-->

Rabu, Jun 18, 2008

Artis dan Botox


Isu botox ini bukan isu baru. Dan aku tidak pula mahu membincangkan tentang hukum hakamnya kerana hukumnya sudah jelas lagi nyata. Aku cuma ingin menukar rungutanku ke dalam bentuk tulisan kerana selalunya aku menonton tv sorang-sorang lalu merungut sendirian apabila melihat wajah kebanyakan pelakonnya yg kian banyak berubah. Bukan perubahan kerana usia tetapi perubahan pada letak dan bentuk. Kegebuan wajah yang nampak begitu anih dan tidak kena.

Aku ada beberapa nama yang aku hormati bakat lakonannya. Tanpa menyebutkan nama, terus terang aku kagumi kejelitaan anugerah Allah kepada mereka. Tampak anggun, ayu sesuai jika digelar perempuan Melayu terakhir. Tapi sejak beberapa menjak ni aku seperti tak berminat melihat lakonannya walau sebagus mana pun drama atau filem yang 'dia' atau 'mereka' bintangi. Sebab? Aku tidak lagi melihat seorang 'manusia bernama si polan si polan yg berlakon, sebaliknya aku hanya melihat wajah-wajah 'baby doll' yang bersepah dijual dikedai! Yang aku nampak cumalah baby doll yg pandai berkata-kata.

Wajah-wajah itu sudah hilang keaslian. Nampak sangat seperti dibuat-buat. Dagu panjang, pipi montel, gebu di sana -sini bagaikan ada belon yg ditiupkan pada wajah atau di tempat-tempat tertentu tubuh mereka. Itu tidak termasuk dengan pelbagai warna rambut yg tidak lagi menampakkan ciri-ciri 'kemelayuan'. Dan aku melihat diri mereka bukan diri mereka lagi! Mereka bagaikan orang seni yang telah kehilangan identiti. Apa yang aku nampak bukan 'kecantikan' seperti yg mereka inginkan. Apa yg terlihat hanyalah 'kepalsuan'. Dan kebanyakan 'wajah-wajah' botox itu berubah-ubah. Hari ni nampak muka ni macam tu, esok nampak macam ni. Seperti ada yang penyek ada yg kemek dan janggal di sana sini. Aku tidak nampak kehebatan yang disumbangkan oleh menatang yg bernama botox itu untuk mencantikkan wajah. Aku lebih mengagumi wajah asli mereka dahulu. Betapa tidak? Ciptaan Allahlah yg paling sempurna! Sejujurnya...aku merindui wajah-wajah asli artis kita!
Botox haram



Majlis Fatwa benarkan suntikan hanya untuk kegunaan perubatan dalam keadaan darurat

KOTA KINABALU: Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan, suntikan botox untuk tujuan kosmetik adalah haram kerana mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.

Bagaimanapun, suntikan itu dibenarkan untuk tujuan perubatan dengan syarat penggunaannya dikategori sebagai dalam keadaan darurat dan berdasarkan keperluan serta dilakukan oleh pakar bertauliah.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Abdul Shukor Husin, berkata ketetapan itu diambil selepas pihaknya meneliti laporan kajian pakar tempatan dan luar negara termasuk dari Asia Barat.

Beliau berkata, kajian mendapati botox atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudarat.

�Suntikan botox juga boleh memberi kesan sampingan yang memudaratkan dari aspek fizikal serta dalaman dan ini diakui sendiri ahli pakar.

�Berdasarkan semua pandangan dan pertimbangan kita, muzakarah memutuskan suntikan botox haram digunakan,� katanya pada sidang media selepas muzakarah itu di sini semalam.

Baru-baru ini, dua pensyarah syariah Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Nasran Mohamad dan Ahmad Dahlan Salleh, menyifatkan kaedah rawatan menegangkan kulit muka menggunakan suntikan botox sebagai satu penipuan serta mengubah kejadian Allah.

Dalam kertas kerja bertajuk �Pembedahan Kosmetik Menurut Perspektif Islam�, mereka menegaskan suntikan botox haram kerana tidak mematuhi peraturan am dalam proses menjaga dan mencantikkan wajah yang dibenarkan Islam.

Kertas kerja itu dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Produk Halal 2006 anjuran Sekretariat Falsafah, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 13 Julai lalu.

