-->

Isnin, Jun 06, 2011

Perpisahan...

Perbezaan antara perpisahan jarak dan kematian? Berpisah jarak masih boleh saling menghubungi. Saling ber emel, ber ym, saling menelefon dan bersms. Terpisah oleh kematian? Mereka akan terus hilang dari mata kita. Tidak lagi mendengar suaranya. Walau satu dunia kita cuba mencari, mustahil akan kita temui. Tiada jasad tiada bayang. Tiada emel tiada ym tiada sms. Yang ada cuma komunikasi sehala. Doa-doa kita untuk mereka. Kerinduan? Tiada apa yang dapat mengapuskan kecuali masa yang 'mungkin' mampu menyembuhkannya...

Catitan: Satu demi satu insan yang saya sayangi sudah dijemput Illahi. Saya harus melalui dan menerima dengan tabah hati sehingga tiba giliran ajal menjemput saya pergi...

Jiwa...

Tubuh mempunyai keinginan yang tidak kita ketahui. Mereka dipisahkan kerana alasan duniawi dan dipisahkan di hujung bumi. Namun jiwa tetap ada di tangan cinta… terus hidup… sampai kematian datang dan menyeret mereka kepada Tuhan...
~Khalil Gibran~

Setelah lima tahun...

Hari ini harilahir emak. Usianya 78 meskipun emak telah pergi hampir lima tahun yang lalu pada usia 73, emak tetap harum dan segar dalam kenangan dan ingatan saya. Emak yang sentiasa saya merindui kehangatan kasih-sayangnya. Semoga Allah melapangkan dan menerangi kubur emak dengan lampu syurga. semoga emak dilepaskan daripada siksaan dan fitnah kubur. Semoga emak damai dan bersemadi dengan tenang. Saya sayang mak sehingga ke akhir hayat saya. Setiap sudut dan ruang di rumah inia dalah sudut dan ruang kenangan yang amat segar.

Catitan: Mengenang insan yang telah pergi, mendengar berita insan yang disayangi pergi, adalah kepiluan yang amat sukar untuk digambar atau ditafsirkan. Ngilu, pedih, rindu nun jauh di sudut hati yang paling dalam. Al_Fatehah untuk roh-roh tersayang yang telah kembali ke pangkuan Ar-Rahman...
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~