-->

Sabtu, September 27, 2008

Selamat Hari Raya Minal Aidil Walfaizin


Berhati-hati dalam perjalanan. Semoga perjalanan anda sentiasa dilindungi dan diberkati Illahi. Amin.

Jumaat, September 26, 2008

22 September Dalam Kenangan

Hari ini...22 Sept 2008. Sudah genap 2 tahun arwah emak meninggalkan saya. Rindu? Masih tak pernah surut. Sedih? Pilunya masih hangat. Tapi mak usah risau. Saya telah belajar erti redha sejak pemergian abang dan apak 21 thn yang lalu. Kemudian disusuli pula dgn pemergian abg Z, uwan, Epit. Tiada kesedihan yang tak pernah saya tangggung sepanjang hidup ini.

Emak...terima kasih kerana menjadi emak yang baik dan memahami sepanjang usia. Terima kasih juga kerana menjadi sahabat yang paling setia kepada saya. Terima kasih kerana sentiasa membimbing saya kepada kebaikan. Menyedarkan saya pabila saya salah. Menghiburkan saya ketika saya gundah. Menyabarkan saya sewaktu sedang marah. Siapa lagi yg lebih memahami saya selain daripada emak?

Emak sentiasa membela saya, sentiasa yakin dengan niat dan gerak saya. Emaklah satu-satunya manusia yang tak pernah berprasangka buruk terhadap saya. Ketika orang lain mencurigai tindakan saya, emak dgn tegas akan menyokong dan membela saya. Hanya emak yg hafal isi perut anak mak ni.

Emak, emak jangan sedih. Saya tak pernah menyesali untung nasib saya. Saya redha. Saya ikhlas pada kehidupan saya mak. Ikhlas pada apa saja yang telah saya buat untuk emak dan keluarga kita. Emak usah fikir saya sedang menderita. Tidak mak. Penderitaan itu sebenarnya adalah penawar yang terbaik buat saya.Ianya membantu saya menjadi lebih tabah.

Saya tau, mak selalu khuatir...mak sering saja meluahkan rasa kasihan mak pada saya kepada orang lain. Mak cerita pada Mak Jah kan yg saya hanya fikirkan orang lain tapi tak pernah hiraukan kegembiraan dan kebahagiaan saya sendiri. Mak menangis depan Mak Jah kan? Saya tau mak. Mak Jah dah ceritakan kepada saya.

Mak..sekali lagi saya katakan, saya redha dgn ketentuan hidup saya ini. Kalau ditakdirkan saya harus berkorban untuk keluarga kita sehingga ke akhir hayat saya, saya akan lakukan mak. Saya akan buat.

Mak tau? Cucu kesayangan mak sudah pun selamat mendirikan rumahtangga. Majlis itu amat meriah mak. Meskipun sederhana tapi amat meriah. Kalaulah emak ada, tentu majlis itu akan lebih berseri dengan senyuman dan kasih sayang emak. Ajib pun dah besar mak. Dengan gigi kapaknya tu dia masih nampak hansome. Dia masih tetap manja macam dulu. Tapi dia dah pandai kaver tau mak? Dia dah pandai malu-malu nak manja-manja depan orang macam dulu. Dah besar la katakan. Dia bijak tau mak. Dia masih rajin macam dulu. Taat. Tadi emak dia talipon. Katanya Ajib demam, batuk-batuk. doktor bagi mc 2 hari. Tapi dia tetap juga nak puasa. Pastu bising tanya bila nak balik berbuka di kampung? Mak dia janji nak hantar dia balik awal raya nanti. Hari jumaat kot. Jadi bolehlah kami berpuasa dan berbuka bersama-sama.

Saya masih ingat pada hari terakhir cuti persekolahan dua tahun lalu. Ajib berat hati betul nak balik. Dia sanggup ikut Pak Tehnya blk sebab nak duduk dengan kita hingga malam Isnin. Dia tak nak ikut papanya balik hari Sabtu tu. Sebelum balik tu, Ajib beria-ia sgt menangis seperti sedih sangat nak meninggalkan kita. Saya masih ingat, dua kali saya suruh Ajib salam dan cium emak. Emak pula pada waktu itu seperti tak ada perasaan. Mak peluk cium Ajib tanpa tangisan padahal sebelum ini pantang Ajib menangis, akan berguguranlah airmata mak.

