Tapinya saya masih jarang mendengar lagu kerana sibuk dengan tugasan saya. Saya ini jenis yang tidak suka menulis sambil mendengar lagu. Memang tabiat saya dari dulu. Jika menulis sambil mendengar lagu, saya tidak mampu konsentrasi.
Tadi sambil mencari bahan saya rewang-rewang ke blog kenalan kemudian singgah menjengah blog anakanda saya. Lagu dalam blognya itu memang akrab pada telinga saya. Sering saya dengar di TV. Namun apa yang menarik, baru hari ini saya perasan betapa puitisnya lagu ini. Liriknya begitu kena dengan melodi sekaligus saya mengerti mengapa dia memilih lagu ini untuk blognya.Anakanda saya menggabungkan dua bunga lagu sebagai latar blognya. Gabungan lagu D'Massive, Rindu Setengah Mati dengan lagu Hafiz, Masih jelas...cukup menggambarkan keseluruhan perasaannya. Tersentuh naluri keibuan saya.
Rindu Setengah Mati
Aku ingin engkau ada di sini
Menemaniku saat sepi
Menemaniku saat gundah
Berat hidup ini tanpa dirimu
Ku hanya mencintai kamu
Ku hanya memiliki kamu
Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu setengah mati
Meski t’lah lama kita tak bertemu
Ku slalu memimpikan kamu
Ku tak bisa hidup tanpamu
Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Ku tak bisa hidup tanpamu
Aku rindu
Lagu ini adalah lagu tema sinetron kegemaran kakak saya, Kejora dan Bintang. Setiap kali menonton sinetron itu saya harus selalu menenangkan dia kerana dia terlalu beremosi. Marah-marah pada watak baik yang 'bangang' dan lurus bendul yang mudah diperkotak-katikkan oleh watak jahat. Sakit hati pada watak jahat yang sentiasa saja menang.Sehinggalah kepada perkara-perkara remeh yang tidak logik dan menyakitkan hati apabila menontonnya :)
Masih Jelas - Hafiz
Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi, dikau pergi
Penjara, hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda, yang dilanda kehilangan
Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku
Ratib sendu
Bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranamu, keranaku dipisahkan
Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku
Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku
Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat ku masih ada
Kau bertakhta di hatiku
Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi, dikau pergi
Dikau pergi
Lagu: Aidit Alfian (Indah Karya Publishing (M) Sdn Bhd)
Lirik: Ad Samad (Fighting Poet Sdn Bhd, S/P Luncai Emas Sdn Bhd)
Catitan: Pujian saya kepada Aidit Alfian dan Ad Samad kerana menghasilkan karya yang indah ini.Ya... tersentuh jiwa...teringat zaman muda :p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tulis je la apa nak tulis :p