-->

Rabu, Disember 11, 2013

Kiranya Kau Mendengar Tika Ini...

http://www.youtube.com/watch?v=naV0YghHaA0&list=PL2B9703546DFB616B

Kau tiada mendengar tika ini aku tahu...
Pergimu bersama seruan laung-laungan suci
Dipayungi rintik-rintik air mata
Membasahi tanah di pusara...

Selasa, Disember 10, 2013

Madah Terakhir ...

Mendengar lagu ini sayu-sayup berkumandang, terkenang zaman silam ketika masih kecil. Ketika itu lagu ini begitu menangkap di jiwa. Berpuluh tahun telah berlalu namun lagu ini tetap menangkap sayu menghimbau saat lalu ketika senja menjelang  diiringi bunyi taktibau menandakan waktu maghrib sudah diambang.

Jika terdengar suara azan
Bergema sayu menjelang pagi
Dalam irama ku kirim pesan
Sebagai tanda aku dah pergi

Jangan ditanya sebab kerena
Mengapa aku pergi menghindar
Dari kau dekat tapi merana
Elok ku jauh tinggal mendengar

( korus )
Biarlah aku pergi dahulu
Tidak tertahan lagi derita
Semoga yang tinggal senyum selalu
Yang pergi hilang lenyap berita

Bila kelak daku terkenang
Ku tatap bintang di malam kelam
Bila tak sanggup daku berenang
Ku relakan diri hanyut tenggelam

Khamis, November 28, 2013

Bibir Tanpa Zikir...


BORAK LOKASI: BERDAKWAH MENERUSI DRAMA

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Berbanding orang lain, pengarah dan pelakon Khir Mohd Noor agak jarang mengarah drama iaitu kira-kira enam telefilem setahun. Selain sibuk menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Persatuan Pekerja Filem Malaysia (Profima), Khir bukan jenis yang suka memanjat tangga syarikat produksi untuk meminta ‘job’.
Baginya, rezeki ada di mana-mana dan dia berbesar hati sekiranya penerbit menawarkan peluang itu berdasarkan kemampuannya. Justeru, apabila diberi kepercayaan me­ngarahkan telefilem Bibir Tanpa Zikir, dia yang pernah menimba pengalaman dari bawah sebagai pe­ngurus produksi, cuba menghasilkan­nya agar menjadi sebuah garapan terbaik. 
“Peluang mula dibuka oleh Kuasatek Pic­tures Sdn Bhd sehinggalah saya menimba pengalaman luas dalam bidang pengarahan. Sekarang peluang diterima daripada Enuja Production Sdn Bhd pula sejak dua tahun lalu. Termasuk telefilem ini, saya sudah empat kali bekerjasama dengan mereka. 

“Semua drama ini bergenre berat dan ini antara yang digemari saya. Apatah lagi saya suka buat drama berat yang ada elemen Islamik di dalamnya. Berdakwah tak semesti­nya menerusi ceramah. Cara orang seni berdakwah ialah menerusi penceritaan. Orang yang buat keburukan akan menerima pembalasan terhadap perkara yang dilakukannya,” katanya di lokasi penggambaran di sebuah hotel bajet di Prima Sri Gombak, baru-baru ini.

Menurutnya, jalan cerita Bibir Tanpa Zikir yang bagus memudahkan dia menterjemahkan idea untuk memasukkan elemen-elemen Islamik yang difikirkan perlu. Bagaimanapun ia dibuat menerusi perbincangan bersama de­ngan penerbit dan semua yang terbabit dalam telefilem ini.

“Skrip­nya membawa mesej berguna mengenai se­orang isteri yang derhaka kepada suami­nya yang juga se­orang mu­alaf. Saya tahu kehendak skrip dan perlu tokok tambah mana-mana babak yang sesuai. Ini boleh menimbulkan tarikan untuk penonton mengikuti drama ini. 

“Dalam pada itu saya dibantu oleh penampilan pelakon yang bagus ia­itu Lisda, Adam Corrie dan Normah Damanhuri yang berlakon. Pelakon yang bagus akan memberikan hasil yang bagus. Malah mereka akan bagi lebih lagi. Secara tak langsung ini akan mencantikkan lagi hasil telefilem ini. Kalau barisan pelakon tak kuat pula, saya bertang­gungjawab menjadikan mereka lebih baik,” kata­nya. 

Secara kebetulan, peng­gambaran yang baru memakan masa dua hari itu ketika itu berdepan masalah yang tidak dijangka. Pelakon wanita asal yang memegang watak utama menarik diri secara mengejut sebelum digantikan oleh Lisdawati. Bagi Khir segala yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. 

“Saya anggap ini adalah masalah yang sinonim terjadi dalam pembikinan telefilem. Ada pelakon yang tak yakin dengan diri sendiri dan akhirnya bertindak tinggalkan set. Syukur kerana Lisda yang menggantikan tempatnya bukan calang-calang pelakon. Dia dapat menggalas tanggung­jawab dengan baik biarpun menerima tawaran pada saat akhir. 

“Disebabkan masalah ini, kami terpaksa buat penggambaran semula sebanyak 25 peratus. Tak dinafikan ini agak menyusahkan tapi sebagai pengarah saya kenalah selesaikan masalah dan bukannya mencetuskan lagi masalah. Saya kena bertindak sebagai kapten yang baik. 

“Penggambaran yang sepatutnya memakan masa selama enam hari juga terpaksa ditambah menjadikannya sepuluh hari tapi saya beruntung kerana kru-kru yang sepatutnya sudah ambil ‘job’ lain masih setia untuk menghabiskan projek ini. Cuma, saya anggap pelakon yang buat hal begini tak boleh pergi jauh dalam kariernya,” katanya. 

