-->

Rabu, Februari 06, 2013

Kisah anak manusia....

Sungguh!
Memang dia ibumu
Ibuku juga
Ibu kalian adalah ibuku
Ibu kita!

Usah ditanya tugas siapa hak  siapa
sayangkan siapa lebihkan siapa
simpan di mana beri pada siapa

Engkau sulung kamu bongsu aku tengah
Banyak mana milik siapa
kumpul semua bagi sama rata

Yang di baruh aku punya
getah pinggir hak yang tua
kebun getah?
Hei mana ada ada?
Bukankah si sulong sudah gadaikan untuk membeli rumah?
Bila?
Dua puluh tahu dulu ketika arwah ayah masih bernyawa
Iya ke?Ada ke?
Ah! Buat-buat lupa!

Duit simpanan ada berapa?
Hai? Nak juga?
Ada ke duit simpanan bonda
sedangkan jarang sekali dia menerima
kecuali pencen bulanan arwah bapa yang tidak seberapa

Tak percaya?
Nah tengok buku ASB bonda
tak pernah menambah sejak caruman pertama
kerana wang yang ada cuma cukup untuk buat belanja

Kita?
Ah! Ratus ribu wang pampasan adakah pernah ada niat untuk membaiki rumah bonda?
Pernahkah manis muka menawarkan bonda menunaikan haji dan umrahnya?
Belum sempat bonda membuka bibir bersuara,
'maaf bonda...duit tak cukup habis bayar hutang
sedikit yang tinggal nak buat projek untuk masa depan.'

Pabila Bonda sakit
kita pulang beramai-ramai
malangnya bukan untuk mendamaikan
bahkan bercerita tentang hutang piutang
tentang ceti yang mungkin akan menetak kita sekeluarga dengan parang
kerana pokok dan bunga sudah berbaris panjang hingga ke simpang

Kalian ini anak apa? 
Bonda sihat tak nampak muka
seolah-olah bonda tiada
sibuk dengan urusan dunia

mencari harta yang tak nampak di mata
mengejar masa sehingga tercicir solatnya
dari muda hingga ke tua masih tak kaya-kaya
tujuh lapan kali menjadi mangsa tipuan semata

Eh! Nak tanya pula di mana silapnya?
Anak-anak dah besar gedabak otak masih sinting juga?
Hak bonda mana?
Mana mana mana?

Bonda yang melahirkan
dari besar tapak kaki sehingga sebesar badak berdiri
ada kalian peduli?
Harap mulut manis mengambil hati
pasang angan-angan beri harapan tinggi
konon pijak semut pun tak mati
dalam diam gajah pun lari

Sudahlah! Usah kata apa-apa
Nah ambillah geran tanah pinggir ini
Buku ASB ni? Dividennya tak silap adalah beberapa ratus di dalamnya
Apa lagi? Rantai dan gelang?
Ada...emas pusaka kesayangan Bonda
Ini jangan lupa sebentuk cincin juga

Lagi apa?
Katakan apa lagi terkilan dijiwa
akan kuberikan semuanya!

Isnin, Februari 04, 2013

Historical


Saya tidak menyimpan memori dalam diari...
saya mengukirnya di pelangi
menitipnya pada desah hujan dinihari
mengarkedkannya pada bumi
bukan dalam kata atau balang kaca
agar tiada sesiapa dapat membaca
baris-baris pedih prosa kata
gadis kecil yang terpaksa cepat menjadi dewasa


Sabtu, Februari 02, 2013

.......


Anakku...
Kebenaran yang melukakan hatimu itu
turut melukakan hatiku

Dugaan sentiasa menghambatmu 
tanpa mengira ruang waktu

Namun satu perkara sentiasalah sematkan dikalbu...
apapun yang berlaku...
kamu tetap anakanda  tersayang dunia dan akhirat
tanpa pinta dan syarat
tulus tanpa ragu

Redho dan maafkanlah mereka...
teruskan kehidupanmu seperti sediakala.

Isnin, Januari 28, 2013

Kematian...

Mati itu sakit
Mati itu perit
Mati itu jerit

Mati itu kaku
Mati itu sendu
Mati itu rindu

Mati itu sadis 
Mati itu tangis

Mati itu pedih
Mati itu rintih

Terkadang muncul tangisan di tengah malam
menyahut undangan rindu pada ayah dan ibu
serta insan-insan yang akrab dikalbu....

Al Fatehah untuk insan-insan yang saya kasihi. 

Khamis, Januari 24, 2013

Doa sempena Maulidul Rasul...

