-->

Rabu, Mei 11, 2011

Berjimba dengan Nazirah...

Tiga hari dua malam menghabiskan masa bersama Dr. Nazirah merupakan terapi minda yang amat menyenangkan. Kalau tidak kerana kaki saya yang sakit ini tentu lebih jauh lagi perjalanan kami. Walaupun tidak banyak tempat yang kami pergi namun masa yang kami habiskan bersama memang amat menyeronokkan. Kami bertemu di Central Market kemudian berjalan menuju ke Hotel Ancasa Puduraya. Berpeluh jugalah kami. Namun berbaloi daripada menaiki teksi lalu terperangkap dalam kesesakan jalanraya padahal jaraknya tidaklah sejauh mana.

Doktor Nazirah dari Hospital Kajang ini yang telah menamatkan perkhidmatannya untuk menyambung masternya dalam bidang emergency di USM Kubang Kerian pada bulan Jun ini nanti berjalan seperti sedang berada di wad kecemasan. Laju semacam. Tup tap tup tap bunyi hentakan kasutnya hehehe. Saya terkedek-kedek mengikut di belakangnya. Saya pun mempercepatkan langkah konon cuba hendak menyaingi langkahnya :p

Saya mengenali Ira (Nazirah) agak baru. Belum sampai setahun rasanya. Saya mengenalinya melalui seorang lagi anak. Hahaha seronok tau ramai anak ;). Ini merupakan pertemuan kami yang pertama. Saya sengaja meluangkan masa untuknya sebelum dia berhujrah ke Kubang Kerian. Manalah tau kan kalau-kalau tidak berkesempatan bertemu setelah dia pergi nanti.

Kami check in di Hotel Ancasa dalam pukul 2 petang. Makan-makan, lepak-lepak menghilangkan penat menapak kemudian solat zuhur. Bermalas-malas sekejap atas katil. Setelah selesai solat asar kami keluar menuju ke Pavillion. Lenguh jugalah kaki saya berjalan turun naik tangga stesyen LRT. Namun saya mengakui menaiki LRT merupakan perjalanan yang amat cepat sekali. Tidak perlu bergelut dengan jem dan seribu satu macam kesesakan jika menaiki teksi atau bas.

Kami tiba di pavillion dalam pukul tujuh. Kalau nak tau, inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Pavillion. Hahaha. Kami mencari surau terlebih dahulu. Setelah berpusing-pusing dan bertanya-tanya, kami ditunjukkan arah ke surau. Kami solat maghrib dulu kemudian jeng jeng jeng Ira membawa saya ke Red Box untuk sessi karaoke.

Karaoke? Percaya tu? Saya sudah lupa bila kali terakhir saya 'menyumbangkan' suara saya ini menggunakan mikrofon. Bertuah anak betul si Ira ni! Tapi itulah kan...tak sampai hati saya nak hampakan Ira yang beria-ia menyuruh saya memilih lagu. Saya biarkan Ira melalak dulu sementara saya memilih lagu. Sessi karaoke selama 3 1/2 jam itu menyaksikan Ira mengasah suaranya yang memang sedap itu berselang-sela dengan kesumbangan suara saya yang sudah sedia serak kerana batuk dan selsema selama sebulan yang baru hendak sembuh itu diringi 3 hidangan buffet dan 2 gelas minuman tiap seorang. Tapi Ira memang best! Sentiasa menjadi backing singer yang berkaliber kerana berjaya menyelamatkan saya daripada kelupaan melodi. Sessi tamat jam 11.30 dengan duet ulangan lagu Knife kumpulan Rockwell yang kami lagukan dengan penuh perasaan. Duet kami yang paling best dan mantap malam itu ialah lagu Dancing Queen, Still Got The Blues, Hurt, Listen To Your Heart, Those Were The Days dan Knife.

