-->

Khamis, September 22, 2011

Lima tahun berlalu...

Lima tahun terasa begitu laju menjarakkan saya dari ibu. Namun pilu tetap bertamu pada setiap ruang yang beku tanpa lagu. Ibu...saya masih rindu!

Rabu, September 21, 2011

Luka...

"Taburkanlah seberapa banyak garam dan cuka pada luka saya. Bahkan jika berniat menggores luka baru, silakan juga. Setelah sekian lama..tidak ada bezanya lagi antara luka baru dan luka lama. Kesakitannya tetap sama..."

Ayat milik peribadi: rafikasastras

Selasa, September 20, 2011

Hard Disk diserang 'Shortcut virus'?

Saya masih tersenyum. Baru sebentar tadi saya telah berjaya menukar mood dan kedukaan seorang insan serta situasi panik yang dialaminya. Kecil saja peranan saya tapi ternyata cukup membuat dia kembali ceria :D

Saya: morning comey mama syg
Saya: <:D>
cutefrog: hi ma..good morning
cutefrog:  <:D>
Saya: hehehe
Saya: bz eh?
cutefrog: last week bz...
cutefrog: ni takde la sangat
Saya: kira santai2 la wat keje ni ya ;)
cutefrog: ha ah
cutefrog: tapi otak takmo jalan..susah hati pk benda lain
cutefrog: ikutkan keje ni kira hujung jari jer leh siap.. :(
Saya: adoih tu la pulak kan bila tak bz
Saya: mende lain lak yg bergentayangan di fikiran
Saya: isk isk
cutefrog: my storage HDD infected by virus... :((
cutefrog: now all my works are not accessable
Saya: :((
cutefrog: ni yg tengah blues..pk cam ner nak recover balik.. :-?
Saya: takde wat backup?
cutefrog: ade..tapi up to certain time jer
Saya: hmmm pernah try recovery my files tu?
cutefrog: tak..
cutefrog: all files still intake.
cutefrog: yg problem nyer...semua folder jadi shortcut 
cutefrog: #-o
Saya: oooooo
cutefrog: dier attacked registry system
Saya: virus shorcut ya?
cutefrog: so takleh buka la
cutefrog: ha ah
cutefrog: pernah kena?
Saya: mama baru je baca minggu lepas pasal virus tu
cutefrog: erkk
cutefrog: :((
cutefrog: caner nak buat kalo dah kena?
Saya: kena surf dulu la kalau nak tau
Saya: hehehe
cutefrog: hehehehe
cutefrog: ok
cutefrog: nanti saya cari
cutefrog: mlm ni pk nak send hdd gi umah boss..dia repairkan..tapi dia ckp dlm phone tadi pun dier tak reti
cutefrog: :((
cutefrog: dier kata habis² pun reformat hdd...
Saya: hmmmm
Saya: pi wat keje dulu
Saya: mama gi jenjalan jap cari penawar vius tu kalau ada
Saya: *virus
cutefrog: yesss
cutefrog: tq ma
cutefrog: :-*
Saya: ;;)
Saya: ni ha cara yg paling simple utk dicuba
Saya: http://www.sembil9n.com/2011/03/hard-disk-diserang-shortcut-virus.html
Saya: mama google yg lain  lak...
cutefrog: ok²
Saya: http://maswafa.blogspot.com/2010/08/virus-shortcut-cara-menghapus-virus.html#axzz1YSLeivGi
cutefrog: takleh la yg 1st link tu..pesal ek
cutefrog: :-?
Saya: http://www.ekowahyu.com/internet/virus-shortcut-sempat-bikin-pusing-juga/
Saya: takleh masuk?
cutefrog: jap..dah masuk..dah dl remover tu..ni nak try guna
Saya: okeh
cutefrog:  :(( dier auto delete my folder aa..caner tu?
Saya: aik?
cutefrog: uikkk
cutefrog: dah setel
cutefrog: =))
Saya: erks
cutefrog:   :-* :-* :-*
cutefrog: tq² soooooooooooo much
Saya: lol
Saya: cets wat suspen je
cutefrog: hehehehe
Saya: 
cutefrog: wahhhhhhhhhhhhhh
Saya: :))
cutefrog: <-- terus senyum lebarrrr
cutefrog: hati² pon berdebar² sebab super excited
cutefrog: tq so much ma..i owe you big
Saya: ahaks
Saya: alaaa apala sgt
Saya: tolong google je
Saya: apa2 pun kasih diterima
Saya: :D
cutefrog: hehehe
cutefrog: baru pas sms boss cakap all things are ok
cutefrog: huhuuuuu
Saya: hikhikhik ;)

