak sulung, berlama-lama dalam bilik air memuntahkan lendir. Jemu dia mendengar saya sroot sroot selsema dengan sehelai tuala atau napkin tergantung dibahu. Muak mendengar saya terbersin-bersin tak henti-henti. Hehehehe.

Bila rawatan resdung selesai, sebelum gadis manis itu membersihkan muka saya... dia memberikan saya cermin untuk menyuluh muka saya. Huhuhuhu. Kuning muka saya bagaikan serbuk belerang menunjukkan betapa tingginya tahap keseriusan resdung saya. Amat huduh! Rasa dingin dan nyaman bila dia membersihkan muka saya dari segala anasir parasit itu huhuhu.

Selesai satu bab masuk bab berbekam pula.

Daripada rawatan muka menjalar pula ke bahagian belakang saya. 'Bahu akak ni bengkak' katanya. Saya sengeh. Tau. Rasa. Berminggu-minggu saya duduk menulis memang bengkak dah. 'Akak nak bekam sekali? Buang angin dan darah kotor?'. Saya angguk saja. Memang itulah yang saya perlukan sebenarnya.

Saya kena 17 mangkuk vakum (penyedut). Bergilir ganti di pacakkan pada belakang kepala, tengkuk, bahu dan belakang saya. Bila dah sampai edahnya dia menarik penyedut itu satu demi satu, terasa sejuk bila tempat yang divakum itu dioles dengan kapas berubat. Setelah itu terasa ada benda tajam mencucuk-cucuk. Taklah sakit cuma rasa macam semut gigit :p
.
'Akak berani tengok darah?' Tanya perawat muslimah itu ketika mengoles darah bekal di belakang kepala saya.

'Boleh juga,"

Ambik kau! Darah beku pada kertas tisu likat pekat. Patutlah saya selalu sakit kepala bagai nak rak!

'Hospital pun tak nak kalau akak derma darah macam ni,' tambahnya lagi. Cehhhh! Melampau! Hahahaha.

Dipendekkan cerita, 17 cawan bekam telah membenam di tubuhku pada hari itu. Kesannya? Period kali ini rasa lega daripada migrane yang selalu menyerang bagai nak gila beberapa hari sebelum 'lambakan' bermula. Hehehe.

Lepas ni ada rezeki insyaallah saya nak berbekam lutut pula. Tak seronok solat tak dapat duduk antara dua sujud, takleh nak sujud. Sakit lutut menjadi idap-idapan sejak sekian lama padahal saya ni masih muda belia! Hehehehe ;)

Jadi sesiapa yang belum pernah berbekam tu ada rezki dan masa pergilah berbekam. Selain daripada ianya sunnah nabi, ia dapat memulihkan kesihatan. Buang darah-darah kotor dalam badan. Mesti lepas tu rasa ringan. Insyaallah :)

Rabu, Oktober 26, 2011

Gaddafi... Hukum Karma?

Jika kita beranggapan seseorang telah memperlakukan kita seperti binatang, adakah kita harus mengikut rentak kebinatangannya? Jika kita menganggap seseorang itu kejam, adakah kita mesti mengikut sikap kejamnya?

Saya mengagumi Gaddafi pada awal pemerintahannya yang begitu hebat memajukan Libya. Berjaya mewujudkan sungai besar di tanah gersang tandus. Berjaya menghijaukan bumi Libya dengan tumbuh-tumbuhan. Menjadikan Libya bumi yang makmur dan subur. Lantang menentang Barat. Tidak ada seorang pun pemimpin Barat berani berdecit. Dunia Islam amat mengkaguminya!

Namun saya tidak sesekali menyokong kezaliman pada rakyatnya (jika benarlah seperti dakwaan pemberontak yang tentu sekali telah didalangi puak-puak zionis yang memang mahu melihat satu persatu bumi Islam musnah!).

Ditembak, di seret, ditendang terajang mungkin pada pandangan sisi kejam saya, saya masih boleh menerima (setelah menimbangtara kekejamannya juga seperti yang didakwa). Namun menghunjam lubang najisnya dengan senjata tajam itu adalah tindakan yang amat kebinatangan untuk seorang manusia yang nyawanya sudah hampir ke halkumnya!

