-->

Selasa, Mac 03, 2009

Antara janji, ketulusan dan mengambil hati

Ketika kita senang kita takkan tahu setulus mana rakan dan handai taulan menghargai perhubungan antara kita. Masing-masing menabur janji manis bersari. Setiap daripada mereka bercakap tentang keikhlasan, tentang pengorbanan, tentang nilai persaudaraan dan persahabatan. Segalanya terlalu manis didengar. Amat mudah ditelan. Kita merasakan bahawa kita adalah manusia yg paling bertuah di dunia kerana mempunyai teman-teman dan saudara mara yg kononnya sanggup berbuat apa saja untuk kita.

Hakikatnya?

Kebanyakan mereka akan membuatkan kita berputih mata! Itulah yang telah aku alami. Janji akan menefon atau men sms semula hanya tinggal janji. Meminta bantuan bukanlah satu paksaan. Itu aku akui. Tapi kalau tak dapat membantu, bagitau awal-awal 'tak dapat!'...senang untuk kita berikhtiar dan mencari inisiatif lain. Janji akan call semula bbrp hari nnt...akan usahakan...akan hubungi semula samada dapat atau tidak, hanya ungkapan klise.

Aku tak kisah kalau orang yang diharapkan tak dapat membantu. Tapi ketika dalam kesesakan dan waktu yg benar-benar perlu, ia adalah satu pengharapan besar yg ditunggu-tunggu. Umpama orang yang hampir mati memohon nyawa, dijanjikn akan diberikan nyawa...tapi dibiarkan terlonta-lonta tercungap-cungap. Mujur ada insan lain yg muncul memberikn nyawa sebaik saja aku hampir menghembuskan nafas terakhir. Begitulah perumpamaannya.

Aku tak marah. Cuma aku sedih diperlakukan begini. Lebih-lebih lagi yg berjanji itu adalah mereka yg aku hormati keperibadiannya. Mereka yg kuanggap berhemah tinggi...yg akan menetapi janji. Hakikatnya...hampehhh! Apa salahnya bbrp hari selepas itu call semua bagitau...maaf, saya tak dapat membantu. Bukannya lari menyepikan diri seolah-olah aku ini pembawa virus berjangkit yg harus dihindari.

Tak mengapa...aku dah dapat payment...untuk mereka-mereka yg tertentu...tak perlu lari lagi. Aku telah dapat mengenali 'warna-warna' lain yg ada pada diri kalian disebalik warna-warna putih dan indah yg kalian pamirkan. Terima kasih :) lain kali tak perlulah berjanji kalau sekadar untuk mengambil hati ya?

Salam Silaturrahim...

Terlalu lama blog ini terbiar seiring dgn terbiarnya hati dan perasan penulis...Eceh! Masa terlalu pantas berlari dan aku yg semakin tua ini adakalanya rasa tidak terhambat untuk bergerak seiringan dengan waktu. Namun aku berusaha untuk menjalani kehidupan sebaik yg mampu. Walau terhambat oleh masa...terhambat oleh dosa...terhambat oleh kerja...terhambat oleh segala macam kekalutan dan dugaan...namun aku tetap bersyukur kerana aku masih mampu meneruskan kehidupan dengan tenang dan penuh redha. Terima kasih untuk kesekian kalinya Ya Allah...kerana Engkau telah menjadikan aku sebagaimana aku. Aku bersyukur dapat melepasi setiap dugaanMu dgn sabar. Terima kasih hari demi hari Engkau telah mengajar aku betapa besar erti dan nikmat kesabaran.

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~