Moralnya... beberapa minit keperihatinan mampu menghapuskan duka berpanjangan. Cehwahh :D

Lama tak update

Mengapa?
Jawapannya mudah saja! Sibuk beraya! Hehehe. Sebenarnya selepas raya ni saya tidak begitu sihat. Barangkali kesan daripada letih berpuasa, letih berkemas serta resdung yang menggila adalah jawapan kepada segala-galanya.

Walau apapun alhamdulillah...saya masih disini. Sedang berusaha menghabiskan 3 hari puasa enam yang masih berbaki ketika Syawal semakin hampir ke penghujungnya.

Syawal kali ini terasa lebih bermakna kerana keluarga sudah kembali bersatu. Semoga ia berpanjangan meskipun memaafkan itu tidak semudah ucapan. Dunia hanya persinggahan sementara. Esok lusa pasti akan kita tinggalkan jua. Jadi apalah sangat  segala selingkuh rasa hendak di panjang-panjangkan? Maafkan saja! Selebihnya jika masih ada yang terbuku, simpan saja di hati untuk kembali diingati ketika sunyi :) Redha dan ikhlaskan hati pada segalanya.

Mood raya saya? Biasa biasa saja. Baju raya? Sehelai jubah sponsor. Kenapa sehelai sahaja padahal saya diberi kesempatan memilih beberapa helai? Kerana saya terbayang baju kurung satu almari yang rata-rata setiap satunya hanya dipakai dan digayakan sekali dua. Saya rasa . bersalah jika saya masih tamak membeli lagi-lagi tidak menggunakan duit sendiri.

Persiapan raya? Alakadar sahaja. Langsir masih yang lama. Sarung kusyen masih tahun lepas punya. tikar getah masih yang tiga tahun lalu. Hanya peti sejuk saja yang baru. Itu juga di sponsor. Hehehe. Alhamdulillah! Kuih raya? Tunjuk saja semuanya.

Makanan? Pada hari mantai kami merendang 10 kilo daging segar beserta hati, limpa segala. Limabelas ekor rendang ayam. Lima kilo sup tulang (tapi bayak daging pejal). Banyak sangat? Tidak. sudah menjadi tradisi semenjak arwah mak masih ada, lauk pauk tersebut akan di agih-agihkan serba sedikit kepada sepupu sepapat, dibekalkan kepada para mertua dan sebagainya.

Juadah berat hari pertama selain kuih muih adalah ketupat dan rendang. Hari kedua sate ayam dan sate daging. Enam ekor ayam dan beberapa kilo daging segar. Hari ketiga mee goreng sahaja. Hari-hari seterusnya saya tak ingat. Hikhik.

Rasa kehilangan? Sudah tentu! Pakar mengusik yang selalu membuat saya tersenyum dan tertawa kecil meskipun cuma lewat smsnya telah tiada. (Kamu tetap segar dalam memori mama anakku! Hari lahirmu beberapa hari sebelum Syawal menyiat sebak meruntun jiwa bonda. Semoga kamu tenang di sana.)

Saya tak banyak berfoto pada Hari Raya tahun ini. Mengapa? Kerana wajah saya lebam dibakar matahari. Kecomelan saya terjejas kerana berhari-hari mengemas sekeliling rumah yang sudah sebulan tidak dijengah :p

Hmm saya perlu bersahur. Skrip yang sudah separuh jalan masih terbengkalai. Semoga Allah melimpahkan ilham selepas subuh nanti agar saya mampu menyudahkannya dalam  minggu ini juga sebelum bermula dengan tugasan yang baru.  Mudah-mudahan impian bercuti sakan pada cuti sekolah nanti akan kesampaian. Amin...