Khir berbangga kerana setiap telefilem arahannya berjaya dicalonkan dalam majlis anugerah, tetapi tidak bernasib baik untuk menang. Namun dia berbangga kerana sekurang-kurang­nya hasil kerjanya membuka mata penggiat industri seni tempatan. 


“Seperti yang saya kata tadi, setiap kali mengarah saya akan buat yang terbaik. Paling penting kualiti produk mesti ada dan mesej­nya perlu sampai kepada penonton. Saya suka dengar orang bercakap mengenai cerita arahan saya lebih-lebih lagi orang kampung. 

“Saya pernah masuk kampung dan de­ngar orang bercerita me­ngenai telefilem arahan saya, sedangkan mereka tak kenal saya. Ini sudah cukup memberikan kepuasan. Selalunya inti pati telefilem yang disentuh biasa berlaku dalam masyarakat bandar kerana di kampung jarang berlaku. Kes-kes begini kebanyakannya berlaku di bandar,” katanya. 

Penerbitnya Zainuddin Mohd Ismail berkata, dia cuba me­ngutarakan kisah mualaf kerana jarang diangkat dalam drama tempatan. Bagaimanapun kelainan ditampilkan apabila mualaf ini berdepan ujian akibat sikap isterinya yang melanggar hukum agama. 

“Wanita ini berkahwin dengan mualaf untuk lari dari kongkongan keluarga. Apabila bebas daripada keluarga dia terus hidup dalam dunia sosial dan mengabaikan suaminya yang sepatutnya diberi bimbingan. Namun si suami sangat kuat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan sabar berdepan kerenah isterinya. 

“Cerita ini sememangnya bawa pengajaran dan mesej kepada masyarakat. Elemen di dalam­nya pernah berlaku dalam realiti kehidupan sebenar. Saya agak terkilan kerana pernah rancang nak berikan watak ibu kepada Maimon Mutalib. Namun apakan daya dia pergi mening­galkan kita sebelum peng­gambaran dimulakan. 

“Syukur kerana kak Normah sudi menggantikan tempat arwah. Biarpun kak Normah sibuk dengan penggambaran lain, dia tetap sudi meluangkan masa kerana sudah lama kenal saya,” katanya. 


Amira persenda agama 

Bibir Tanpa Zikir mengisahkan mengenai seorang wanita bernama Amira. Ibu bapanya Hawa dan Osman tergolong dalam golongan alim. Sejak kecil Amira dan abangnya Hi­syam dididik menunaikan solat dan asas agama yang baik. 

Bagaimanapun ketika meningkat remaja Amira mula memberontak. Ini disebabkan sikap ibu bapanya yang terlalu memaksa dalam urusan membabitkan agama. 

Sikap mereka juga keras kerana apabila dia liat bangun menunaikan solat Subuh, ibunya akan memaki hamun dan memukul kepalanya dengan bantal. Rumah mereka akan bising dengan suara ibunya yang lantang mengejutkan mereka setiap pagi. Ini sekaligus membuatkan dia benci dan bersolat hanya kerana terpaksa. 

Sebaik tamat pengajian, Amira berkahwin dengan kawan abangnya, Bakhtiar Lim Abdullah, seorang mu­alaf yang berasal dari keluarga berada. Bakhtiar menganggap perkahwinan ini atas dasar agama dan cinta, manakala Amira pula mengang­gapnya sebagai jalan untuk melarikan diri daripada kongkongan keluarga. 

Dia menyangka suami mualafnya itu boleh dipandang remeh dan boleh diperkotak-katikkan. Amira sering menipu suaminya dan apabila bekerja pergaulan­nya semakin meluas. Dia lebih suka berkawan dengan rakan-rakan yang terlebih bersosial. Dia hanya akan bertudung di depan suami dan keluarganya dan apabila bertemu rakan-rakan tudung akan dibuka. 

Amira semakin hanyut dalam dosa dan kepura-puraannya. Dia lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah bersukaria dengan kawan-kawannya. Amira juga bermewah dengan pemberian suaminya dan sudah pandai meninggikan diri. Paling drastik dia berani membuka terus tudung yang dipakainya. 

Setiap teguran suami dan keluarga sudah tidak dihiraukan lagi. Setiap kali dinasihatkan mengenai agama, dia akan mengejek dan mentertawakan mereka. Bahkan dia juga lantang mengkritik bunyi azan yang berkumandang. Tahap paling kronik, dia terjebak dengan zina dan minuman keras. Sering bertukar-tukar pasangan tidak kira tua muda atau bangsa. 

Nafsu terhadap suaminya juga tertutup sama sekali. Namun Bakhtiar sentiasa mengalah dan berbaik sangka dengan menganggap semua itu adalah ujian Allah SWT untuk menduga kesabaran dan keimanannya. Dia tidak jemu berdoa agar isterinya kembali ke pangkal jalan. 


PROFIL PRODUKSI: 

Telefilem: Bibir Tanpa Zikir 
Penerbit: Zainuddin Mohd Ismail 
Penerbit Eksekutif: Mohd Ismail Hassan Ali & Rahmathun Nisa Abdul Wahab 
Terbitan: Enuja Production Sdn Bhd 
Pengarah: Khir Mohd Noor 
Penolong Pengarah: Fakhry Amin 
Penulis Skrip: Siti Rohaya Abu Samah 
Pengurus Produksi: Adiex 5zal 
Penolong Pengurus Produksi: Yusnita Yusof 
Jurukamera: Botuck Fairuz 
Pembantu Jurukamera: Ajak Zin 
Jururakam Bunyi: Fauzi Farook@Pojie 
Pencahayaan: Sharafi Muse 
Pembantu Pencahayaan: Mohd Kamil 
Konti: Arien Zul 
Solekan & Pakaian: Sell-A- Pro Entertainment - By Azri Seman 
Pembantu Solekan & Pakaian: Aney Rahmat 
Propmaster: Nasrul Ayie 
Prop Man: Ayie 
Runner: Amin Delay 
Handy Man: Apit Peta 
Akaun: Rabiatul Adawiyah Mohd Ghazalee 
Pentadbiran: Naizatulismani Ismail 
Grip: Shah Rizal Ismail (Belon) 

Pelakon: Lisdawati (Amira), Adam Corrie (Bakhtiar), Normah Damanhuri (Hawa), Hisham Ahmad Tajuddin (Osman), Adrea Abdullah.

