-->

Jumaat, Mei 09, 2014

Bertabahlah...

Penghujung segala usaha, hanya Allah tempat berserah. Salam hari Jumaat yang indah. Senyumlah walaupun gundah. Bersyukur dan berlapang dada. Segala ujian ada hikmahnya. Semoga Allah sentiasa membekalkan dan mengekalkan kita dengan jiwa yang tabah.

Sabtu, Mei 03, 2014

Pertanyaan...

Kamu menyerahkan diri kamu kepada siapa? Lelaki-lelaki yang kamu cinta? Perempuan-perempuan yang kamu puja? Allah dan Rasulmu kamu letakkan di mana?

Jumaat, Mei 02, 2014

Erti bahagia...

Tidak perlu memerangkap saya dengan definasi bahagia anda.Lain orang lain makna kebahagiaannya.Saya tidak memerlukan 'material' untuk menikmati bahagia.  Itu bukan piawaian saya. Dengan segala kekurangan material itu saya masih mampu menikmati bahagia. Bahagia itu 'rasa' yang melekat dalam jiwa. Berbaik sangka pada Allah. Mensyukuri segala pemberian dan berkongsi kasih-sayang yang dipinjamkanNya. Pada saya itu adalah lah rasa bahagia yang amat mahal harganya.

Khamis, Mei 01, 2014

Jaga-jaga...berwaspada..

Tolonglah! Jangan main langgar ikut suka.Ramai orang berilmu sesat mentafsir tanpa guru.

Usah perasan...

Sedar diri sedar ruang...jangan main angguk cakap orang kelak berkubang dalam longkang!

Cermin...

Sikap dan kata-kata adalah sebahagian daripada cerminan diri. Bila cermin sudah retak, siapa yang sudi lagi menghalakan muka? Lebih parah jika cermin itu pecah berderai melukai manusia-manusia terdekat di sekelilingnya. Siapa lagi yang akan sudi bermanis muka menyuakan senyumannya?

Rabu, April 30, 2014

Kejengkelan...

Tika meriah berbicara bergurau senda sesama kita, katanya kita memanah jantungnya. Bila kita diam tanpa bicara hanyut dalam dunia sendiri, dikatakan kita ketepikan dia. Bila tak ajak dia dalam korum, dikatakan kita menyisihkan dia. Tolonglah! Kami ini tidak ada kerja lain selain menjaga hati awak saja ke? Hati kami ni plumbum? Besi? Hati kamu saja ke papan reput yang tak boleh disentuh? Aduhai...janganlah asyik nak 'mendatin'kan diri. Mari sini bergaul dengan kami!Tupai dalam ladang kelapa pun boleh mati kalau tak tau cari makan sendiri!(Ada kena mengena ke? :p)

Isnin, April 28, 2014

Gadget...

Banyak mata menjadi pengendap bisu. Lalu sengsara tidak berpeluang mengetuk pintu gembira. Begitulah bila manusia sudah mula selesa dengan alat pandang dengar sehingga bibir menjadi malas untuk berbicara empat mata. Dalam sebuah keluarga besar yang seharusnya riuh-rendah, yang kedengaran cuma deruan kipas. Masih manusiakah kita?

Selasa, April 22, 2014

Mengenang J.M.Azis...

Saya tiba-tiba merindui karya-karyanya. Masihkah penyu itu menangis? 

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu
Penyu menangis siapalah tahu

Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)

Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)

Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah airmatanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu
Penyu menangis siapalah tahu

Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang pun tak tahu)

Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)

Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)

http://www.youtube.com/watch?v=afbLkRF1XtU

Lelah...

Lelah ini bilakah sudah?

Isnin, April 21, 2014

Biarlah saya diam...

Jika kamu bercakap tentang banyak perkara untuk mengaibkan saya, saya cuma memerlukan satu perkara untuk mengaibkan kamu. Namun saya memilih untuk diam. Semoga itu lebih baik untuk saya dan kamu.

Silence...

Tidak berdaya...

Ya Allah...bangkitkanlah saya semula...

Isnin, Mac 31, 2014

Luka???

Biarlah saya simpan di sudut hati paling dalam :)

Rabu, Mac 26, 2014

Al Fatihah

Ini kemahuan Allah, bukan kemahuan kita.
Allah mengambil semula hakNya, bukan hak kita.

Kita semua akan pergi. Suatu waktu kita akan berjumpa lagi dengan mereka di 'sana'. In sya Allah.

Bersyukurlah kita masih hidup untuk terus berdoa pada mereka yang telah pergi

Salam Takziah MH370. Batu karang nisanmu. Ditalkin hidupan samudera yang sentiasa berzikir pada yang SATU.

Innaa lillaahi wa innaa ilayhi raaji'uun.

Jumaat, Mac 21, 2014

Sengsara?

Usahlah terlalu meratapi kesengsaraan sendiri. Mereka di luar sana barangkali jauh lebih menderita tidak terperi...bungkam dalam lirih tangis tersembunyi.
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~