Ahad, September 18, 2011

Sehingga ke hujung Pelangi

Kita selalu atau sudah biasa melihat pelangi yang selalu muncul selepas hujan. Namun biasanya pelangi yang kita lihat tidak berhujung, tidak berpangkal. Hanya merupakan objek melengkung yang tidak kita mengetahui di mana jejak mula dan akhirnya. Namun seorang pemandu di UK telah dapat melihat lalu mengambil gambar hujung pelangi yang indah itu yang tentunya tidak ramai yang prihatin atau mampu melihat fenomena tersebut.
Sumber: http://www.orangmuo.com/

Ahad, September 11, 2011

100 hari

Seratus hari...
adalah sepi yang begitu panjang...
yang pasti menjerut kesunyian yang amat dalam
pabila ianya mencapai seratus bulan...
pasti ia melilit rindu yang tidak berpenghujung
masihkah aku ada di sini untuk menangisi ketiadaan itu?

Seratus hari...
tiada lagi getar suara menyapa sepi pagi meskipun cuma sekali
segala gurauan  di telan angin kuburan awal jun
usikan-usikan  tidak lagi  menemani buram malam
tanpa kerdip bintang

Tentunya di sana tidak perlu lagi kata-kata puitis
Bisikan rindu bukan lagi lagu merdu
Bukti cinta kini hanyalah doa
daripada insan-insan tersayang yang telah jauh ditinggalkan
nun enam kaki di perut bumi
berjuang bersendiri

Adakah 'dia' dan 'mereka' masih mengingati?
Adakah 'dia' dan 'mereka' masih mampu merasai cinta segarmu dari ladang dahulu?
Masihkah ada sendu ketika namamu disebut?
Masihkah getar cinta itu berdenyut?

Masihkah?

Masih!

Masih?

Isnin, Ogos 29, 2011

Salam Aidil Fitri


Amalan Menjelang Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)

Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan beberapa kelebihan. Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebuah lagi hadis menjelaskan; “Sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.”
Hendaklah memperbanyakkan takbir(membesarkan Allah), tasbih (mensucikan Allah), tahmid (mengucapkan syukur) dan berselawat ke atas junjungan Rasul SAW.


Ahad, Ogos 28, 2011

28 Ogos...



SSelamat Hari Lahir anakku yang telah lena bersemadi...
Doa bonda...tenang dan damailah rohmu di sana...
Amin...

Isnin, Ogos 22, 2011

FADILAT SURAH AL-QADAR

Auzubillahi minash shaitan nir rajim. Bismillah hir rahman nirrahim


1. Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Qadar, pahalanya sama dengan orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malam Al-Qadar.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/613).

 2. Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata: “Tidak ada seorang pun hamba yang membaca surah Al-Qadar tujuh kali sesudah solat Subuh, kecuali para malaikat berselawat kepadanya 70 selawat dan mencurahkan rahmat kepadanya 70 rahmat.” (Mafatihul Jinan 79).

3. Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Sesiapa yang membaca surah Al-Qadar dalam shalat-shalat fardhunya, malaikat memanggilnya: Wahai hamba Allah, Allah telah mengampuni dosamu yang lalu, maka mulailah amalmu.” (Tafsir Ats-Tsaqalayn 5/612).

4. Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata: “Sesiapa yang berziarah ke kubur saudaranya yang seagama, kemudian ia meletakkan tangannya pada kuburannya dan membaca surah Al-Qadar (7 kali), Allah menjamin keamanan baginya dari ketakutan yang paling besar.” (Tafsir Ats-Tsaqalayn 5/613).

5. Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) menasehati para sahabat dan pengikutnya: “Sesiapa yang sakit, hendaknya ia mengambil bekas air yang baru, kemudian diisi air oleh dirinya sendiri, lalu membacakan pada air itu surah Al-Qadar secara tartil (tertib) sebanyak (30 kali), kemudian air itu diminum, dibuat wudhu’ dan diusapkan pada bagian yang sakit, jika airnya kurang bisa ditambahkan. Jika hal itu dilakukan, insya Allah dalam waktu tiga hari Allah akan menyembuhkannya dari penyakit itu.” (Tafsir Ats-Tsaqalayn 5/613).

Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/

Sabtu, Ogos 13, 2011

Di Ramadan ini...

Ramadan bertandang ...
meski pada awal tahun ia tampak begitu jauh mengibar jalur-jalur bendera malam seribu bulan
melewati  Muharram yang diharamkan berperang,
melintasi Safar ketika Rasulullah s.a.w mulai sakit berat sebelum mangkat,
menjangkaui  bulan kelahiran Junjungan Mulia s.a.w juga bulan ketika baginda diangkat menjadi Rasul  ketika berusia 40 tahun juga bulan wafat baginda s.a.w di Rabi`ul Awwal,
merenteti musim bunga terakhir yang memakamkan Imam Ghazali r.h di Thus Khurasan,
merentasi  permulaan musim sejuk  ketika kota Costantinople dibuka seterusnya menjadi ibu kota Empayar Baizantyne selama 2125 tahun lamanya ,
Jamadil Akhir menjadi saksi kegemilangan kemenangan tigapuluh ribu tentera Islam pimpinan  Khalid bin Al-Walid menewaskan  seratus ribu tentera rom dalam peperangan Yarmuk,
Menyusul pula Rejab bulan peristiwa isra' mikraj  ketika Rasulullah S.A.W  menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha,
Di turuti Sya`ban yang menutupi buku lama di ganti lembaran helaian baru catatan dosa pahala manusia,
Satu perjalanan  panjang menuju Ramadan ketika berada di awal tahun.
Namun kini  Ramadan sudah masuk ke setiap penjuru tingkap dan pintu
tetamu yang dirindui telah hadir mengisi malam-malam kudus penyerahan
menanti  salam para malaikat yang membawa sejahtera yang Allah kirimkan 
dengan doa debar dan harapan akan bertemu malam Lailatul Qadar
semoga  ini bukanlah Ramadan yang terakhir untuk disantap murni nikmat kemanisannya
mudah-mudahan akan sempat bertemu Syawal dan masih diberikan kesempatan bertemu bulan-bulan mulia seterusnya sebelum dijemput mengadap Maha Pencipta.

Jumaat, Julai 29, 2011

Jiran Yang Menjengkelkan!

Salam sejahtera.
Beberapa hari sebelum munculnya bulan Ramadhan, saya ingin bercerita sedikit tentang kisah jiran. Bukanlah tujuan saya untuk memburukkan jiran, sekadar berkongsi pengalaman agar menjadi ikhtibar kepada kita supaya yang baik dijadikan teladan manakala yang buruk kita buat pedoman.

Saya mulakan kisah dengan jiran di sebelah kiri rumah saya. Jiran ini sikapnya agak menjengkilkan sejak saya kecil lagi. Arwah bapa saya dahulu selalu saja berang kerana suami jiran saya ini suka mencampakkan anak ayam mati atau ayam mati ke dalam pagar rumah saya. Mungkin sebab dia malas nak tanam kot? Namun kemarahan bapa saya selalu terpujuk dengan kata-kata lembut emak 'biarlah orang buat kita jangan kita buat orang". Maka bapa saya pun dengan bengis sabarnya itu mencapai cangkul lalu menanam bangkai tersebut sebelum membusuk. Tapi apabila selalu sangat hal yang sama berlaku, bapa sudah tidak sanggup lagi bertolenrasi lalu mencampakkan kembali bangkai ayam yang dicampakkan jiran itu ke kawasan pagarnya semula. Hahaha. Padan mu. ka!