Salin tampal dari: http://www.adamfazi.com/

Rabu, November 27, 2013

Serba salah...

Tak mampu ditelan, dikemam...biarlah sakit makan di dalam.

Selasa, November 26, 2013

Kehidupan...

Ada masanya kita diuji dengan begitu hebat. Bersabarlah...bertahanlah. Kepada Allah kita berserah!

Rabu, November 13, 2013

Pasrah...

Ya Allah...hanya kepadaMu aku berserah! Pada setiap kesulitan, kesedihan, kesakitan, kepiluan, kekurangan dan ketidakcukupan, hanya kepadaMu tempatku mengadu, merayu dan meminta. Takdirku di tanganMu!

Selasa, November 12, 2013

Api dan kayu...



Sehelai daun kering mampu memusnahkan sebuah hutan hanya dengan satu percikan api kecil...

Selasa, November 05, 2013

If you're hurt or betrayed...

If you're HURT by people, who share the same blood as you,
...remember Yusuf (alaihis-salaam), who was betrayed by his own brothers.

If you find your PARENTS opposing you,
....remember Ibrahim (alaihis-salaam), whose father led him to the fire.

If you're STUCK with a problem where there's no way out,
....remember Yunus (alaihis-salaam) stuck in the belly of a whale.

If you're ill & your body cries with PAIN,
....remember Ayoob (alaihis-salaam) who was more ill than you.

If someone SLANDERS you,
....remember Ai'sha (radhi allahu anha) who was slandered throughout the city.

If you're LONELY,
....recall Aadam (alaihis-salaam) who was created alone.

If you CAN'T SEE any LOGIC around you,
...think of Nuh (alaihis-salaam) who built an ark without questioning.

If you are MOCKED by your own relatives;
... think of Prophet Muhammad (sallallahu alaihi wasallam)

...take a lesson of patience & perseverance from them!

Copy paste at: https://www.facebook.com/IslamForKids123/posts/549513085125817

Isnin, Oktober 28, 2013

Terapi Pernafasan...


Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily). - Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil ubat , tetapi tidak sembuh .

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.

Ini adalah pengalaman saya sendiri .. Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Jangan cuba yang ini kerana sangat bahaya iaitu menutup kedua lubang hidung anda ( sebelah kanan dan kiri ) dan jika anda lakukan untuk kira-kira 2 jam , maka anda tidak akan merasakan apa-apa sakit lagi selepas itu atau lebih tepat lagi anda akan berhenti bernafas..

Salin tampal dari: http://cute-chipmunks.blogspot.com/

Rabu, Oktober 09, 2013

Dari Asar Ke Isyak...



Dari Asar ke Isyak: Karya untuk sahabat

Pembikinan telefilem Dari Asar Ke Isyak sememangnya membawa erti tersendiri buat pengarahnya, Murali Abdullah dan penerbit, Zainuddin Mohd Ismail.

Ia dihasilkan atas tanggungjawab melahirkan perasaan simpati dan tanda persahabatan buat pelakon Maimon Mutalib yang menghidap barah payudara tahap kritikal.
Hasil perbincangan antara Murali dan Ismail, Maimon diberikan watak khas sebagai Fatini dalam telefilem berkenaan.

Sebagai Fatini, Maimon hanya dikehendaki berlakon di atas kerusi roda dan telefilem berkenaan juga adalah lakonan pertamanya selepas setahun berehat keraana merawat penyakitnya itu.

“Konsep kami ialah kawan tolong kawan. Maimon sangat berjasa terhadap industri filem dan drama dengan lakonan yang mantap dan bagus. Orang tak tahu penderitaan yang dia alami. Dia sakit namun pada masa sama, dia terpaksa memikirkan bagaimana nak cari wang untuk menyara keluarga.


“Maimon perlu menyara anak-anak selepas kematian suaminya sejak 15 tahun lalu. Itulah yang menjadi punca saya dan Zainuddin hasilkan drama khas buatnya ini. Tujuan kami untuk memberinya pendapatan dan semangat agar dia jangan mengalah dengan apa yang dilalui,” kata Murali ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem ini di Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh, baru-baru ini.

Menurutnya, mereka memahami penderitaan dan kesakitan ditanggung Maimon, sekali gus penggambaran membabitkan dirinya mengambil masa mengikut tahap kesihatannya.

Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan penggambaran keseluruhan telefilem ini yang turut dibintangi Faizal Hussein, Emma Maembong, Sofi Jikan, Sweet Farhana dan Naim Daniel.

“Penggambaran bermula pada 28 Mei lalu. Selepas lapan hari, ia terpaksa dihentikan seketika kerana kami menghadapi masalah teknikal iaitu sukar untuk dapat kebenaran buat penggambaran di penjara. Akhirnya jalan alternatif terpaksa dicari dengan buat penggambaran babak ini di studio yang diubah suai seperti sebuah penjara,” katanya.

Murali berkata, barisan pelakon yang membintangi telefilem ini semuanya sudah terbukti kemampuan mereka membuatkan dia tidak perlu bersusah payah membentuk mereka. Dia hanya perlu memberi panduan dan teguran minimum bagi membolehkan mereka menepati kehendak cerita.