Prof Abdul Shukor berkata, muzakarah itu turut memutuskan bahawa wanita boleh dilantik menjadi hakim syarie dengan syarat memiliki kebolehan, kewibawaan, kelayakan dan pengalaman diperlukan.

Bagaimanapun, katanya, hakim syarie wanita tidak boleh mengadili kes hudud dan qisas.

�Kita melihat kepada aspek keperluan dan kebolehan mereka tetapi pelantikan mereka mesti dilakukan secara teratur dan menjalani proses ketat seperti pelantikan hakim syarie lelaki kerana bukan semua orang layak menjadi hakim syarie.

�Soal sama ada mereka (wanita) akan dilantik menjadi hakim syarie selepas itu atau sebaliknya bergantung kepada negeri kerana itu bidang kuasa mereka. Kita hanya memberi pandangan,� katanya.

Beliau berkata, muzakarah turut menetapkan aliran pemikiran Islam liberal sebagai fahaman menyeleweng dan tidak berasaskan kebenaran dari sudut syariat Islam.

�Pandangan Islam liberal didapati boleh membawa kepada kerosakan akidah, termasuk fahaman bahawa semua agama adalah sama manakala akal adalah asas yang menentukan semua perkara.

�Aliran Islam liberal ini turut meragui ketulenan al-Quran dan kedudukan Nabi Muhammad, justeru kita tidak boleh menerimanya,� katanya.

INFO

1.

Botox Ejen saraf yang digunakan dalam bidang kecantikan untuk rawatan kedutan dengan melumpuhkan otot wajah.
2.

Kos RM1,500 setiap suntikan.
3.

Sumber Boleh didapati di pusat perubatan dan rawatan kecantikan.
4.

Kegunaan perubatan Antara kaedah rawat masalah otot akibat cerebral palsy.

Sumber dari Utusan (28/07/2006)

Ajib...Miss U So Much Dear!


Aku sayang budak ni! Sayang sangat. Amat sayang...terlalu sayang. Dia umpama anak bongsu yang menjadi pelita hatiku. Katalah aku pilih kasih, aku tidak peduli! Dia adalah salah seorang daripada beberapa insan yang paling aku kasihi. Aku sanggup apa saja demi dia!

Dia mengajar aku menjadi seorang yang lebih pengasih. Dia begitu istimewa di hatiku. Ketika dia dalam kandungan ibunya, abangnya jatuh sakit. Ketika itu abangnya baru saja berusia lapan bulan dan disahkan mengidap leukimia. Dia pula sudah hampir lima bulan bermastautin di dalam perut ibunya. Aku masih ingat ayat yang aku lontarkan pada kakak iparku. "Kak, bila akak dah bersalin nanti; dah habis pantang, biarlah adik jaga baby tu. Sian akak kena ulang-alik ke hospital. Sian gak kat nenek. Nak jaga budak-budak kat rumah lagi, nak jaga baby lagi. Adik tolong jaga aja. Nanti bebila akak nak ambil dia, ambillah. Adik bukan nak 'punya'kan dia."

Beberapa bulan kemudian Ajib lahir kemudian sehabis cuti bersalin ibunya, aku mula menjadi pengasuhnya. Aku masih ingat lagi betapa comelnya dia. Walaupun sudah sebelas tahun berlalu, aku masih mampu mengingati betapa manis dan lembut wajah ketika dia masih bayi.

Dia begitu comel sekali. Dia sering saja menumbuk mukanya sendiri bertalu-talu. Tak tau mengapa dia begitu. Aku bimbang kalau-kalau dia sakit dgn tumbukan lembutnya itu lalu aku masukkan kedua belah tangannya ke dalam seluar. Hehehe...kiut betul dia! Setiap malam bila aku terjaga, aku akan peluk dia...cium-cium lembut pipinya, sengaja meletakkan hidungku di mulutnya utk mencium bau nafasnya yang harum. Aku akan duduk merenung wajah syurga itu yg sedang lena dengan penuh rasa tenang. Bila menatapnya begitu, kasih sayangku terasa begitu kudus untuknya dan rasa penat menjaganya langsung tidak terasa.

