-->

Jumaat, April 01, 2011

Diam dan bimbang...


Sudah hampir tiga minggu anakanda saya di sana membisu. Saya menjadi sangat bimbang. Sapaan di google talk tidak bersambut. Emel saya tidak dibalas. Blognya sudah hampir sebulan tidak dikemaskini. Semakin terukkah keadaannya? Bertahanlah anakku selagi mampu! Teringat mimpi-mimpi saya tentang dia. Tidak tidak tidak! Saya tidak mahu memikirkannya. Lalu airmata saya...

Saya menanti khabar dari adik dan kakaknya... 'dia' telah berjanji, kalau ada apa-apa terjadi pada dirinya, 'dia' telah berpesan kepada mereka bahawa saya adalah antara orang terpenting yang akan diberitahu tentang...

Tapi bukan itu yang saya mahu. Saya mahu di sembuh! Tuhanku...dengarkanlah doa hambaMu...

Catitan: Saya berdoa setiap hari untuknya...setiap hari! Bahkan kebelakangan ini hampir setiap masa doa itu dibibir saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis je la apa nak tulis :p

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~