“Mereka semua tahu tugas masing-masing. Skrip ditulis Siti Rohaya ini juga menarik dan antara konsep drama paling berat pernah saya buat. Bagaimanapun, cabaran yang dilalui berkurangan apabila bekerja dengan orang yang bagus. Menariknya, semua pelakon faham penghasilan telefilem ini untuk Maimon dan langsung tidak berkira.

“Mereka sanggup korbankan masa dan wang yang disumbangkan buat Maimon. Saya amat terharu melihat keprihatinan yang ditunjukkan. Mereka juga faham kesukaran dihadapi Maimon dan sangat bertolak ansur ketika berlakon. Maimon pula walaupun dalam keadaan sakit, masih berikan lakonan yang bagus. Penjiwaan wataknya sangat hebat dan dia juga banyak membantu dari aspek penceritaan watak dan idea,” katanya mengenai telefilem bertema keagamaan dan pengajaran itu.

Menurutnya lagi, penderitaan Maimon turut mendapat simpati daripada pengarah dan rakan artis lain. Ketika mereka menjalani penggambaran di Taman Rimba Templer, Rawang, secara kebetulan sebuah produksi lain turut menggunakan lokasi berhampiran.

“Produksi yang diketuai pengarah, TS Jeffry itu turut melapangkan masa bertemu Maimon dan melancarkan kutipan derma kilat sebelum disumbangkan kepada Maimon,” katanya.


Dari Asar Ke Isyak mengisahkan Fatini (Maimon) yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh suaminya. Suaminya, Badron (Sofi Jikan) mempunyai ramai isteri dan Fatini adalah isteri keduanya.

Badron seorang lelaki yang rakus nafsu. Kahwin cerai sudah menjadi kebiasaan buatnya. Tidak cukup dengan empat isteri, dia juga turut mencabul anak-anaknya yang masih kecil tidak kira lelaki atau perempuan.

Suatu malam dia cuba mencabul anak perempuannya, Jawhara yang berusia dua tahun. Perbuatannya dilihat oleh isteri tuanya, Zainab (Suraiti Baharom). Apabila Zainab cuba menghalangnya, Badron mencekik Zainab sehingga mati.

Peristiwa ini disaksikan Fatini yang bertindak menikamnya dengan pisau. Ia juga disaksikan anak mereka, Syukri (Faizal Hussein) yang ketika itu berusia tujuh tahun. Zainab dan Badron meninggal dunia pada malam yang sama.

Kejadian itu mengakibatkan Fatini ditahan sebelum didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Selepas 20 tahun, Fatini dikunjungi Syukri, anak Zainab yang berusaha meminta pengampunan untuk dirinya. Selepas kematian ibu dan bapanya dalam tragedi ngeri itu, Syukri tinggal dan membesar di rumah anak-anak yatim dan terpisah dengan adik-beradiknya yang lain. Kini dia seorang akauntan yang berjaya.

Fatini meminta Syukri mencari dan mengumpulkan adik-beradik satu bapa berlainan ibu iaitu Badriah (Emma Maembong), Talal (Naim Daniel) dan Jawhara (Sweet Farhana). Badriah terlanjur dengan teman lelakinya lalu dihalau dari rumah. Azman (Bell), teman lelakinya mati dibunuh manakala Badriah diperkosa dalam keadaan berbadan dua.

Talal meneruskan kehidupan bekerja sambil belajar di samping berusaha memujuk ibunya, Normah (Nor Albaniah) yang masih meneruskan kegiatannya sebagai pelacur supaya kembali ke pangkal jalan.

Jawhara pula menghadapi dilema kerana ibunya asyik kahwin cerai. Jawhara berkawan baik dengan Talal tanpa menyedari mereka sebenarnya adik-beradik satu bapa.

Selepas mengharungi segala keperitan, Syukri berjaya meminta pengampunan untuk Fatini. Dia juga berjaya mengumpulkan semula adik-beradiknya untuk tinggal bersamanya dan Fatin di bawah satu bumbung.


Pelakon hebat, Faizal Hussein ketika ditemui berkata, ini bukan pengalaman pertamanya berlakon dengan Maimon dan hubungan mereka juga mesra di luar set. Bagaimanapun, mereka belum pernah betul-betul berlakon membawakan watak utama seperti dalam telefilem Dari Asar Ke Isyak ini.

“Cerita ini bukan hanya sekadar lakonan tapi lebih berkisarkan mengenai hidup Kak Mon sendiri. Ini ibarat projek khas buatnya. Saya simpati pada Kak Mon kerana ketika hari pertama penggambaran, keadaannya nampak lemah. Namun selepas tiga minggu berehat, dia kelihatan sihat.

“Watak kami berdua memainkan peranan besar bagi menggerakkan cerita ini. Kak Mon memainkan peranan sebagai ibu manakala saya sebagai anak sulung. Cabaran yang dilalui sepanjang penggambaran ialah perubahan lokasi.

“Bagaimanapun, sebagai pelakon saya tetap jalankan tanggungjawab yang diberikan dan tak anggap ia masalah besar,” katanya yang tiada masalah berlakon dengan pelakon lain walaupun kali pertama digandingkan.

Sumber: http://www.kakigosip.com

Ahad, Oktober 06, 2013

The Ugly Duckling...



Once upon a time down on an old farm, lived a duck family, and Mother Duck had been sitting on a clutch of new eggs. One nice morning, the eggs hatched and out popped six chirpy ducklings. But one egg was bigger than the rest, and it didn't hatch. Mother Duck couldn't recall laying that seventh egg. How did it get there? TOCK! TOCK! The little prisoner was pecking inside his shell. 

