-->

Jumaat, Julai 29, 2011

Jiran Yang Menjengkelkan!

Salam sejahtera.
Beberapa hari sebelum munculnya bulan Ramadhan, saya ingin bercerita sedikit tentang kisah jiran. Bukanlah tujuan saya untuk memburukkan jiran, sekadar berkongsi pengalaman agar menjadi ikhtibar kepada kita supaya yang baik dijadikan teladan manakala yang buruk kita buat pedoman.

Saya mulakan kisah dengan jiran di sebelah kiri rumah saya. Jiran ini sikapnya agak menjengkilkan sejak saya kecil lagi. Arwah bapa saya dahulu selalu saja berang kerana suami jiran saya ini suka mencampakkan anak ayam mati atau ayam mati ke dalam pagar rumah saya. Mungkin sebab dia malas nak tanam kot? Namun kemarahan bapa saya selalu terpujuk dengan kata-kata lembut emak 'biarlah orang buat kita jangan kita buat orang". Maka bapa saya pun dengan bengis sabarnya itu mencapai cangkul lalu menanam bangkai tersebut sebelum membusuk. Tapi apabila selalu sangat hal yang sama berlaku, bapa sudah tidak sanggup lagi bertolenrasi lalu mencampakkan kembali bangkai ayam yang dicampakkan jiran itu ke kawasan pagarnya semula. Hahaha. Padan mu. ka!

Saya masih ingat, sntara sempadan rumah saya dan jiran saya itu, betul-betul di tengah-tengah pagar, ada sebatang pokok langsat yang amat lebat buahnya. Sepatutnya bila berada di tengah sempadan, kami berhak berkongsi pokok tersebut sebab pokok itu tumbuh sendiri dan bukan hak mutlak sesiapa. Malangnya jiran saya itu mendakwa pokok itu kepunyaannya dan emak saya secara otomatik mencegah kami daripada mengambil buahnya. 'Hak orang jangan ambil, kalau nak tu berpundut-pundut langsat kat rumah rumah baruh nun!" Emak merujuk pada rumah arwah nenek saya. Suatu hari ketika mengukur semula sempadan tanah, rupa-rupanya pokok langsat itu sebenarnya milik kami kerana ianya dalam kawasan tanah kami. Maknanya sewaktu mereka memagar kawasan tanah mereka, mereka menipu. Namun arwah Pak Lang saya bekas gurubesar itu mengatakan kepada juru ukur itu, tak apalah... tandakan aja kawasan ni ikut pokok langsat ni. Biarlah pokok langsat tu dalam kawasan tanah mereka. Aduhaiiii. Kenapalah keturunan saya ini lembut sangat hatinya? Itu adalah secebis daripada kisah lalu. Kini setelah puluhan tahun, pokok langsat itu telah mati dipanah petir dan menjadi tempat tebuan bersarang.

Kini suami jiran saya itu telah lama meninggal dunia. Manakala jiran saya itu pun sudah menjangkau usia 80an. Sudah kurang pendengaran dn penglihatan. Rumahnya juga sudah kosong tidak berpenghuni kerana dia tinggal bersama anaknya di Kuala Lumpur. Pulang hanya sesekali. Seperti saya juga yang pulang sekali sekala membersihkan rumah di hujung minggu dan menetap agak lama ketika cuti sekolah.

Hendak dijadikan cerita... di tepi pagar depan rumah saya ada sebatang pokok kuinin yang baru beberapa kali berbuah. Ketika berbuah pada musim yang lalu saya jarang pulang kerana ada saja halangan dan kesibukan. Suatu hari saya pulang pada hujung minggu. Saya dan abang saya dengan penuh ghairah 'menggegar' pokok kuinin itu dengan galah dengan harapan buah-buah yang sudah cukup masak akan jatuh berguguran. Namun puas kami menggegar, tak satu pun buah yang jatuh. Pada ketika itu cucu jiran sebelah rumah saya itu yang baru saja
berkahwin dengan duda disebelah kanan rumah saya, ada di rumahnya. Perkahwinan antara janda dan duda ;) Anak duda yang sudah bertitle Haji itu hampir sebaya dengan usia saya. (Cucu jiran saya itu membuat rumah bersebelahan dengan rumah neneknya dalam satu pagar). Mereka terpandang-pandang tapi tidak menegur.
Saya cakap pada abang saya, "Belum ada buah yang dah tua agaknya".

