Terharu saya apabila menyedari bahawa entri doa harilahir saya ramai yang membaca lalu ingin berkongsi doa tersebut di blog masing-masing. Secara peribadi tulus dari hati...silakanlah. Bukankah berbagi doa dan saling berkongsi perasaan dan kesedaran itu tidak mendatangkan sebarang kerugian.
Doa itu sesungguhnya doa yang datang tulus dari lubuk hati saya, yang menggerakkan jari untuk menzahirkan lewat perkataan. Saya menulis dengan penuh rasa terharu, insaf serta beriring deraian airmata. Oleh kerana blog saya ini merupakan blog peribadi dan saya agak kekurangan masa untuk saling berkomunikasi dengan bloggers yang lain, saya tidak menyangka rupa-rupanya banyak ulasan dan permintaan untuk berkongsi doa tersebut.
Kepada mereka yang pernah meminta copy paste doa tersebut, saya memohon maaf kalau saya tidak respon kepada permintaan anda. Oleh kerana entri tersebut entri lama, saya agak terlepas pandang pada komen serta respon yang saya terima. Namun di sini saya dengan ikhlas memberikan keizinan kepada sesiapa saja yang ingin berkongsi doa tersebut selagi tiada yang mengakui bahawa doa itu adalah doa mereka sendiri. Dan sekiranya sudi, berilah sedikit penghargaan dengan mentag blog saya ini di mana doa itu diambil. Bukan untuk bermegah...sekadar untuk mempertahankan keaslian doa tersebut. Ini cumalah permintaan, bukan paksaan :) Terima kasih.
Terima kasih atas respon anda semua. Yang indah semuanya dari Allah. Saya hanyalah sekadar hambaNya yang hina. Wassalam.
Terima kasih Rafikasastras. Saya copy doa hari lahir dan kongsikan dgn sahabat baik saya sempena hari lahirnya hari ni.
BalasPadamMemang terharu membacanya.