   "Did I count the eggs wrongly?" Mother Duck wondered. But before she had time to think about it, the last egg finally hatched. A strange looking duckling with gray feathers that should have been yellow gazed at a worried mother. The ducklings grew quickly, but Mother Duck had a secret worry. 

   "I can't understand how this ugly duckling can be one of mine!" she said to herself, shaking her head as she looked at her last born. Well, the gray duckling certainly wasn't pretty, and since he ate far more than his brothers, he was outgrowing them. As the days went by, the poor ugly duckling became more and more unhappy. His brothers didn't want to play with him, he was so 
clumsy, and all the farmyard folks simply laughed at him. He felt sad and lonely, while Mother Duck did her best to console him. 

   "Poor little ugly duckling!" she would say. "Why are you so different from the others?" And the ugly duckling felt worse than ever. He secretly wept at night. He felt nobody wanted him. 

   "Nobody loves me, they all tease me! Why am I different from my brothers?" 

   Then one day, at sunrise, he ran away from the farmyard. He stopped at a pond and began to question all the other birds. "Do you know of any ducklings with gray feathers like mine?" But everyone shook their heads in scorn. 

   "We don't know anyone as ugly as you." The ugly duckling did not lose heart, however, and kept on making inquiries. He went to another pond, where a pair of large geese gave him the same answer to his question. What's more, they warned him: "Don't stay here! Go away! It's dangerous. There are men with guns around here!" The duckling was sorry he had ever left the farmyard. 

   Then one day, his travels took him near an old countrywoman's cottage. Thinking he was a stray goose, she caught him. 

   "I'll put this in a hutch. I hope it's a female and lays plenty of eggs!" said the old woman, whose eyesight was poor. But the ugly duckling laid not a single egg. The hen kept frightening him. 

   "Just wait! If you don't lay eggs, the old woman will wring your neck and pop you into the pot!" And the cat chipped in: "Hee! Hee! I hope the woman cooks you, then I can gnaw at your bones!" The poor ugly duckling was so scared that he lost his appetite, though the old woman kept stuffing him with food and grumbling: "If you won't lay eggs, at least hurry up and  get plump!" 

   "Oh, dear me!" moaned the now terrified duckling. "I'll die of fright first! And I did so hope someone would love me!" 

   Then one night, finding the hutch door ajar, he escaped. Once again he was all alone. He fled as far away as he could, and at dawn, he found himself in a thick bed of reeds. "If nobody wants me, I'll hid here forever." There was plenty a food, and the duckling began to feel a little happier, though he was lonely. One day at sunrise, he saw a flight of beautiful birds wing overhead. White, with long slender necks, yellow beaks and large wings, they were migrating south. 

   "If only I could look like them, just for a day!" said the duckling, admiringly. Winter came and the water in the reed bed froze. The poor duckling left home to seek food in the snow. He dropped exhausted to the ground, but a farmer found him and put him in his big jacket pocket. 

   "I'll take him home to my children. They'll look after him. Poor thing, he's frozen!" The duckling was showered with kindly care at the farmer's house. In this way, the ugly duckling was able to survive the bitterly cold winter. 

   However, by springtime, he had grown so big that the farmer decided: "I'll set him free by the pond!" That was when the duckling saw himself mirrored in the water. 

   "Goodness! How I've changed! I hardly recognize myself!" The flight of swans winged north again and glided on to the pond. When the duckling saw them, he realized he was one of their kind, and soon made friends. 

   "We're swans like you!" they said, warmly. "Where have you been hiding?" 

   "It's a long story," replied the young swan, still astounded. Now, he swam majestically with his fellow swans. One day, he heard children on the river bank exclaim: "Look at that young swan! He's the finest of them all!" 

   And he almost burst with happiness.

Khamis, September 05, 2013

Mengungkit...

Usah suka mengungkit...kelak kejelikan sendiri terbangkit. Jangan asyik menghitung budi kita pada orang, kenang-kenangkan juga budi orang pada kita. Kita hidup tak lama, eloklah saling berbaik sangka.

Sabtu, Ogos 31, 2013

Tanda Putera



Mereka telah pergi...
Namun jasa mereka abadi
generasi ke generasi...
sehinggalah suatu hari
generasi Y terjaga dari mimpi
menjadi lupa diri oleh nyanyian-nyanyian makhluk tak sedar diri
yang cuba menjual harga kemerdekaan ini
dengan maruah bangsanya sendiri!

Jumaat, Ogos 30, 2013

Hargailah Kemerdekaan kita!


56tahun...
Dari Tanah Melayu menjadi Malaysia...
Di beri betis hendakkan peha...
Diberi madu dibalas tuba...

56 tahun...
Kita kongsi segala sejahtera...
Mengapa harus tamak haloba...
Sehingga hak orang hendak dipunya!

Jagalah sentosa
Jangan sampai huru hara
Saling membenci apa sudahnya?

Jika cacing sudah naik ke mata...
Kesabaran kami ada batasnya!

Sabtu, Ogos 17, 2013

Innalillah...

Setiap hari begitu banyak kelahiran, begitu banyak kematian. Insan insan yang disayang, insan insan yang tidak dikenal hilang dari pandangan...namun kematian itu pasti hadir walau di mana kita berada tanpa mengira tempat atau ruang waktu. Setiap langkah insan adalah langkah kematian.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang. Semoga pengakhiran kehidupan kita dalam husnul khotimah...Amiin.

Khamis, Julai 18, 2013

Pendam...

