-->

Khamis, Jun 23, 2011

Mukjizat disebalik بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah swt. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah swt menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

BISMILLAH (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ) adalah sebutan/nama singkat daripada lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM'yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani'. Namun begitu, maksud lafaz BISMILLAH adalah terlalu luas dan mendalam, sehinggakan maksudnya tidak terhurai dengan seluruh air laut yang ada di muka bumi Allah ini. Masha Allah!


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

· Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

· "BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam". (Hadith Qudsi)

· Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

· Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan terhadap orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan terhadap sesuatu melainkan Allah memberi keberkatan ke-atasnya.

· Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

· Jumlah huruf dalam BISMILLAH ialah 19 huruf, dan terdapat 19 malaikat yang menjadi penjaga neraka.

· (QS. AL Muddatsir: 30) Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan daripada 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari".

· Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) sehingga setiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya".

· Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH, nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua-dua orang tuanya.

· Barangsiapa yang membaca BISMILLAH, maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

· Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpeliharalah daripada gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

· Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuklah ketakutan dalam hati si zalim, serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sumber http://www.raudhah.net/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis je la apa nak tulis :p

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~