Lewat malam Pak Tehnya telefon bercerita tentang bagaimana Ajib menangis dan tersedu sepanjang perjalanan pulang. Berhenti singgah makan dia takmo makan, dia cuma minum milo ais je. Kemudian Pak Tenya tapaukan nasi goreng ayam untuk di bawa pulang. Waktu itu aku tertanya-tanya mengapa tetapi kemudian aku telah mendapat jawapannya. Rupa-rupanya dia menangisi uwannya. Seolah-olah dia tahu dia tak akan bertemu dengan uwannya lagi, takkan merasai kucupan tulus dan pelukan kasih uwannya lagi. Begitu dalam naluri anak itu terhadap uwannya.

Emak...banyak petunjuk yang Allah dah bagi kepada saya. Isyarat-isyarat yang nyata bahawa emak tidak akan lama lagi bersama saya. Malangnya mak walaupun saya pernah mempelajari dan membaca tentang gerak dan pertanda, namun entah mengapa fikiran saya langsung tidak menjurus untuk memikirkan kemungkinan yang emak akan pergi meninggalkan saya tak lama lagi.

Beberapa bulan ketika emak sedang sakit-sakit, bermacam-macam bunyi di sekeliling rumah. Burung sentiasa bising, ayam tak berhenti berbunyi. Selain daripada itu, saya selalu mendengar bunyi kereta di depan rumah. Bunyi orang membuka dan menutup pintu kereta. Saya sering terpedaya, naik ke rumah meninjau dari tingkap kalau ada tetamu yang datang. Tapi tiada siapa di luar pagar. Tiada kereta yang kelihatan. Terlalu kerap kejadian itu berlaku.

Setiap kali saya mandi, setiap kali saya membuka air pancuran, saya mendengar seperti bunyi azan sedang berkumandang di luar sana. Kadang-kadang seperti suara orang mengaji dari corong masjid kampung kita. Tapi bila saya tutup air pancuran untuk memastikan suara yg saya dengar, sebenarnya tiada apa. Mungkin mainan perasaan saya saja.

Mak...sepenakut-penakut manusianya saya sebelum ini, bila semua ini terjadi, Alhamdulillah rasa takut itu tidak muncul dalam diri saya. Bahkan ketika emak di 'ganggu' dengan bermacam-macam gangguan, saya masih boleh menghadapinya dgn berani. Saya bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan saya keberanian itu. Mendepani emak yg uzur seorang diri dgn pelbagai gangguan ketika emak lemah begitu bukannya mudah. Saya harus menjadi kuat demi emak.

Emak adalah sesabar-sabar manusia yg pernah saya jumpa. Sekasih-kasih insan yg pernah saya temui. Emak tak pernah merungut, tak pernah mendengus. Segala macam perkara emak hadapi dengan tenang. Saya masih ingat dulu pada tahun 1987. Ketika arwah abang saya meninggal, emak mampu kelihatan tabah. Apabila abg sepupu saya meninggal brp bulan kemudian (abg sepupu saya tu umpama anak mak juga sbb dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah kami berbanding di rumah ibunya sendiri di baruh sana), ibu masih tenang menghadapi walau airmatanya laju di pipi. Tetapi apabila arwah bapa saya menyusul pergi bbrp bulan kemudian, saya menjadi amat curiga. Mampukah emak menghadapi 3 kehilangan pada tahun yg sama? Kuatkah emak untuk terus bertahan?

Ternyata saya silap! Saya fikir emak akan goyah namun ternyata emak masih kuat. Kekuatannya itulah yang mengalir dalam diri kami untuk bersama-sama berkongsi ketabahan emak. Ketabahan dan kesabaran mak mmg amat besar sekali!