Simpan..pendam...makan dalam. Begitulah hidup menumpang. Boleh saja pergi...namun nak ditinggal, tak sampai hati. Saya tiada apa-apa kepentingan di sini, boleh saja angkat kaki dan pergi. Tapi apa gunanya jika sekadar meruntuhkan silaturrahim? ( Mood: berkecil hati :) )

Selasa, Julai 09, 2013

Salam Ramadan

Ramadan datang lagi bersama rindu abadi...tujuh Ramadan dilintasi tanpa emak disisi...dua puluh enam Ramadan telah dilayari tanpa bapa menemani. Alhamdulillah saya masih mampu berdiri dengan ketabahan yang dikurniai Illahi...

Khamis, Julai 04, 2013

Musang Di Reban

Jangan sekali-kali mengundang musang ke reban. Kelak binasa ayam sereban. Musang tempatnya di kandang, bukan di reban. Lumrahnya ia berkeliaran di kegelapan malam. Awas! Jaga-jaga! Berwaspada!

Khamis, Mei 09, 2013

Usah Bersedih....

Kita bukanlah manusia yang paling malang di dunia. Malah kita adalah antara mereka yang beruntung kehidupannya. Cuma barangkali kita tidak menyedari atau enggan mensyukuri. 

Jumaat, April 12, 2013

Siapakah Uwais Al-Qarni?


Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.

Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.

Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.

Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.

Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.

Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...

Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.

Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.

Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:

"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."

Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.

Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.

Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.

Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.

Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.

Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.

Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"

Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.

Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,

"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."

Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.

Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.

Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.

Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.

Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.

"Engkau harus lekas pulang."

Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.

Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.

Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.

Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.

Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:

"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."

Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.

Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.

Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.

Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.

Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.

Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,

"Siapakah nama saudara?"

"Abdullah." Jawab Uwais.

Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,

"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"

Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.

Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,

"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."

Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,

"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."

Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,

"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.

Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.

Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.

Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.

"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,

"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"

Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,

"Apa yang terjadi?"

"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.

"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.

"Kami telah melakukannya."

"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"

Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.

Lalu orang itu berkata pada kami,

"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."

"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.

"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya,

"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."

"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.

"Ya!" Jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.

Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."

(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"

"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.

"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."

Sumber: http://www.iluvislam.com/

Selasa, April 02, 2013

Kisah Cucu dan Uwannya...


Pada suatu malam. Si Uwan seperti biasa duduk di mejanya menulis. Si cucu lelaki yang berusia tiga tahun setengah yang tadinya seronok menonton rancangan kartun di channel disney junior berlari mendapatkan uwannya.

Cucu: Uwan...uwan tak penat ke buat kerja?

Uwan: Penat juga. Kenapa?

Cucu: Uwan rehatlah. Jom. Uwan baring, tidur. Abang tengok tv.

Uwan: Yalah. Abang pergi tengok kartun dulu. Sekejap lagi uwan datang.

Cucu: Ok

Setengah jam kemudian.

Cucu memanggil dari depan TV.

Cucu: Uwan...marilah temankan 'kita' tengok kartun.

Uwan: Kejaplah...

Cucu: Lambatlah uwan ni. Kita nak tegok kartun dengan uwan!

Si Uwan mengalah. Menutup laptopnya lalu duduk menemani cucunya menonton TV.

Cucu: Uwan baringlah. 'Kita' nak baring kat tangan uwan.

Uwan pun baring samnil mendepangkan tangannya. Cucu bertuah yang langsung tidak pelat itu meletakkan
kepalanya ke pangkal lengan uwannya.

Cucu: "Kita nak cium ketiak uwanlah!"

Uwan: Ciumlah bang...

Lalu si cucu mencium ketiak uwannya dengan nikmat.

Cucu: Ketiak uwan ni wangilah!

Kemudian si cucu sambung semula tengok tv dengan kepala di celah ketiak uwannya hingga terlena.

Hahaha mau tak wangi...deodorant Safi! Korang ada?

Begitulah tentang keakraban seorang cucu dengan uwan @ neneknya. So jangan jeles! ;)

Khamis, Mac 07, 2013

Criticism...

“Some people have the disease of criticising all the time. They forget the good about others and only mention their faults. They are like flies that avoid the good and pure places and land on the bad places and on wounds. This is because of the evil within the self and the spoiled nature.” - Ibn Taymiyyah Rahimullah

Rabu, Mac 06, 2013

Dear keyboard warriors...

Perbetulkan kejumudan pemikiran anda. Hadirkan diri ke dunia nyata. Tajamkan mata fikir dengan zikir bukan dengan akal khinzir. Usahlah semua benda hendak dipolitikkan. Nyawa manusia dijadikan sendaan dan hiburan. Apa yang anda tahu tentang kepolisian? Apa yang anda tahu tentang tektikal ketenteraan? kalau sekadar dengar cakap-cakap orang yang mendengar dari cakap orang, anda hanyalah pengejar bayang yang melayang bagai layang-layang yang disentap oleh tangan-tangan ghaib yang bermain dengan persepsi khianat dan kebencian! Jangan pula nanti setelah negara tergadai baru hendak menyesal!

Selasa, Februari 26, 2013

Kisah pendayung dengan Raja

Minggu lepas Demang terjumpa sebuah buku cerita kanak-kanak. Lebih tepat lagi, cerita rakyat Thailand.

Ceritanya begini:

Pada suatu hari raja dan beberapa menterinya mudik di sebatang sungai dalam sebuah perahu.

Setelah beberapa ketika dalam pelayaran tersebut semua menteri telah tertidur.

Para pendayung yang melihat hal tersebut merasa jengkel lalu merungut sesama mereka.

"Tidur aje. Bukannya nak tolong dayung sama-sama." kata salah seorang daripada mereka.

Raja mendengar sungutan tersebut. Seketika kemudian, baginda memanggil pendayung yang merungut itu dan berkata:

"Beta dengar ada bunyi bising di tebing situ. Cuba kamu periksa." titah raja.

