-->

Sabtu, Julai 02, 2011

Luka...

"I've learned that good-byes will always hurt, pictures will never replace having been there, memories good and bad will bring tears, and words can never replace feelings.”

Jumaat, Julai 01, 2011

Empat Jumaat...

Empat jumaat telah berlalu...
rasanya hati ini masih sejuk dingin
sesejuk hari dikau mengucapkan selamat tinggal
kepada dunia yang kian berat dengan cerita duka
yang sarat dengan cerita cinta.

Empat jumaat telah berlalu...
mana mungkin ia mampu membenamkan beribu-ribu jumaat
yang pernah kita kongsi dengan pelbagai cerita
suka duka dan gelak ketawa.

Sepi...
selama ini dikau anakku rajin mengusikku tanpa henti
Rindu...
selama ini kau selalu bertanya tentang menu
apabila seleramu meragam inginkan juadah yang berlainan ini dan itu


Berkisah tentang cerita luka
Berbicara tentang waktu bahagia
Spontan kisah-kisah lucu yang membuat kita ketawa
mengakrabkan kita untuk saling berbagi rasa

Mana mungkin empat jumaat itu kulupakan
Sedangkan beribu-ribu jumaat masih mekar berkembangan

Anakku...basah dan merah tanah pusaramu
mengingatkan betapa hampirnya waktu kematianku!
Anakku...tenanglah dikau di dakapan bumi tanah kelahiranmu itu.

Rabu, Jun 29, 2011

Salam Israk & Mikraj...

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar. (Surah an-Najm: ayat 13-18).

Khamis, Jun 23, 2011

Mukjizat disebalik بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah swt. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah swt menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

BISMILLAH (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ) adalah sebutan/nama singkat daripada lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM'yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani'. Namun begitu, maksud lafaz BISMILLAH adalah terlalu luas dan mendalam, sehinggakan maksudnya tidak terhurai dengan seluruh air laut yang ada di muka bumi Allah ini. Masha Allah!


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

· Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

· "BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam". (Hadith Qudsi)

· Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

· Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan terhadap orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan terhadap sesuatu melainkan Allah memberi keberkatan ke-atasnya.

· Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

· Jumlah huruf dalam BISMILLAH ialah 19 huruf, dan terdapat 19 malaikat yang menjadi penjaga neraka.

· (QS. AL Muddatsir: 30) Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan daripada 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari".

· Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) sehingga setiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya".

· Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH, nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua-dua orang tuanya.

· Barangsiapa yang membaca BISMILLAH, maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

· Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpeliharalah daripada gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

· Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuklah ketakutan dalam hati si zalim, serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sumber http://www.raudhah.net/

Rabu, Jun 22, 2011

Doa...

Hari ini hari lahir saya. Saya tidak begitu ghairah untuk menyambutnya. Namun saya menghargai mereka yang sudi mengucapkan selamat hari lahir untuk saya. Terima kasih. Kepada yang terlupa, usah resah. Anda tidak bersalah. Ia tidak menjadikan saya gundah :) Namun saya tetap menghadirkan doa yang sederhana. Doa saya semoga dengan ihsannya Allah memberikan saya ketenangan, menganugerahkan saya rasa cinta dan rindu pada Allah dan Rasulullah s.a.w melebihi kecintaan dan kerinduan saya kepada segala makhluk yang lain di dunia. Saya ingin menjadi lebih ikhlas dan lebih mengasihani sesama insan, tidak terlalu condong mencintai wang dan harta benda.

Tidak banyak yang saya mahu dalam penitian hidup yang hampir sampai ke titik pertengahan ini. Saya cuba melebihkan doa untuk insan-insan disekeliling saya...yang jika dengan izin Allah masih panjang pancaroba kehidupan mereka. Saya bermohon agar mereka dirahmati dan dilimpahi dengan nikmat kebaikan. Ketebalan iman dan ketakwaan. Rezeki dan kasih sayang yang melimpah. Menjadi insan yang baik-baik dan tidak tamak, tidak mementingkan diri sendiri. Permohonan saya, agar insan-insan yang saya kasihi berbahagia dan dipermudahkan perjalanan kehidupan mereka. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan saya juga.

Kepada sesiapa yang mengenali saya, anda tahu letak diri kalian dalam hati saya. Sekali anda bersikap baik terhadap saya, seribu kali anda termetri di hati. Tidak ada seorang pun antara kalian yang tercicir dalam senarai doa saya. Saya sayang anda semua.

Selasa, Jun 21, 2011

Setahun berlalu...

Cepat sungguh waktu berlalu. Bagaikan baru semalam saya melihat abang saya kaku di pembaringan. Seperti baru semalam saya mengucup pipi dan dahi dinginnya. Umpama baru sekejap tadi saya menghantar arwah ke perjalanan akhir persemadiannya. Rupa-rupanya sudah setahun. Hari ini jam 11.15 pm nanti genaplah setahun arwah meninggalkan kami.
Uwan, atok, emak, bapak, dua orang abang, abang ipar, seorang anak saudara saya telah pun berkumpul di alam sana. Manakala seorang anak cyber saya telah menyusul 18 hari yang lalu. Alangkah banyaknya kehilangan. Alangkah rapuhnya usia manusia. Semoga Allah melimpahkan kasih, mencurahkan rahmat serta menyelamatkan roh kalian di alam sana. Amin.

Al-Fatehah...

Sabtu, Jun 18, 2011

Satu pertanyaan pada suatu ketika v...

