-->

Selasa, Oktober 23, 2012

Insan dan Ihsan...

Allah telah menciptakan manusia sebagai makhlukNya yang paling mulia dan sempurna, maka jadilah manusia yang sebenar-benarnya manusia yang penuh dengan ihsannya.

Jumaat, Oktober 19, 2012

Kata-kata...

Kata-kata adakalanya mampu memperdaya. Awaslah...berjaga-jaga.

Selasa, Oktober 16, 2012

Kepulangan...

Tadi pagi saya pulang...
rumput rumput panjang menanti dengan senyuman...
pohon pohon berduri menjulang tinggi merayu dirapi...
pasu-pasu ditangga berwajah duka, tanahnya keras dan tandus...
teman penghiasnya hijau merah kuning sudah layu kering dan mati...
pokok sakat atas tempayan hiasan hidupnya segan akibat beragan...
begitulah pepohonan yang merana lara merindukan belaian...
dambakan sentuhan kasih sayang yang berpanjangan...

Isnin, Oktober 08, 2012

Perit...

Adakalanya kita terlalu memikirkan tentang keperitan hidup kita sehingga lupa melihat keperitan orang lain disekeliling kita yang jauh lebih perit dan menderita. Tidakkah ada sedikit rasa bersyukur dihati kita pada segala nikmat yang telah Allah berikan?

Sabtu, Oktober 06, 2012

Well Said Tawakul Karman!


Teruja...


Teruja benar melihat anak-anak benih bunga dan buah-buahan online. Rasa nak beli semua. Tak sabar menunggu cuti sekolah, balik kampung bercucuk-tanam :D

Selasa, Oktober 02, 2012

Cacat...

Biarlah cacat anggota asalkan tidak cacat akhlak, jiwa dan ketakwaan kita...

Isnin, Oktober 01, 2012

Telenovela, sinetron dan mengaji...

Dahulu...ibu kita masih ada waktu untuk mengajar sendiri anak-anak mengaji di rumah. Meskipun pagi sibuk menoreh, tengahari memasak mengemas membasuh secara manual. Tak ada periuk nasi karan, tak ada pemarut kelapa, tak ada pengisar segala benda, tanpa mesin basuh. Dapur gas atau elektrik jauh sekali. Berehat dalam setengah jam selepas solat zohor kemudian ke sawah pula sehingga lewat petang. Pulang ketika taktibau berbunyi. Selesai maghrib sementara menunggu isyak sempat mengajar anak-anak mengaji Quran. Setelah isyak menyediakan pula makan malam.

Ibu-ibu sekarang(Bukan semua) lebih selesa menghabiskan masa di depan tv dengan segala telenovela satu demi satu. Ibu yang bekerja satu hal...bagaimana pula ibu-ibu yang idak bekerja? Kelas mengaji anak-anak tidak dipeduli. Malah ada yang lebih rajin menghantar anak ke kelas piano setia hari tapi 'letih' dan 'tak larat' menghantar anak ke kelas mengaji apatah lagi mengajar sendiri. Telenovela dan segala macam sinetron itu lebih penting. Menghabiskan masa berjam-jam di depan tv lebih utama dari mengajar atau menghantar anak ke kelas mengaji?

Sayang seribu kali sayang. Bagaimanakah anak-anak mampu menjadi insan yang beriman dan bertaqwa jika ibunya hanya  mementingkan diri sendiri sehingga solat pun terabai kerana telenovela?
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~