-->

Rabu, Ogos 01, 2012

Kehilangan...

Kesakitan menghadapi kehilangan bukan lagi satu bebanan...
saya tidak lagi menghitung segala kehilangan...
saya juga tidak mengimpikan untuk mendapatkannya semula...
berapa detik saja lagi saya mampu berdiri...
sebelum saya 'menghilang' dan tidak lagi kembali
akan hilang daripada sebutan
bibir-bibir yang pernah mengaku menyayangi...
pada hati dan rasa yang pernah  mengasihi...
seperti dunia...rasa juga tidak kekal...
perlahan-lahan kita akan saling melupakan...
cepat atau lambat...
atau sehingga ke hujung hayat...
bergantung pada mahal murahnya rasa yang ada...

Usah bersedih
Sememangnya begitulah kakikatnya
Suatu ketika
antara kita
tidak akan ada lagi apa-apa!



Selasa, Julai 31, 2012

Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata..Insyallah..



Ketika anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan
أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini (Surah Qaf ayat 22):

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

 fakasyafnaa 'anka ghithaa-aka fabasharuka alyawma hadiidun

Bermaksud:  maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.

kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dalam gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)..

InsyaAllah, sentiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.

Ayat lengkap surah Qaf ayat 22

*لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

laqad kunta fii ghaflatin min haadzaa fakasyafnaa 'anka ghithaa-aka fabasharuka alyawma hadiidun

Maksudnya :

(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).

Sumber: http://ppim4u.blogspot.com/


Isnin, Julai 30, 2012

Fasa pengampunan...

Telah berlalu 10 hari Ramadhan yang penuh rahmat dan nikmat keberkatan. Kini 10 hari pertengahan waktu yang sebaik-baiknya untuk membersihkan diri daripada segala dosa lalu. Fasa pengampunan di mana Allah membuka seluas-luasnya pintu taubat dan pengampunan untuk kita memohon dan merayu sepenuh daya akan belas ihsan Maha pencipta agar diampuni dan disucikan diri yang berlumuran dosa hatta sebesar hama.

Ya Allah...ampunilah daku...terimalah taubatku...Sungguh! Aku tidak layak untuk ke syurgaMu...namun aku sangat takut dan tidak sanggup ke nerakaMu...


Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar


Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Jumaat, Julai 20, 2012

Menjelang Ramadan...

Setiap tahun ketika Ramadan muncul melambai rindu, nostalgia datang bertamu. Enam tahun yang lalu...sehari sebelum Ramadan mengetuk pintu, bonda menutup mata mengadap Sang Pencipta Yang Mulia. Hari Jumaat jam 12.20 a.m roh bonda berpisah dari jasadnya. Lengkaplah aku menjadi piatu. Semoga Bonda yang baik budi dan hati mendapat tempat yang selayaknya disisi Illahi. Semoga ayahanda yang telah 25 tahun bersemadi mendapat rahmat di sisi Yang Maha Terpuji .Amiin. Al Fatehah...

Salam Ramadan...


Mungkin ini Ramadan kita yang terakhir. Marilah kita penuhi dengan pengisian yang terbaik :)

Jumaat, Jun 22, 2012

Datang dan pergi...Hidup dan Mati...

Dua tahun yang lalu...pada tarikh ini saya sedang menatap sekujur tubuh kaku abang saya. Dua tahun yang lalu...saya meraikan hari lahir saya di pusara persemadiannya.Al Fatehah abangku...semoga rohmu aman di sana dalam himpunan kasih dan belas ihsan Yang Maha pencipta.

Selasa, April 24, 2012

Lambaian Kaabah...

Sebentar lagi saya akan menghantar kakak ke lapangan terbang. Kakak akan menyambut panggilan Kaabah. Semoga kakak dapat menunaikan ibadat umrah di sana dengan tenang. Mudah-mudahan Allah memberikan kesihatan yang baik dan mempermudahkan segala urusan kakak di sana. Semoga segala doa kakak dimakbulkan Allah. Aamiin. Mudah-mudahan giliran saya pula akan menyusul tiba. Insyaallah.

Isnin, April 23, 2012

Penyesalan...

Aku dan bapa ada kisah luka...
Aku tahu bapa sayang padaku...
Aku tahu bapa tahu aku sayang padanya...

Tapi entah mengapa...
Kami laksana api yang saling marak menyala...
saling membakar...
mendebukan kasih-sayang yang sebenarnya amat mendalam.

Bukan benci...
Itu pasti!

Bapa seorang yang baik...
dan aku bukanlah anak remaja yang tidak dididik...

Entah mengapa kami selalu saja tidak serasi...
sehingga aku sering membungkam panas di dalam hati.

Pada hari bapa menutup mata aku tiada di sisinya...
Tiga bulan kami tidak bersua sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Berbulan-bulan aku menangis dalam jaga dalam mimpi...
Menyesali ketidakakraban kami...

