-->

Ahad, Januari 15, 2012

Hujan

Lebat hujan malam minggu
menghambat dendam rinduku padamu...

Jumaat, Januari 13, 2012

Kau dan Sahabat...

Pada siapa kamu mengadu ketika susah?
Dengan siapa pula kamu ketawa ketika senang?
Kemana kamu meninggalkan sahabat kamu yang tidak meminta dibalas budinya itu
setelah kamu terlepas dari neraka kepayahan?
Ke lembah mana kamu campakkan maruah dan rasa malumu
memperlakukan sahabatmu begitu?
Dia bukan menagih hutang puji puja atau ucapan terima kasih
Dia hanya ingin terus menggenggam tulus 'persahabatan' dulu.
Mengapakah kamu sekejam itu?

Khamis, Januari 12, 2012

Saya tidak ke mana-mana...

Saya ada di sini jika anda memerlukan saya. Tapi jika kewujudan saya tidak lagi anda perlukan...tidak mengapa. Cuma...jangan pula anda menyangka saya sudah melupakan atau menyisihkan anda. Saya tetap saya. Saya tidak akan melepaskan kasih sayang saya begitu saja. Ia akan kekal ke akhir hayat saya. Salam kasih salam rindu untuk anak-anak di mana saja anda berada.

Isnin, Januari 09, 2012

Tolonglah!

Usahlah mempergunakan kebaikan orang untuk menjadi manusia yang tak berguna!

Ahad, Januari 08, 2012

Cinta...

Jika kita terlalu bergantung kepada cinta 'manusia' kita akan menjadi 'manusia' yang kecewa. Jika kita meletakkanlah cinta kepada Allah melebihi cinta yang lain, insyaallah kita akan menjadi insan yang redho dan pasrah :)

Bukan...

Bukan melupakan...cuma tidak mahu mengingati...
bukan tidak mahu berjanji...bimbang akan dikianati...
kerana setiap kata janji akan ditagih di akhirat nanti!

Jumaat, Januari 06, 2012

Berbaik Sangka...

Belajarlah berbaik sangka kerana berburuk sangka akan membunuh silaturrahim sesama kita.

Khamis, Januari 05, 2012

Musim Sunyi...

Telah tiba musim sunyi
pabila rama-rama tidak lagi menari
cengekerik lupa pada gemersik lagu sendiri
belalang tidak peduli ranumnya beratus tangkai padi
kucing belaan tidak jumpa lorong pulang kanan atau kiri
ayam itik tidak mahu lagi menghuni reban yang penuh tahi
lembu kerbau pula bencikan kandang yang ditumpangi kelinci

Telah tiba musim sepi
pabila angin pegunkan diri
burung tidak bernyanyi lagi
matahari segan munculkan diri
bulan merajuk bersembunyi

Musim senyap kembali menyanyi
melagukan bait-bait patah hati
pabila kekasih yang pergi tidak kembali
sehingga usai musim semi...





Rabu, Januari 04, 2012

Rating 1 juta

Penerbit baru saja menelefon saya. Katanya rating telemovie Ku Hijrahkan Doa mencecah 1 juta. Alhamdulillah. Dia juga inginkan satu lagi karya dalam kadar yang segera. Alhamdulillah tidak terhingga. Syukurku kepadaMu Ya Allah.

Jatuh cinta...

Aku tidak mampu jatuh cinta
pada lelaki yang lebih mencintai harta
lebih mencintai kereta
lebih mencintai rumahnya
lebih mencintai berpoya-poya
lebih mencintai egonya
lebih mencintai dirinya
lebih mencintai dunia
lebih daripada mencintai Penciptanya!

Cuti Sekolah Telah Berakhir...

Cuti sekolah telah berakhir. Semua sudah kembali kepada sediakala. Saya sudah mula merindui'nya'. Gelak tawa, kenakalan dan usikannya, sikap dan keperibadiannya amat menangkap sukma 'keibuan' saya :) Mudah-mudahan bertemu lagi di cuti yang akan datang ya nak ya? :)

Selasa, Januari 03, 2012

Saat Bahagia...

Nikmatilah kebahagiaan ini...
kerana suatu hari ia akan pasti berlalu...
nikmatilah semahumu semahuku...
sebelum sampai ketikanya kau dan aku akan
sama-sama merintih merindui saat ini...

Isnin, Januari 02, 2012

Sempurna...

Menjadi 'sempurna'
sama payahnya seperti mencari 'sempurna'
di bumi Allah ini tiada satu pun makhluk yang 'sempurna'
Mulai detik ini berhentilah bermimpi tentang 'sempurna'
kerna 'kesempurnaan' hak milik Allah semata-mata.

Ahad, Januari 01, 2012

Selamat Tahun Baru Masihi...

Saya tidak lagi menyambut tahun baru Masihi. Telah saya hijrahkan segala hasrat dan keinginan ketika tahun baru Hijrah 1433 membuka pintunya pada 27 November 2011 yang lalu sehingga lahirnya Ku Hijrahkan Doa yang telah bersiaran di tv9 pada 28 Disember yang berjaya menggetar jiwa dan perasaan. Terima kasih Ya Allah. Ilham itu datang dariMu...tidak ada walau sedebu pun datangnya dariku.

Sabtu, Disember 31, 2011

Seseorang...

Saya pernah mengenali seorang insan
yang tampak begitu polos dan menawan dimata
Namun begitu...
saya tidak pernah menegur dia
dan dia juga tidak pernah menegur saya selain saling
berbalas pandang angguk dan senyum
tapi...
bagai ada bahasa yang berbicara
ketika kami bebrapa kali bertatapan mata tanpa sengaja

Namun ia tetap menjadi bahasa bisu
yang tidak mampu menzahirkan ulangan rindu
ketika tak bertemu

Kelmarin tanpa sengaja kami ketemu
rasanya seperti ulangan rindu itu kembali menggetar kalbu
dia tidak perasan saya dalam penampilan berbeza
saya sempat mengusap dan mengelus lembut pipi gebu
gadis kecil yang tersenyum manis membalas senyuman
ketika 'dia' dan isterinya saling berbincang memilih produk
berjenama di kaca tebal pameran

Apabila gadis kecil itu memanggil papa!
saya segera mengenyitkan mata sambil melambai dan menghindar
sebelum si papa sempat menoleh ke arah sipolos manja.

Namun itu hanya secebis kisah hati terusik ketika muda
saling malu membisik cinta
tapi itu bukanlah penyebab rasa kesal atau kecewa
kerana Allah telah memberikan yang terbaik untuk dia
dan membukakan jalan redho pada saya.

Saya bahagia melihat dia bahagia :)




Jumaat, Disember 30, 2011

Khas Untuk Muhammad Murali Abdullah...


Semoga anda cefat sembuh. Industri drama dan filem masih memerlukan anda. Saya juga masih memerlukan anda untuk merealisasikan dan memferindahkan karya karya saya yang seterusnya.Setelah Tony Francis Gitom dan Mior Hashim Manaf, anda adalah gandingan mantaf saya. Saya hijrahkan doa saya kefada anda Murali Abdullah.Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesembuhan kefada anda untuk bersama meneruskan ferjuangan dengan karya karya keislaman yang memberi keinsafan dan teladan.

Salam fersahabatan...
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~