Saya mengagumi Gaddafi pada awal pemerintahannya yang begitu hebat memajukan Libya. Berjaya mewujudkan sungai besar di tanah gersang tandus. Berjaya menghijaukan bumi Libya dengan tumbuh-tumbuhan. Menjadikan Libya bumi yang makmur dan subur. Lantang menentang Barat. Tidak ada seorang pun pemimpin Barat berani berdecit. Dunia Islam amat mengkaguminya!
Namun saya tidak sesekali menyokong kezaliman pada rakyatnya (jika benarlah seperti dakwaan pemberontak yang tentu sekali telah didalangi puak-puak zionis yang memang mahu melihat satu persatu bumi Islam musnah!).
Ditembak, di seret, ditendang terajang mungkin pada pandangan sisi kejam saya, saya masih boleh menerima (setelah menimbangtara kekejamannya juga seperti yang didakwa). Namun menghunjam lubang najisnya dengan senjata tajam itu adalah tindakan yang amat kebinatangan untuk seorang manusia yang nyawanya sudah hampir ke halkumnya!
Sebagai seorang yang berjiwa Islam, sejujurnya saya amat sedih sekali. Apa yang diperlakukan pada jenazah Gaddafi amat tidak wajar dan tidak manusiawi. Adakah dengan menghina mayat sedemikian rupa dapat mengubah sejarah? Puaskah nafsu amarah apabila jasad tidak bernyawa disiksa, dijadikan tontonan, dibiarkan membusuk lalu ditanam di kubur tak bertanda di lokasi rahsia dengan hanya empat orang yang menyembahyangkan jenazahnya sebelumnya! Di mana jiwa yang mengaku muslim? Ke mana menghilangkan keihsanan dan keinsanan?
Adakah tangan-tangan yang menghukum itu lebih mulia daripada orang yang dihukum? Adakah benar dia pemimpin yang zalim atau hanya tipu helah Barat?
Sanad Al-Sadek pemuda berusia 22 tahun itu (ada yang mengatakan 17 tahun) begitu megah mengakui bahawa dialah yang telah menembak Gaddafi. Muncung pistol emas milik Gaddafi yang dirampas dari Gaddafi itulah yang telah menemukan tuan pistol itu dengan ajalnya. Videonya tersebar luas di Youtube...dan rasanya budak itu tidak akan hidup lama? Tindakan mempromosikan diri begitu bukanlah tindakan yang bijak!
Apakah dengan kematian Gaddafi segala kekejaman akan berakhir? Persengketaan akan terhenti? Jangan mimpi! Pengikut-pengikut setia Gaddafi tidak kan berpeluk tubuh melihat penghinaan melampau yang telah dilakukan kepada pemimpin kesayangan mereka. Apakah mereka mengira anak-anak Gaddafi yang masih hidup akan hanya jadi pemerhati? Nescaya bumi Libya akan berterusan menumpahkan darah dendam dan tidak akan pernah aman!
Nota: Gadaffi...andai kamu tetap berperibadi seperti mana ketika zaman kegemilangan kamu dulu...sudah pasti kematianmu tidaklah sehina ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tulis je la apa nak tulis :p