Masa balik kami dah tak larat nak berjalan. Dengan perut kenyang dan kepuasan melalak, kami menahan teksi pulang ke hotel. Selepas membersihkan diri dan solat isyak, kami bergossip seketika sebelum lena keletihan. Ira kata saya tidur berdengkur. Betul ke Ira? Jangan tipu mama. Mana buktinya? :D

10/5/11

Terlepas subuh. Padahal saya sudah pun mengunci jam. Kenapa saya langsung tak terdengar? Ira kata dia dengar bunyi loceng jam handphone saya tapi nadanya tidak mengujakan untuk bangun dan membuat dia terlelap semula. Bertuah anak ini! Itulah nada yang membangunkan subuh saya setiap hari. Tapi mungkin sebab keletihan saya langsung tidak tersedar. Bukan sebab karaoke tau! Mungkin sebab sudah hampir seminggu saya kurang tidur kerana sibuk dengan tugasan. Kalau di rumah, cuaca panas yang membuatkan badan berpeluh siang dan malam kurang mengujakan untuk tidur lena dan mudah terjaga. Tapi di bilik hotel yang dingin ini tidur terasa begitu nyaman dan lena sekali.

Dalam pukul 10 kami turun sarapan. Mi goreng, sosej, omelette juga sedikit bubur sudah begitu mengenyangkan. Terliur nak minum air buah yang sejuk segar tapi Ira menjeling saya 'Mamaaaa...' katanya. Hahaha. Yalah...mama faham. Saya capai cawan menadah teh o dan mengambil sebungkus gula. Susah betul jadi mama doktor ni! Ni belum termasuk doktor yang seorang lagi di Perlis sana! :D

Selesai sarapan kami terus menapak ke stesyen LRT. Macam biasa, selagi berpeluang menggunakan escalator, saya akan manfaatkan sepenuhnya. Tak mampu saya mengikut rentak langkah Ira yang laju turun naik tangga di sebelah dan sampai dulu daripada escalator. Tabik spring saya pada Ira yang penuh stamina. Jeles sebenarnya! Hahaha.

Hari ini Ira membawa saya ke Suria KLCC. Shopping? No no no! Movie time! Ira membeli tiket untuk tayangan pukul 12.10 tengahari. Jadi masih ada masa lagi. Jom kita ke Kinokuniya ma, ajak Ira. Jadi kami tawaf dulu di gedung buku itu. Saya di seksyen novel, Ira pula merayau sehingga ke seksyen medicine. Saya jumpa buku yang saya berkenan, The Works 4. Sudah lama tidak membeli buku. Puas hati dengan pilihan ini walaupun harganya RM41.90 namun berbaloi. Saya merayau mencari Ira. dia menunjukkan saya buku emergency yang hendak dibelinya yang berharga RM500. Saya cuba angkat buku itu. Mak oi seberat sebuntil beras! Bayangkanlah membaca buku yang seberat, setebal dan semahal itu! Ira tidak bercadang membeli buku itu pada waktu itu. Jenuh nak membawanya :).

Setelah membayar harga buku kami beredar ke pawagam. Dengan sebotol air mineral dan semangkuk besar popcorn juga secawan coke (Ira punya) kami masuk ke panggung TGV. Ada dalam 15 orang saja di dalam pawagam mini itu. Seawal pukul duabelas tengahari kami menonton filem Red Hood. Kisah serigala jadian yang menarik. Anak saya ni memang peminat cerita serigala. Tanyalah apa cerita serigala yang dia tak pernah tonton? Bukan setakat filem, dengan novel-novelnya sekali sudah khatam dibacanya. Tanya sequence novel dan filem New Moon...A sampai Z akan diceritakan secara terperinci. Novel dan movie adalah makanan doktor muda bernama Nazirah ini ;)

Selesai menonton Red Hood Ira membawa saya makan di Chili's Restaurant. Tak reti saya apa nama hidangan ini tapi umpphhh! Memang sedap. Ini dia menu kami.


Bila sudah kenyang Ira membeli tiket untuk filem yang akan di tonton seterusnya. Setelah membeli tiket kami beredar ke surau. Sudah hampir pukul tiga rupanya. Solat zuhur dulu. Rehat di situ sehingga waktu asar. Selesai solat asar kami pusing-pusing sekejap. Ira membeli ice blended coklat yang saya sudah lupa namanya yang berharga RM22. Kami kongsi minum bersama. Hendak merasa katanya. Ira kata sedaplah ma...Ira suka rasanya. Saya kata..bolehlah...tapi kalau mama tak merasa pun tak adalah mama terkilan sebab taklah sedap sangat pada tekak mama. Hehehe. Saya suruh Ira habiskan semua. Setelah itu kami masuk semula ke panggung menonton filem Elephants. Filem ini mengisahkan tentang pemilik sarkis yang kejam. Kejam terhadap isteri, para pekerja serta binatang sarkisnya. Seawal lima belas minit pertama agak perlahan dan membosankan sehingga saya sempat tertidur sebentar. Namun pada minit seterusnya cerita terus menjadi rancak dan menyegarkan sehingga tamat.

