-->

Rabu, April 20, 2011

Perjalanan...

Adakalanya kesakitan itu tidak nampak di mata...
tidak terdengar oleh telinga...
tidak terteka dengan kata-kata...
namun ia mencengkam ke dasar sukma...
yang pegun diam menusuk bisa...

Aku mendengar jeritannya bergema menggetari kalbuku...
aku terngiang desah perihnya berlaungan di  mindaku

"Mama...saya sayang mama
terima kasih kerana sudi menjadi 'ibu' kepada anak yatim piatu ini
terima kasih kerana sentiasa sudi mendengar
terima kasih menegur saya untuk terus menjadi budiman
terima kasih kerana telah menghaluskan jiwa saya
terima kasih kerana selalu memaksa saya menggunakan bahasa yang baik dan betul ketika berbicara
terima kasih kerana mengajar saya menjadi penyair yang terluka ;)
Saya sayang mama hingga ke akhir hayat saya"

Anakku Al...
semoga kamu mampu dan kuat untuk terus bertahan...
tapi jika waktumu telah sampai, mama redha...
bawalah jiwa dan ragamu berdamai...
ingatlah setiap derita adalah anugerah Allah...
meskipun di sini tidak bahagia, barangkali di'sana' telah tersedia singgahsana
tenang dan ikhlaskan diri untuk sebarang kemungkinan takdir yang akan diberi
jangan sekali-kali...jangan sekali-kali anakku, 
jangan sekali-kali kamu lepaskan kalimah 
Laillahaillah muhammadarasulullah dari bibirmu...
genggam erat kalimah itu dan jangan sekali-kali gentar dikalbumu...
mama di sini hanya mampu berdoa dan pasrah...
Sesungguhnya mama juga amat menyayangi kamu anakku...

Catatan: Beberapa minggu ini hati terasa begitu suram, hening dan diam...
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~