Emak tak pernah mengalah dengan penyakitnya. Mak rajin makan ubat. Mak tak mengada-ngada. Tak pernah nak manja-manjakan dirinya. Malah walaupun ketika lututnya sudah agak teruk sakitnya. Mesti bertongkat ke sana sini. Mak masih lagi rajin memasak. Bila aku sibuk mengemas di luar, bila masuk semula mak akan kata, " Kau nak makan, makanlah dik. Mak dah masak.". Bagi mak, memasak untuk anak-anak adalah kegemarannya. Walaupun hanya untuk saya seorang! Sebenarnya saya tak harapkan emak memasak dalam keadaannya yang begitu. Memasak sambil duduk di kerusi. Tapi mak komplen penat kalau takde buat apa. Kadang-kadang bila saya leka dgn kerja-kerja saya, rupa-rupanya mak sempat mencangkul lubang sambil duduk di kerusi yg memang sudah saya sediakan di beranda untuk mak bersantai. Bila saya turun, mak kata, "Dik, tolong alihkan anak lada tu. Mak dah siapkan lubang." "Lahaiii...bila pula mak sempat buat lubang?" Makhanya tersengih. "Mak...mak...sempat lagi tu." "Duduk je takpe. Nak jalan pindah-pindahkan pokok tu mak tak larat." Saya pun segera memindahkan anak-anak pokok lada u ke lubang yg dah mak sediakan.

Pernah sekali tu agaknya mak rasa kuat sikit badan dia. Bila saya tengok dia bertatih-tatih dengan tongkatnya lalu membuka pintu, saya segera bertanya. "Haaa...mak nak gi mano lak tu?"
"Takkan nak duduk yo tak buek apo. Ponek!" Erkkkk! Mak marah saya? Huhuhu. Saya senyum sendiri. Pastu saya sms abg, saja nak bergurau dgnnya. Bunyi sms saya 'Mak, mak marah adik. Mak marah bila adik tegur dia nak kuar."
Pastu abg balas sama saya "Kikihkihkih. Kono marah kau dik?Padan muko!' Hahahaha. Kami bkn mempersendakan mak. Tapi mak adalah umpama 'baby' kesayangan kami. Saya berkongsi segalanya tentang mak dgn abg :)

Saya tak pasti apakah masakan hasil air tangan emak yang terakhir yg saya nikmati. Sebab rasanya dah beberapa bulan mak tak masak bila sakitnya berpanjangan. Kalau tak silap saya goreng ikan masak kicap. Masakan mak sentiasa sedap walau seringkas manapun masakannya.

Beberapa bulan sebelum emak pergi, mak dah mula tak lalu makan. Katanya tekaknya sempit, tak boleh telan makanan. Lalu saya masakkan bubur untuk mak. Pada mulanya saya masakkan sup sayur, sup ikan dan segala mcm sup untuk mak, tapi kemudian mak hanya meminta bubur nasi saja yg dicampur dgn ikan goreng dan kicap.

Abg membelikan mak macam-macam suplement untuk membantu kesihatan mak. Mak makin uzur dan lemah namun masih menolak untuk memakai pampers. Masih menguatkan diri sambil dipimpin untuk membuang air dan membersihkan diri. Emak juga tidak mahu dimandikan. Tak puas katanya. Lalu saya letakkan kerusi di bilik mandi. Meletakkan sabun, syampoo, berus gigi dan ubat gigi di satu tempat yg mudah dicapai. Tiap kali setelah saya menghantar emak ke bilik mandi atau tandas, saya akn berpesan, 'Dah selesai panggil adik tau mak, mak jangan jalan sendiri." Lalu saya pun menunggu sehingga emak memanggil. "Dik, mak dah sudah."

Begitulah rutin saya setiap hari. Saya jarang tidur lena waktu malam sbb saya tau mak perlu minum susu tepung hampir 2 jam sekali sebab perutnya kosong tak lalu makan. Saya tahu mak tak akan mengejutkan saya bila melihat saya tidur lena. Setiap kali terjaga saya akan bertanya. "minum ya mak?" Mak senyum dan mengangguk.