Aku menjaganya seperti anak sendiri. Aku belikan pampersnya, susunya dan apa saja keperluannya tanpa mengharapkan pemberian abang dan kakak iparku. Dia bagaikan kebahagian baru yang muncul dalam hidupku. Sesekali abang dan kakak iparku akan datang mengambilnya utk tinggal bersama selama beberapa minggu. Tidak ada masaalah bagi aku meskipun dua tiga hari aja saja aku sudah rindu. Aku sentiasa mengingatkan diriku, dia hak ibu-bapanya...bukan hak aku.

Hari dan tahun berlalu...Ajib membesar sihat di depan mataku. Dia memang anak yang baik dan tidak banyak kerenah. Sepanjang menjaganya kebetulan rezkiku murah. Kasih-sayang antara kami kian bertambah.

Terlalu banyak kenangan indah yang Ajib tinggalkan. Dia anak yang patuh, rajin dan jarang membantah. Ibuku amat menyayanginya. Apa saja suruhan uwannya...laju aja dilaksanakan.

"Ajib...tolong isi botol air uwan ni jap yang..."

"Jibbb...tolong ambikkan cermin mata uwan lam bilik"

"Ajib...tolong ambikkan tuala uwan."

"Jib...tolong ambikkan selipar uwan kat depan."

Ajib itu Ajib ini...dan Ajib laju aja bangun tak kira walau apapun yg sedang dibuat ketika itu. Ajibbb....Jibbbb... terngiang-ngiang suara arwah ibuku berlagu lembut memanggilnya.

Bila aku mengemas atau memasak, bila dia melihat bakul sampah sudah penuh; tanpa disuruh dia akan mengikat plastik sampah tersebut beserta dengan kata-kata, "Maksu takyah buang sampah tu tau. Nanti Ajib buangkan. Ajib nak tgk citer kartun ni jap."

Bayangkanlah betapa bahagia dan sejuknya hatiku apabila kanak-kanak berusia lima tahun penuh murni menawarkan budinya begitu.

Ada satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan. Suatu hari aku dah lupa kenapa tp mmg hari itu dia agak nakal melakukan sesuatu yang melampau lalu aku memarahinya sambil melepuk montotnya. Dia menangis teresak-esak dan aku buat tak tau. Tidak juga memujuk. Cuma seketika kemudian aku dengar ibuku memujuknya. "Itulah...Ajib nakal sangat, kan maksu dah marah...blablabla"

Pada sebelah malamnya, aku dekati dia yang masih monyok. Aku bertanya, "Sakit ke maksu lepuk (pukul) Ajib siang tadi?"

"Tak sakit..." jawabnya lembut.

"Habis tu nape Ajib nangis?"

"Sebab maksu jerit..."

Aku terkedu. Sekaligus hiba bertamu. Bukan pukulanku yg memuatkan dia sedih tetapi jeritan aku. Aku pasti mesti aku jerit lebih kurang begini. "Berapa kali maksu dah cakap? nape degil sangat? Blablablabla..."

Demi Allah aku menyesal! Menyesal kerana tidak memberi teladan yang baik. Padahal aku selalu mengingatkan dia... cakap elok-elok...jangan jerit-jerit, tak baik. Dia ingat segala pesanan aku...aku sediri yang mecabuli didikanku sendiri. Sejak itu aku serik dan tak pernah lagi menjerit padanya. Itulah kali pertama dan terakhir.

Aku tak boleh lupa akan belaiannya. Dia memulangkan kembali setiap kasih sayang yg aku berikan. Terutamanya ketika malam. Ketika hendak tidur. Dia akan mememeluk dan membelai-belai rambutku ketika melayan matanya sebelum terlelap. Dia akan memeluk dan mencium-cium lenganku, kadang-kadang menepuk-nepuk bahuku, mengucup tanganku penuh kasih-sayang. Amat bahagia apabila anak sekecil itu memperlakukan aku begitu.

Lima tahun berlalu. Hari terasa terlalu singkat. Sudah tiba masanya Ajib harus ke tadika. Sebenarnya dia lebih suka tinggal dan bersekolah di sini. Tapi aku tak mahu. Dia ramai adik beradik. Aku tak mahu dia menjadi seorang yang mementingkan sendiri. Dia memang manja denganku dan aku tak mahu kemanjaan itu akan merosakkan dirinya kelak. Lagipun aku tak mahu memisahkan kasih-sayang dan kemesraan dia dengan keluarganya.

