-->

Khamis, Disember 15, 2011

.......


Aduhai...cepat sungguh masa berlalu. Diam tak diam blog ini semakin bersawang. Habuk tersangkut di sana sini. Dua bulan ini adalah waktu yang paling sibuk. Bila sibuk maknanya rezki pun masyuk. Hehehe. Alhamdulillah. Dalam pada sibuk itu masih sempat saya membawa orang-orang tersayang pergi bercuti. Pada saya yang 'berdarah sejuk' seperti kata seorang teman saya dulu, bercuti atau tidak sama saja. Bercuti pada saya ialah dapat melelapkan mata sepuasnya setelah mengadap tugasan berminggu-minggu malah kadang berbulan secara berterusan. Tidur adalah percutian maha hebat buat saya :)

Begitulah disepanjang percutian di Kota Keriangan. Saya lebih banyak menghabiskan masa di bilik. Membungkus diri dalam kedinginan puncak yang dibumbui hujan sekali-sekala.Manakala yang lain-lain sudah melenyapkan diri bersukaria.Memang itulah tujuan saya sebenarnya. Untuk melihat mereka bersuka-ria. Saya? Walau tidak bersuka-ria namun saya amat gembira."Pergi dulu ya maksu!" Itulah ayat mereka setiap kali selama tiga hari sebelum turun menyeronokkan diri. Paling bahagia di hati setiap kali apabila mereka kembali ke bilik dengan wajah teruja bukan kepalang bercerita tentang aktiviti mereka indoor dan outdoor yang belum pernah mereka alami sebelum ini. Menunjukkan kepada saya photo perbagai aksi dari kamera digital mereka. Ketika itu saya berasa amat bersyukur kerana mampu membawa mereka menempuhi pengalaman baru tersebut. Rasa bahagia menatap wajah mereka ketika itu amat sukar ditafsirkan. Setiap sen perbelanjaan yang keluar untuk percutian ini terasa amat berbaloi. Terima kasih Ya Allah kerana memberi rezki kepada saya untuk saya berkongsi dengan mereka...insan-insan yang saya kasihi.

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~