Bila mak sudah mula kerap kencing, saya memujuk emak supaya memakai lampin pakai buang.
Saya katakan pada mak...mak tak sihat. Nanti kalau mak asyik tidur bangun nanti mak sakit kepala.
Kalau mak pakai lampin pakai buang ni, mak tak payah susah-susah bangun. Bila dan penuh, adik tukarkan lampi mak. Saya memujuk mak dengan lembut dan akhirnya emak akur. Tapi mak nak pakai waktu malam aja. Waktu sian dia takmo pakai. Tak selesa katanya. Susah nak ambil wuduk etc. Dalam keadaan uzur begitu mak masih tak lupakan solatnya.

Pernah suatu hari saya terlajak tidur hingga hampir sepuluh pagi, saya kelam kabut sebab mak belum minum lagi. Bila sedar saya terus mendongak ke katil. Saya lihat emak sedang memerhatikan saya. Dia senyum. Saya yakin emak telah memerhatikan saya lama sebelum saya tersedar. Sejak emak tak sihat, saya bentang tilam kat lantai, tidur di bilik mak. Saya paling bimbang kalau lambat bagi mak minum atau makan, kalau terlajak tidur hingga lampin mak penuh dan melimpah. Saya tak mahu mak tak selesa.

"Makkk...kenapa mak tak kejutkan adik?"

"Mak tengok kau tidur sedap sangat, sian mak. Tak sampai hati nak kejut."

Mak... saya tau mak dah lapar sbb selalunya pukul 8 saya dah buatkan air n sarapan untuk mak. Saya rasa bersalah sangat!

Tiap hari atau 2 hari sekali saya akan tukarkan cadar, selimut dan sarung bantal mak. Saya akan semburkan dengan febreez tilam bantal dan cadar mak. Saya nak bilik mak berbau segar. Saya nak mak selesa. Tak nak mak tidur di tilam hancing. Bahkan saya berpakat dengan si abang untuk mengecat bilik mak. Dahlah mak dah jarang kuar bilik, jadi biarlah bilik mak nampak cerah dan ceria. Aku beli cat warna aqua dengan krim. Padanan dua warna tu nampak cantik. Bila abg pergi kerja, aku akan sambung mengecat. Hinggalah aku berjaya menyudahkannya bebrapa hari kemudian ketika hampir maghrib. Bila saya tanya mak, " Cantik tak mak? Mak suka tak kaler ni?" Mak menjawab dengan wajah berseri, "Warna ni la yg mak suka." Kembangnya hati saya tak terkira.Itulah yang saya rasakan tiap kali bila dapat membuat emak gembira.

Setiap malam setelah selesai bagi mak makan bubur atau minum susu tepung, mengikut apa yg emak inginkan, saya akan pakaikan mak pampers, selimutkan mak, cium tangan mak, pipi mak, dahi mak dan peluk mak."Mak, mak ampunkan adik ya mak kalau masa jaga mak ni adik ada terkasar ke ngan mak, buat mak sakit ke apa ke..."

Mak akan memeluk dan mencium saya dan berkata, "Tak ada salah apap pun kau kat mak dik. Elok dah kau jaga mak. Sampai tak dapat rehat jaga mak. Sian mak kat kau ni dik."

"Mak jangan ckp mcm tu. Jaga mak tu tanggung jawab adik. Tak seberapa kalau nak bandingkan apa yg mak dah berikan kat adik. Mak tidur ya? Nanti kalau apa-apa,mak panggil adik tau?"
Saya segera memotong kata apabila terasa bibir mata saya mula basah.

Hari terakhir...

Mak sakit perut seperti selalu. Juga mengadu kepalanya pening. Saya bagi mak ubat gastrik. Juga tuamkan tuala basah kat kepala dia. Pukul 1 tghari mak bertanya, "Dah asar lom dik?" Saya jawab,
" Mak mak...baru kul 1 mak, zohor pun blom lagi." "Eh, awal lagi? Mak ingatkan dah ptg."