Aku masih ingat...pakaiannya sudah siap aku kemaskan. Sebelum itu aku dah ibu sudah lama memujuknya dan nampaknya dia faham dan tidak membantah. Namun pada saat akhir ketika saat akan berangkat, dia enggan bersalaman denganku. Dia lari ke tangga lalu menangis. Kakak ipar dan abangku memujuknya. Dia terus lari ke belakang rumah. Abg dan kakak iparku mati akal. Abangku lebih lagi tak sampai hati. Dia berkata pada isterinya "Ma, tahun depan ajalah kita sekolahkan dia. Bagilah dia masa setahun lagi." Kakak iparku nampak agak keberatan tetapi akur. Dia memanggil Ajib untuk mencium dan mengucapkan selamat tinggal. Tapi Ajib tetap tak mahu munculkan diri hatta melambai meskipun aku pujuk. Setelah kereta papanyaberlalu, barulah Ajib munculkan diri. Masih basah bekas airmata di pipinya. Aku memeluknya dan mengajak dia naik ke rumah. Aku dan ibu berpandangan. Dalam hati, bukan Ajib saja malah aku dan ibu juga lega. Malamnya Ajib kembali ceria.

Sayangnya, setahun bukanlah tempoh yang lama.Sudah sampai masanya Ajib harus ke tadika. Kali ini dia memang tidak ada sebarang pilihan. Sudah enam tahun. Panggilan tadika mesti disambut.

Peristiwa setahun lalu berulang. Namun kali ini tidak ada lagi peluang dan tolak ansur. Dia harus pergi tinggal bersama keluarganya.

Pujuk secara baik tak jalan. Segala bahasa indah sudah tak berguna. Sehingga kaka iparku terpaksa mengugutnya..."Kalau Ajib tak nak ikut mama balik, lain kali mama tak kasi Ajib balik rumah uwan lagi!

Masih jelas macam mana kakak iparku menarik Ajib masuk ke kereta dengan deraian airmata. Ajib mengeraskan tubuhnya, berdegil tidak mahu mengikut. Aku tak sanggup melihatnya. Dalam marahnya, airmata kakak iparku berderaian. Dia tahu betapa kasihnya Ajib pada kami, betapa Ajib tak sanggup berpisah dengan kami. Jauh disudut mata dan hatinya sendiri tak sanggup memisahkan kami.

Ketika itu airmata aku, ibuku, kakak iparku...airmata Ajib cukup menggambarkan perasaan kami masing-masing. Aku cuba tahankan diri daripada menangis, tapi aku tak boleh. Aku cukup sedih.

Aku cuba pujuk Ajib dengan janji-janji manis bersalut madu. Bila cuti Ajib leh balik sini...kita leh gi berkelah blablabla...ntah ayat apa lagi aku gulakan dia aku pun tak tau. Akhirnya dengan pipi yang basah dengan airmata, Ajib akur. Ibu menyuruh aku meludah sedikit belakang Ajib supaya dia tak merana merindui aku. Petua tu...ludah belakang supaya dia tak rindu ;-) Aku angkat bajunya lalu ludah skit belakang dia. Kemudian aku peluk dia menuju ke toyota unser papanya. Bila dia dah duduk, aku pegang tangannya. Waktu itu aku terigat sesuatu.

Aku masuk ke rumah mengambil sehelai kain batik basahanku. Aku berikan kain itu padanya dengan pesanan. "Kalau Ajib rindu maksu, Ajib cium kain ni ya nak ya? Buat selimut ke..." Dia cepat-cepat menyambar kain tersebut lalu memeluknya. Waktu itu airmata kami sama-sama laju. Aku hampir tak mampu berkata-kata. Kami sama-sama mengesat airmata untuk entah kali yg ke berapa.

Ketika papanya menghidupkan engin kereta...ntah berapa kali sudah kami berpelukan dan saling berciuman. Akhirnya aku segera tutu pintu kereta. Sudah tiba masanya untuk aku melepaskan dia. Aku tahan airmata. Aku cuba kuatkan hati dan semangat yg sememangnya tak kuat pun detik itu. Kereta mula bergerak. Aku menutup pintu pagar sambil melambai. Kami salig melambai. Putih mata Ajib memandang aku sehinggalah tubuh kami hilang dari pandangan. Aku bungkam... sebahagian daripada diri ini rasanya telah hilang...telah pergi. Aku dan ibu berpandangan tanpa kata. Kebisuan melengkapkan seluruh gambaran perasaan.