Jumaat, April 20, 2012

Tak mungkin....


Aku ingin menjadi semurni ibu...
Namun tidak mungkin berlaku...
Lima puluh peratus kemurnian itu
langsung tidak ada padaku...

Khamis, April 19, 2012

Suatu Masa...

ASuatu masa...
Suatu ketika...
Akan tiba masanya kita akan kehilangan satu demi satu...
Bukan hanya satu dua tiga...
Malahan semuanya...
Bahkan segala-galanya...
Kerana...
Apapun yang kita punya...
Sebenarnya bukan milik mutlak kita!

Selasa, April 17, 2012

Melukut di tepi gantang...

Kadang-kadang...
Begitu tinggi di tatang...
Kadang-kadang...
Sekadar melukut di tepi gantang...

Jumaat, Mac 02, 2012

Isu Tanah Jarang - Menentang kerana Ilmu atau Nafsu?


Betapa dasyat dan menakutkan isu yang digembar-gemburkan oleh puak penentang. Tapi adakah benar kilang pemerosesan bahan nadir bumi yang bakal beroperasi di Linas itu seteruk kesan radiasi di Jepun dan di Chernobyl. Adakah sama situasinya di sini? Mari kita membaca kemudian cuba memahami kemudian bertanyalah pada akal bermuzakarahlah dengan hati, pasti akan mendapat jawapannya nanti :)


Isu Tanah Jarang – Himpunan Hijau Gerakan Anti Ekonomi
by Sheih on February 26, 2012

Rare Earth, bahan Nadir Bumi atau boleh dipanggil sebagai tanah jarang.

Himpunan Hijau bukanlah satu kumpulan yang mahu mengharmonikan dan menyelamatkan Malaysia seperti yang mereka dakwa, sebaliknya ialah adalah sebuah agenda bersifat ‘anti-ekonomi’ oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan menakut-nakutkan pelabur asing dari terus melabur di Malaysia.


Para pelabur antarabangsa memerhati tindakan Kerajaan Malaysia menangani desakan puak pelampau yang berselindung diatas matlamat kononnya menyelamatkan alam sekitar. Apakah Kerajaan Malaysia cukup kuat untuk mempertahankan kemasukkan pelaburan asing atau akan menjadi longlai dan tunduk kepada tekanan puak pelampau ini.

Penentang pelaburan kilang pemerosesan kimia oleh Lynas Corporation adalah golongan pelampau yang didalangi oleh beberapa kerat ahli politik songsang.

Kilang pemerosesan Nadir Bumi atau dalam bahasa hari-hari boleh disebut sebagai ‘tanah jarang’ ini adalah tidak lebih dari sebuah kilang kimia. Di negara asalnya, pengangkutan bahan tanah jarang ini boleh dilakukan seperti anda mengangkut anak dan isteri anda pulang ke rumah mertua, tiada spesifikasi khas apa lagi memerlukan label bahan radioaktif.

Pada sidang medianya di Shah Alam hari Jumaat lepas, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat , YB Che Rosli Che Mat, seorang pakar di dalam bidang nuklear sekali lagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa, kilang kimia Lynas adalah selamat.

“Pendirian saya tetap sama seperti yang pernah saya cakapkan sebelum ini, iaitu projek ini perlu diteruskan dan saya akan tetap menyokongnya selagi Lynas selamat dan dipantau sepenuhnya,”ujar bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Rosli yang merupakan lambang kecendikiawanan di dalam Parti Islam Malaysia (PAS) diatas ketinggian ilmu sainsnya merupakan kelulusan doktor falsafah di dalam bidang Sains Nuklear daripada University of Lancaster di United Kingdom.


YB Che Rosli, Saintis Nuklear tempatan, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat.

Rosli juga berkali-kali menjelaskan bahawa kilang Lynas di Gebeng bukanlah kilang nuklear atau loji nuklear maupun makmal penguraian dan mengayakan uranium.

Kadar radiokatif yang bakal dikeluarkan oleh kilang Lynas di Gebeng secara teorinya tidak lebih daripada kadar radiasi yang dikeluarkan oleh kebanyakan kilang-kilang lain di sekitarnya.

Rosli berkali-kali menegaskan bahawa tanah jarang adalah bahan ‘tabii’ dan lombong tanah jarang di Mount Weld, Australia adalah jauh lebih rendah keluaran radiasinya daripada lombong bijih yang peninggalan legasinya menjadi taman tema dan kawasan perumahan di merata-rata tempat di Malaysia.

Baru-baru ini Kerajaan Malaysia secara adil telah meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas Corporation dengan syarat-syarat ketat. Tujuan pemberian lesen operasi sementara ini adalah bagi membenarkan Lynas memulakan operasinya dan pada waktu yang sama pihak-pihak terbabit di Malaysia dapat memantau operasi Lynas sama ada benar-benar selamat seperti yang tercatat di dalam semua laporan.