Mak tenang sekejap sehinggalah kemudian saya mendengar mak mengaduh. Mak kata perutnya sakit. Dia suruh rata raba perutnya. "Tengok dik, kenapa pula perut mak macam ni?"
Saya raba perut mak. Bahagian berhampiran pusat itu berombak-ombak dan berdenyut-denyut seperti degupan jantung.Saya rasa hairan. Saya dah tak tau nak ikhtiar apa. Saya surfing internet nak tau apa petuanya kalau sakit perut. Antaranya bagi mkn air kunyit dan ada beberapa lagi cara untuk mengurangkan sakit perut. Semua saya buat namun tak berkesan.

Pukul 5 ptg...

Saya suapkan mak bubur. Mak cuma makan 3 suap kemudian menggeleng. Dia mengurut lehernya sebagai tanda tekaknya tak boleh lg menerima makanan. Ketika itu saya perasan, melihat dari sisi, wajah mak nampak sudah layu. Kulit muka mak seperti sudah jatuh ke bawah semuanya. Telinga mak, hidung mak. Aku tau itu antara pertanda paling hampir. Tapi aku langsung tak terfikir yg mak akan pergi sebentar lagi.

Mak . minta saya tanggalkan barang kemasnya. Seutas rantai dan seutas gelang tangan. Saya kata, biarlah mak. Mak pakai je la. Bukan ada ganggu apapun. Lepas tu mak arahkan telunjuknya ke meja kecil tempat dia meletakkan Quran dan buku-buku agamanya. "Dalam bekas duit mak tu ada duit, dalam tin tu pun ada sikit," Aku masih juga tak mengerti lalu menjawab. "Mak usahlah risaukan semua tu. Mak rehat ajalah."

Kemudian mak menyuruh saya menelefon abg. "Hantar mak masuk hospitallah dik. Tak tahan sangat perut mak ni sakit."

Lalu saya telefon abg. Abg kata, sakit sangat agaknya mak tu dik, tu yang mak minta masuk hospital. Takpe, kejap lagi abg sampai."

Setelah menelefon abag, saya minta diri dari mak nak mandi sekejap sebab sudah hampir maghrib. "Boleh tak mak?" Mak menjawab, "pergilah mandi."

Ketika saya membuka air pancuran, ketika saya mandi, saya mendengar suara lelaki memberi salam tapi saya tak pasti berapa kali. Tapi lebih daripada sekali. Saya tutup air untuk memastikan. Senyap.Saya mula rasa tak sedap hati. Saya cepat-cepat mandi. Saya bertanya pada mak. "Tadi adik ada dengar org bagi salam. Mak dengar tak?"

"Mana ada, mak tak dengar apa-apa pun." Saya terdiam. "Perasaan kau aja tu."

Seketika kemudian abg muncul dgn kakak dan abg ipar saya. Tak lama kemudian abg yg seorang lagi muncul dengan isterinya. Bila mereka sampai, mak terus boleh duduk di tepi katil dgn kaki memijak lantai.

"Macam mana rasa badan mak, perut mak?" Akak bertanya.

"Mak rasa kurang pulak dah."

"Mak ni...kalau anak-anak dia dah balik terus sihat," saya mengusik sambil mengurut kaki mak yg mengadu sengal2. Emak tersengih. Mak tak jadi nak masuk hospital. Akak sempat membancuh susu tepung untuk mak. Mak minum sampai habis macam org sihat. Setelah itu mak dapat melelapkan mata sebentar. Dalam setengah jam camtu. Ketika itu saya mengambil kesempatan untuk berbaring dan melelapkan mata seketika.

Cuma sebentar. Belum sempat terlena, saya mendengar suara emak. Saya bangun dan turun semula. Mak mengadu sakit belakang. Saya urut belakang emak. Kemudian mak minta nak berbaring. Kami baringkan emak. Mak minta nak bangn semula sebab belakangnya sakit sangat. Beberapa minit mak tak tentu arah. Saya duduk belakang mak minta mak bersandar pada saya.
Mak kata dia nak buang air besar. Saya suruh mak buang air saya dalam pamper tu aja. "Takpe...nanti adik bersihkan." Setelah selesai buang air besar, mak minta saya tukarkan baju kedahnya.
"Tukarkan baju mak ni dik, baju mak ni dah busuk."
Saya senyum pada mak. "Manade busuk mak. Hari ni mak mandi 3 kali." Abang kata, tukarkanlah dik".