Sebagai seorang yang berjiwa Islam, sejujurnya saya amat sedih sekali. Apa yang diperlakukan pada jenazah Gaddafi amat tidak wajar dan tidak manusiawi. Adakah dengan menghina mayat sedemikian rupa dapat mengubah sejarah? Puaskah nafsu amarah apabila jasad tidak bernyawa disiksa, dijadikan tontonan, dibiarkan membusuk lalu ditanam di kubur tak bertanda di lokasi rahsia dengan hanya empat orang yang menyembahyangkan jenazahnya sebelumnya! Di mana jiwa yang mengaku muslim? Ke mana menghilangkan keihsanan dan keinsanan?

Adakah tangan-tangan yang menghukum itu lebih mulia daripada orang yang dihukum? Adakah benar dia pemimpin yang zalim atau hanya tipu helah Barat?

Sanad Al-Sadek pemuda berusia 22 tahun itu (ada yang mengatakan 17 tahun) begitu megah mengakui bahawa dialah yang telah menembak Gaddafi. Muncung pistol emas milik Gaddafi yang dirampas dari Gaddafi itulah yang telah menemukan tuan pistol itu dengan ajalnya. Videonya tersebar luas di Youtube...dan rasanya budak itu tidak akan hidup lama? Tindakan mempromosikan diri begitu bukanlah tindakan yang bijak!

Apakah dengan kematian Gaddafi segala kekejaman akan berakhir? Persengketaan akan terhenti? Jangan mimpi! Pengikut-pengikut setia Gaddafi tidak kan berpeluk tubuh melihat penghinaan melampau yang telah dilakukan kepada pemimpin kesayangan mereka. Apakah mereka mengira anak-anak Gaddafi yang masih hidup akan hanya jadi pemerhati? Nescaya bumi Libya akan berterusan menumpahkan darah dendam dan tidak akan pernah aman!

Nota: Gadaffi...andai kamu tetap berperibadi seperti mana ketika zaman kegemilangan kamu dulu...sudah pasti kematianmu tidaklah sehina ini.

Selasa, Oktober 25, 2011

Pesanan terakhir Muammar Gaddafi...

Message from Colonel Mu’ummar Qaddafi
13.04.2011
Gaddafi Unplugged and Uncensored
Translated by Professor Sam Hamod, Ph.D.
Recollections of My Life: Col. Mu'ummar Qaddafi, The Leader of the Revolution. April 5, 2011.

In the name of Allah, the beneficent, the merciful...

For 40 years, or was it longer, I can't remember, I did all I could to give people houses, hospitals, schools, and when they were hungry, I gave them food. I even made Benghazi into farmland from the desert, I stood up to attacks from that cowboy Reagan, when he killed my adopted orphaned daughter, he was trying to kill me, instead he killed that poor innocent child. Then I helped my brothers and sisters from Africa with money for the African Union.

I did all I could to help people understand the concept of real democracy, where people's committees ran our country. But that was never enough, as some told me, even people who had 10 room homes, new suits and furniture, were never satisfied, as selfish as they were they wanted more. They told Americans and other visitors, that they needed "democracy" and "freedom" never realizing it was a cut throat system, where the biggest dog eats the rest, but they were enchanted with those words, never realizing that in America, there was no free medicine, no free hospitals, no free housing, no free education and no free food, except when people had to beg or go to long lines to get soup.

No, no matter what I did, it was never enough for some, but for others, they knew I was the son of Gamal Abdel Nasser, the only true Arab and Muslim leader we've had since Salah-al-Deen, when he claimed the Suez Canal for his people, as I claimed Libya, for my people, it was his footsteps I tried to follow, to keep my people free from colonial domination - from thieves who would steal from us.

Now, I am under attack by the biggest force in military history, my little African son, Obama wants to kill me, to take away the freedom of our country, to take away our free housing, our free medicine, our free education, our free food, and replace it with American style thievery, called "capitalism," but all of us in the Third World know what that means, it means corporations run the countries, run the world, and the people suffer. So, there is no alternative for me, I must make my stand, and if Allah wishes, I shall die by following His path, the path that has made our country rich with farmland, with food and health, and even allowed us to help our African and Arab brothers and sisters to work here with us, in the Libyan Jamahiriya.

