-->

Rabu, November 14, 2012

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.

"Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Semoga Allah limpahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah, Dikaulah Tuhan Yang Kekal Abadi, Yang Maha Qadim (sedia ada) lagi Maha Memulakan. Demi KelebihanMu yang amat banyak dan KemurahanMu yang melimpah-ruah, kini telah datang tahun baru yang muncul dihadapanku.

Daku memohon pemeliharaanMu disepanjang tahun baru ini  ini daripada tipu daya syaitan yang direjam, para pembantu dan bala tenteranya. Daku memohon pertolonganMu mengalahkan hawa nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan, dan daku juga memohon pertolonganMu dalam usaha mendekatkan diriku kepadaMu. 

Wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan! Wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Selawat Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, Nabi yang 'ummi' dan ke atas ahli keluarga serta para sahabatnya kesejahteraan. Dengan RahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Perkenankanlah!"

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Sesiapa yang membaca doa ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun mendatang. Insyaallah!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis je la apa nak tulis :p

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~