Anak-anak mak yang lelaki keluar. Tinggal saya, akak dan akak ipar membersihkan emak. Saya sempat membuka baju emak. Setelah membersihkan mak dan menukarkan pampersnya, belum pun sempat saya menyarungkan bajunya, mak dah mula nampak macam khayal. Abg-abg masuk membisikkan syahadah ke telinga mak. Kami pusingkan tubuh mak mengadap kiblat.Saya tutup badan mak dengan kain batik. Saya betul2 berada di ujung kaki mak. Abang-abang di kepala mak.

Saya melihat mata mak sudah kehilangan sinar. Kosong. Saya melihat bola mata mak menyorot ke satu arah..seperti sedang mengekori satu objek yg sedang bergerak keluar dari bilik. Seketika kemudian mata mak diam. Tubuh mak diam.

Bila aku mendengar suara abang berkata, "Dik, mak dah tak ada." Saya terpaku. Airmata saya meluncur laju. Saya tepuk-tepuk pipi saya untuk memastikan saya tidak bermimpi. "Jangan dikkk..."
Abang memeluk saya. Bukan, bukan saya menepuk pipi kerana tidak siuman dan tidak mahu menerima kenyataan. Saya cuma mahu memastikan yg saya siuman dan tidak bermimpi. Innalillah... wainna illahirojiun... pelita hati saya bagaikan padam saat itu!

Saya masih ingat ketika saya menjadi org pertama mencium dan memeluk mak setelah selesai dikapankan. Wajah mak tenang, bersih, pasrah. Saya peluk dan cium mak sambil berkata..."Selamat jalan mak..." sambil menahan airmata. Setelah semua yg terdekat memberi ciuman dan pelukan terakhir, saya peluk dan cium mak sekali lagi.
Saya ulang lagi berkata, "Selamat jalan mak...selamat jalan..." Saya usap wajah mak. Uwan yang mengkapankan mak mengusap belakang saya. "Kita pun akan mengikut dia ke sana nanti. KIta semua akan ke sana." Saya mengangguk. Kain di bahagian kepala mak dibetulkan dan diikat kemas. Wajah mak hilang dari pandangan mata. Namun wajah itu takkan pernah lenyap dari jiwa dan minda saya. Adik sayang mak....bisik saya. Dan saya tidak terkilan kerana sepanjang saya menjaga mak ketika beliau uzur, saya telah membisikkan kata-kata itu ke telinga mak berulangkali.

Mak...semoga roh mak di rahmati. Emak seorang ibu yang baik, seorang individu yang baik juga dikasihi semua. Kami anak-anak mak mendoakan agar roh mak tenang di sana.
Amin...



Nota: Perpisahan ini amat perit mak...namun saya redha. Al-Fatehah untukmu ibuku tercinta.

Khamis, September 25, 2008

Al_Fatehah lagi....

Pagi tadi setelah sesesai solat subuh, satu pengumuman tentang berita kematian kedengaran dari corong speaker masjid. Saya mendengar dgn kusyuk untuk tidak terlepas nama yang akan disebutkan. Siapakah lagi yang Allah jemput pada pagi Ramadan yg mulia ini?

Innalillah wainna ilaihi rojiuun...

Ternyata yang meinggal adalah jiran sekampung yang juga ada bau-bau bacang dgn suami sepupu saya. Arwah juga adalah kawan sepermainan arwah emak saya (seperti yg pernah arwah ceritakan suatu ketika dulu). Arwah memang dah lama sakit. Sudah bertahun-tahun. Dia duduk di rumah anak-anaknya bergilir-gilir. Suaminya juga sudah uzur. Semoga Allahyarhamah Ijah Pajeh di tempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang diampuni dan diselamatkan juga adanya. Amin...