Tanpa membenarkan Lynas beroperasi, Kerajaan Malaysia dan pihak pemantau tidak dapat melihat kesahihan dakwaan Lynas mahupun dakwaan puak pelampau.

Pemberian lesen ini bukan berisiko tinggi kerana pada waktu ini berdasarkan segala laporan dan kajian yang telah dibuat oleh pelbagai agensi terbabit bersetuju bahawa operasi Lynas akan selamat dan mengikuti piawaan antarabangsa.

Namun tanpa membenarkan Lynas beroperasi, ia kekal sekadar di atas kertas.

Walaupun lesen sementara itu telah diluluskan buat Lynas bagaimanapun Lynas hanya boleh menerima lesen itu setelah ia memastikan ia patuh kepada syarat-syarat khas pengeluaran lesen tersebut. Itulah yang dikatakan sebagai risiko rendah.

Untuk Lynas beroperasi sementara, Lynas diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu surat akujanji bahawa segala lebihan dan sisa buangan dari kilang itu hendaklah di bawa keluar dari Negara Malaysia.

Lynas juga dikehendaki untuk menyerahkan satu pelan pembinaan dan pengurusan kemudahan pelupusan kekal (PDF) yang berlokasi di kawasan tidak berpopulasi.

Kerajaan Malaysia juga mengkehendaki Lynas memastikan segala sisa cecair dan gas hendaklah terlebih dahulu dirawat oleh Lynas bagi memastikan ia mencapai tahap piawaian keselamatan yang diterima pakai antarabangsa sebelum dibebaskan dari kilang tersebut.

Hanya setelah Lynas membuktikan bahawa operasinya adalah selamat seperti yang didakwa dan diperakui oleh semua pihak berwajib, barulah lesen sebenar akan dikeluarkan.

Ini merupakan sesuatu yang amat waras. Lebih waras lagi ialah nasib 420 anak tempatan yang hampir kesemuanya anak Melayu kini mencari makan dengan Lynas. Kos pengurusan yang melebihi RM400 juta setahun adalah sesuatu yang amat tinggi dan diperlukan di dalam menjana ekonomi hari ini. Oleh itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan untuk mengabaikannya dengan mudah semata-mata ada penentangan yang tidak berasas.

Penentangan terhadap Lynas boleh menggugat kemasukan pelaburan asing. Para pelabur mahu kepastian bahawa pelaburan mereka selamat dan kerajaan hari adalah kerajaan yang mengotakan janjinya.

Ketakutan pelabur adalah sesuatu agenda yang baik buat pembangkang. Kekurangan pelaburan adalah juga sesuatu yang boleh dimanipulasikan oleh pembangkang yang bijak. Tetapi mengatakan Lynas adalah sebuah kilang yang menghasilkan radiokatif yang merbahaya adalah sesuatu yang bodoh bagi pembangkang.

Saya masih rasa pembangkang di Malaysia tidaklah berdiri begitu rendah apalagi sesuai disebut sebagai bodoh.

Ustaz Hadi, Presiden PAS berkata dalam ucapannya pada 5 Jun 2011 di Terengganu yang antara lainnya menyeru perwakilan PAS bertindak secara bijaksana.

Kata Ustaz Hadi,

“Saya hendak membangkitkan isu Lynas yang dibangkitkan oleh perwakilan. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr. Rosli Che Mat. Dia mempunyai PhD dalam bidang nuklear….”

Dan Dr. Rosli sudah memberikan penjelasannya kepada kita. Dr. Rosli juga berkata bahawa dakwaan-dawaan terhadap kilang Lynas hari ini adalah, “tidak saintifik dan tidak akademik”. Bagaimanapun ada diantara kita masih mahu mendengar dakwaan yang tidak saintifik dan tidak akademik itu.

Ustaz Hadi turut membuat kesimpulan berikut,

“… nak tahu pasal kelapa sawit jangan tanya pakar getah,”.

Fuziah Salleh orang paling kehadapan dengan pelbagai dakwaan tidak saintifik dan akademik merupakan Ahli Parlimen PKR dan bukan pakar getah, tetapi Fuziah juga bukan pakar nuklear. Mungkin Fuziah adalah mutasi hasil ujikaji berlebihan Anwar Ibrahim di dalam politik Malaysia.

Langkah wajar boleh diambil oleh pengarah filem tersohor Malaysia, saudara Mamat Khalid untuk memasukkan watak Fuziah di dalam filem Zombie nya yang baru. Mungkin menerusi watak itu, Fuziah boleh menjadi ‘zomba terlampau’.

Artikel ini saya salin & tampal dari: http://kickdefella.net/
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~