Si pendayung segera naik ke tebing untuk menyiasat. Seketika kemudian dia kembali dan memberitahu raja:

"Ada anak anjing, tuanku."

"Berapa ekor anak anjing itu?" tanya raja.

Si pendayung terpaksa naik ke tebing semula dan tidak lama kemudian dia kembali mengadap raja:

"Ada empat ekor, tuanku."

"Berapa ekor jantan dan berapa ekor betina?" tanya raja lagi.

Sekali lagi si pendayung terpaksa naik ke tebing.

"Dua ekor jantan dan dua ekor betina, tuanku." dia memberitahu raja sambil menahan lelah.

Raja mengejutkan salah seorang menteri dan bertitah:

"Ada bunyi bising di tebing tu. Pergilah siasat."

Menteri tersebut naik ke darat dan tidak lama kemudian beliau kembali.

"Beritahu beta apa yang kamu lihat?" raja bertitah.

"Patik dapati ada empat ekor anak anjing. Dua ekor jantan dan dua ekor betina. Patik cuba tinjau jika ada induknya di sekitar namun tiada. Pada pendapat patik anak-anak anjing tersebut bukan berasal dari situ sebaliknya ditinggalkan orang di situ. Itulah sebabnya mereka membuat bising kerana kehilangan induk dan juga lapar."

Raja berpaling kepada para pendayung. Baginda tersenyum sambil bertitah:

"......"

Demang tamatkan cerita ini begitu sahaja sebab Demang percaya anda tentu dapat mengagak apakah yang dititahkan raja tersebut.

Artikel menarik ini saya salin tampal dari: http://www.waadat.com/

Khamis, Februari 21, 2013

Buat saya tersenyum...

Leka membaca blog sorang pemuda yang sempoi dan tulus tulisannya. Terlupa tadi sedang rancak berym dengan seseorang. Dia senyap saya senyap. Tentu dia sibuk dengan kerjanya. Sedar-sedar bila saya jenguk ke wall ym semula..."katakcome: balik dulu ma...ada masa sound² la ek...hari ku sunyi tanpa mu...".

Sabtu, Februari 16, 2013

Kala rindu...

Setiap titisan
Air mata ku jatuh ke bumi
Rindu ku kembali

p/s: petikan lirik lagu Alleycats "Tangisan sekeping hati"

Jumaat, Februari 08, 2013

Aku tidak bersembunyi...

Aku bukan bersembunyi...
dalam diam aku berpuisi
aku malu pada puja dan puji
bimbang nanti tak jejak bumi

setiap gerak kaki dan jari
bukan milikku peribadi
segalanya pinjaman Illahi...

maka aku lebih gemar menyendiri
mengetik kekunci disebalik almari!

Rabu, Februari 06, 2013

Kisah anak manusia....

Sungguh!
Memang dia ibumu
Ibuku juga
Ibu kalian adalah ibuku
Ibu kita!

Usah ditanya tugas siapa hak  siapa
sayangkan siapa lebihkan siapa
simpan di mana beri pada siapa

Engkau sulung kamu bongsu aku tengah
Banyak mana milik siapa
kumpul semua bagi sama rata

Yang di baruh aku punya
getah pinggir hak yang tua
kebun getah?
Hei mana ada ada?
Bukankah si sulong sudah gadaikan untuk membeli rumah?
Bila?
Dua puluh tahu dulu ketika arwah ayah masih bernyawa
Iya ke?Ada ke?
Ah! Buat-buat lupa!

Duit simpanan ada berapa?
Hai? Nak juga?
Ada ke duit simpanan bonda
sedangkan jarang sekali dia menerima
kecuali pencen bulanan arwah bapa yang tidak seberapa

Tak percaya?
Nah tengok buku ASB bonda
tak pernah menambah sejak caruman pertama
kerana wang yang ada cuma cukup untuk buat belanja

Kita?
Ah! Ratus ribu wang pampasan adakah pernah ada niat untuk membaiki rumah bonda?
Pernahkah manis muka menawarkan bonda menunaikan haji dan umrahnya?
Belum sempat bonda membuka bibir bersuara,
'maaf bonda...duit tak cukup habis bayar hutang
sedikit yang tinggal nak buat projek untuk masa depan.'

Pabila Bonda sakit
kita pulang beramai-ramai
malangnya bukan untuk mendamaikan
bahkan bercerita tentang hutang piutang
tentang ceti yang mungkin akan menetak kita sekeluarga dengan parang
kerana pokok dan bunga sudah berbaris panjang hingga ke simpang

Kalian ini anak apa? 
Bonda sihat tak nampak muka
seolah-olah bonda tiada
sibuk dengan urusan dunia

mencari harta yang tak nampak di mata
mengejar masa sehingga tercicir solatnya
dari muda hingga ke tua masih tak kaya-kaya
tujuh lapan kali menjadi mangsa tipuan semata

Eh! Nak tanya pula di mana silapnya?
Anak-anak dah besar gedabak otak masih sinting juga?
Hak bonda mana?
Mana mana mana?

Bonda yang melahirkan
dari besar tapak kaki sehingga sebesar badak berdiri
ada kalian peduli?
Harap mulut manis mengambil hati
pasang angan-angan beri harapan tinggi
konon pijak semut pun tak mati
dalam diam gajah pun lari

Sudahlah! Usah kata apa-apa
Nah ambillah geran tanah pinggir ini
Buku ASB ni? Dividennya tak silap adalah beberapa ratus di dalamnya
Apa lagi? Rantai dan gelang?
Ada...emas pusaka kesayangan Bonda
Ini jangan lupa sebentuk cincin juga

Lagi apa?
Katakan apa lagi terkilan dijiwa
akan kuberikan semuanya!