Lepas ni nak ke mana pula? Ira yang pada awalnya mengaku kenyang tiba-tiba bersuara, 'kita beli makanan ma, makan kat bilik?' Saya tergelak, 'Tadi kata kenyang!' Ira tersengih. Jadinya saya tapau nasi ayam sementara Ira tapau mee wantan. Kami balik naik teksi sebab sudah penat dan tak kuasa mengejar train ;p

Macam biasa, sampai di bilik setelah membersihkan diri kami segera mengerjakan solat maghrib yang sudah hampir ke penghujung waktu. Setelah selesai solat isyak kami bersila di lantai walaupun ada kerusi meja tapi makan malam terasa lebih santai di lantai ;) Makanan kami sama-sama sedap!

Setelah kenyang saya membancuh dua cawan up suri cafe yang saya bawa. Secawan untuk saya, secawan untuk Ira. Sedappp komen Ira. Baru tau! Saya menjawab dengan eksennya. Ira meneliti pembungkusnya. Mak aih! ginseng, dung guai, ge gen, manjakani,kacip fatimah, kunyit semua ada campurannya! Mesti hebat kalau dah minum ni kan ma? Mestilah! Inilah minuman mama setiap hari sehingga mama terer berjaga malam buat kerja! Sempat buat promosi lagi hahaha.

Selesai minum kopi, tutup tv, panjat katil, tarik selimut, apa lagi? Tidurlah kami dengan nyenyak sekali. Sesekali Ira peluk saya, sesekejap saya peluk Ira. Tak ubah macam mama bear dengan baby bear. Sejukkk bebenor. Hahahaha. Ira kata saya berdengkur. Haippp! Boleh percaya ke? Jangan tak percaya! Sungguh Ira tak berdusta :D

11/05/11

Saya terjaga jam 6.10 pagi apabila terasa lengan saya disentuh lembut.  Ma...bangun, subuh. Eh...cepat Ira bangun? Terjaga sakit peyut nak beyak. Hahaha tidak kiralah apapun sebabnya...yang penting kami tidak terlepas solat subuh. Setelah subuh kami sambung tidur. Sekali-sekala bermalasan memanjakan diri apa salahnya kan? ;) Pukul sepuluh kami turun sarapan. Naik semula untuk mengemas barang-barang sebelum check out pukul 12 nanti.

Rasanya nak sambung lagi percutian ini tapi masih banyak kerja yang menanti. Sesekali bersantai begini terasa reda segala tekanan dan keletihan tubuh dan fikiran. Bila lagi agaknya kita dapat begini lagi ya Ira?

Pukul 12 kami check out. Saya memang bertuah! Kebetulan di perhentian bas betul-betul di depan hotel itu rupa-rupanya juga merupakan tempat perhentian bas SKS ke Seremban. Tak payahlah saya berjalan jauh. Setelah sessi berpeluk cium, saya masuk ke perut bas dua tingkat itu. Sempat melambai Ira sebelum dia beredar menahan teksi di depan.

Selain daripada kaki saya yang lenguh-lenguh, percutian kami ini hampir sempurna! Terima kasih Ya Allah kerana memberi saya peluang untuk mengenali anak ini.

Menjelang maghrib saya menerima SMS yang ke 6 dari Ira pada hari itu. "Mama, Ira teringat sangat mama bila Ira pakai telekung yang kita kongsi sama tu. Ada bau mama ;)". Saya terus menjadi sentimental dan sempat menitiskan airmata sebelum memulakan solat maghrib saya :)

Begitulah! Setiap seorang daripada anak-anak yang begitu ikhlas menerima saya sebagai 'mama' dapat hidup mereka, meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam jiwa saya. Setiap daripada mereka! Samada yang masih memerlukan saya atau sebaliknya. Samada yang didepan mata atau jauh di merata sudut dunia, setiap seorang daripada mereka 'amat istimewa' di hati saya.

Catitan: Anak-anakku...mama amat menyayangi kalian semua.
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~