I do not wish to die, but if it comes to that, to save this land, my people, all the thousands who are all my children, then so be it.

Let this testament be my voice to the world, that I stood up to crusader attacks of NATO, stood up to cruelty, stood up to betrayal, stood up to the West and its colonialist ambitions, and that I stood with my African brothers, my true Arab and Muslim brothers, as a beacon of light. When others were building castles, I lived in a modest house, and in a tent. I never forgot my youth in Sirte, I did not spend our national treasury foolishly, and like Salah-al-Deen, our great Muslim leader, who rescued Jerusalem for Islam, I took little for myself...

In the West, some have called me "mad", "crazy", but they know the truth yet continue to lie, they know that our land is independent and free, not in the colonial grip, that my vision, my path, is, and has been clear and for my pegitu eople and that I will fight to my last breath to keep us free, may Allah almighty help us to remain faithful and free.

c: Col. Mu'ummar Qaddafi, 2011/05/04
Copyright Col. Mu'ummar Qaddafi, - Mathaba.Net

With permission to Lisa Karpova,Pravda.Ru; http://www.mathaba.net/

Sumber: http://musramrakunman.blogspot.com/

Nota: Bila kita menghukum seseorang, membenci seseorang, ...janganlah sesekali kita langsung melupakan jasa dan kebaikaannya. Betapa zalim dan Jahiliyahnya apabila jenazah beliau dihina demikian rupa. Tidak cukupkah dengan membunuhnya sehingga jenazahnya dipertontonkan bagai barang pameran?

Sabtu, Oktober 22, 2011

Sakit Jantung... terapung!

"Budak ni sakit jantung agaknya, berak terapung!"

Jawapan spontan kakak saya apabila cucu sulungnya komplen adiknya yang baru selesai 'melepas' tidak menjirus bahan buangannya. "Uwan...Danish tak jirus... terapung!"

Hahahaha. Seronok bila pagi-pagi sudah ketawa. Sihat jantung saya.

Maaf post kurang sopan di pagi sabtu yang sejuk ini ;)

Jumaat, Oktober 21, 2011

Gugurnya Seorang... Pejuang?

Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

Selepas ini apa? adakah Libya bakal mengalami nasib yang sama seperti Iraq dan Afganistan? Tangan-tangan ghaib telah berjaya memainkan peranan menghuru-harakan sebuah lagi negara Islam.

Salah siapa? Seorang pemimpin gemilang yang mati tersungkur penuh kehinaan. Pemimpin-pemimpin barat pasti bertepuk tangan, saling melagakan gelas wain meraikan tewasnya musuh ketat mereka! Para pemberontak yang terpancing dengan dakyah tangan-tangan ghaib itu juga tentu sedang riuh berpesta. Tapi untuk berapa lama? Apabila rakyat Libya mula melarat dan menderita kebuluran nanti adakah mereka fikir para lahanat pemusnah negara orang itu akan berlari datang menghulurkan bantuan?

Sebuah lagi negara Islam sedang menuju kehancuran. Menuntut demokrasi dengan campur tangan asing, inilah akibatnya. Merelakan diri diperkuda. Salah siapa???


Muammar al-Gaddafi quotes:

Libya has had to put up with too much from the Arabs for whom it has poured forth both blood and money.

Nations whose nationalism is destroyed are subject to ruin.

The times of Arab nationalism and unity are gone forever.

There must be a world revolution which puts an end to all materialistic conditions hindering woman from performing her natural role in life and driving her to carry out man's duties in order to be equal in rights.

Rabu, Oktober 19, 2011

Antara Wang dan Doa

Doa yang tulus lebih bermakna daripada wang yang dihulur tetapi tidak kering bibir menjadi ungkit-ungkitan, sebut-sebutan dan umpat-umpatan...

Sabtu, Oktober 15, 2011

:D

Akak...saya tak dapat bagi akak ... k... saya bagi akak ... k trus...
Erks! Alhamdulillah! Hmmm yang Innalillah tu nak akak buat ke?
Eh buat kak! Terus submit tu!
Alhamdulillah!

* Apabila Allah menutup pintu, DIA akan tetap membiarkan tingkap terbuka supaya kita tetap boleh bernafas. Sungguh! Apa yang penting berusaha, yakin dan jangan sekali-kali berputus asa.
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~