-->

Isnin, Mac 21, 2011

Adakah Kita Kisah?

Kita selalu lupa pada tangan yang memberi ketika kita susah, lupa pada kasih-sayang yang dicurahkan ketika kita gundah. Lupa pada doa yang selalu mengiringi kita ketika dilanda musibah. Lupa pada keikhlasan yang mengiringi setiap jejak dan langkah. Di manakah kita ketika orang itu sedang getir menunggu rebah? Tanyalah diri kita sejujurnya, adakah kita kisah?

Catitan: Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri...usahlah menjadi orang yang tak sedar diri dan tak mengenang budi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis je la apa nak tulis :p

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~