-->

Khamis, Februari 23, 2012

Rahsia SUJUD dalam solat...

Keajaiban Sujud Dalam Solat:

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini
akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar
daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal
serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).


13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar
penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang
Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh
mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti
seseorang

Doa Paling Mustajab Ketika Sujud:


*
* * Sekiranya anda ingin berdoa ketika sujud, cukuplah dalam hati. Apabila anda melafazkan dalam bahasa selain bahasa Arab, maka ia membawa kepada batalnya solat. Kedua, sekiranya anda dalam solat berjemaah, pastikan anda tidak terlalu lama sehingga terputusnya dengan imam.

Wallahuaklam.


Usah turutkan...

Jika saya turutkan hati...jiwa saya ini sudah lama punah ranah dan binasa. Tohmahan manusia, buruk sangka, kata-kata nista...apa saja yang tidak pernah dilemparkan di depan mahu pun di belakang saya? Tikamlah saya dengan senjata! Itu jauh lebih baik daripada kalian menikam saya dengan kata-kata berdasarkan andaian bukan kebenaran. Namun begitu dengan izin Allah...saya kuatkan hati saya. Kata-kata mereka takkan mampu mematikan saya. Saya sama sekali tidak akan membenarkan mereka menari atas kekalahan saya. Saya tahu mereka meroyan dan sakit hati apabila melihat saja terus tenang dan bersahaja. Saya tidak pernah menyakiti kalian..saya menyayangi kalian. Mengapa kalian tega menyakiti saya?

Terluka? Sudah pasti saya terluka! Saya manusia. Tapi saya sisihkan luka itu...saya menyembunyikannya ke ruang kelam yg amat dalam lantas menguncinya! Duduklah di sana. Saya tidak akan membenarkan segala luka itu menerpa membuahkan benci dan dendam bukan kepalang! Duduklah di sana diam-diam!

Rabu, Februari 22, 2012

Enam Pelajaran Berharga dari Putus Cinta

BANYAK pelajaran berharga yang dapat dipelajari ketika seseorang menjalin cinta. Meski pada akhirnya putus, inilah beberapa hikmah yang dapat menjadi pembelajaran di masa depan.

Di balik rasa sakit yang dirasakan seseorang yang putus cinta, ada pelajaran berharga yang dapat dipetik di dalamnya. Hal ini dapat menjadi rujukan agar hubungan cinta anda yang mendatang akan lebih baik......

Percaya pada naluri anda
Jika anda mempunyai perasaan bahawa dia melakukan kecurangan di belakang anda alias selingkuh, biasanya hal itu merupakan petunjuk nyata.

Jangan berkompromi dengan idealisme anda
Jangan terfokus dengan bekerja lebih untuk memaksimumkan apa yang anda miliki. Justeru manfaatkan masa untuk mencari seseorang yang mempunyai nilai-nilai menghormati dan menerima anda.

Jika dia berbohong tentang hal terkecil sekalipun, ertinya dia akan berbohong tentang pelbagai hal
Pembohongan kecil yang secara berterusan terjadi menjadi tanda bahawa dia mempunyai masalah dengan kejujurannya. Kerana itu, anda tak perlu mempercayainya lagi.

Jika dia memperlakukan kekasih di masa lalunya buruk, perilakunya pun tak akan berbeza
Perubahan akan sukar terjadi dalam masa yang singkat. Rakam jejaknya di masa lalu dapat menjadi rujukan anda untuk mengetahui siapa sosoknya.

Lihatlah bagaimana teman-temannya memperlakukan kekasih mereka atau wanita lain
Jika teman terdekatnya berjalan di sekitar dirinya, lihatlah bagaimana dia memerlakukan teman-teman, khususnya rakan wanitanya. Jika dia menghargai mereka, ertinya dia pun dapat memperlakukan anda dengan lebih santun.

Lihatlah jumlah hubungan dia selama beberapa tahun terkini
Jika dia telah menjalani kisah bersama dengan banyak orang dalam beberapa tahun terakhir, hal itu menunjukkan bahawa dia tidak dapat melakukan hubungan ke tahap yang lebih lanjut tentunya.