Nota: Detik yang paling pilu ialah tiap kali ketika melangkah meninggalkan tanah perkuburan setelah selesai talkin dan doa dibaca. Saya membayangkan diri saya yg terlantar sendirian di perut bumi...dalam gelap...dalam sunyi...Ya Allah ampunilah kami...ampunilah hambaMu ini...

Ahad, September 21, 2008

Al_Fatehah...

Selepas sahur saya menerima sms daripada anak lelaki saya mengatakan ayah mertuanya meninggal dunia. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun. Al_Fatehah. Esok pula genap 2 tahun permergian arwah ibuku. Al_Fatehah juga untuk ibu yang amat saya kasihi. Dari Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali. Pada 11/10/08 nanti genap 21 tahun pemergian arwah ayah dan 11 tahun permergian anak saudara tersayang Epit.Al-Fatehah. Perpisahan yang amat perit sepanjang hidup saya. Namun kematian adalah hakikat hidup. Kita takkan mampu melupakan mereka. Kerinduan usah dikata. Namun kita akan belajar redho.



Nota: Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan hamba-hambaMu yang Engkau ampuni dan Engkau selamatkan Wahai Allah Yang Maha Pengampun.

Al_Fatehah...

Selepas sahur saya menerima sms daripada anak lelaki saya mengatakan ayah mertuanya meninngal dunia.

Rabu, September 17, 2008

Haaa? Sungguh berani! Nak kena cili???


Sepanjang kehidupan saya telah bertemu dan berjumpa dengan banyak manusia dan saya dapat mempelajari banyak perkara tentang sikap dan sifat mereka. Kdg-kdg kita rasa kita telah terlalu mengenali seseorang itu setelah lama bergaul dengannya.Sehinggalah pada suatu ketika anda dikejutkan dengan satu keadaan yang tidak diduga. Ketika itu barulah kita sedar sikap sebenar yg tersembunyi disebalik kelembutan seseorg individu.
Saya tidak bercakap ttg semua tetapi ttg individu yg saya kenali. Selama ini saya sering membela dia apabila ada kata-kata sumbang ttg dia tedengar di telinga saya. Saya cuba menjernihkan tanggapan-tanggap negatif tersebut kerana tidak mahu kami sesama sendiri berburuk sangka. Walaupun ada sikap dan sifat dalam diri individu tersebut kurang sayasenangi, namun saya sentiasa bertanggapan positif dgn mengatakan pada diri saya sendiri bahawa begitulah sifat manusia. Setiap manusia ada kelemahan dan kelemahan dan tentunya tidak pantas jika kita mengadili dan menghukum dgn neraca kaca mata dan rasa tidak senang hati kita sendiri. Saya juga ada kelemahan dan sifat buruk saya sendiri.

Sehinggalah terjadi satu peristiwa yg betul-betul membuat hati dan jiwa saya tersentak dgn kata-katanya yg amat pedih penuh hukuman dan hinaan bkn saja pada saya tapi juga kepada seorg individu yg amat saya kasihi. Perkataannya amat buruk sekali. Setelah berbelas tahun saya mengenali dia, baru sekarang saya tahu sikap dan sifat dia yang sebenar. Dia benar-benar telah berjaya mempamirkan 'wajah' dirinya yang sebenar. Saya tidak berdendam dan tidak juga mahu menghukum dia namun hati saya udah terluka. Selepas ini hubungan kami tentunya tidak akan sama seperti sebelumnya.Tidak sama sekali!

Lalu seketika tadi saya teringat semula peristiwa tersebut dan membuat saya berfikir. Betapa bijak dan seronoknya apabila mengatakan tentang kelemahan orang lain. Betapa lancarnya lidah apabila membicarakan tentang kesabaran dan ketabahan orang lain. Betapa sedapnya menuturkan segala kisah yg kononnya tidak akan dibiarkan berlaku dalam hidupnya sendiri. Namun apabila ianya berlaku kepada diri sendiri... dia tidak berfikir untuk bermuhasabah diri. Lalu menuding jari menuduh tanpa asas tanpa bertanya kesahihan di mana segala sangkaan tersasar jauh dariada tudingan. Sungguh! Betapa manusia itu apabila marah adakalanya dia akan serta-merta menukar dirinya menjadi haiwan malahan syaitan.Betapa kemarahan tanpa kawalan yg digaul dgn prasangka dan kebencian mampu menjadikan manusia bersikap seperti orang gila.

