-->

Isnin, Oktober 01, 2012

Telenovela, sinetron dan mengaji...

Dahulu...ibu kita masih ada waktu untuk mengajar sendiri anak-anak mengaji di rumah. Meskipun pagi sibuk menoreh, tengahari memasak mengemas membasuh secara manual. Tak ada periuk nasi karan, tak ada pemarut kelapa, tak ada pengisar segala benda, tanpa mesin basuh. Dapur gas atau elektrik jauh sekali. Berehat dalam setengah jam selepas solat zohor kemudian ke sawah pula sehingga lewat petang. Pulang ketika taktibau berbunyi. Selesai maghrib sementara menunggu isyak sempat mengajar anak-anak mengaji Quran. Setelah isyak menyediakan pula makan malam.

Ibu-ibu sekarang(Bukan semua) lebih selesa menghabiskan masa di depan tv dengan segala telenovela satu demi satu. Ibu yang bekerja satu hal...bagaimana pula ibu-ibu yang idak bekerja? Kelas mengaji anak-anak tidak dipeduli. Malah ada yang lebih rajin menghantar anak ke kelas piano setia hari tapi 'letih' dan 'tak larat' menghantar anak ke kelas mengaji apatah lagi mengajar sendiri. Telenovela dan segala macam sinetron itu lebih penting. Menghabiskan masa berjam-jam di depan tv lebih utama dari mengajar atau menghantar anak ke kelas mengaji?

Sayang seribu kali sayang. Bagaimanakah anak-anak mampu menjadi insan yang beriman dan bertaqwa jika ibunya hanya  mementingkan diri sendiri sehingga solat pun terabai kerana telenovela?
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~