Sumber: http://tungkaranhati.blogspot.com/

Selasa, Februari 21, 2012

Father & Sons...

Comel kan kan kan? ;)




Walau kasih sayang ayah dan ibu jauh dari hidupmu namun saya doakan kamu mampu menjadi 'apak' yang baik anakku...

Sepi dan Sunyi...

Hanya hati yang sepi mengerti maknanya sunyi
Namun sunyi tidak bererti bersendiri
juga tidak bermaksud jauh bahagia itu pergi
tafsirannya terletak pada hati

Dalam sunyi bisikan syaitan menjadi rapi
lembut tarinya melambaikan dansa dewa dewi
berapi-api menggugah iman kewarasan insani
berhati-hati menyeberang sunyi
berwaspada meniti sepi

Namun jika jurus keimanan tetap seteguh kersani
sunyi dan sepi takkan berupaya memekak tuli
inginkan teman inginkan belai inginkan simpati
kerana dalam sunyi kita mampu mengenal diri
sepi berupaya mendekatkan kita si hamba abdi
lebih hampir pada Illahi...

Isnin, Februari 20, 2012

Ikan bilis goreng campur petai dan bawang besar...

Hari ini kakak saya berpuasa sunat. Saya? Saya masih cuti hehehe. Kakak pula tidak berapa sihat kebelakangan ini. Selesai menonton cerita hindustan bersiri kegemarannya yang saya tak ambil tau langsung akan tajuknya, kakak melintasi mejatulis saya.
"Mata ni mengantuk aja," katanya.
"Kakngah ngantuk, tidurlah. Tak payahlah susah-susah nak masak." ujar saya.
"Kau nak makan?"
"Alaaa jangan risau, adik nak makan nanti pandailah adik masak. Adik ingat nak masak ikan bilis goreng dengan petai, cili api dan bawang. Tak apa, nanti adik masak."

Kakak masuk ke biliknya.

Adik? Hahaha. Saya anak bongsu dalam keluarga seramai tujuh beradik. Kakak saya yang sulung. Tengah-tengah semua lelaki. Dari kecil saya dipanggil adik bukan saya oleh keluarga malahan seluruh penduduk kampung juga. Bahkan mereka yang berusia lebih muda daripada saya memanggil saya 'Akak adik" :p Panggilan itu kekal sehingga ke tua ;)

Sekejap saja. Tak sampai setengah jam kakak keluar dari biliknya terus ke dapur. Mesti dia tak boleh tidur. Mengantuk tapi mata tak mahu lelap. Itulah yang selalu dikatakan pada saya.

Saya mendengar kakak memasak. Sekejap saja semua sudah siap. Dia keluar duduk mengadap TV sambil memegang buku panduan haji dan umrahnya.

Setengah jam kemudian saya ke dapur membasuh cawan kopi saya. Saya intai periuk, ada kari ikan merah campur terung. Saya singkap tudung saji. Wallaaaa....ikan bilis goreng dengan petai dan hirisan bawang besar yang banyak. Saya rasa nak berlari keluar memeluk kakak saya yang begitu cekap dan pantas memasakkannya untuk saya. Tapi saya kontrol ayu. Ahaks. Saya terus capai pinggan lalu duduk makan dengan tekun dan amat berselera sekali.

Ketika menemankan kakak berbuka puasa, saya sempat mengucapkan terima kasih kepadanya. Setelah emak pergi, terasa kasih sayang kakak begitu dekat di hati.

Terima kasih Ya Allah kerana mendekatkan hati kami berdua yang dahulunya agak jauh berselingkuh salah sangka. Setiap peristiwa ada hikmahnya. Setelah emak pergi, disusuli abang ipar saya tiga tahun kemudian...baru terasa kasih sayang itu mendekat. Bukan bermakna dulu tak sayang cuma kami memang tidak rapat. Bukan saja kerana jarak usia. Sewaktu saya kecil kakak tinggal dengan arwah uwan di kampung. Saya pula membesar di Balai Polis Lurah Bilut, Bentong, Pahang yang terletak bersebelahan dengan Felda Lurah Bilut, iaitu tanah Felda yang pertama di teroka. Arwah bapa saya dahulu seorang polis.

