-->

Khamis, Mac 31, 2011

Siapakah Memberi Khabar?

Saya letih sebenarnya. Banyak benar tugasan. Tapi rasa macam tak seronok bila blog bersawang. Jadi saya berkongsi dengan anda satu puisi indah karya seniman Latiff Mohideen. Lagu ini dinyanyikan oleh Allahyarham Zubir Ali bersama kumpulan Harmoni. Nak dengar downloadlah di sini:
Download



Siapakah Memberi Khabar

siapakah memberi khabar
fajar akan menjelma
pabila malam dipancung
oleh ketakutan

siapakah memberi khabar
bunga akan tumbuh
pabila alam dibakar hangus
oleh kesangsian

siapakah memberi khabar
cinta akan timbul
pabila dada ditenggelamkan
oleh kepalsuan

Karya: Latiff Mohideen
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~