-->

Isnin, Oktober 31, 2011

Kepercayaan...

Mengapa manusia sering terdorong untuk mempercayai 'orang lain', mempercayai 'kawan' pada 'kawan' atas 'kawan' melebihi daripada kepercayaan kepada adik beradik dan keluarga sendiri? Pabila dinasihati tidak mahu didengari. Bila diajak berkongsi macam-macam alasan diberi. Kalau dengan 'orang lain' amat pemurah. Apa saja, berapa saja, wang atau harta sanggup dikorbannya semua. Dengan adik-beradik semua berkira...penuh rahsia.Bila ditegur hendak meng'garang' saja!

Akhirnya...?

Bila dah terkayu, siapa yang busuk siapa yang wangi? ke mana hendak berpaling kalau bukan adik-beradik dan saudara sendiri?

Sampai bila cerita lama akan terus berulang? Sampai bila tidak mahu belajar daripada kesilapan? Ketika ada wang memang 'langau' berterbangan. Bila bau wang itu hilang, bukan kata langau, nyamuk pun tak sudi nak hinggap!

Salah siapa? Ke mana perginya bijaksana? Sekali terkena tak mengapa... dua kali, waspadalah...kalau kali ke tiga dan seterusnya...? Usah tuding jari pada orang. Mungkin sudah sampai masanya untuk muhasabah diri. Jangan cari silap orang. Carilah salah sendiri!

Saya?

Saya sudah letih dan saya ada kehidupan saya sendiri. Lagi pun...siapalah saya di mata kalian semua?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis je la apa nak tulis :p

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~