Ketika saya berusia tujuh tahun iaitu baru duduk setahun dua di kampung setelah bapa mengambil pencen awal, kakak berkahwin kemudian mengikut suaminya ke Pahang.

Saya mula belajar untuk memahami dan bertolak ansur dengan kakak. Memang sikap dan perangai kami bertentangan. Kakak suka membebel tapi saya lebih suka diam. Kakak suka cakap lepas tapi saya jenis yang suka menyimpan dan menelan. Kakak cepat emosi tapi saya lebih cool...ececece. Tapi walau apapun sikap kakak, saya tahu dia seorang yang teramat baik hati. Kata-katanya kadang-kadang memang pedih tapi hatinya umpama bidadari.Saya menerima kakak apa adanya. Kita manusia bukan sempurna. Saya sendiri banyak kekurangan dan kelemahan. Cuma saya berharap kakak juga akan menerima saya seadanya. Saya insan yang serba tidak sempurna.


Isnin, Februari 13, 2012

Egois...

‎~Orang bersalah takkan mengaku dirinya bersalah. Malah tidak sedar pun dirinya bersalah. Bahkan anak panah yang sedang ditarik dan ditujukan tepat ke dahinya juga disangkakan sedang dihalakan ke batang hidung orang lain :)~

Sekadar Bertanya...

Apabila perbedaan usia sudah mula menjadi tajuk bicara...
Apabila segala yang hama menjalar menjadi naga...
Apabila yang cantik sudah mula terasa jelik...
Apabila mata sudah jauh menembus segala yang pelik...
Apabila nafsu mula meliar melihat segala yang cantik...
Apabila akal tidak mampu lagi menjadi cerdik...

Maka cinta menjadi ringan senipis kulit bawang
bagai bayang tanpa tuan ia melayang-layang...
Semakin ingin ditangkap semakin tinggi ia terbang...
Kian ingin didakap kian ia lari tak berjenjang...

Cintakah itu?

apabila hanya ingin melihat yang indah
lalu membutakan mata pada segala yang salah

Cintakah itu?

apabila memberi dan mengiya tanpa bantah
membiarkan dia menari di atas pentas hati kamu yang patah?

Cintakah itu?

Jika memberi tujuh ratus peratus
tapi menerima tidak lebih daripada tujuh peratus?

Cintakah itu?

ketika kesengsaraan menggigit ke seluruh urat nafasmu
dia bersiul berdendang berhindustan di dalam hujan airmata kamu?

Cintakah itu?

apabila setelah sekian lama...
cinta yang seharusnya makin erat dan dekat ke gerbang bahagia
semakin merobekkan jiwa...
lalu menghanyutkan mimpi-mimpi indah ke liang nestapa?

*
* * Cinta itu bukan sekadar memberi...hak menerima juga perlu saksama :)

Ahad, Februari 12, 2012

Tunjuk Lagak...

Apabila terlalu ingin menonjolkan 'kelebihan' tanpa sedar kita sebenarnya membuka 'kelemahan' diri sendiri. Tanpa sedar kita riak, tanpa sedar kita angkuh, tapa sedar kita megah, tanpa sedar kita menaburkan rasa benci dan iri hati dalam kalbu sendiri. Memburukkan orang lain tidak kan menjadikan diri kita suci dan mulia malahan seburuk itu juga :)

Ahad, Februari 05, 2012

Salam Maulidul Rasul...

Ya Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan.

Jumaat, Februari 03, 2012

Sampah dan Susah...

Biarlah hidup susah
biarlah makan tak mewah
biarlah baju sentiasa basah
biarlah menjadi pengutip sampah
biarlah solat tanpa sejadah
biarlah pakaian tak pernah mewah
biarlah rumah di tepi sawah
biarlah berselipar murah
biarlah hidup tak megah

asalkan tidak menjadi hamba yang gah bernafsu serakah!
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~