-->

Rabu, November 14, 2012

Doa Awal Muharram


Amalan membaca ‘Doa Awal Muharam’ ini, biasanya dilakukan oleh para solihin pada setiap hari sepanjang 10 hari pertama bulan Muharram(Hari Asyura).

Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah dibaca doa ini sebanyak tiga kali pada setiap hari selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu.”

Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.

"Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Semoga Allah limpahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah, Dikaulah Tuhan Yang Kekal Abadi, Yang Maha Qadim (sedia ada) lagi Maha Memulakan. Demi KelebihanMu yang amat banyak dan KemurahanMu yang melimpah-ruah, kini telah datang tahun baru yang muncul dihadapanku.

Daku memohon pemeliharaanMu disepanjang tahun baru ini  ini daripada tipu daya syaitan yang direjam, para pembantu dan bala tenteranya. Daku memohon pertolonganMu mengalahkan hawa nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan, dan daku juga memohon pertolonganMu dalam usaha mendekatkan diriku kepadaMu. 

Wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan! Wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Selawat Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, Nabi yang 'ummi' dan ke atas ahli keluarga serta para sahabatnya kesejahteraan. Dengan RahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Perkenankanlah!"

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Sesiapa yang membaca doa ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun mendatang. Insyaallah!


Doa Akhir Tahun


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

"Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Semoga Allah limpahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah! Apa yang telah daku lakukan dalam tahun ini  daripada perkara-perkara yang Dikau larang daku melakukannya dan daku belum bertaubat daripadanya; sedangkan  Dikau tidak meredhai dan tidak melupakannya, malah Dikau berlembut dan tidak menghukum aku, serta Dikau memberi peluang pula kepadaku bertaubat selepas daku melakukan perbuatan salah itu.

Maka sesungguhnya daku mohon keampunanMu dan ampunilah daku! Dan apa yang telah daku lakukan sepanjang tahun ini yang Dikau redhai dan janjikan ganjaran pahala ke atasnya, maka daku memohonnya daripadaMu.

Ya Allah,Yang Maha Pemurah,Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan;Terimalah permohonanku ini dan janganlah Dikau hampakan harapanku terhadapMu, wahai Yang Maha Pemurah.

Selawat dan salam Ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat Baginda; Dengan RahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Perkenankanlah!"

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.” 


KuHijrahkan Doa...


Telemovie Istimewa Maal Hijrah @ Tv9! (15/11/2012 - 10.30 pagi) KuHijrahkan Doa (Awal Muharram 1434H)

Saya menulis penamat skrip ini dengan linangan airmata. Maaf saya tidak berniat untuk memaksa anda menangis bersama. Saya cuma ingin berkongsi perasaan kasih sayang yang mulus  di dalam karya ini.


.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~