-->

Jumaat, Oktober 21, 2011

Gugurnya Seorang... Pejuang?

Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

Selepas ini apa? adakah Libya bakal mengalami nasib yang sama seperti Iraq dan Afganistan? Tangan-tangan ghaib telah berjaya memainkan peranan menghuru-harakan sebuah lagi negara Islam.

Salah siapa? Seorang pemimpin gemilang yang mati tersungkur penuh kehinaan. Pemimpin-pemimpin barat pasti bertepuk tangan, saling melagakan gelas wain meraikan tewasnya musuh ketat mereka! Para pemberontak yang terpancing dengan dakyah tangan-tangan ghaib itu juga tentu sedang riuh berpesta. Tapi untuk berapa lama? Apabila rakyat Libya mula melarat dan menderita kebuluran nanti adakah mereka fikir para lahanat pemusnah negara orang itu akan berlari datang menghulurkan bantuan?

Sebuah lagi negara Islam sedang menuju kehancuran. Menuntut demokrasi dengan campur tangan asing, inilah akibatnya. Merelakan diri diperkuda. Salah siapa???


Muammar al-Gaddafi quotes:

Libya has had to put up with too much from the Arabs for whom it has poured forth both blood and money.

Nations whose nationalism is destroyed are subject to ruin.

The times of Arab nationalism and unity are gone forever.

There must be a world revolution which puts an end to all materialistic conditions hindering woman from performing her natural role in life and driving her to carry out man's duties in order to be equal in rights.
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~