Malam itu aku tidur bertemankan sehelai baju basahan Ajib yang ku cium-cium tak henti-henti. Aku amat rindu membelainya. Setiap hari setiap malam selama enam tahun ini aku tak pernah jemu membelainya.

Malam-malam seterusnya aku menangis dalam diam..

Kini lima tahun telah berlalu. Ajib dah darjah lima pun. Tapi setiap cuti sekolah walaupun seminggu papa dan mamanya pasti akan menghantar dia pulang ke sisiku. Itulah saat yang paling aku tunggu-tunggu.

Kakak iparku bercerita... "Memang tak sabar hantar dia balik ni. Akak cakap kat abang, Ajib ni dah expired ni pa. "

Maksud "expired" di sini ialah : Rindu Ajib dah tamat tempuh dan harus diperbaharui dengan cara menghantar dia pulang menemuiku. Ehehehehe.

"Memang seminggu dua ni serba tak kena je dia. Sikit-sikit nak mengamuk. Dah faham sangat dah dia tu. Bila dah meragam camtu mesti dah expired!"

Aduhai Ajib aduhai!

Ajib dah besar. Skrg dah pandai malu-malu hendak manja-manja macam dulu kalau ada org lain bersama kami. Kalau tidur ramai-ramai dia tak nak peluk aku walaupun mesti tidur di sebelah aku. Kami ni jenis yang suka tidur bersepah-sepah, beramai-ramai. Tak ada yang suka tidur di bilik. Eheh Tapi bila tidur berdua aja dengan aku, mesti siap peluk dan cium macam selalu... Dia tetap seperti dulu ;-)

Kelakarnya kalau nak balik, Ajib akan duduk di bahagian belakang kereta mengadap tingkap. Dia akan melambai-lambai tetapi bila nak balas flying kiss aku dia akn pandang kiri-kanan dan sorok-sorok membalas flying kiss aku ehehehe. Kasih sayang kami tetap sama macam dulu. Kain basahan aku tetap setia menemani dia, menjadi selimut mengubati rindunya. Katanya mamanya, kalau kain tu hilang atau dia cari tak jumpa...siaplah dia mengamuk-ngamuk. Hahahaha. Ajib...Ajib...

"Kalau dia tertidur awal sebab letih sekolah pagi petang, bila terjaga tengah-tengah malam tak kira pukul 1 ke pukul 2 ke... dia akn mengamuk-ngamuk mengejutkan akak, minta tolong tunjukkan nak buat kerja sekolah. Selagi tak siap tak senang hati dia. Dia memang macam tu. Kalau abang-abang dia, siap tak siap kalau dah tidur tu takkan ada bangunnya. Dia ni memang lain sikit!" Kakak iparku bercerita. Lalu aku tersenyum bangga. That's my Ajib! Ucapku dalam hati.

Ajib dah besar sekarang nak...tp kasih maksu tetap sama macam dulu...Ajib tetap anak kesayangan maksu. Ajib tetap pelita hati maksu... buah mimpi maksu... terima kasih atas kasih sayang Ajib yang tak pernah padam itu anakku... Ajib adalah sesuatu yang indah yang pernah muncul dalam hidup maksu... Terima kasih Ya Allah kerana melimpahkan kasih-sayangMu kepada kami untuk saling mengasihi.

Sayang anakku sayang


Seorang rakan menelefonku dan mengeluh tentang sikap anaknya yang langsung tidak mahu mendengar kata.

"Aku x tau nak buat apa lg Ya...aku dah cakap lembut aku dah jerit, aku dah pukul...aku dah peluk, aku dah belai. Apa aja cara aku dah cuba.Tapi hatinya betul-betul dah kering, keras! Kadang-kadang aku bertanya sendiri, betul ke dia ni anak yang aku kandung, yang aku kendong ke hulu ke hilir sampailah dia boleh bertatih dan berjalan sendiri? Betulkah dia anak yang aku tatang dengan kasih-sayang, dengan doa dan harapan semoga menjadi anak yang baik dan menurut kata? Diakah anak aku yang aku ajar sendiri mengaji sehingga mampu khatam seusianya 10 tahun. Betulkan dia anak yang aku namakan dengan nama yang baik tetapi kini tidak mencerminkan apa yang aku impikan? Diakah anak yang aku didik memulakan solat seawal dia baligh?"