Sakit hati saya. Memang sakit. Amat sakit. Tapi saya rasa orang itu sudah beransur waras. Apabila sesekali bertemu dia akan bereaksi seperti orang salah yg malu sendiri. Apabila kami berbual aku tidak takut untuk memandang matanya. Aku tidak benci dia tapi aku kasihan. Dalam pertemuan terkini kami enam hari yg lalu, dia tak berani memandang wajah aku ketika bersalaman. Tangannya dihulurkan padaku tapi wajahnya memandang ke lain. Aku sambut tangannya dengan ikhlas. Seperti yang aku katakan, aku tidak berdendam. Namun aku akan ingat segala ayat 'saktinya' kepadaku. Aku maafkan dia. Namun segalanya tidak akan sama seperti dahulu. Tidak akan!



Nota: Terima kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan setitis sifat kesabaran dan pemaafMu kepadaku.

Selasa, September 16, 2008

PadaMu jua...

<

Habis kikis
segala cintaku hilang terbang
pulang kembali aku padamu
seperti dahulu

Kaulah kandil kemerlap
pelita jendela di malam gelap
melambai pulang perlahan
sabar, setia selalu.

Satu kekasihku
aku manusia
rindu rasa
rindu rupa.

Di mana engkau
rupa tiada
suara sayup
hanya kata merangkai hati

Engkau cemburu
engkau ganas
mangsa aku dalam cakarmu
bertukar tangkap dengan lepas

Nanar aku, gila sasar
sayang berulang padamu jua
engkau pelik menarik ingin
serupa dara di balik tirai

Kasihmu sunyi
menunggu seorang diri
lalu waktu - bukan giliranku
mati hari - bukan kawanku...

Amir Hamzah

Arghhh! Betapa aku rindu untuk mendengar puisi Almarhum Amir Hamzah ini yang dilagukan dengan lunak oleh penyanyi puisi Ahmad Ramli. Sejak cassete player aku rosak beberapa tahun yg lalu (dan tiada inisiatif utk membaikinya)...aku tidak lagi mendengar lagu itu malah aku langsung tidak pernah mendengar ianya ke udara dari corong-corong radio yg ada berpuluh-puluh di negara ini. Aku kesal lagu puisi sering saja terpinggir walhal lagu-lagu puisi itu rata-rata jika benar-benar dihayati bait dan melodinya...ia adalah amat indah sekali.

Aku masih ingat, ketika Ajib masih kecil aku selalu menyanyikan lagu ini sambil menghenjutkan buaiannya ketika menidurkannya. Rasanya merdulah juga nyanyianku yg mampu melelapkan dia setelah menyanyikan beberapa lagu bersilih ganti :p

Dulu ketika di bangku sekolah aku amat meminati lagu-lagu puisi. Aku beli setiap album lagu puisi yg berada di pasaran. Antaranya yg aku masih ingat, kumpulan Crescendos diterajui Zalikamari. Salah satu lagu yg masih aku ingat ialah 'Di hari yg diam ini'. Zubir Ali bersama kumpulan harmoni dengan lagu 'Penant ian'. Sohaimi Meor Hassan dgn Epilog Cinta dari Bromley,Ras Adiba Radhi juga Ahmad Ramli. M. Nasir bersama kembara dan pastinya raja lagu-lagu puisi Ebeit G. Ade. Namun kaset-kaset mereka banyak yang hilang dalam simpanan gara-gara saudara mara yg meminjam kemudian tak reti nak memulangkan. Seballll!

Aku membesar bersama lagu-lagu puisi. Setiap satunya mempunyai kenangan yang mengiringi rentetan perjalanan kehidupanku sehingga kini.



Nota: Bait-bait Amir Hamzah...Sunyi itu duka..Sunyi itu kudus..Sunyi itu lupa..Sunyi itu lampus...
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~