-->

Khamis, Ogos 02, 2012

Tips Menghafal Muka Surat Al-Quran...

PELBAGAI cara untuk kita untuk mempastikan kita membaca Al-Quran pada perhentian yang tepat. Atau kadang kala kita ingin mencari juzu secara cepat dan tepat dengan meninggalkan pelbagai tanda.
Di Bawah adalah tips menghafal “muka surat ” Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini  ingin mengongsikan satu formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard sahaja.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran. Diharap ia memberi manfaat kepada kita, lebih lagi pada bulan Ramadhan ini.

Sumber: http://www.mysuara.net/

Rabu, Ogos 01, 2012

Kehilangan...

Kesakitan menghadapi kehilangan bukan lagi satu bebanan...
saya tidak lagi menghitung segala kehilangan...
saya juga tidak mengimpikan untuk mendapatkannya semula...
berapa detik saja lagi saya mampu berdiri...
sebelum saya 'menghilang' dan tidak lagi kembali
akan hilang daripada sebutan
bibir-bibir yang pernah mengaku menyayangi...
pada hati dan rasa yang pernah  mengasihi...
seperti dunia...rasa juga tidak kekal...
perlahan-lahan kita akan saling melupakan...
cepat atau lambat...
atau sehingga ke hujung hayat...
bergantung pada mahal murahnya rasa yang ada...

Usah bersedih
Sememangnya begitulah kakikatnya
Suatu ketika
antara kita
tidak akan ada lagi apa-apa!



Selasa, Julai 31, 2012

Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata..Insyallah..



Ketika anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan
أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini (Surah Qaf ayat 22):

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

 fakasyafnaa 'anka ghithaa-aka fabasharuka alyawma hadiidun

Bermaksud:  maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.

kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dalam gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)..

InsyaAllah, sentiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.

Ayat lengkap surah Qaf ayat 22

*لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

laqad kunta fii ghaflatin min haadzaa fakasyafnaa 'anka ghithaa-aka fabasharuka alyawma hadiidun

Maksudnya :

(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).

Sumber: http://ppim4u.blogspot.com/


Isnin, Julai 30, 2012

Fasa pengampunan...

Telah berlalu 10 hari Ramadhan yang penuh rahmat dan nikmat keberkatan. Kini 10 hari pertengahan waktu yang sebaik-baiknya untuk membersihkan diri daripada segala dosa lalu. Fasa pengampunan di mana Allah membuka seluas-luasnya pintu taubat dan pengampunan untuk kita memohon dan merayu sepenuh daya akan belas ihsan Maha pencipta agar diampuni dan disucikan diri yang berlumuran dosa hatta sebesar hama.

Ya Allah...ampunilah daku...terimalah taubatku...Sungguh! Aku tidak layak untuk ke syurgaMu...namun aku sangat takut dan tidak sanggup ke nerakaMu...


Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar


Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Jumaat, Julai 20, 2012

Menjelang Ramadan...

Setiap tahun ketika Ramadan muncul melambai rindu, nostalgia datang bertamu. Enam tahun yang lalu...sehari sebelum Ramadan mengetuk pintu, bonda menutup mata mengadap Sang Pencipta Yang Mulia. Hari Jumaat jam 12.20 a.m roh bonda berpisah dari jasadnya. Lengkaplah aku menjadi piatu. Semoga Bonda yang baik budi dan hati mendapat tempat yang selayaknya disisi Illahi. Semoga ayahanda yang telah 25 tahun bersemadi mendapat rahmat di sisi Yang Maha Terpuji .Amiin. Al Fatehah...

Salam Ramadan...


Mungkin ini Ramadan kita yang terakhir. Marilah kita penuhi dengan pengisian yang terbaik :)

Jumaat, Jun 22, 2012

Datang dan pergi...Hidup dan Mati...

Dua tahun yang lalu...pada tarikh ini saya sedang menatap sekujur tubuh kaku abang saya. Dua tahun yang lalu...saya meraikan hari lahir saya di pusara persemadiannya.Al Fatehah abangku...semoga rohmu aman di sana dalam himpunan kasih dan belas ihsan Yang Maha pencipta.

Selasa, April 24, 2012

Lambaian Kaabah...

Sebentar lagi saya akan menghantar kakak ke lapangan terbang. Kakak akan menyambut panggilan Kaabah. Semoga kakak dapat menunaikan ibadat umrah di sana dengan tenang. Mudah-mudahan Allah memberikan kesihatan yang baik dan mempermudahkan segala urusan kakak di sana. Semoga segala doa kakak dimakbulkan Allah. Aamiin. Mudah-mudahan giliran saya pula akan menyusul tiba. Insyaallah.

Isnin, April 23, 2012

Penyesalan...

Aku dan bapa ada kisah luka...
Aku tahu bapa sayang padaku...
Aku tahu bapa tahu aku sayang padanya...

Tapi entah mengapa...
Kami laksana api yang saling marak menyala...
saling membakar...
mendebukan kasih-sayang yang sebenarnya amat mendalam.

Bukan benci...
Itu pasti!

Bapa seorang yang baik...
dan aku bukanlah anak remaja yang tidak dididik...

Entah mengapa kami selalu saja tidak serasi...
sehingga aku sering membungkam panas di dalam hati.

Pada hari bapa menutup mata aku tiada di sisinya...
Tiga bulan kami tidak bersua sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Berbulan-bulan aku menangis dalam jaga dalam mimpi...
Menyesali ketidakakraban kami...

Jumaat, April 20, 2012

Tak mungkin....


Aku ingin menjadi semurni ibu...
Namun tidak mungkin berlaku...
Lima puluh peratus kemurnian itu
langsung tidak ada padaku...

Khamis, April 19, 2012

Suatu Masa...

ASuatu masa...
Suatu ketika...
Akan tiba masanya kita akan kehilangan satu demi satu...
Bukan hanya satu dua tiga...
Malahan semuanya...
Bahkan segala-galanya...
Kerana...
Apapun yang kita punya...
Sebenarnya bukan milik mutlak kita!

Selasa, April 17, 2012

Melukut di tepi gantang...

Kadang-kadang...
Begitu tinggi di tatang...
Kadang-kadang...
Sekadar melukut di tepi gantang...
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~