Jawapannya mudah saja! Sibuk beraya! Hehehe. Sebenarnya selepas raya ni saya tidak begitu sihat. Barangkali kesan daripada letih berpuasa, letih berkemas serta resdung yang menggila adalah jawapan kepada segala-galanya.
Walau apapun alhamdulillah...saya masih disini. Sedang berusaha menghabiskan 3 hari puasa enam yang masih berbaki ketika Syawal semakin hampir ke penghujungnya.
Syawal kali ini terasa lebih bermakna kerana keluarga sudah kembali bersatu. Semoga ia berpanjangan meskipun memaafkan itu tidak semudah ucapan. Dunia hanya persinggahan sementara. Esok lusa pasti akan kita tinggalkan jua. Jadi apalah sangat segala selingkuh rasa hendak di panjang-panjangkan? Maafkan saja! Selebihnya jika masih ada yang terbuku, simpan saja di hati untuk kembali diingati ketika sunyi :) Redha dan ikhlaskan hati pada segalanya.
Mood raya saya? Biasa biasa saja. Baju raya? Sehelai jubah sponsor. Kenapa sehelai sahaja padahal saya diberi kesempatan memilih beberapa helai? Kerana saya terbayang baju kurung satu almari yang rata-rata setiap satunya hanya dipakai dan digayakan sekali dua. Saya rasa . bersalah jika saya masih tamak membeli lagi-lagi tidak menggunakan duit sendiri.
Persiapan raya? Alakadar sahaja. Langsir masih yang lama. Sarung kusyen masih tahun lepas punya. tikar getah masih yang tiga tahun lalu. Hanya peti sejuk saja yang baru. Itu juga di sponsor. Hehehe. Alhamdulillah! Kuih raya? Tunjuk saja semuanya.
Makanan? Pada hari mantai kami merendang 10 kilo daging segar beserta hati, limpa segala. Limabelas ekor rendang ayam. Lima kilo sup tulang (tapi bayak daging pejal). Banyak sangat? Tidak. sudah menjadi tradisi semenjak arwah mak masih ada, lauk pauk tersebut akan di agih-agihkan serba sedikit kepada sepupu sepapat, dibekalkan kepada para mertua dan sebagainya.
Juadah berat hari pertama selain kuih muih adalah ketupat dan rendang. Hari kedua sate ayam dan sate daging. Enam ekor ayam dan beberapa kilo daging segar. Hari ketiga mee goreng sahaja. Hari-hari seterusnya saya tak ingat. Hikhik.
Rasa kehilangan? Sudah tentu! Pakar mengusik yang selalu membuat saya tersenyum dan tertawa kecil meskipun cuma lewat smsnya telah tiada. (Kamu tetap segar dalam memori mama anakku! Hari lahirmu beberapa hari sebelum Syawal menyiat sebak meruntun jiwa bonda. Semoga kamu tenang di sana.)
Saya tak banyak berfoto pada Hari Raya tahun ini. Mengapa? Kerana wajah saya lebam dibakar matahari. Kecomelan saya terjejas kerana berhari-hari mengemas sekeliling rumah yang sudah sebulan tidak dijengah :p
Hmm saya perlu bersahur. Skrip yang sudah separuh jalan masih terbengkalai. Semoga Allah melimpahkan ilham selepas subuh nanti agar saya mampu menyudahkannya dalam minggu ini juga sebelum bermula dengan tugasan yang baru. Mudah-mudahan impian bercuti sakan pada cuti sekolah nanti akan kesampaian. Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tulis je la apa nak tulis :p