Saya masih ingat, sntara sempadan rumah saya dan jiran saya itu, betul-betul di tengah-tengah pagar, ada sebatang pokok langsat yang amat lebat buahnya. Sepatutnya bila berada di tengah sempadan, kami berhak berkongsi pokok tersebut sebab pokok itu tumbuh sendiri dan bukan hak mutlak sesiapa. Malangnya jiran saya itu mendakwa pokok itu kepunyaannya dan emak saya secara otomatik mencegah kami daripada mengambil buahnya. 'Hak orang jangan ambil, kalau nak tu berpundut-pundut langsat kat rumah rumah baruh nun!" Emak merujuk pada rumah arwah nenek saya. Suatu hari ketika mengukur semula sempadan tanah, rupa-rupanya pokok langsat itu sebenarnya milik kami kerana ianya dalam kawasan tanah kami. Maknanya sewaktu mereka memagar kawasan tanah mereka, mereka menipu. Namun arwah Pak Lang saya bekas gurubesar itu mengatakan kepada juru ukur itu, tak apalah... tandakan aja kawasan ni ikut pokok langsat ni. Biarlah pokok langsat tu dalam kawasan tanah mereka. Aduhaiiii. Kenapalah keturunan saya ini lembut sangat hatinya? Itu adalah secebis daripada kisah lalu. Kini setelah puluhan tahun, pokok langsat itu telah mati dipanah petir dan menjadi tempat tebuan bersarang.

Kini suami jiran saya itu telah lama meninggal dunia. Manakala jiran saya itu pun sudah menjangkau usia 80an. Sudah kurang pendengaran dn penglihatan. Rumahnya juga sudah kosong tidak berpenghuni kerana dia tinggal bersama anaknya di Kuala Lumpur. Pulang hanya sesekali. Seperti saya juga yang pulang sekali sekala membersihkan rumah di hujung minggu dan menetap agak lama ketika cuti sekolah.

Hendak dijadikan cerita... di tepi pagar depan rumah saya ada sebatang pokok kuinin yang baru beberapa kali berbuah. Ketika berbuah pada musim yang lalu saya jarang pulang kerana ada saja halangan dan kesibukan. Suatu hari saya pulang pada hujung minggu. Saya dan abang saya dengan penuh ghairah 'menggegar' pokok kuinin itu dengan galah dengan harapan buah-buah yang sudah cukup masak akan jatuh berguguran. Namun puas kami menggegar, tak satu pun buah yang jatuh. Pada ketika itu cucu jiran sebelah rumah saya itu yang baru saja
berkahwin dengan duda disebelah kanan rumah saya, ada di rumahnya. Perkahwinan antara janda dan duda ;) Anak duda yang sudah bertitle Haji itu hampir sebaya dengan usia saya. (Cucu jiran saya itu membuat rumah bersebelahan dengan rumah neneknya dalam satu pagar). Mereka terpandang-pandang tapi tidak menegur.
Saya cakap pada abang saya, "Belum ada buah yang dah tua agaknya".

Pada petang harinya ketika bersantai di laman, jiran yang selang sebuah rumah dengan jiran saya ini singgah apabila melihat kami ada di rumah. Lalu dia membuka cerita. "Ado kuinin gugur?" Tanyanya. "Tak ado." Jawab saya selamba. "Mano nak ado ea? Tadi den nampak tu Haji laki bini tu menggogar kuinin kau. Siap dongan galah. Laki ea menjolok, menggogar, bini ea mengutip. Den nampak dari laman den, den toroih datang dokek berdiri bawah pokok manggih tu memerati. Bilo dio nampak yo den, si haji copek-copek campak an pengolan (galah) ea, bini ea pulak copek-copek mencampak an buah kuini ke dalam pagar ea. Bergogeh-gogeh macam dah kemaluan. Banyak dapek ea. Tu la kau tak balik-balik!" Saya dan abang berpandangan terus terdiam. Hahaha adoilahai. Memanglah kebetulan buah di bahagian luar pagar lebih banyak daripada dalam pagar. Alkisahnya saya tidaklah kisah sangat kalau mereka nak kutip buah-buah yang gugur. Atau jolok beberapa biji untuk merasa. Tapi kalau dah menggegar macam harta mak bapak sendiri...macam mana pula kami? Cuma gigit jari? Oklah peristiwa itu dah setel dan kami redha dan maafkan walaupun mereka langsung tak cakap apa-apa pada kami. Minta izin jauh sekali! Itu kisah musim kuinin yang lalu.

