-->

Ahad, September 30, 2012

9 hari berlalu...

Manusia yang sorang ni kan...kalau nakkan sesuatu nak cepat nak cepat. Cepat sikit kak, saya nak pakai cepat. Tapi masa nak bayar nak lambat, lambat lagi...lambat lagi! Haaaa...yang ni akak bagi lambat sikit! Nak cepat, bayar yang lama tu dulu!Apa kamu rasa? Huhuhu.

Jumaat, September 28, 2012

Jemari ini...

Jemari ini kini telah kian lembut dan halus
Lengan ini amat licin dan mulus
Kuku ini amat cantik tanpa garis-garis halus
Pipi ini kian cerah dan gebu tanpa kabus

Lalu...
saya menjadi rindu pada jari jemari yang ada sedikit kesan luka
pada lengan yang tertoreh duri-duri dari pohon bunga kertas yang berbisa
kuku-kuku yang sedikit terkopak ketika menanam lada
pada wajah sedikit gelap disapa terik matahari tengahari buta

Kerana lazimnya wanita kampung ini
akan tetap merindui telapak tinggalnya
walau di manapun dia berada... :)

Khamis, September 27, 2012

Bahagia...

Bahagia adalah sesuatu yang harus dicari, bukan dinanti. Namun definasi bahagia itu berbeza-beza bagi setiap manusia. Bahagia bukan terletak pada orang, pada benda...tetapi pada diri, hati dan jiwa kita sendiri. Usah terlalu kalut dengan persoalan hidup  kerana sampai mati kekalutan akan sentiasa wujud. Apabila hati   tekun mencari dan menemui redha lalu pasrah menerima, bahagia dan tenteram itu akan datang begitu saja. Insyaallah :)

Rabu, September 26, 2012

Teman Pengganti....

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Lagu ini indah. Meskipun intronya sebiji dengan melodi lagu lama "Hati
Seorang Kekasih nyanyian Noorkumalasari


Namun bagi saya sedikit persamaan itu tidak menjadi salah dan tidak menyalahi hukum muzik. Lagu Noorkumalasari memang syahdu namun lagu Teman Pengganti Black ft Malique ini berjaya menangkap hingga ke kalbu :)

Sabtu, September 22, 2012

22 September...

Hari ini genap enam tahun Bonda bersemayam di alam baqa.Semoga liang kuburmu lapang dan terang Bonda.Anakanda akan sentiasa merindui Bonda. Akan sentiasa mendoakan Bonda. Anakanda amat mencintaimu. Bonda berikan kami kasih sejati sehingga ke akhir hayat Bonda. Al Fatehah buatmu wahai Bonda tercinta!

Jumaat, September 21, 2012

Rindu...

Kehidupan di sini amat selesa dan mudah
tidak ada sebab untuk merasa gelisah
Namun hati dan jiwa sering meruntun
merindui kicau burung dan haruman rerumputan dan dedaun di kampung...

Selasa, September 04, 2012

Kasih sayang ayah dan anak...


Suatu hari, seorang ayah balik dari kerjanya. Hari yang ke-29 Ramadhan. Ayah seorang penarik beca. Cepat-cepat dia membuka sepatunya apabila melihat raut wajah anaknya di pintu. Senyuman terukir di bibir anaknya.

Anaknya yang berusia 8 tahun siap sedia menanti di pintu. Itulah rutin anak perempuannya yang seorang itu. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.

Anak: "Assalamualaikum..mari adik tolong letakkan kasut ayah dirak.." (sambil tangan kecilnya memaut lembut tangan ayahnya)

Ayah: "Waalaikumsalam..terima kasih. Comel anak ayah ni. Mari duduk sebelah ayah. Ayah nak berikan sesuatu."

Anak kecil itu duduk bersimpuh sebelah ayahnya. Ternanti- nanti apakah yang hendak diberikan oleh ayahnya. Ditatap wajah ayahnya. Wajah tua yang berada di hujung usia - 60 an. Nampak garis-garis kedutan, dengan kesan peluh keringat membasahi tepi dahi ke leher ayahnya. Cengkung pipi ayahnya. Cepat-cepat si anak kecil itu lapkan peluh ayahnya dengan lengan baju yang dipakainya. Ayah tersenyum selesa dengan reaksi anaknya.

Ayah: "Nah..ini untuk kamu. RM100. Hadiah kerana kamu berjaya khatam al-Quran sepanjang Ramadhan ini. Ini ayahkumpul sepanjang bulan puasa ini. Ayah cuma mampu berikan sebanyak ini, namun ayah percaya Allah pasti berikan lebih banyak untuk kamu. Kenapa Allah bagi banyak? Satu,sebab kamu rajin. Dua, sebab kamu comel sangat. :) "

Anak kecil itu tidak menerima huluran wang ayahnya. Diameminta izin masuk ke rumah sekejap untuk mengambilsesuatu. Kemudian datang tergesa-gesa menghadap ayahnya kembali dengan sesuatu di tangannya. Sepasang kasut.

Anak: "Ayah, ini untuk ayah. Selama 3 bulan saya kumpulkansebahagian besar duit makan yang ayah berikan setiap hari.Ini je termampu saya belikan untuk ayah. Kasut ayah tadi dah berlubang dan koyak. Kaki ayah luka-luka. Tapak kakiayah melecet-lecet. Terimalah ayah. Hadiah kecil dari saya."

Si ayah sebak. Menahan titisan air mata di kelopaknya.

Anak: "Ayah tak perlu berikan hadiah wang sebanyak itu.Wang itu simpanlah untuk kegunaan kita sekeluarga. Bagi saya, ayah adalah hadiah yang terbaik pernah saya ada. Ayah hadiah terbesar yang Allah bagi pada saya. Saya dah bersyukur adanya ayah."

Si kecil memeluk lembut tubuh ayahnya. Si ayah tidak mampu lagi menahan air mata yg bertakung. Akhirnya menitis jua dari sepasang mata yang uzur.

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~