-->

Jumaat, Julai 18, 2014

Doaku...

Ya Allah, Engkau Maha Tahu atas setiap sesuatu kejadian. Kami hamba-hambaMu ini cuma mampu berusaha, berdoa dan pasrah. Semoga Engkau kurniakan kami jiwa yang tabah dan tidak mudah rebah. Amat getir ujianMu pada bulan Ramadan yang penuh berkah. Sesungguhnya hanya kepadaMulah kami berserah. ‪#‎MH17‬

MH17...

Ya Allah, Engkau Maha Tahu atas setiap sesuatu kejadian. Kami hamba-hambaMu ini cuma mampu berusaha, berdoa dan pasrah. Semoga Engkau kurniakan kami jiwa yang tabah dan tidak mudah rebah. Amat getir ujianMu pada bulan Ramadan yang penuh berkah. Sesungguhnya hanya kepadaMulah kami berserah.

Kubiarkan airmata ini mengalir
bukan penyesalan tapi keinsafan...
Terima kasih Ya Allah... kerana aku masih seorang hambaMu yang punya perasaan. Menangisi kehilangan orang-orang yang kehilangan insan yang disayang meskipun mereka tidak pernah kukenal. Semoga Engkau ampuni setiap roh para muslimin dan muslimah yang terkorban dan Engkau tempatkan roh-roh mereka dikalangan hambaMu yang Engkau ampuni, Engkau kasihani, Engkau kasihi dan Engkau selamatkan. Tempatkanlah mereka di taman-taman syurgaMu. Aamiin.

Maaf tiada gambar. Saya tidak tergamak melihat atau meletakkan gambar-gambar itu di sini. Hati saya hancur.
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~