Pada petang harinya ketika bersantai di laman, jiran yang selang sebuah rumah dengan jiran saya ini singgah apabila melihat kami ada di rumah. Lalu dia membuka cerita. "Ado kuinin gugur?" Tanyanya. "Tak ado." Jawab saya selamba. "Mano nak ado ea? Tadi den nampak tu Haji laki bini tu menggogar kuinin kau. Siap dongan galah. Laki ea menjolok, menggogar, bini ea mengutip. Den nampak dari laman den, den toroih datang dokek berdiri bawah pokok manggih tu memerati. Bilo dio nampak yo den, si haji copek-copek campak an pengolan (galah) ea, bini ea pulak copek-copek mencampak an buah kuini ke dalam pagar ea. Bergogeh-gogeh macam dah kemaluan. Banyak dapek ea. Tu la kau tak balik-balik!" Saya dan abang berpandangan terus terdiam. Hahaha adoilahai. Memanglah kebetulan buah di bahagian luar pagar lebih banyak daripada dalam pagar. Alkisahnya saya tidaklah kisah sangat kalau mereka nak kutip buah-buah yang gugur. Atau jolok beberapa biji untuk merasa. Tapi kalau dah menggegar macam harta mak bapak sendiri...macam mana pula kami? Cuma gigit jari? Oklah peristiwa itu dah setel dan kami redha dan maafkan walaupun mereka langsung tak cakap apa-apa pada kami. Minta izin jauh sekali! Itu kisah musim kuinin yang lalu.

Kisah terbaru, beberapa hari yang lalu saya pulang. Kebetulan sudah sebulan saya tidak pulang kerana sibuk dengan kerja dan pelbagai urusan. Kawasan rumah usah cakaplah, rumput tebal dan kemuncup. Daun-daun kering bertaburan. Pokok-pokok bunga pasu ditangga banyak yang dah mati kekeringan. Juga terkilan apabila melihat tahi kambing bertaburan dan anak-anak mangga yang sewaktu saya tinggalkan subur menghijau telah togel tinggal batang. Namun redha sajalah kan? Sapa suruh tinggalkan rumah lama-lama? Hehehehe. Tapi satu yang saya hairan dan perasan. Di bawah pokok kuini itu hanya ada sebiji dua buah yang gugur di makan tupai. Atas pokok tak ada lagi buah kelihatan. Tapinya kenapa bawah pokok ni bersih saja? Tak ada longgokan buah-buah yang jatuh busuk atau sebagainya? Hmmmm... apa-apa ajalah. Masuk ke dalam rumah dulu, kemas bersihkan apa yang patut.

Keesokan harinya...Jiran langkau sebuah rumah saya datang. Dia sound saya, apasal telefon tak jawab? Err errr... ntahlah saya tak perasan kot telefon saya berbunyi masa dia call? Lagi-lagi bila dalam list miscall tak ada tercatat nama memang saya takkan call semula :p

Cerita terkininya. Arghhhhh! mengaoa saya selalu termiss peristiwa hanya setelah beberapa hari kejadian berlaku? Huhuhu. Kisah ini lebih menarik. Alkisahnya ketika jiran saya ini pulang dari pekan, dia melihat cicit kepada jiran saya ini iaitu anak saudara perempuan kepada sipolan perempuan yang menggegar pokok kuinin saya di musim yang lalu sedang membongkok melewati pagar yang sudah disungkit (angkat) ke atas bagaikan askar sedang membuat latihan berhalangan merangkak masuk ke kawasan rumah saya. Bila jiran saya ini bertanya kepada nenek budak itu, kenapa masuk menceroboh pagar orang? Jawapannya: Nak kutip buah bacang! Hahaha. Kebetulan pokok bacang masam jiran saya itu betul-betul di tepi sempadan pagar kami. Alaaa... macamlah tak ada bacang yang gugur dalam kawasan dia. Bukan manis pun bacangnya. Masam! Banyak tempulur! Menurut isteri jiran yang memberitahu tadi, jiran saya itu telah berjaya mengutip sebesen buah bacangnya berserta sebesen besar buah kuinin saya. OMG!

Setakat itu saya masih boleh menerima lagi. Makanlah buah kuinin tu kalau kebulur sangat kan? Ahaks. Tapi yang paling paling paling hampagasnya, dia boleh tinggalkan pagar yang sudah dikelebek sebesar babi hutan boleh tembus itu ternganga begitu saja! Memang berbakul-bakullah sumpah seranah saya! Dah 'curi' buah kuinin saya makan sekenyang-kenyangnya, dibiarkan pagar saya berlubang sehingga kambing anak beranak termasuk yang bunting masuk berdendang sayang! Habis pokok-pokok kesayangan yang selama ini saya jaga penuh mesra dan manja togel dikendurikan si mbek mbek. Siapa yang tak hangin satu badan? Sambil membetulkan pagar, saya membebel. Bab yang ini memang tak boleh saya maafkan! Sampaikan spontan pulak datang idea jahat saya nak koyakkan pagar dia biar kambing lembu semua boleh masuk berpesta berumahtangga dalam kawasan rumah dia! Sampai la ni hati saya masih membara. Mereka ini bukan jiran tapi ......! Haaaa kan dah! Ni belum lagi termasuk jiran saya yang belah atas nun...yang sama nenek moyang dengan jiran sebelah kiri rumah saya ni! Jenis yang tak tau menghormati hak jiran. Lain kali saya akan bagi kunci pintu pagar rumah saya supaya mereka tak payah sungkit pagar saya, supaya mereka boleh buat dan boleh ambil apa saja yang ada dalam kawasan rumah saya ni macam harta pusaka nenek moyang mereka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis je la apa nak tulis :p

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~