"Mama tidak dapat mewakili hati dan fikiran orang lain, apalagi untuk menjawab bagi pihak 'dia'. Mama hanya mampu menjawab pertanyaan kamu pada mama. Anakku, Mama akan merindui kamu sehingga ke akhir hayat mama. Sebagaimana mama merindui 'insan-insan' yang amat dekat di hati mama. Kamu juga dekat, amat dekat. Kamu umpama anak lelaki mama yang amat mama kasihi. Manakan mampu mama melupakan dan tidak merindui kamu? Tangis, rindu dan kehilangan itu adalah rasa yang kekal.Ia takkan hilang. Ia adalah 'rasa' yang hanya akan terlupa tanpa sengaja. Ia akan tetap hadir menghambat pada ketika-tika yang tidak kita menjangka.

*...Saya syg mama...*

"Mama sayang kamu juga, anakku :)"

Jumaat, Jun 17, 2011

Khamis, Jun 16, 2011

Rabu, Jun 15, 2011

Satu pertanyaan pada suatu ketika ii...

"Kdg2 saya berfikir, tentu sedih kan bila kita hanya akan dikenang untuk sehari dua, dirindui dalam seminggu dua, cuma dirasai kehilangannya pada bulan pertama dan kedua...Pastu pelan2 kita akan luput dari ingatan org2 yang kita sayang..."

Selasa, Jun 14, 2011

Satu pertanyaan pada suatu ketika i...

"Ma...bila kita dah mati, berapa lama agaknya pemergian kita akan ditangisi? Ketiadaan kita dirasai? Kehilangan kita dirindui...?"

Selasa, Jun 07, 2011

... .....

Anakku...
Banyak yang bermain di fikiran ini. Banyak yang ingin dituliskan bagi mengingati kamu. Tapi maafkan.. belum ada kata-kata dan ayat yang sesuai yang menjelma disebalik kesedihan dan kepiluan yang menitiskan airmata tanpa sedar sejak pemergianmu. Maafkan! Namun suatu waktu pasti ada catatan rindu buatmu. Pusara yang masih merah, basah dan sunyi...damailah anakku bersemadi.

Isnin, Jun 06, 2011

Perpisahan...

Perbezaan antara perpisahan jarak dan kematian? Berpisah jarak masih boleh saling menghubungi. Saling ber emel, ber ym, saling menelefon dan bersms. Terpisah oleh kematian? Mereka akan terus hilang dari mata kita. Tidak lagi mendengar suaranya. Walau satu dunia kita cuba mencari, mustahil akan kita temui. Tiada jasad tiada bayang. Tiada emel tiada ym tiada sms. Yang ada cuma komunikasi sehala. Doa-doa kita untuk mereka. Kerinduan? Tiada apa yang dapat mengapuskan kecuali masa yang 'mungkin' mampu menyembuhkannya...

Catitan: Satu demi satu insan yang saya sayangi sudah dijemput Illahi. Saya harus melalui dan menerima dengan tabah hati sehingga tiba giliran ajal menjemput saya pergi...

Jiwa...

Tubuh mempunyai keinginan yang tidak kita ketahui. Mereka dipisahkan kerana alasan duniawi dan dipisahkan di hujung bumi. Namun jiwa tetap ada di tangan cinta… terus hidup… sampai kematian datang dan menyeret mereka kepada Tuhan...
~Khalil Gibran~

Setelah lima tahun...

Hari ini harilahir emak. Usianya 78 meskipun emak telah pergi hampir lima tahun yang lalu pada usia 73, emak tetap harum dan segar dalam kenangan dan ingatan saya. Emak yang sentiasa saya merindui kehangatan kasih-sayangnya. Semoga Allah melapangkan dan menerangi kubur emak dengan lampu syurga. semoga emak dilepaskan daripada siksaan dan fitnah kubur. Semoga emak damai dan bersemadi dengan tenang. Saya sayang mak sehingga ke akhir hayat saya. Setiap sudut dan ruang di rumah inia dalah sudut dan ruang kenangan yang amat segar.

Catitan: Mengenang insan yang telah pergi, mendengar berita insan yang disayangi pergi, adalah kepiluan yang amat sukar untuk digambar atau ditafsirkan. Ngilu, pedih, rindu nun jauh di sudut hati yang paling dalam. Al_Fatehah untuk roh-roh tersayang yang telah kembali ke pangkuan Ar-Rahman...

Ahad, Jun 05, 2011

Telah Hilang...Takkan Pulang...

Kemboja berguguran memutih
Menemanimu ke jalan akhir
Persada hati yang kau terangi kini sepi

Suara jenaka dan gurauan
Di sebaliknya kau kesepian
Mimpi-mimpimu retak seribu
Tak siapa yang tahu

Al...
Tuhan lebih menyayangi
Dari kami temanmu yang tak pernah mengerti

Al...
Hanya setelah kau pergi
Kehilangan amat dirasai

Suara jenaka dan gurauan
Di sebaliknya kau kesepian
Mimpi-mimpimu retak seribu
Tak siapa yang tahu...


Catatan: Saya kehilangan kata-kata... Saya merasa amat pedih dan terluka. Anakku, semoga tenang bersemadi di sisi yang abadi... maafkan mama kerana menangisi pemergianmu...

Selasa, Mei 31, 2011

Bagaimana Melayari Internet dengan Kebersamaan Allah

Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya. Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud: Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.(an Nisa’ 165)
Dan firman maksudnya: dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali???.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: “biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya”.

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

1. Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.
Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan “muraqabah” dan “muhasabah” serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh. Amin ya rabba al alamin

Sumber : http://pondoktauhid.blogspot.com
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~