-->

Isnin, Julai 04, 2011

Selamatkah anak-anak kita?

Anak-anak Kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
di bawah mentari sumbing
sambil bernyanyi lagu
ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
kesilapan kita
hingga dia tak kenal
budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
di hutan belukar
dengan senapang kayu ubi cambah
tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
dan berpistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita, kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
ayah nak ajar tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir...
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu?
Fikir...
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu?
Fikir...
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu?
Fikir...
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu?
Fikir...
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu?
Fikir...
Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu?

Lagu: M.Nasir
Lirik: Loloq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis je la apa nak tulis :p

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~