Kisah terbaru, beberapa hari yang lalu saya pulang. Kebetulan sudah sebulan saya tidak pulang kerana sibuk dengan kerja dan pelbagai urusan. Kawasan rumah usah cakaplah, rumput tebal dan kemuncup. Daun-daun kering bertaburan. Pokok-pokok bunga pasu ditangga banyak yang dah mati kekeringan. Juga terkilan apabila melihat tahi kambing bertaburan dan anak-anak mangga yang sewaktu saya tinggalkan subur menghijau telah togel tinggal batang. Namun redha sajalah kan? Sapa suruh tinggalkan rumah lama-lama? Hehehehe. Tapi satu yang saya hairan dan perasan. Di bawah pokok kuini itu hanya ada sebiji dua buah yang gugur di makan tupai. Atas pokok tak ada lagi buah kelihatan. Tapinya kenapa bawah pokok ni bersih saja? Tak ada longgokan buah-buah yang jatuh busuk atau sebagainya? Hmmmm... apa-apa ajalah. Masuk ke dalam rumah dulu, kemas bersihkan apa yang patut.

Keesokan harinya...Jiran langkau sebuah rumah saya datang. Dia sound saya, apasal telefon tak jawab? Err errr... ntahlah saya tak perasan kot telefon saya berbunyi masa dia call? Lagi-lagi bila dalam list miscall tak ada tercatat nama memang saya takkan call semula :p

Cerita terkininya. Arghhhhh! mengaoa saya selalu termiss peristiwa hanya setelah beberapa hari kejadian berlaku? Huhuhu. Kisah ini lebih menarik. Alkisahnya ketika jiran saya ini pulang dari pekan, dia melihat cicit kepada jiran saya ini iaitu anak saudara perempuan kepada sipolan perempuan yang menggegar pokok kuinin saya di musim yang lalu sedang membongkok melewati pagar yang sudah disungkit (angkat) ke atas bagaikan askar sedang membuat latihan berhalangan merangkak masuk ke kawasan rumah saya. Bila jiran saya ini bertanya kepada nenek budak itu, kenapa masuk menceroboh pagar orang? Jawapannya: Nak kutip buah bacang! Hahaha. Kebetulan pokok bacang masam jiran saya itu betul-betul di tepi sempadan pagar kami. Alaaa... macamlah tak ada bacang yang gugur dalam kawasan dia. Bukan manis pun bacangnya. Masam! Banyak tempulur! Menurut isteri jiran yang memberitahu tadi, jiran saya itu telah berjaya mengutip sebesen buah bacangnya berserta sebesen besar buah kuinin saya. OMG!

Setakat itu saya masih boleh menerima lagi. Makanlah buah kuinin tu kalau kebulur sangat kan? Ahaks. Tapi yang paling paling paling hampagasnya, dia boleh tinggalkan pagar yang sudah dikelebek sebesar babi hutan boleh tembus itu ternganga begitu saja! Memang berbakul-bakullah sumpah seranah saya! Dah 'curi' buah kuinin saya makan sekenyang-kenyangnya, dibiarkan pagar saya berlubang sehingga kambing anak beranak termasuk yang bunting masuk berdendang sayang! Habis pokok-pokok kesayangan yang selama ini saya jaga penuh mesra dan manja togel dikendurikan si mbek mbek. Siapa yang tak hangin satu badan? Sambil membetulkan pagar, saya membebel. Bab yang ini memang tak boleh saya maafkan! Sampaikan spontan pulak datang idea jahat saya nak koyakkan pagar dia biar kambing lembu semua boleh masuk berpesta berumahtangga dalam kawasan rumah dia! Sampai la ni hati saya masih membara. Mereka ini bukan jiran tapi ......! Haaaa kan dah! Ni belum lagi termasuk jiran saya yang belah atas nun...yang sama nenek moyang dengan jiran sebelah kiri rumah saya ni! Jenis yang tak tau menghormati hak jiran. Lain kali saya akan bagi kunci pintu pagar rumah saya supaya mereka tak payah sungkit pagar saya, supaya mereka boleh buat dan boleh ambil apa saja yang ada dalam kawasan rumah saya ni macam harta pusaka nenek moyang mereka!

