-->

Isnin, Mei 19, 2014

Jangan sekali-kali menderhaka...

Jangan sekal-sekali lupa. Kita bahagia, kita gembira, kita kaya atas doa siapa? Siapa yang sepanjang malam tidak kering air wuduknya, tidak cukup tidurnya, tidak kering airmatanya merayu memohon belas ihsan Allah agar memenuhi segala keperluan hidup kita? Sedangkan kita sepanjang hari dan malam leka asyik 'menikmati' hasil doa ibu kita yang dimakbulkan Allah. Namun akhirnya... di mana kita letakkan ibu kita? Bila seorang ibu terluka lalu nekad membolak-balikkan doanya, bayangkanlah akibatnya! Ingat anak-anak. Jaga sentiasa hati ibu sementara dia masih ada. Akan tiba masanya kita akan merindui suara, susuk tubuh serta bayangannya yang tidak akan muncul lagi di depan mata. Sebelum kita menangisi 'kenangan', hargailah ibu kita, jagalah hatinya sementara 'syurga' kita masih bernyawa. Bila kali terakhir kita memeluk 'syurga' kita itu dengan tulus penuh kasih-sayang? Pada Hari Raya tahun lepas? Sempatkah kita memeluknya pada Hari Raya ini nanti? Daun usia siapa pula yang gugur hari ini? Daun usia kitakah? Daun usia ibu kitakah? Elok menyesal sekarang daripada menyesal kemudian!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis je la apa nak tulis :p

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~