-->

Rabu, Julai 23, 2014

Hari Raya...

Usahlah bersedih jika beraya tanpa baju raya. Saudara kita di Gaza hanya beraya dengan peluru, darah dan airmata.

Jumaat, Julai 18, 2014

Doaku...

Ya Allah, Engkau Maha Tahu atas setiap sesuatu kejadian. Kami hamba-hambaMu ini cuma mampu berusaha, berdoa dan pasrah. Semoga Engkau kurniakan kami jiwa yang tabah dan tidak mudah rebah. Amat getir ujianMu pada bulan Ramadan yang penuh berkah. Sesungguhnya hanya kepadaMulah kami berserah. ‪#‎MH17‬

MH17...

Ya Allah, Engkau Maha Tahu atas setiap sesuatu kejadian. Kami hamba-hambaMu ini cuma mampu berusaha, berdoa dan pasrah. Semoga Engkau kurniakan kami jiwa yang tabah dan tidak mudah rebah. Amat getir ujianMu pada bulan Ramadan yang penuh berkah. Sesungguhnya hanya kepadaMulah kami berserah.

Kubiarkan airmata ini mengalir
bukan penyesalan tapi keinsafan...
Terima kasih Ya Allah... kerana aku masih seorang hambaMu yang punya perasaan. Menangisi kehilangan orang-orang yang kehilangan insan yang disayang meskipun mereka tidak pernah kukenal. Semoga Engkau ampuni setiap roh para muslimin dan muslimah yang terkorban dan Engkau tempatkan roh-roh mereka dikalangan hambaMu yang Engkau ampuni, Engkau kasihani, Engkau kasihi dan Engkau selamatkan. Tempatkanlah mereka di taman-taman syurgaMu. Aamiin.

Maaf tiada gambar. Saya tidak tergamak melihat atau meletakkan gambar-gambar itu di sini. Hati saya hancur.

Isnin, Julai 14, 2014

Bibir Tanpa Zikir

Salam Ramadan...
Andai ada masa malam ini sudi-sudikanlah menonton drama ini ya.
Malam ini pukul 8.30 malam di Skrin TV9.

Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat kita megutip pengajaran sambil berhibur. Terima kasih.

Khamis, Julai 10, 2014

Doa Untuk Gaza...

Photo: Marilah kita amalkan doa ini utk Yahudi Zionis Laknatullah alaik. 
Sila SHARE

Darah dan tangis di bumi Palestin...

Ramadan 1435...

Bumi Palestin kembali bermandikan darah...
titisnya banjir ke jantungku
menenggelamkan keringatku
sendu akalku amukan hatiku tidak mampu mengerti!

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~