-->

Selasa, November 20, 2012

KITA...


Kita di sini sebenarnya tidak pernah mengenal erti sengsara
kerana itu sanggup murtad dan bunuh diri 
hanya kerana putus cinta
meroyan siang malam apabila Astro Ria di potong siarannya
atau kerana berukband tidak selaju seperti yang dijangka (~saya ada dalam kategori ini~)

Makna kebuluran tidak pernah ada dalam diari hidup kita
Mereka di sana bulan puasa dan bulan pesta bagi mereka sama sahaja
makan apa adanya lapar dan kenyang tiada bezanya
Namun masih bersyukur masih menyungkur diri membesarkan iman mengingati Allah

Mereka disana
putus kaki putus tangan putus kediaman putus kedamaian
cedera dada cedera mata cedera hati cedera seluruh  raga
parut ditubuh luka jiwa seumur hidupnya
namun mereka tidak pernah berputus asa
harapan masih menyala dalam segala kekurangan dan ketidakcukupan
dalam perang takbir masih berkumandang
bertongkatkan besi berapi mereka tetap berdiri mempertahankan maruah agama dan 
maruah diri

Kita di sini  tahan selera mampu bersabar ketika berpuasa di siang hari
pabila berbuka nafsu ketawa melihat makanan melimpah di atas meja
minuman bermacam aneka warna dan rasa
makan sehingga perut merintih usus mendidih

Kita di sini
Ketika diminta sedikit rasa simpati 
dipohon seketika menyelami makna manusiawi
masih berjejes airliur melihat iklan makanan percuma
sanggup beratur  panjang hanya kerana seketul burger
yang pasti takkan buat kita  mati jika tidak melahapnya hari ini

Di mana harga diri kita?
Di manakah maruah kita?
Di manakah keinsanan kita
Di manakah keimanan kita?

Alangkah malunya mengaku manusia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulis je la apa nak tulis :p

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~