-->

Khamis, Oktober 27, 2011

Rawatan resdung dan berbekam

Kisah dua minggu yang lalu...

Kalau resdung saya ini belum teruk. Jika ubat yang saya beli di farmasi masih berkesan, tentu saya tidak akan melangkahkan kaki ke pusat rawatan resdung ini. Cuaca sejuk yang begitu 'banyak' membantu perkembangan dan keaktifan resdung saya,meramahkan jari saya men sms si buah hati saya. 'Bang, jom buat rawatan resdung?'

Di sebuah Pusat Rawatan Resdung di Maidin Seremban.

'Resdung akak ni dah tahap 3. Teruk. Silap-silap hidung akak leh rompong dan akak kehilangan deria bau.'

Uwaaaaaaaa. Memang itulah yang selalu diulang-ulang oleh kakak saya setiap kali dia membebel menyuruh saya pergi membuat rawatan resdung. Agaknya bingit dah dia mendengar saya uwekkk uweekkk macam orang mengandung anak sulung, berlama-lama dalam bilik air memuntahkan lendir. Jemu dia mendengar saya sroot sroot selsema dengan sehelai tuala atau napkin tergantung dibahu. Muak mendengar saya terbersin-bersin tak henti-henti. Hehehehe.

Bila rawatan resdung selesai, sebelum gadis manis itu membersihkan muka saya... dia memberikan saya cermin untuk menyuluh muka saya. Huhuhuhu. Kuning muka saya bagaikan serbuk belerang menunjukkan betapa tingginya tahap keseriusan resdung saya. Amat huduh! Rasa dingin dan nyaman bila dia membersihkan muka saya dari segala anasir parasit itu huhuhu.

Selesai satu bab masuk bab berbekam pula.

Daripada rawatan muka menjalar pula ke bahagian belakang saya. 'Bahu akak ni bengkak' katanya. Saya sengeh. Tau. Rasa. Berminggu-minggu saya duduk menulis memang bengkak dah. 'Akak nak bekam sekali? Buang angin dan darah kotor?'. Saya angguk saja. Memang itulah yang saya perlukan sebenarnya.

Saya kena 17 mangkuk vakum (penyedut). Bergilir ganti di pacakkan pada belakang kepala, tengkuk, bahu dan belakang saya. Bila dah sampai edahnya dia menarik penyedut itu satu demi satu, terasa sejuk bila tempat yang divakum itu dioles dengan kapas berubat. Setelah itu terasa ada benda tajam mencucuk-cucuk. Taklah sakit cuma rasa macam semut gigit :p
.
'Akak berani tengok darah?' Tanya perawat muslimah itu ketika mengoles darah bekal di belakang kepala saya.

'Boleh juga,"

Ambik kau! Darah beku pada kertas tisu likat pekat. Patutlah saya selalu sakit kepala bagai nak rak!

'Hospital pun tak nak kalau akak derma darah macam ni,' tambahnya lagi. Cehhhh! Melampau! Hahahaha.

Dipendekkan cerita, 17 cawan bekam telah membenam di tubuhku pada hari itu. Kesannya? Period kali ini rasa lega daripada migrane yang selalu menyerang bagai nak gila beberapa hari sebelum 'lambakan' bermula. Hehehe.

Lepas ni ada rezeki insyaallah saya nak berbekam lutut pula. Tak seronok solat tak dapat duduk antara dua sujud, takleh nak sujud. Sakit lutut menjadi idap-idapan sejak sekian lama padahal saya ni masih muda belia! Hehehehe ;)

Jadi sesiapa yang belum pernah berbekam tu ada rezki dan masa pergilah berbekam. Selain daripada ianya sunnah nabi, ia dapat memulihkan kesihatan. Buang darah-darah kotor dalam badan. Mesti lepas tu rasa ringan. Insyaallah :)

4 ulasan:

  1. buat rwtn di mn area seremban ni? sy pn resdung serius...

    BalasPadam
  2. s'ban area mne?

    BalasPadam
  3. Mano tu tompek nyo???

    BalasPadam
  4. kat tgkt bpe yek rwtn resdung ni???????

    BalasPadam

Tulis je la apa nak tulis :p

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~