Khamis, Mei 29, 2008

Pergi ke tidak?

Maisarah...aku belum buat keputusan. Tawaran kau begitu mengujakan untuk ditolak. Tapi...aku masih perlu mempertimbangkannya. Kalau mengikutkan akal dangkal aku ni, sekarang juga aku berkemas dan mengikut kau ke sana! Aku memang rindukan kota suci itu. Aku ingin sangat ziarah ke sana sementara hayat aku ada. Kalau aku ikut kau tinggal di sana...tentu aku boleh mengerjakan umrah berapa kali pun yang aku suka kan? Alangkah!

Aku memang ingin 'melenyapkan' diri dari sini. Bukan putus asa, aku x pernah putus asa x kira apapun yg berlaku dlm hidupku.Cuma... aku dah cukup letih dengan semua ini. Mengapa asyik aku...aku aku...??? Mungkin ke aku ni diciptakan utk hanya mengambil tahu ttg org lain, prihatin terhadap org lain, membantu org lain, korban diri untuk org lain, semuanya org lain! Aku? Aku ni apa pula? Aku ni hanya robot, batu, kayu, konkrit?

Aku manusia Maisarah...xkan seumur hidup aku harus terkorban. X cukupkah apa yg telah aku berikan kepada mereka selama ini? Terlalu banyak impian yg telah kubunuh dan kukebumikan tanpa nisan demi mereka semua. X cukupkah itu? Apakah skrg mereka mahu membunuh jiwaku pula...sehingga aku mati kata-kata...mati rasa...mati jiwa??

Nota: Aku takkan izinkan mereka membunuh jiwaku Maisarah... tidak sama sekali!

7 ulasan:

1. aSSalamualaikum Mama..

*menaip comment ini sambil menangis*

Ma...

Kenapa agaknya entry-entry Mama kali ini begitu sedih?? Menangis hati saya membacanya Ma...

Saya minta maaf kalau ada kena mengena dengan saya ye Ma?? Mana tahu, kan? Saya terlanjur kata bual.. tersasar buah bicara dan sebagainya...

Loving you my Mama..

BalasPadam
2. Aku kenal kau dari zaman skolah lg Ct. Smpai skrg kau ttp x berubah. Hati kau, wajah kau, kasih syg kau.
Ingat x apa aku penah ckp dulu? Jgn jadi lilin, tp kau degil!
Cukuplah, usahlah korbankn apa2 lg. Aku xlarat tgk kau mcm ni. Org lain sumer dah ada khidupan msg2 tp cuba tgk diri kau, apa yg kau ada? Sudah2lah tu!
Tglkan sumer tu ikut aku! Kau akn tenang kat sana. Aku akn jaga kau. Kau masih ada aku. Ingat tu? Dulu masa aku jatuh,kau bgnkan aku. Skrg aku dah kuat berdiri. Kejayaan aku akn lebih bermakna kalau kau sahabat yg paling aku syg ada disisi.
Aku tunggu jwpn kau k?

BalasPadam
3. Ma.. terima kasih kerana menghilangkan gusar dihati saya...

Sungguh Ma... saya pernah mengatakan jangan lagi menjadi lilin.. sama macam apa yang Aunty Maisarah cakap ni. Think about it ya Ma??

To Aunty Maisarah,
please Aunty? Do something untuk melembutkan hari Mama saya ni... at least untuk kali ini Mama fikir dan utamakan kebahagiaan diri dia sendiri.

To Mama,
Ma.. saat Mama dapat msg ni, langkah kaki saya mungkin sudah menjejaki Myanmar. Sepatutnya saya pergi minggu depan but now, seems the sooner is the better la Ma..

Obviously.. there's something I wanted to share with you Ma.. tapi ermm.. some other time, perhaps?

Take care... I love you.

Salam dari anakmu yang kini jauh.

BalasPadam
4. rafikasastras to rindu leia jacinta:

Terima kasih kerana sudi menangis bersama mama anakku...tapi usahlah bersedih dgn nasib mama. Mama bukan merintih kehidupan mama...cuma sebagai manusia...mama
juga punya hati...punya rasa... adakalanya mama mengalami masa sukar... waktu lemah di mana mama harus luahkannya. Jika tidak mama akn menjadi lebih tertekan. Sekarang mama dah ok... usah risau ya nak ya?

Salam kasih sayang drpd mamamu...

BalasPadam
5. Kepada sahabatku Maisarah:
Menjadi lilin bukan pilihan aku Maisarah... kau pun tau kan? Ia adalah tanggung jawab. Aku harus memikul tanggung jawab yg di tinggalkan oleh mereka2 yg tak mahu memikul tanggung jawab mereka. Kalau bukan aku siapa lagi?

Bukan aku yg membuat pilihan ini Maisarah. Bukan aku! Mungkin silap aku juga. Aku terlalu leka dgn tanggung jawab sampai aku terlupa masa berlalu begitu pantas... yg kecil dah dewasa... Semuanya macam mimpi. Bila aku tersedar...bila aku tgk wajah aku kat cermin...bila aku nampak uban di kepala, baru aku sedar yg aku dah semakin tua :-) Tp aku tetap ada impian Maisarah... dan aku sdg berusaha melaksanakan impian itu

Aku syg kau Maisarah...

BalasPadam
6. Untuk anakku Rindu Leia Jacinta:

Ya sayang...mama sedang memikir dan menimbangkan pelawaan aunty Maisarahmu itu anakku.

Selamat berbakti anakku...mama bangga dengan apa yg anak mama sdg lakukan. Ingat... setiap perjalanan Rindu sentiasa dalam doa dan ingatan mama.

Rindu tau kan yg mama sedia berkongsi apa saja dgn Rindu? Mama tunggu Rindu pulang..nanti kita leh share apa yg ada dalam hati Rindu tu ya nak ya?

Anak mama jaga diri tau... I love u too anakku

Salam rindu penuh kasih sayang drpd mama.

BalasPadam

Tulis je la apa nak tulis :p

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~