Khamis, Julai 21, 2011

Ramadan Hampir Muncul Di Ambang...

Ramadan sudah semakin hampir diambang. Setiap kali munculnya Ramadan saya sering saja bernostalgia. Bernostalgia tentang silam, tentang semalam. Setiap nostalgia itu berkait rapat dengan insan-insan yang telah pergi, yang tidak akan kembali lagi disisi. Walau separuh mati kita merindui namun tembok barzakh takkan mampu kita daki sebelum maut menjemput kita pergi.

Bapa saya sudah  duapuluh empat tahun mendahului. Begitu juga abang lang yang saya kasihi. Anak saudara saya sudah empatbelas tahun bersemadi. Jika dia masih hidup, tiga puluh tiga tahun usianya sekarang. Sama angka ketika abang lang saya menutup mata.Setiap daripada mereka memiliki cerita peribadi tersendiri antara kami. Perpisahan yang menimbulkan kesan terkilan, sesal dan sebal. Selalu membuat saya berfikir, alangkah bagusnya kalau saya mampu memenuhi segala permintaan, alangkah bertuahnya jika saya manfaatkan setiap kesempatan ketika kami masih bersama. Maka kami tidak perlu saling menyakiti, saling membungkam hati dan tidak puas hati sesama sendiri. Namun usia muda adalah usia di mana segala kesilapan luas terbentang dengan kemarahan dan ketidakpuasan hati bermaharaja lela di dalam jiwa.

Namun  satu perkara yang saya belajar daripada kematian, iaitu MEMAAFKAN. Kemaafan yang bebas berterbangan meninggalkan segala rasa marah, tersinggung dan kecil hati. Pada hari itu hati dan jiwa kita akan merasa lepas bebas daripada sebarang belenggu ketidakpuasan hati atau apa saja perasaan negatif yang menyelubungi perasaan kita terhadap mereka selama ini. Rasa yang tidak hanya berhenti di situ kerana sekian sekian hari sekian sekian minggu sekian sekian bulan lamanya kita akan memikirkan...alangkah baiknya jika saya lebih berlembut dan bertimbang rasa terhadap mereka. Betapa bagusnya jika saya lebih bersikap mulus tanpa prasangka.

Begitulah! Rasa terkilan tidak dapat memenuhi satu dua permintaan insan-insan yang telah pergi itu akan terus muncul, hilang dan muncul semula selama kita masih mengingati mereka. Semakin dekat mereka dengan kita semakin akrab rasa terkilan itu walaupun kita telah cuba sedaya upaya melayan dan bersikap baik terhadap mereka.

Namun dalam banyak banyak kehilangan, kehilangan ibunda tercintalah yag amat mengesankan!Ramadan lebih memilukan tanpa bonda. Diam tak diam sudah lima tahun bonda berhijrah. Sehingga hari ini saya tidak mampu mengungkap nostalgia bersamanya tanpa linangan airmata. Apatah lagi ibunda saya meninggal sehari sebelum munculnya Ramadan 2006. Nostalgia itu akan ulang berulang setiap tahun. Memori itu akan sentiasa menghulurkan tali sehinggalah ajal menjemput saya pergi.

Tahun lepas satu lagi kehilangan. Abang yang gila makan rendang tidak akan lagi bertemu pandang.  Tahun ini pula Ramadan akan sepi tanpa sms dan usikan anak saya Al...yg selalunya hampir setiap hari di bulan Ramadan rajin bertanya tentang juadah berbuka, bertanya mama masak apa. Bersahur apa dan pukul berapa. Tidak ada lagi yang rajin berpesan agar saya mengingatkan dan mengajak dia berpuasa sunat setiap isnin dan khamis. Mengingatkan dia tentang puasa sunat Muharram, Rejab dan Syaaban. Pastinya tidak juga ketinggalan berpuasa enam.

Anak yatim  piatu itu telah pun menuruti jejak ayah dan ibunya 49 hari yang lalu. Rindu dikalbu hanya Allah yang tahu.

Semoga roh-roh yang saya kasihi tenang bersemadi dalam kasih dan redha Illahi. Al-Fatehah...



.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~