Aku terkedu seketika.

"Weh Ya...kau dgr tak ni?"

Ini bukanlah rintihan pertama yang pernah aku dengar dari mulut seorang ibu. Fenomena biasa yang selalu membuat ibu-bapa sakit jiwa. Tidak kira anak ustaz ke anak pensyarah ke anak penoreh getah hatta anak penagih dadah sekalipun. Memang kdg2 aku rasa pelik sikit. Ada anak-anak yang dididik oleh orang tua mereka dgn alakadar aja, mampu menjadi anak yg baik, yang matang dan berjaya. Tetapi ada juga anak-anak yg dididik dgn ilmu agama dan peraturan sejak kecik kemudian bila sudah tamat sekolah, jauh daripada ibu-bapa, mula kenal dunia luar...berubah menjadi liar. Faktor kawan? Persekitaran? Atau jiwa masing-masing yang sebenarnya goyah? Ini buat aku berfikir. Betapa mudahnya mak dan ayah menjagaku dulu. Mungkin disegi kehidupan agak payah. Mak ayah selalu sibuk. Aku anak bongsu tp x pernah ada keistimewaan atau dilayan berlainan. Pagi mak ngan apak gi menoreh. Tghari mak balik masak, membasuh etc. Kemudian lepas asar mak dan apak akn ke sawah pula sampailah hampir ke senja. Mereka mmg x ada masa utk bertanya ttg sekolah, tentang kerja rumah aku atau apa je yang aku buat atau tak buat sepanjang hari. Lepas isyak mak akan sediakan makan malam dan kami sekeluarga akan makan bersama. Tapi masa tu aku x pernah komplen apa-apa. Makan apa aja rezeki yang ada. Tak ada tv tak ada elektrik, tak ada air paip. Serba tak ada!

"Ya! kau ada ke tak tu?"

"Ya ya ya... ada ni...."

Tengok! Aku sempat melamun.

Lalu aku katakan padanya... Jangan terlalu salahkan diri kau kerana sikap anak kau tu Ros. Aku tau kau dah jalankan tanggung-jawan kau dengan baik. Apa anak kita akan jadi... tu kira nasib-nasib juga Ros. Tak kiralah orang lain nak kata apa...kita tak pandai jaga anak ke, kita terlalu manjakan anak ke, kita terlalu garang ke... apa ke benda mak nenek ke ... hakikatnya... kau dah lakukan yg terbaik walaupun kau rasa kau belum cukup baik, x mampu berikan yg terbaik utk dia. Tapi dengarlah cakap aku ni...kau mmg dah buat yg terbaik untuk dia!

Tuhan bagi setiap manusia akal untuk berfikir.Mereka dah tengok banyak contoh apa akan terjadi pada setiap tindakan salah yang pernah dibuat oleh org2 terdahulu.Di kaca tv, radio, internet, akhbar, majalah! Tapi budak-budak skrg Ros...mmg susah dimengerti. Keinginan melampau-lampau. Kehendak melimpah-limpah...membabi buta melanggar segala duri ranjau. Redah je dgn jiwa kacau. Tak mahu ambil ikhtibar kejadian buruk yg menimpa orang lain. Mereka tetap nak lalui jalan itu kan? Jalan lurus terbentang tp mereka tetap memilih jalan berliku. Peraturan hidup tak la sesusah mana tp mereka tak suka. Mereka inginkan kebebasan...enjoy kononnya! Nah! kalau itu saja cara yg boleh buat mereka terantuk kemudian terngadah...biarkan saja!

Bila kita da bagi segala yang terbaik untuk mereka...kemudian mereka memilih jalan songsang... itu adalah pilihan. Pilihan mereka sendiri Ros. Itu dugaan bagi seorang ibu. Adakalanya kita kena lepaskan mereka untuk memilih jalan hidup supaya mereka mempelajari sendiri mana yg salah mana yg benar. Kdg2 ada manusia yg terpaksa terjunam ke dalam jurang berulang2 sebelum mereka sedar khilaf mereka. Kalau itu cara yg mampu menyedarkan mereka, biarkan saja. Bkn soal doa tidak mustajab Ros...tp itu ujian yg perlu kita dan mereka tempuhi. Meminjam kata-kata abangku " Mereka dah besar...kan dia kata dia dah besar? Kita tak berhak lg nak tentukan kehendak dia. Mahu x mahu kita terpaksa melepaskan mereka. Takkan kita nak ikat dan seret dia ke mana saja kita pergi?"

