-->

Jumaat, Januari 27, 2012

Gay Tourism...

TEL AVIV, 25 Jan - Gerakan kempen 'Gay Tourism' yang dilancarkan sejak dari Julai 2010 telah menjadikan ibu negara Israel ini sebegai hub terbesar bagi golongan homoseksual di mana pasangan gay boleh bergerak bebas dan berkucupan dikhalayak ramai. Kempen penjenaam yang dijalankan disokong dan dibantu dengan bantuan dana oleh kerajaan agar Tel Aviv muncul sebagai destinasi utama bagi pelancongan golongan homoseksual di Asia Barat.

Kerajaan Tel Aviv memperuntukkan kira-kira USD100,000 (RM310,000) sebagai bajet pemasaran antarabangsa bagi menjalankan kempen pelancongan gay ini secara agresif. Pegawai kerajaan menganggarkan ketibaan berpuluh ribu pelancong gay di Israel dalam melonjakkan lagi pendapatan melalui sektor pelancongan. Pegawai Kementerian Pelancongan, Pini Shani menyifatkan pelancong gay berpotensi besar dalam mempromosikan Israel sebagai hub terbesar golongan homoseksual dan melantik pelancong ini sebagai duta muhibbah bagi Israel.

"Kami cuba mewujudkan model keterbukaan, toleransi dan pluralisme melalui kempen ini," kata Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai.http://www.klpos.com/luar-negara/2387-israel-kini-hub-terbesar-golongan-homoseksual.

Salin tampal dari: http://azlishukri.blogspot.com/

Catatan: Nauzubillah min zalik ~Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami)~

Sabtu, Januari 21, 2012

Selamat Jalan Izwan Pilus...

Usia bagai musim...menarik lembarnya semakin memanjang
pasti akan sampai ke lembaran terakhir...
Saya...awak...kita...mereka?
Sebentar lagi...malam ini...esok atau lusa
bebola usia tertutup atau terbuka...
bebenang usia panjang pendeknya
terpulang kepada Allah untuk memutar kunci atau memutuskan benangnya.
Usia adalah hak mutlak Allah sepenuhnya.
Astaghfirullah!

Catitan: Selamat jalan Izwan Pilus, anak seni yang tulus. Semoga Allah meletakkan anda di tempat yang sebaik-baiknya. Al - Fatehah.

Ahad, Januari 15, 2012

Hujan

Lebat hujan malam minggu
menghambat dendam rinduku padamu...

Jumaat, Januari 13, 2012

Kau dan Sahabat...

Pada siapa kamu mengadu ketika susah?
Dengan siapa pula kamu ketawa ketika senang?
Kemana kamu meninggalkan sahabat kamu yang tidak meminta dibalas budinya itu
setelah kamu terlepas dari neraka kepayahan?
Ke lembah mana kamu campakkan maruah dan rasa malumu
memperlakukan sahabatmu begitu?
Dia bukan menagih hutang puji puja atau ucapan terima kasih
Dia hanya ingin terus menggenggam tulus 'persahabatan' dulu.
Mengapakah kamu sekejam itu?

Khamis, Januari 12, 2012

Saya tidak ke mana-mana...

Saya ada di sini jika anda memerlukan saya. Tapi jika kewujudan saya tidak lagi anda perlukan...tidak mengapa. Cuma...jangan pula anda menyangka saya sudah melupakan atau menyisihkan anda. Saya tetap saya. Saya tidak akan melepaskan kasih sayang saya begitu saja. Ia akan kekal ke akhir hayat saya. Salam kasih salam rindu untuk anak-anak di mana saja anda berada.

Isnin, Januari 09, 2012

Tolonglah!

Usahlah mempergunakan kebaikan orang untuk menjadi manusia yang tak berguna!

Ahad, Januari 08, 2012

Cinta...

Jika kita terlalu bergantung kepada cinta 'manusia' kita akan menjadi 'manusia' yang kecewa. Jika kita meletakkanlah cinta kepada Allah melebihi cinta yang lain, insyaallah kita akan menjadi insan yang redho dan pasrah :)

Bukan...

Bukan melupakan...cuma tidak mahu mengingati...
bukan tidak mahu berjanji...bimbang akan dikianati...
kerana setiap kata janji akan ditagih di akhirat nanti!

Jumaat, Januari 06, 2012

Berbaik Sangka...

Belajarlah berbaik sangka kerana berburuk sangka akan membunuh silaturrahim sesama kita.

Khamis, Januari 05, 2012

Musim Sunyi...

Telah tiba musim sunyi
pabila rama-rama tidak lagi menari
cengekerik lupa pada gemersik lagu sendiri
belalang tidak peduli ranumnya beratus tangkai padi
kucing belaan tidak jumpa lorong pulang kanan atau kiri
ayam itik tidak mahu lagi menghuni reban yang penuh tahi
lembu kerbau pula bencikan kandang yang ditumpangi kelinci

Telah tiba musim sepi
pabila angin pegunkan diri
burung tidak bernyanyi lagi
matahari segan munculkan diri
bulan merajuk bersembunyi

Musim senyap kembali menyanyi
melagukan bait-bait patah hati
pabila kekasih yang pergi tidak kembali
sehingga usai musim semi...





Rabu, Januari 04, 2012

Rating 1 juta

Penerbit baru saja menelefon saya. Katanya rating telemovie Ku Hijrahkan Doa mencecah 1 juta. Alhamdulillah. Dia juga inginkan satu lagi karya dalam kadar yang segera. Alhamdulillah tidak terhingga. Syukurku kepadaMu Ya Allah.

Jatuh cinta...

Aku tidak mampu jatuh cinta
pada lelaki yang lebih mencintai harta
lebih mencintai kereta
lebih mencintai rumahnya
lebih mencintai berpoya-poya
lebih mencintai egonya
lebih mencintai dirinya
lebih mencintai dunia
lebih daripada mencintai Penciptanya!

Cuti Sekolah Telah Berakhir...

Cuti sekolah telah berakhir. Semua sudah kembali kepada sediakala. Saya sudah mula merindui'nya'. Gelak tawa, kenakalan dan usikannya, sikap dan keperibadiannya amat menangkap sukma 'keibuan' saya :) Mudah-mudahan bertemu lagi di cuti yang akan datang ya nak ya? :)

Selasa, Januari 03, 2012

Saat Bahagia...

Nikmatilah kebahagiaan ini...
kerana suatu hari ia akan pasti berlalu...
nikmatilah semahumu semahuku...
sebelum sampai ketikanya kau dan aku akan
sama-sama merintih merindui saat ini...

Isnin, Januari 02, 2012

Sempurna...

Menjadi 'sempurna'
sama payahnya seperti mencari 'sempurna'
di bumi Allah ini tiada satu pun makhluk yang 'sempurna'
Mulai detik ini berhentilah bermimpi tentang 'sempurna'
kerna 'kesempurnaan' hak milik Allah semata-mata.

Ahad, Januari 01, 2012

Selamat Tahun Baru Masihi...

Saya tidak lagi menyambut tahun baru Masihi. Telah saya hijrahkan segala hasrat dan keinginan ketika tahun baru Hijrah 1433 membuka pintunya pada 27 November 2011 yang lalu sehingga lahirnya Ku Hijrahkan Doa yang telah bersiaran di tv9 pada 28 Disember yang berjaya menggetar jiwa dan perasaan. Terima kasih Ya Allah. Ilham itu datang dariMu...tidak ada walau sedebu pun datangnya dariku.
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~