Isnin, Februari 04, 2013

Historical


Saya tidak menyimpan memori dalam diari...
saya mengukirnya di pelangi
menitipnya pada desah hujan dinihari
mengarkedkannya pada bumi
bukan dalam kata atau balang kaca
agar tiada sesiapa dapat membaca
baris-baris pedih prosa kata
gadis kecil yang terpaksa cepat menjadi dewasa


Sabtu, Februari 02, 2013

.......


Anakku...
Kebenaran yang melukakan hatimu itu
turut melukakan hatiku

Dugaan sentiasa menghambatmu 
tanpa mengira ruang waktu

Namun satu perkara sentiasalah sematkan dikalbu...
apapun yang berlaku...
kamu tetap anakanda  tersayang dunia dan akhirat
tanpa pinta dan syarat
tulus tanpa ragu

Redho dan maafkanlah mereka...
teruskan kehidupanmu seperti sediakala.

Isnin, Januari 28, 2013

Kematian...

Mati itu sakit
Mati itu perit
Mati itu jerit

Mati itu kaku
Mati itu sendu
Mati itu rindu

Mati itu sadis 
Mati itu tangis

Mati itu pedih
Mati itu rintih

Terkadang muncul tangisan di tengah malam
menyahut undangan rindu pada ayah dan ibu
serta insan-insan yang akrab dikalbu....

Al Fatehah untuk insan-insan yang saya kasihi. 

Khamis, Januari 24, 2013

Doa sempena Maulidul Rasul...

Allahumma salli 'alaa sayyidina Muhammad wa 'alaa aali sayyidina Muhammad


Ya Allah...kurniakanlah rasa cinta, kasih dan rinduku kepada Rasulku Junjungan Nabi Muhammad s.a.w melebihi cinta kasih dan rinduku pada yang lain. Amin.

Rabu, Januari 16, 2013

Sakit...

Apalah sangat jika dibandingkan dengan ribuan hari yang sihat yang telah Allah berikan. Namun sebagai hamba yang hina saya tetap bermohon.Ya Allah Yang Maha Lemah Lembut...Yang Maha Sempurna... Yang Maha Memelhara dan Yang Maha Penyembuh...sembuhkanlah saya hambaMu yang hina-dina yang tidak kuat menanggung segala dugaan dan kesakitan ini. Amin...

Jumaat, Januari 11, 2013

Novel Klasik Aku, Engkau Dan Dirinya


Oh tidak! Saya jumpa ini semalam ketika melayari sesawang! Hahahaha. Mana nak letak muka? Di rumah ada satu.Saya sembunyikan dibahagian belakang rak buku! :p

Price: RM 20

Tajuk: Aku, Engkau Dan Dirinya

Penulis: Siroasa N.S.

Harga: RM20

Penghantaran - RM10 (Pos Laju)

Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

017-2516392 (Wan)

Terima Kasih Mudah.

http://www.mudah.my/Novel+Klasik+Aku+Engkau+Dan+Dirinya-19207292.htm

Mimpi...

Daku hilirkan segala pedih, kuhulukan segala sendu...lalu berdiri di tengah-tengah membiarkan mimpiku terapung-apung di situ...

Khamis, Januari 10, 2013

Tak Perlu!

Tidak perlulah  menduga hati saya dengan bual bicara
Usahlah cuba mengintai intip rahsia jiwa dihujung kuku dihujung dagu
Tak perlu...
Kalian takkan mampu!

Rabu, Januari 09, 2013

Mengapa?

Sudah berkali diulang pesan...
akalmu masih tidak mampan menilai adab sopan
dibentangkan jalan terang
tetap memilih lorong belakang

Itu ibu itu abang
kata siapa yang lebih kau tatang?
Bisikan syaitan yang senyap mengundang
itukah yang lebih indah dipandang?

Tidak kami harapkan kamu memetikkan bintang
Bukan juga menghidang tanah berbidang
kami hanya ingin kamu menjadi orang
bukan orang-orangan di tengah bendang!

Setipis kulit bawang imanmu terbang...

Selasa, Januari 08, 2013

Bukan...






Tak perlu ulang pandang
Saya bukan bidadari
buka bakawali
yang kembang di bulan mengambang...

Isnin, Januari 07, 2013

Peduli...?

Jangan harap orang lain akan ambil endah  jika anda sendiri tak ambil kisah!

Ahad, Januari 06, 2013

Cinta?

Memang indah! Tapi...pasangan yang dilamun cinta rata-rata parah. Dihanyutkan oleh nafsu serakah lalu memilih laluan yang salah. Neraka disangka syurga. Lalu bersepah anak luar nikah. 

Wahai pasangan bercinta...jaga iman...jaga takwa...supaya iblis berhenti ketawa. Selimutilah diri dengan rasa malu. Jagalah pergaulan dan tingkah laku. Allah melihat setiap waktu dari segenap penjuru! Cinta perlu dijaga dengan rasa hormat dan tulus rasa, bukan untuk dilumuri dosa!

Maka bercintalah kerana Allah...bukan kerana nafsu serakah!

*Cinta yang benar seharusnya membawa kita ke syurga, bukan mengheret kita ke neraka. Awaslah wahai sang pencinta!

Sabtu, Januari 05, 2013

Manusia...

Tiada yang sempurna. Cacat di sini sana. Sisi putih dan gelapnya menjadi pelengkap kitaran  kehidupan!

Selasa, Januari 01, 2013

Selamat Tahun Baru 2013 Masihi

Semoga kita akan menjadi insan yang lebih budiman dan beriman, yang sentiasa tahu diri dan mengerti tujuan kita dihidupkan di dunia ini. Iringi cita-cita dengan azam dan usaha, bukan sekadar angan-angan semata.
.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~