Dah sah mereka tahu jalan itu salah..dan kita dah peringatkan berulangkali..tp mereka masih nak pilih jalan yg mungkin akn memimpin mereka kpd kesengsaraan...mereka tetap nak lalui juga, lalu dengan megah berkata yg mereka akn buktikan bahawa mereka akn bahagia! Jadi apa lg yg boleh kita kata? Buktikanlah!Biarkan dia buktikan Ros. Memang sebagai ibu hati kita hancur. Kita inginkan yang terbaik untuk mereka. Tapi kalau apa yang kita anggap terbaik itu tak cukup baik buat mereka, apa lg nak dikata?

Berdoalah Ros agar dia tak jauh terbabas...agar segera sedar akan kesilapan lalu kembali ke pangkuan kasih-sayang keluarga. Jangan putus asa...mungkin segala kekhilafannya itu kelak kembali membantu dia untuk menjadi manusia yang lebih baik kemudian harinya. Aku juga mendoakan dia Ros. Anakmu bagaikan anakku juga. Aku yakin kau seorang ibu yang baik. Terimalah ini sebagai ujian Allah. Kita sama-sama bermohon agar Allah akan melunakkan hatinya ya Ros?

Jangan Dera AnakAnak Kita

Photobucket - Video and Image Hosting




Photobucket - Video and Image Hostingalt="Photobucket - Video and Image Hosting" border="0" height="363" width="231" />





Photobucket - Video and<br />Image Hosting




Segera Penderaan Kanak-kanak (Buka 24 jam)

TALIDERA - Child Abuse Helpline Tel: 1 800 88 3040

Child Abuse Hotline: 604 - 800 4030

Sekadar Suka-Suka Bukan Untuk Di Percaya...



















 


 


 


 Photobucket


 


 Photobucket


 


 


 Photobucket


 


 


 


Photobucket


 


 


 


 Photobucket


 


 


 


 Photobucket


 


 


 Photobucket


 


 


 



Cancer - Celina


 


June 21 - July 20


 


Cancer Quality:


Dreams play an important role for Cancerians and therefore expression of these is also vital often requiring psychological support in the most positive sense. The fourth phase of the journey of the Sun is experienced here, and of the young adult
evolving knowledge through emotional experiences. Cardinal-Cancer is receptive, sensitive and imaginative, sympathetic, kind, emotional and possesses an active,nuturing, mothering, humble, considerate, shrewd and intuitive mind.


 


Ruling Planet:


TheMoon-Earth's one satellite, which waxes and wanes and exerts a powerful magnetic influence. In astrology, the moon governs emotions and intuitive behavior.


 


Symbol:


The Crab-Possessing
an impenetrable exterior covering soft fleshes underneath. At the first sign of danger, it  withdrawals into it's shell and scuttles back to sea where it feels safe.


 


Dominant Keyword:


Cancer is a cardinal and negative water sign associated with the statements 'I feel', 'I protect', and 'I treasure loved ones and my home'.


 


Body Parts Ruled by Cancer:


The breast and stomach-Cancerians love to eat and have to fight overweight in later years. They are also subject to digestive ailments caused by tension and emotional stress.


 


Lucky Day:  Monday


 


Lucky Number:  2


 


Birthstone:


Alexandrite, Moonstone, Pearl  


 


Color:


is Sea green and silver -


the shimmering colors of the water and the moon. Silvery blues, cream,smoky grey, white, iridescence and most pale colours.




Flowers:


Cancer is associated with Convolulus,Heather, Holly, Water Lily, Lily, Rose,all Rushes and white flowers. Cancer is further associated with all trees rich in sap, and also the Cedar, Hazel, Linden and the Oak.


 


Metal
associated
:  Silver.


 


Danger:


Cancer people  are susceptible  to accidents in the home. They are also prone toward becoming victims of theft.


 


MostLikeable Trait:


Loyalty


.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~