1. Siapakah Qarin? Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan. Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim) Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim) Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi) Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum." Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
2. Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing masing? setiap kali lepas ibu kita bersalin.. si ayah akan membasuh uri..atau orang tua tua kata itu kembar kita.. sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu.. dipanggil sebagai Qarin...
Di sebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara perkara yang jahat.
Seorang ustaz pernah bercerita... beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan.. dia bertembung dengan peorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin.. merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi dtg ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang. Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun bercerita la pada rakan serumahnya.. dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi. Hendak dijadikan cerita.. esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi kerumah perempuan tadi.
Sampai dirumah perempuan tu.. ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payung nya yang tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut.. dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ. student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2 tahun yang lalu.
Jika peristiwa itu pernah anda lalui.. atau akan lalui.. jgn terkejut.. kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam. Qarin akan memakai pakaian yang serupa.. cth: jika seseorang mati di langgar kereta ketika sedang menahan teksi.. Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati.
Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini.. tak kira jin atau syaitan atau Qarin.. semuanya adalah makhluk Allah belaka. Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jgn lupa membaca.. A'uzubillahiminashaitonirrajim...
insyaAllah.. selamat... .. kepada kita yang masih hidup buat la kebaikan supaya kita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan... .
Wallahualam
3. Qarin qarin= sejenis bangsa jin juga. setiap manusia dilahirkan bersama qarinnya. jika jasad mempunyai bayang yang sentiasa mengikut (selagi ada cahaya), 'bayang' bagi ruh adalah qarin. qarin Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah dididik sehingga menjadi qarin yang taat dan mendorong ke arah kebaikan. bagi orang orang yang soleh, apabila mereka meninggal dunia, maka qarin mereka akan menunggu di kubur mereka. yang tak berapa soleh tu, berkeliaranlah agaknya atau melepak kat mana mana. kalau tak salah aku, mereka akan hidup sehingga hari kiamat, yakni sehingga semua makhluk dibinasakan dengan tiupan sangkakala. dikatakan orang bahawa qarin gemar mengulang saat saat akhir peristiwa kematian tuannya. misalnya jika seseorang kemalangan di suatu simpang, orang orang akan sering melihat qarinnya di situ. contoh peristiwa yang sering berlaku: seorang telah kemalangan ketika memandu laju dan berlumba lumba menggunakan volswagen kuning di lebuh raya karak (bukan nama lebuhraya sebenar). pemandu pemandu yang melewati lebuh raya tersebut akan sering terserempak dengan volkswagen yang suka memotong dan nak ajak race. pemandu pemandu yang teruja akan berlumba dan berakhir dengan nahas jalanraya. seseorang mungkin membunuh diri dengan menggantungkan diri atau terjun dari bangunan tinggi. akibatnya, orang orang yang menyewa bilik atau rumah tersebut akan sering melihat qarin ini mengulangi perbuatan menggantungkan diri tersebut. atau jika membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi, penghuni penghuni flat atau kondominium itu mungkin akan bertemu dengan qarin yang berlegar legar di ground floor berlumuran darah atau bersepai kepalanya akibat terhempas. dikatakan bahawa semasa pembinaan jembatan pulau pinang, banyak manusia telah dikorbankan (di potong kepala) untuk menjamu jin yang menempati laut di situ supaya tidak menganggu kerja kerja pembinaan. (tidak pasti sama ada badan dipersembahlkan juga). akibatnya, pemandu pemandu jembatan pulau pinang sering ditumpangi oleh qarin manusia tanpa kepala tersebut...biasanya pemandu akan bertanya'" awak pernah dengar tak hantu takder kepala, tak takut ke?"..qarin pulak jawab," macam ni ker?' sambil mencabut kepala beliau. terkadang kadang pemandu yang baik hati telah menumpangkan seseorang yang keseorangan di suatu jalan. penumpang akan meminta supaya di hantar ke rumahnya. biasanya qarin akan tertinggal dompet atau barang barang lain. apabila pemandu yang baik hati tadi sampai di rumah dan menyedari ada barang tertinggal, kemudian pergi memulangkan barang tersebut pada keesokan harinya, biasanya akan tiba ke kubur (malam tadi kat situ ada rumah). atau mungkin tiba ke suatu rumah, tapi orang rumah akan cakap bahawa pemilik barang tersebut telah mati beberapa lama sebelum ini. ada peristiwa di mana pemandu teksi telah menghantar qarin ke suatu tepat. apabila tiba di situ didapati ia adalah tapak highland tower yang