Allahumma salli 'alaa sayyidina Muhammad wa 'alaa aali sayyidina Muhammad


Ya Allah...kurniakanlah rasa cinta, kasih dan rinduku kepada Rasulku Junjungan Nabi Muhammad s.a.w melebihi cinta kasih dan rinduku pada yang lain. Amin.

Rabu, Januari 16, 2013

Sakit...

Apalah sangat jika dibandingkan dengan ribuan hari yang sihat yang telah Allah berikan. Namun sebagai hamba yang hina saya tetap bermohon.Ya Allah Yang Maha Lemah Lembut...Yang Maha Sempurna... Yang Maha Memelhara dan Yang Maha Penyembuh...sembuhkanlah saya hambaMu yang hina-dina yang tidak kuat menanggung segala dugaan dan kesakitan ini. Amin...

Jumaat, Januari 11, 2013

Novel Klasik Aku, Engkau Dan Dirinya


Oh tidak! Saya jumpa ini semalam ketika melayari sesawang! Hahahaha. Mana nak letak muka? Di rumah ada satu.Saya sembunyikan dibahagian belakang rak buku! :p

Price: RM 20

Tajuk: Aku, Engkau Dan Dirinya

Penulis: Siroasa N.S.

Harga: RM20

Penghantaran - RM10 (Pos Laju)

Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

017-2516392 (Wan)

Terima Kasih Mudah.

http://www.mudah.my/Novel+Klasik+Aku+Engkau+Dan+Dirinya-19207292.htm

Mimpi...

Daku hilirkan segala pedih, kuhulukan segala sendu...lalu berdiri di tengah-tengah membiarkan mimpiku terapung-apung di situ...

Khamis, Januari 10, 2013

Tak Perlu!

Tidak perlulah  menduga hati saya dengan bual bicara
Usahlah cuba mengintai intip rahsia jiwa dihujung kuku dihujung dagu
Tak perlu...
Kalian takkan mampu!

Rabu, Januari 09, 2013

Mengapa?

Sudah berkali diulang pesan...
akalmu masih tidak mampan menilai adab sopan
dibentangkan jalan terang
tetap memilih lorong belakang

Itu ibu itu abang
kata siapa yang lebih kau tatang?
Bisikan syaitan yang senyap mengundang
itukah yang lebih indah dipandang?

Tidak kami harapkan kamu memetikkan bintang
Bukan juga menghidang tanah berbidang
kami hanya ingin kamu menjadi orang
bukan orang-orangan di tengah bendang!

Setipis kulit bawang imanmu terbang...

Selasa, Januari 08, 2013

Bukan...






Tak perlu ulang pandang
Saya bukan bidadari
buka bakawali
yang kembang di bulan mengambang...

Isnin, Januari 07, 2013

Peduli...?

Jangan harap orang lain akan ambil endah  jika anda sendiri tak ambil kisah!

Ahad, Januari 06, 2013

Cinta?

Memang indah! Tapi...pasangan yang dilamun cinta rata-rata parah. Dihanyutkan oleh nafsu serakah lalu memilih laluan yang salah. Neraka disangka syurga. Lalu bersepah anak luar nikah. 

Wahai pasangan bercinta...jaga iman...jaga takwa...supaya iblis berhenti ketawa. Selimutilah diri dengan rasa malu. Jagalah pergaulan dan tingkah laku. Allah melihat setiap waktu dari segenap penjuru! Cinta perlu dijaga dengan rasa hormat dan tulus rasa, bukan untuk dilumuri dosa!

Maka bercintalah kerana Allah...bukan kerana nafsu serakah!

*Cinta yang benar seharusnya membawa kita ke syurga, bukan mengheret kita ke neraka. Awaslah wahai sang pencinta!

Sabtu, Januari 05, 2013

Manusia...

Tiada yang sempurna. Cacat di sini sana. Sisi putih dan gelapnya menjadi pelengkap kitaran  kehidupan!

Selasa, Januari 01, 2013

Selamat Tahun Baru 2013 Masihi

Semoga kita akan menjadi insan yang lebih budiman dan beriman, yang sentiasa tahu diri dan mengerti tujuan kita dihidupkan di dunia ini. Iringi cita-cita dengan azam dan usaha, bukan sekadar angan-angan semata.

Sabtu, Disember 22, 2012

Duka...

Tidak mengapa jika hari ini kita tidak gembira kerana kita tidak diahirkan hanya untuk sentiasa gembira dan bahagia...

Rabu, Disember 12, 2012

Rumah...


Rumah ini rumah 'kita' bukan rumah 'saya'..
Saya lebih risaukan 'rumah' di sana...
rumah di 'sini' saya tak hirau milik siapa.
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~