-->

Sabtu, November 22, 2014

Words dont come easy...

Dalam hidup kita harus bijak menggunakan kesempatan, bukan bijak mengambil kesempatan dengan memperkotak-katikkan orang.Sekali dua,tiga kali empat kali orang akan simpati. Tapi kalau tak sudah-sudah, orang akan menyampah!~

Tau tak apa yang paling hina? Talam dua muka!

Mungkin ada masanya kita betul dan orang lain salah. Tapi jika orang lain sentiasa salah, kita saja yang betul...siapa yang bendul?

Hidup jangan jadi baling-baling, kelak semua orang akan berpaling~

Ahad, November 16, 2014

Ini bukan taman...



Cntik?
Malangnya ini bukan taman tetapi laman yang telah lama saya tinggalkan...






Sabtu, November 15, 2014

Pesan Diri...


Begitukah? Begitulah! Apabila terlalu memberi, akhirnya kita tidak dipeduli.

Selasa, November 11, 2014

Wahai orang muda...

Kami sudah tua. Senjata, usaha dan kekuatan kami cumalah doa.Pada yang muda,lipatgandakanlah usaha.

Isnin, November 10, 2014

Ingatan buatmu...

Tinggikanlah lejang kamu setinggi mana yg kamu mahu. Namun jangan lupa. Andainya sekali lg kamu jatuh (saya sentiasa berdoa kamu akan tetap gagah melejang dan berlari), barangkali saya sudah tidak ada di situ untuk menyambut kamu sekali lagi.

Sabtu, November 08, 2014

Adab kata...

Cakap sekali, orang akan mengerti. Cakap ulang-ulang, orang jadi meradang.
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~