runtuh. qarin dapat menyamai tuannya/kembarnya sehingga 70% (mungkin lebih), dapat meniru suara tuannya dan juga mengetahui banyak perkara yang telah dialami oleh tuannya. seringkali mereka dipanggil dalam upacara menurun, misalnya qarin ini mengatakan bahawa beliau ialah datok panglima Hitam dan sebagainya. suara pun macam tuannya dan dapat pula menceritakan dengan tepat apa yang telah berlaku kepada diri tuannnya untuk membuktikan bahawa beliau adalah sebenar benarnya dato panglima Hitam. sering juga qarin dipanggil dalam permainan spirit of coin. apabila meninggal dunia, mereka yang soleh akan tinggal di tempat yang penuh kenikmatan, sementara yang tidak soleh akan tinggal di dalam kesengsaraan, yakni diazab secara berterusan di dalam kubur. sudah tentulah mereka tidak diberi peluang berehat serta merayau rayau di dunia untuk menyakat manusia yang masih hidup. jadi, yang merupa dan mengganggu manusia ialah mereka yang masih hidup dan bernyawa. sumber: http://kingtazkirah.blogspot.com/2005/12/qarin.html
4. > Abadullah Bin Mas'ud mengatakan bahwa : Rasulullah saw bersabda; "Tidak ada seorangpun diantara kalian yang tidak ditunjuk untuknya Jin pendamping (Qarin)". Para sahabat bertanya; "Termasuk anda ya Rasulullah ?, "Ya" jawab Nabi, Hanya saja aku mendapat pertolongan Allah,sehingga Jin pendampingku masuk Islam, dan dia tidak pernah mengajakku kecuali yang baik-baik". Jin pendamping (Qarin) Rasulullah saw, adalah bernama Habib Al-Huda, beragama Islam dan menurut para ulama sampai sekarang beliau masih hidup, beliau tinggal di Baqi'. Beliau mempunyai majelis pengajaran tafsir dan hadis-hadis Rasulullah saw disana yang didatangi oleh jin-jin muslim. Hal ini bisa saja terjadi sebab mengingat umur rata2 Jin adalah panjang yang bisa mencapai ratusan dan ribuan tahun, seperti yang telah saya kemukakan pada topik sebelumnya. Bagi orang kita orang awam akan timbul pertanyaan : Apakah Jin pendamping muslim itu juga pasti muslim ..?, jawabnya tidak mesti. Kadang-kadang Jin pendamping seorang muslim itu adalah jin muslim, tetapi ada juga jin kafir, ateis, penyembah berhalah, kristen, yahudi. Jin pendamping (qarin) yang non muslim ini, bertengger dibahu kiri pada orang yang didampinginya, dan dia adalah pendukung kejahatan. Tetapi pengaruh manusia terhadap jin lebih besar ketimbang pengaruh jin terhadap manusia. Jin Pedamping yang muslim, sangat mencintai orang muslim yang didampinginya dalam derajat yang tidak dapat dibayangkan oleh manusia. Dia melindungi manusia yang didampinginya dari berbagai bahaya, dan membantu untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah. Ketika anda lupa sholat dia membantu mengingatkan dan membangunkan anda. Dia tidak pernah meninggalkan orang muslim yang didampinginya kecuali orang tsb sedang menggauli istrinya. Ketika sang suami isteri sudah masuk kamar dan pintu ditutup, maka Qarin dengan sekejap sudah berada di Mekkah untuk sholat disana, dan balik lagi dalam waktu sekejap kerumah orang muslim tsb. JIn pendamping dikuatkan oleh dalil Al-Qur'an dalam (QS. Qaf: 23-31). Bagai mana tentang perkawinan manusia dengan Jin. mungkinkah itu..? Berdasarkan dalil Al-Qur'an dan logika manusia, hal tersebut tidak mungkin terjadi, sebab manusia dan jin mempunyai wujud tubuh dan watak yang berbeda, walaupun disisi lain terdapat banyak kesamaan. Allah berfirman dalam (QS. Ar-Rum :21); "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia telah menjadikan pasangan-pasangan dari jenismu, agar supaya kamu tenang bersamanya, dan menjadikan diantaramu cinta dan kasih sayang". Ayat yang mulia ini berlaku untuk Jin dan manusia, maksudnya manusia hanya bisa kawin dengan manusia saja, dan begitu pula Jin hanya bisa kawin dengan sesama jin. Kalaupun itu terjadi..maka ada pengecualian yang memerlukan penelitian para ulama lebih lanjut berdasar kepada dalil Al Qur'an dan Hadis Rasulullah saw. Yang sering terjadi adalah : Jin kafir ikut bergabung (masuk) kedalam tubuh suami dan melakukan senggama, bahkan bisa pula ianya mengeluarkan nutfahnya bersama2 dengan suami tsb, dan meninggalkan nutfah tersebut didalam rahim istrinya. Atau Jin kafir (setan) datang dengan merubah bentuk seperti seorang suami bahkan mirip dengan suami seseorang wanita yang didatanginya dan melakukan bersetubuan dengan wanita tersebut sebagai mana layaknya seorang suami, namun sperma yang bercampur dengan sperma jin tidak dapat membuahkan kehamilan didalam rahim wanita, sebab sperma jin dapat merusak sperma manusia bersamanya. Adapun halnya dengan Jin muslim, tidak bisa berubah bentuk, dia tetap pada bentuk tubuh aslinya terutama jin pendamping (Qarin), sebab merubah bentuk dalam masyarakat Jin adalah suatu hal yang sangat tabuh, dan disamping sangat susah untuk dilaksanakan ianya juga mempunyai resiko yang tinggi, yang bisa berakibat fatal terhadap Jin yang bersangkutan. Untuk itu Rasulullah selalu menganjurkan membaca do'a berikut ini setiap sebelum menggauli isteri yaitu : " Bismillahi Allahumma jannii bissyaithan wa jannibissyaitanama razaqtana" kemudian menbaca: " Bismillahillazii Lailaaha illahuwa".
Nota: Aku tidak pernah bermimpi bertemu ibuku walau pun setelah hampir 2 tahun arwah meninggalkanku...