-->

Rabu, September 17, 2008

Haaa? Sungguh berani! Nak kena cili???


Sepanjang kehidupan saya telah bertemu dan berjumpa dengan banyak manusia dan saya dapat mempelajari banyak perkara tentang sikap dan sifat mereka. Kdg-kdg kita rasa kita telah terlalu mengenali seseorang itu setelah lama bergaul dengannya.Sehinggalah pada suatu ketika anda dikejutkan dengan satu keadaan yang tidak diduga. Ketika itu barulah kita sedar sikap sebenar yg tersembunyi disebalik kelembutan seseorg individu.
Saya tidak bercakap ttg semua tetapi ttg individu yg saya kenali. Selama ini saya sering membela dia apabila ada kata-kata sumbang ttg dia tedengar di telinga saya. Saya cuba menjernihkan tanggapan-tanggap negatif tersebut kerana tidak mahu kami sesama sendiri berburuk sangka. Walaupun ada sikap dan sifat dalam diri individu tersebut kurang sayasenangi, namun saya sentiasa bertanggapan positif dgn mengatakan pada diri saya sendiri bahawa begitulah sifat manusia. Setiap manusia ada kelemahan dan kelemahan dan tentunya tidak pantas jika kita mengadili dan menghukum dgn neraca kaca mata dan rasa tidak senang hati kita sendiri. Saya juga ada kelemahan dan sifat buruk saya sendiri.

Sehinggalah terjadi satu peristiwa yg betul-betul membuat hati dan jiwa saya tersentak dgn kata-katanya yg amat pedih penuh hukuman dan hinaan bkn saja pada saya tapi juga kepada seorg individu yg amat saya kasihi. Perkataannya amat buruk sekali. Setelah berbelas tahun saya mengenali dia, baru sekarang saya tahu sikap dan sifat dia yang sebenar. Dia benar-benar telah berjaya mempamirkan 'wajah' dirinya yang sebenar. Saya tidak berdendam dan tidak juga mahu menghukum dia namun hati saya udah terluka. Selepas ini hubungan kami tentunya tidak akan sama seperti sebelumnya.Tidak sama sekali!

Lalu seketika tadi saya teringat semula peristiwa tersebut dan membuat saya berfikir. Betapa bijak dan seronoknya apabila mengatakan tentang kelemahan orang lain. Betapa lancarnya lidah apabila membicarakan tentang kesabaran dan ketabahan orang lain. Betapa sedapnya menuturkan segala kisah yg kononnya tidak akan dibiarkan berlaku dalam hidupnya sendiri. Namun apabila ianya berlaku kepada diri sendiri... dia tidak berfikir untuk bermuhasabah diri. Lalu menuding jari menuduh tanpa asas tanpa bertanya kesahihan di mana segala sangkaan tersasar jauh dariada tudingan. Sungguh! Betapa manusia itu apabila marah adakalanya dia akan serta-merta menukar dirinya menjadi haiwan malahan syaitan.Betapa kemarahan tanpa kawalan yg digaul dgn prasangka dan kebencian mampu menjadikan manusia bersikap seperti orang gila.

Sakit hati saya. Memang sakit. Amat sakit. Tapi saya rasa orang itu sudah beransur waras. Apabila sesekali bertemu dia akan bereaksi seperti orang salah yg malu sendiri. Apabila kami berbual aku tidak takut untuk memandang matanya. Aku tidak benci dia tapi aku kasihan. Dalam pertemuan terkini kami enam hari yg lalu, dia tak berani memandang wajah aku ketika bersalaman. Tangannya dihulurkan padaku tapi wajahnya memandang ke lain. Aku sambut tangannya dengan ikhlas. Seperti yang aku katakan, aku tidak berdendam. Namun aku akan ingat segala ayat 'saktinya' kepadaku. Aku maafkan dia. Namun segalanya tidak akan sama seperti dahulu. Tidak akan!



Nota: Terima kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan setitis sifat kesabaran dan pemaafMu kepadaku.
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~